Monday, October 25, 2010

Jalan ke Jepun( bahagian 17)

Sambungan dari bahagian ke 16

Fuyu 2007,

Kouki chuukang shiken ditempuhi ketika fuyu. Pernah juga aku risau kerana lazimnya jari-jemari yang kesejukan mudah kebas, kadangkala nak menulis pun susah. Jangan sampai jari ku kaku tak bergerak ketika shiken nanti. Alhamudulillah, perkara sedemikian tidak pernah berlaku.

Akita-ken adalah antara ken yang dikatakan tempat banyak yuki. Pun begitu, aku menetap di akita-shi, bandar yang dekat dengan laut. Jika dibandingkan dengan kawasan pedalaman terutamanya yang diselindungi kawasan bukit-bukau, yuki disini tidaklah sebanyak kawasan tersebut. Tapi masih boleh dikatakan banyak jika dibandingkan dengan ken-ken di bahagian bawah Jepun.

Aku tak minta, tapi diminta

Untuk seketika aku bersama usrah brother S, tapi setakat itu saja. Aku tidak diamanahkan dengan apa-apa jawatan khusus selain daripada AJK biro perhubungan & kebajikan IPIJ. Aku terima pelawaan untuk menjadi AJK biro kerana pada fikiranku kerjanya tidak berat, sedangkan aku pula hanyalah muka baru.

Sehinggalah pada suatu malam aku dijemput ke yahoo conference oleh brother H. Aku belum tahu apa yang dibincangkan pada awalnya, dan setelah aku menyertai barulah aku tahu yang hadirin-hadirin sedang bermesyuarat untuk program umum Winter Gathering(WG) 2007 yang akan diadakan di Gifu nanti.

Pung pang pung pang mesyuarat, entah macam mana namaku boleh naik sebagai setiausaha program, dan akhirnya diminta memegang amanah tersebut. Memang berat, mahu menolaknya tetapi banyak suara yang memujuk dan memberi sokongan, akhirnya aku terima saja.

Muslim yang sebenar pastinya faham akan hakikat amanah dan kepimpinan. Dia pasti tidak suka menawarkan diri untuk menjadi pemimpin atau memegang amanah kerana dia faham akan bertambahlah soalan yang perlu dijawab di akhirat nanti. Tetapi sekiranya diminta kerana dipercayai, dan untuk mengelakkan mudarat pada umum, bagaimana?

Semua muslim ada amanah yang satu ini

Namun janganlah kita silap. Biar apapun jawatan kita, biar apapun pekerjaan kita, semua orang Islam memegang amanah untuk menyampaikan Islam. Kini ia dilihat sebagai satu kerja yang asing, kononya hanya lulusan agamawan yang perlu buat kerja ini. Syahadah itu sendiri adalah penyaksian, fungsi saksi ialah untuk mengkhabarkan, kalau disimpan untuk dirinya sahaja maka bukan saksi namanya. Kalau tak biasa perlulah kita biasakan diri, mulakan secara berkumpulan, moga jadi kekuatan secara individu pula.

Dan akhirnya WG pun berlangsung. Temanya "Min aina ila aina", diterjemahkan bermaksud "dari mana hendak ke mana?". Banyak juga menyentuh ekonomi Islam dalam pengisian. Aku tak berapa dapat tumpukan perhatian pada pengisian, pertama kali jadi SU dan bendahari peserta lelaki, tak keruan memikirkan tugas dan duit yang dipegang. Santapan ketika program dimasak sendiri, AJK hanya diberi ruang untuk memasak di luar, sedangkan musim fuyu.

Apapun alhamdulilah, masing-masing mujahadah juga untuk menjayakan program. Program-program pelajar seumpama ini BUKANLAH segala-galanya. Ia boleh jadi medan ilmu, tajmik dan ukhuwah, tetapi bagi AJK, ia adalah medan latihan, sebagai persediaan sebelum melangkah ke medan memberi yang lebih besar. InsyaAllah.

Habis WG ada pula program PAI....

bersambung dalam bahagian ke 18....

nota sisi
1) tsutzuku = bersambung
2) fuyu = musim sejuk
3) yuki = salji
4) kouki chuukang shiken = peperiksaan pertengahan late semester


No comments: