Wednesday, September 15, 2010

Jalan ke Jepun (Bahagian 16)

Sambungan dari bahagian ke 15. Alhamdulillah, moga diberi kesempatan menghabiskan siri "Jalan ke Jepun".

Aki 2007.

Usrah dengan brother S diteruskan secara berkala. Usrah adalah satu majlis dianggotai oleh beberapa orang individu yang saling bantu membantu untuk mendalamkan kefahaman dan penghayatan terhadap Islam. Dalam maksud lain, majlis yang melahirkan individu-individu muslim yang berkualiti. Kualiti dari segi sahsiah pada masa sama boleh juga bekerja untuk Islam.




Dari segi bahasa usrah bermaksud keluarga. Usrah tidak sama dengan ceramah atau kuliah, kerana usrah bukannya preaching, tetapi lebih kepada coaching.

Konsep usrah sebenarnya dah berjalan di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam, di situ Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat r.a. dalam satu majlis untuk mengajar Islam. Usrah juga dikaitkan dengan peristiwa selepas perjanjian Aqabah pertama, apabila Mus'ab bin Umair r.a. diutuskan ke Madinah untuk memantau dan mengajar Islam di Madinah.

Pada tahun 1920-an. Seorang bernama Hassan Al-Banna telah menghidupkan program usrah untuk membina kembali individu muslim, dalam usaha beliau untuk menubuhkan kembali khilafah di muka bumi ini. Dan majlis usrah kini terus hidup bukan saja di Mesir malah di Malaysia, bahkan di Nihon dan di mana-mana.

Yang penting, pastikan kita sertai majlis usrah dan komit dengannya. Aku tidak katakan ianya wajib, tapi insyaAllah, you will be somebody after joining it. Juga, aku tidak katakan orang yang tidak menyertainya sebagai tidak bagus kerana mungkin sesetengah orang ada cara lain dalam memperbaiki diri. Dan pastikan penyertaan kita ke dalam majlis usrah disertai dengan hati yang mahu berubah dan akal yang sentiasa memproses.

Di penghujung aki ramailah juga orang yang mula merancang aktiviti fuyu. Antara yang menarik ialah snowboard. Di awal tahun pengajian kerap juga aku main benda ni, tapi kini tidak lagi kerana aku berpendapat snowboard terlalu memakan masa, tenaga dan aset, sedangkan kita lebih memerlukannya pada perkara lain.

Pada bulan Oktober juga, dah ada pemilihan kenkyuu. Alhamdulillah, aku mintak kenkyuu powerwelectronics dan aku dapat.

bersambung dalam siri ke 17,

Tsutzuku....

nota sisi
1) aki = musim luruh
2) fuyu = musim sejuk
3) kenkyuu = research
4) nihon = Jepun
5) tsutzuku = bersambung



1 comment:

Anonymous said...

ramainya manusia skrg yg mengambil pendekatan2 seperti usrah, seperti apa yg Rasulullah s.a.w lakukan dan dihidupkan kembali oleh as syahid HAB, tapi ramainya antara pengikut2 itu, yang cuma ambil separuh2 daripada manhaj2 yang sepatutnya..
that's why, bnyk daripada amal2 dakwah kita jadi amal dhoif..yang sedihnya..usrah macam jadi rutin time student saja..bila dah grad, hilang entah kemana..sibuk kerja, usrah entah kemana..usrah time study sajala jadinya..harap2 tuan tidak begitu..saya bnyk kenal ikhwah akhawat dari jepun yg masih thabat dengan usrah, tarbiyyah dan dakwah selepas pulang ke malaysia.pernah jadi murobbi saya juga disini..tp xtaula kalau tuan kenal senior2 tuan ini..sebab jepun tu luas kan.

moga jadi batu bata kepada maratib amal yang teratas itu.