Thursday, August 28, 2008

Karada no Gengo

Assalamu'alaikum,

"enjin sejuk". Begitulah lebih kurang , kata-kata seorang senpai di Jepun. Apa-apa perbuatan ataupun amal, kalau dah lama tinggal, memang berat untuk dihidupkan semula. Sama la juga berblogging. Tapi lagi sedih kalau yang ditinggal tu ibadah yang dah lama kita istiqamah.

It is my second week in my hometown, Sungai Petani. This place has changed a lot. From social and development point of view, its totally different compared to ten years ago. I was born and raised up here, but I moved to Kuching when I was ten years old.

Rumah di Sungai Petani

During my first week since I came home, I was quite passive. Asal boleh dicapai selimut dan bantal, mahu saja ku baringkan diri. Mungkin penat bersummer camp masih belum hilang sepenuhnya. Tapi tidak lupa juga nasihat ustaz hasrizal. Dan nasihat yang sama aku pernah dengar dalam ceramah ustaz Ismail Kamus. Kalau disifirkan kembali suimin jikang kita, ia akan mencecah berpuluh-puluh tahun. Kalau sehari tidur lapan jam, katakan kita hidup 60 tahun, makan 20 tahun hidup kita habis untuk tidur sahaja. Memang best tidur, malah itu sebahagian sunnatullah. Tapi alangkah ruginya tidur berlebihan<---- nasihat untuk diri sendiri. Summercamp 2008

"Think Big, Act Small"

Dan alhamdulillah, Summercamp 2008 telah berjaya diadakan. Omedetou untuk peserta yang hadir, semoga ilmu yang diperoleh disebar dan diamalkan. Omedetou untuk AJK program, semoga penat lelah anda diiringi niat yang ikhlas. Omedetou untuk semua, semoga ukhwah kita berkekalan. Perjalanan summercamp 2008, secara kasranya adalah berdasarkan buku Maza Yakni(klik) karangan Fathi Yakan. Tapi Abu Saif telah mengupasnya melalui pendekatan tersendiri. Semoga kita lebih faham dan lebih mahu untuk beramal dengan Islam.

Bahasa Badan


Aku masih dalam proses menghabiskan pembedahan buku bertajuk "The Definitive Book of Body Language". Buku setebal 392 muka surat ni, cerita pasal bahasa badan. Yang dimaksudkan dengan bahasa badan bukanlah bahasa isyarat. Tetapi lebih kepada reaksi-reaksi spontan tubuh badan kita dalam sesuatu situasi. Omoshiroi.


Karada no Gengo

Penulis buku ini, Allan Pease berkongsi pengalamannya ketika menjadi salesman di usia remaja. Melalui gerak geri pelanggannya, dia dapat tahu pelanggan yang masih boleh dipujuk, dan pelanggan yang telah tekad untuk tidak mahu membeli produknya. Dia membuat kesimpulan, pelanggan yang memintanya mengundurkan diri dengan menggenggam tangan atau sambil menunjuk ke arah pintu keluar, walaupun dengan suara yang lembut, tidak wajar dipujuk untuk membeli lagi. Ini kerana tindakan menggenggan tangan itu telah menunjukkan dia telah tekad untuk tidak membeli dan tidak mahu diganggu. Malah jika terus dipujuk mungkin akan menimbulkan kemarahan. Its hard for the body to lie.

Selain itu turut dikupas dalam buku ini, pelbagai reaksi manusia dalam pelbagai situasi. Contohnya ialah tanda-tanda seseorang itu menipu, reaksi seseorang yang akan bersetuju dengan sesuatu cadangan dan lain-lain. Malah turut dikongsi pelbagai tips dalam memberi ceramah, berunding, menghadapi temuduga dan mengambil hati orang lain melalui sentuhan. Dan pelbagai lagi. Sukar untuk aku rumuskan semuanya dalam satu entry. Tapi perlu diingat, buku ini ditulis berdasarkan survey dan kajian. Jadi mungkin ada juga tips atau maklumat yang belum pasti kesahihannya, malah mungkin berbeza dengan budaya kita.

Perlu selektif

Dan aku berpendapat isi buku ini diambil secara selektif. Ambil yang jernih buang yang keruh, kerana mungkin ada perkara-perkara yang tidak sesuai dengan kita. Maklumlah, penulisnya juga adalah dari barat. Tapi aku rasa tidak rugi kalian membacanya. Sukar untuk mempraktikkan semuat tips-tips dalam buku ini. Tetapi sedikit sebanyak dapat memberi chishiki yang akan menjadikan kita manusia yang lebih peka. Kadangkala sikap kurang peka boleh melukakan hati seseorang, walaupun kita tidak bermaksud untuk melakukannnya!

Rasulullah SAW seorang yang peka.

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Link dari masjid negara (Klik)

Itulah dia contoh kepekaan Rasulllah SAW. Minta kawan-kawan yang tahu, boleh confirmkan balik sumber sirah tersebut. Aku cuba cari tapi tak jumpa.

Ramadhan makin hampir...

Tsutzuku...

Nota sisi:
1) karada = body, tubuh badan
2) gengo = language, bahasa
3) senpai = senior
4) chishiki = knowledge, ilmu pengetahuan
5) omedetou = tahniah
6) omoshiroi = interesting, menarik
7) suimin jikang = tempoh masa tidur

Tuesday, August 26, 2008

Mengelap habuk..

Assalamualaikum,

Dah banyak habuk kat orenojinsei. Apepun izinkan aku mendarat sebentar di sini.

Aku dah seminggu berada di Malaysia. Banyak juga perkara yang buat aku terfikir kali ni. Berbeza dengan kepulanganku tahun lepas. Kali ni aku banyak memerhati keadaan sekeliling.

Rakan-rakan sebatch ku di Malaysia, ramai yang dah final year. Soro-soro nak sotsugyo-. Takpolah, biar aku jadi gakusei lagi sebentar, sebelum jadi syakaijin. Seronok bergelar student, tapi bila masa dah tiba, semestinya kita perlu maju ke peringkat seterusnya.

Tsutzuku...

nota sisi
1) soro-soro = tak lama lagi
2) sotsugyo- =grad, tamat pengajian
3) gakusei = student
4) syakaijin = member of society, orang yang boleh berdikari sepenuhnya

Saturday, August 9, 2008

Invitation to good

Assalamu'alaikum,

Sekarang aku sedang membedah buku bertajuk "The Definitive Book of Body Language", tapi masih chu-to hanpa.


Langit biru yang menenangkan

Panas betul sekarang ni. (x_x). Hot heat. Tak sabar rasanya nak balik Malaysia. Berjumpa dengan keluarga dan rakan-rakan. Tidak lupa juga roti canai dan teh tarik. Dan sedar tak sedar, Ramadhan pun dah dekat. Semoga diberi peluang untuk bersama Ramadhan kali ni. Tapi sebelum balik singgah Ibaraki dulu.

The Invitation To Good.



Jemputan ke arah kebaikan
Setiap hari, kita dijemput ke arah kebaikan sama ada kita sedar atau tidak. Contohnya di tengah-tengah kesibukan hidup, tiba-tiba kita "dijemput" untuk memberi sumbangan kepada masjid dan sebagainya. Kita tak berusaha untuk mendapatkan "jemputan" itu, dan tak pernah pula mengharapkannya. Ia adalah peluang yang Allah kurniakan, dan kita ditinggalkan dengan dua pilihan, sama ada untuk menerima "jemputan" tersebut atau menolaknya.


Firaun menolak "jemputan" Allah
Setelah Allah mengutuskan Musa a.s. kepada Firaun, diperintahkannya pula untuk "menjemput" Firaun ke arah kebenaran secara lemah lembut.

Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas;maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.(Surah Tha-ha:43~44)

Tidak cukup dengan itu, Allah kurniakan kepada Musa a.s. mukjizat-mukjizat, sebagai tanda kerasulannya, mudah-mudahan Firaun sedar dan bertaubat. But firaun was so stubborn. He rejected this invitation to good, no matter what. Akhirnya Firaun mati lemas di laut merah ketika mengejar Nabi Musa a.s. dan Bani Israel. Everyone know this story.

Muslim pun tolak "jemputan"???
Nikmat terbesar yang kita terima ialah Islam. I believe majority of the readers of this blog are muslims, including myself of course. Kita telah Islam, tapi bagaimana pula kita boleh tolak nikmat ini? Status "muslim" sahaja belum dapat menjamin segalanya. Dengan menjadi muslim, kita telah dijemput ke arah kebaikan yang luas. Bagaimana? Dengan memahami dan mengamalkan Islam dalam seluruh aspek kehidupan kita. Tapi realitinya, tak banyak yang kita amalkan. Mungkin kita kerana kita tidak tahu caranya, mungkin juga kerana kita tidak cukup "kuat" untuk melakukannya. Tapi alangkah malangnya jika kita menolak jemputan ini dengan sengaja. Seolah-olah kita sombong, jual mahal, atau dengan bahasa yang lebih keras, kufur nikmat.

Sepatutnya aku boleh jadi yang keempat di muka bumi ni tapi.....
Dinukilkan satu kisah sahabat dari Thaif. Beliau menceritakan, di zaman awal dakwah Islam, beliau telah berkunjung ke Mekah. Kemudian beliau ternampak seorang lelaki melakukan pergerakan yang aneh. Lelaki itu kemudian diikuti oleh seorang perempuan dan seorang budak lelaki. Lelaki ini ialah kenalan kepada bapa saudara nabi, Al-Abbas. Al-Abbas berkata kepadanya, "Lelaki yang pertama itu adalah Muhammad, anak saudaraku. Dia menyatakan bahawa dirinya ialah Nabi. Perempuan itu pula ialah isterinya Khadijah. Dan budak lelaki itu adalah Ali bin Abi Talib. Mereka adalah pengikutnya".

Sahabat tadi kemudian meninggalkan mereka tanpa berbuat apa-apa. Beliau tidak menjadi muslim, sehinggalah bandar Thaif dibuka oleh tentera Islam, kira-kira dua puluh tahun selepas itu. Dia terkenangkan kembali saat-saat beliau berkunjung ke Mekah di zaman awal dakwah dan menyesal. "Kalaulah aku menjadi muslim di saat itu, sepatutnya aku boleh jadi muslim yang keempat di muka bumi ini. Tapi sekarang di mana aku? Jauh di belakang. Ada beribu-ribu manusia yang Islam lebih awal daripadaku".

InsyaAllah, sama-sama kita cuba renungkan dan fikirkan kembali, erti kita menganut Islam. Semoga pemahaman aku menjadi lebih jelas..... Semoga pemahaman kita lebih jelas. Jangan lepaskan "jemputan" ini. Jumpa di Ibaraki!

nota sisi;
1) chu-to hanpa = sekerat jalan