Thursday, June 26, 2008

Pengumuman Khas


Assalamu'alaikum,

Walaupun agak lewat, ingin membuat sedikit pengumuman terutamanya bagi mereka di nippon



Jalinan Ukhuwah Tohoku



Jalinan Ukhuwah Tokai

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.Tsutzuku...

Nota sisi
1) nippon = jepun

Tuesday, June 24, 2008

mushisareta buki

Assalamu'alaikum,

Alhmadulillah, my new computer in the kenkyu-shitsu makes a lot of diffrence. Faster, and it can handle mulitask programme smoother. While waiting for my PSIM(read:circuit simulation programme) to complete a simulation (sometimes it takes about 4 to 5 minutes), I can do other tasks.


shokuba

Bedah buku

Sebentar tadi aku berjaya membedah sebuah buku bertajuk Adab-Adab Berdoa, tulisan Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri, seorang pensyarah Fakulti Pengajian Islam di UKM. Kena pada tajuk buku tersebut, pada mulanya ku sangkakan ia hanya mengupas adab-adab berdoa dari segi praktikal. Tapi penulis turut menghuraikan adab-adab berdoa dari segi rohani. Begitu juga dengan tuntutan dan peranan doa bagi diri seorang mukmin dan pencinta Islam, penulis telah mengupasnya dengan bahasa yang mudah disertakan dengan dalil-dalil dari Al-Quran dan Sunnah..

Doa bererti permohonan, permintaan, panggilan, seruan dan jemputan. Berdoa merupakan naluri semulajadi manusia. Ia lahir dari sanubari kecil, kerana manusia sendiri menyedari, bahawa dia sangat lemah. Manusia yang berada dalam kesempitan pasti menadahkan tangan ke langit memohon kepada Yang Maha Kuasa agar menyelamatkan mereka. Bahkan jika seseorang itu mengingkari rubbubiyyah Allah(baca: atheist) sekalipun, apabila malapetaka menimpa diri, hati kecilnya akan tetap mengiktiraf kewujudan Tuhan.


Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdo’a kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia [kembali] melalui [jalannya yang sesat], seolah-olah dia tidak pernah berdo’a kepada Kami untuk [menghilangkan] bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan. (Surah Yunus:12)

Sebagai orang Islam, doa hanya dipohon kepada Allah, kerana Dialah yang Maha Agung. Itulah antara pengiktirafan yang wajar diberikan oleh hambaNya. Setiap kali ketika mendirikan solat, kita lafazkan pengakuan ini.

Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan (Surah Al-Fatihah:6)

Allah memerintahkan hamba-hambaNya berdoa, bahkan dalam Al-Quran tuntutan ini diulang berjkali-kali dalam beberapa surah. Dan diberi jaminan bahawa doa itu akan dimakbulkan.

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo’alah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina"(Surah Ghafir: 60)

Tetapi adakah jaminan itu bererti segala doa hambaNya akan diterima secara mutlak tanpa sebarang syarat? Dari Abi Hurairah, sabda Rasulullah saw yang bermaksud;

"Doa-doa hamba akan terus diperkenankan oleh Allah selagi mana dia tidak berdoa perkara maksiat atau memutuskan hubungan rahim, selagi mana ia tidak gopoh."
Para sahabat lalu bertanya:"Apakah yang dimaksudkan dengan gopoh?"
Jawab baginda:"Iaitu seseorang itu berkata:"Aku telah berdoa, aku telahpun berdoa. Tetapi aku tidak nampak doaku diperkenankan."Lalu ketika itu, dia merasa menyesal berdoa, lantas meninggalkan doa."

Mungkin pernah terjadi pada diri kita sendiri, selalu diperhatikan doa yang dipohon seolah-olah tidak diperkenankan oleh Allah. Adakah itu tanda doa kita ditolak? Daripada Abi Sa'id, sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Tidak ada seorang pun muslim yang berdoa kepada Allah Azza wa Jalla, dengan doa yang tidak berunsur maksiat atau memutuskan hubungan darah, melainkan diperkenankan oleh Allah salah satu antara tiga: sama ada dipercepatkan doanya di dunia, atau disimpan untuknya hari Akhirat, atau dihindari daripada dirinya keburukan seumpanya"
Apabila para sahabat mendengar ucapan baginda, mereka lantas berkata:"Kalau begitu Rasulullah, kita perlu banyakkan berdoa!."Kata baginda:"Demi Allah, banyakkanlah berdoa."

Justeru, kita perlu menyedari, bahawa doa kita sentiasa diperkenankan Allah. Kita juga perlu meyakini apa yang ditentukan oleh Allah itulah yang terbaik untuk diri kita di dunia dan di akhirat.

Senjata yang sering diabaikan

Aku mula sedar, selama ini aku sering mengabaikan senjata ini. Apabila disebut "mengabaikan", bukanlah bermakna langsung tidak berdoa. Tetapi bersikap sambil lewa dan tidak serius ketika memohon kepada Allah. Selayaknya, kita perlu merasakan kerendahan dan kehinaan diri ketika berdoa. Itulah yang layak bagi kita. Di samping banyak memuji Allah dan berselawat kepada Rasulullah pada mula dan akhir doa. Itulah yang diajar Nabi saw.

Jika hendak dianalogikan pada senjata konvensional, ambil sahaja pedang sebagai contoh. Ia senantiasa akan diasah, digilap dan dijaga dengan baik agar setiap libasan dapat memberi impak terbaik pada musuh. Begitu jugalah doa. Setelah berusaha, berdoalah. Jagalah adab-adabnya, semoga Allah memberikan kesimpulan terbaik terhadap apa sahaja yang kita hajatkan.


Lihat saja bagaimana Rasulullah saw, semulia-mulia manusia yang kita kenal, memohon dengan penuh pengharapan dan rasa rendah diri kepada Allah ketika Perang Badar. Di saat-saat genting Peperangan Badar, Rasulullah saw telah bermunajat bersungguh-sungguh kepada Allah swt. Diantaranya Rasulullah saw berdoa yang bermaksud:


“Ya Allah, Tuhanku laksnaakanlah apa yang telah Engkau janjikan kepada aku ya Allah, Tuhanku, aku bermohon suapaya berlakunya janjiMu.


313 orang tentera Islam yang serba kekurangan dari segi kelengkapan, berhadapan dengan angkatan musyrikin yang berjumlah kira-kira 1300 orang. Tetapi matlamat orang musyrikin nyata mustahil setelah Allah menurunkan bantuan kepada tentera Islam.

[Ingatlah], ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: "Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut". (9) Dan Allah tidak menjadikannya [mengirim bala bantuan itu], melainkan sebagai kabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram karenanya. Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(Surah Al-Anfal:9~10)


Begitulah kehebatan senjata ini. Gilaplah ia sebaik-baiknya….


nota sisi:
1) kenkyu-shitsu = laboratory, bilik kajian, makmal
2) shokuba = working place, tempat bekerja
3) mushisareta buki = the ignored weapon, senjata yang diabaikan(mushisareta=diabaikan, buki= senjata)

Saturday, June 21, 2008

kenkyu-shitsu kara no hanashi

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, I can still breath and sit comfortly in my room. Thanx to samuraisyahid who reminds me to update. And congratulations for your wedding. I hope mine will follow up in the future.

My sotsuken sensei bought a new desktop pc for me. He said he wants me to put full effort for my kenkyu, so he thinks a new and faster pc will help. Hoho.. great. I am not making much progress for my sotsuken. But insyaAllah, sooner or later.

kuroi kin

Its happening almost everywhere in the world. No exception in Japan. Intelectuals and politicians came out with many theories on "why" it happens, and many ideas on "how" to overcome this price hike. At one time I had a conversation with my sensei at the kenkyu-shitsu:

(lebih kurang macam ni la maksudnya)
aku: harga minyak naik lagi, bukan kat jepun je tapi kat malaysia pun..
ando sensei: Tu la, makin susah la sekarang ni.
aku: Kat malaysia ada demonstrasi protes harga minyak. Orang jepun tak demo ke?
ando sensei: Zaman-zaman dulu ada la jugak demo, tapi zaman sekarang susah nak jadi.
aku: Kenapa?
ando sensei: Mesej yang rakyat nak bagitau kat kerajaan, mass-komi akan sampaikan. Jadi kalau tak demo pun takpe la.
aku: naruhodo...



Ntahlah. Buat masa ni, tak banyak yang dapat dilakukan oleh rakyat kebanyakan selain meningkatkan langkah jimat cermat dan mengamalkan gaya hidup sederhana. Bersederhana, itulah yang molek. Orang berpendapatan sederhana boleh la adaptasi gaya hidup bersederhana. Tapi yang di bawah paras sederhana? Mereka mungkin terpaksa mula mengikat perut.

Alhamdulillah, pelajar-pelajar di Jepun ni termasuk aku, cukup makan dan belanja. Hasil duit cukai yang rakyat bayar, dan kemudian JPA salurkan kepada kami. Terima kasih semua. Pesanan kepada diriku dan rakan-rakan lain. Jangan sia-siakan amanah ibu bapa dan semua pihak lain, yang mengharapkan kejayaan kita di Jepun ni.

Tapi yang paling penting, jangan sia-siakan amanah kita sebagai makhluk bernama insan. Amanah belajar di Jepun dipikul selama beberapa tahun. Amanah sebagai insan dipikul sampai ke liang lahad.

Tsutzuku...

Nota sisi:
1) kenkyu-shitsu kara no hanashi = kisah dari makmal
2) kenkyu-shitsu = laboratory
3) kenkyu- = research, kajian
4) sotsuken = graduation research
5) naruhodo = patutla
6) kuroi kin = emas hitam(kuroi=hitam, kin = emas)
7) mass-komi = media masa

Thursday, June 12, 2008

Salam

Assalamu'alaikum,

Hampir tiga minggu aku tak update. Maaf kerana membiarkan blog ni makin berhabuk.  saikin banyak juga perkara yang berlaku di Malaysia.  Kat Jepun pun ada je berita yang pelik.  Dua hari lepas aku ke satu tempat nama nagaoka atas urusan rasmi yang agak penting. Urusan apa tu? Tengokla macam mana. Mungkin aku akan tulis dalam entri yang akan datang. Atau mungkin tidak.

Gambar keretapi lagi(sorry takde modal lain), masa nak bertolak ke nagaoka. Nama keretapi ni Inaho. Sejenis tokkyuu densha.

Aku update lagi nanti bila ada mood. Harap dapat tulis sesuatu yang lebih bermanfaat. Tsutzuku..

nota sisi:
1) saikin = recently, sejak kebelakangan
2) tokkyu = limited express(tak berhenti di semua stesyen)
3) densya = keretapi(elektrik)