Wednesday, September 8, 2010

Kekkon

Assalamu'alaikum wbt,

Bulan ini saja tiga orang sahabatku akan menamatkan zaman dokushin masing-masing.


Fahmi(baris kedua pertama dari kiri) dan Idris(baris pertama pertama dari kanan). Sahabat seperjuangan di Jepun, sedih bersama, penat bersama, pening kepala bersama.



Amiruddin(duduk ketiga dari kanan). Di jalan itu anda menikah.

Moga segalanya berjalan lancar. Sangatku berhajat untuk hadir ke majlis kenduri kalian, tapi sekolah aku cuti pendek.


Kekkonshimashou

Dalam Islam ada banyak seruan, anjuran untuk bernikah. Sudah sampaikah masa anda? Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Matikanlah aku dalam keadaan iman dan Islam, dan janganlah Engkau matikan aku dalam keadaan bujang.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud,
"Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukanlah dari golonganku"(Riwayat Ibnu Majah)

Dah nak habis dah?
Hari ini sudah masuk hari ke 29 Ramadhan 1431. Semalam aku berfikir, boleh jadi malam semalam adalah malam terakhir Ramadhan tahun ini, walaupun dari segi kira-kiranya, diramalkan Ramadhan tahun ini adalah selama 30 hari. Sempat lagikah kita bertarawikh malam ini? Moga Allah s.w.t mengurniakan kita sedikit lagi peluang.

Tsutzuku...

nota sisi
1) kekkon = perkahwinan
2) dokushin = bujang
3) kekkonshimasou = jom kahwin
4) tsuzuku = bersambung

4 comments:

SaljuSakura said...

mabruk alaikum..^^ (kpd bakal pengantin)
moga dipermudahkan majlis walimah antum olehNya..

nbo_3 said...

Aamin.

Anonymous said...

alhamdulIllah, sekiranya ada keazaman ke arah tu. jangan bertangguh sekiranya sudah bersedia :)

nbo_3 said...

insyaAllah. Moga boleh jumpa lagi bro. At least kat kenduri ko la harapnya =)