Saturday, February 28, 2009

Alhamdulillah, selesai

"Boleh tolong terangkan sekali lagi apa itu soft switching?". Usai membentangkan sotsuken, itulah soalan pertama yang aku terima. Soalan yang straightforward, jadi aku jawab saja secara straightforward.

Alhamdulillah, tamat juga sesi pembentangan khamis lepas. 39 kenkyuu kesemuanya, dibentangkan sehari suntuk. Selesai saja setiap pembentangan, sesi soal jawab akan dibuka. Ketika sesi pembentangan, rata-rata gakusei kelihatan tenang dan lancar. Dah renshuu banyak kali mungkin.

Gambar hiasan. Tiada kaitan dengan entri ini


Tapi ketika sesi soal jawab, tidak sedikit yang tercungap-cungap dan menggaru kepala. Memikirkan jawapan kepada soalan yang tak pernah disangka. Padahal dah hampir setahun melibatkan diri dalam bidang kajian tersebut. Cara melihat seorang pakar dalam satu bidang, kadang-kadang tidak sama dengan cara melihat orang kebanyakan. Dia tidak tahu, apa yang orang awam ingin tahu, walaupun dia arif dalam bidang tersebut.


Popular Question

Dari pemerhatianku juga, soalan berbentuk "kenapa" sangat menarik perhatian. Tidak sedikit gakusei yang gagal menjawab soalan berbentuk "why" ini, berbanding soalan bentuk lain.

"Kenapa awak guna C language untuk program ini, bukan language lain?"., tanya seorang sensei kepada rakanku. "Er...... sebab saya rasa C language yang paling mudah", jawab rakanku kurang keyakinan.

"Untuk proses ni kenapa mesti guna gas argon, bukan nitrogen atau gas lain?", soalan kepada rakanku yang lain pula. Rakanku buntu jawapan, tetapi dia usaha juga untuk menjawab, mengulang kembali penerangan lama.

Pun begitu ramai gakusei yang berterus terang saja jika tidak tahu jawapan kepada soalan. Tidak mahu kornar-kornar lagi. "Maafkan saya. Saya kurang membuat semakan dan rujukan tentang perkara tersebut." Bagus juga. Tahu yang diri kita tidak tahu, adalah satu ilmu.

Pesoalan "mengapa" banyak menjelaskan sesuatu tindakan. Kerana jawapannya memerlukan seseorang itu memahami rasional dan atas dasar apakah dia atau orang lain bertindak.

Mengapa anda belajar di Jepun?

Mengapa menyertai persatuan dakwah?

Mengapa anda menganut Islam?

Mengapa manusia hidup dan mati?

Gagal menjawab, mungkin bermaksud seseorang itu mengalami krisis identiti atau tidak memahami tujuan tindakan dan kejadiannya.

"Boleh terang dengan lebih lanjut frekuensi pensuisan litar kamu?", soalan kedua yang aku terima. Bukan "why question". Aku ulang penerangan asal sambil menambah bunga-bunga pada peneranganku. Tak tahu sensei setuju dengan jawapanku atau tidak.

Pembentangan yang baik

Aku ingin memetik kata-kata Takahashi sensei di penghujung majlis. "Pembentangan bagaimanakah yang kita boleh anggap sebagai pembentangan yang baik?". Dewan senyap, tiada yang menjawab pertanyaan itu. " Pembentangan yang baik ialah membentangkan sesuatu yang susah dalam bentuk yang mudah difahami."

39 kenkyu yang dibentangkan meliputi 13 bidang. Kandungannya bukan lagi perkara-perkara asas dalam bidang tersebut. Untuk memahaminya, memerlukan pengetahuan yang agak mendalam. Sangat sukar untuk memahami kandungan kenkyuu tersebut bagi mereka yang tidak terlibat secara langsung dengannya.

Contoh, kenkyuuku di bidang power electronics, apabila datang pembentangan berkenaan teknologi antena, kepalaku akan guru guru mawaru jika pembentangnya tidak menerangkan dalam bentuk yang mudah difahami.

Namun di sinilah point yang ditekankan Takahashi sensei. Cabaran, bagaimana kita hendak membentangkan sesuatu yang susah, dalam bentuk yang mudah difahami oleh orang yang tidak terlibat dalam kenkyuu tersebut. You must be interested in finding the best way, not in having your own way.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Berikan kemudahan (kepada orang) dan jangan menyusahkan mereka,berikanlah khabar gembira dan janganlah kamu menjadikan mereka menjauhkan diri (daripada Islam)" (Hadith Riwayat Bukhari)

Islam tidak susah, cuma Islam itu luas dan meliputi segala-galanya. Tapi jangan pula suka hati kita buat hukum sendiri, permudahkan lagi Islam yang sudah mudah ini. Jemputlah melalui pintu dan bukan tingkap.

Ia tidak mudah, tapi pastikan kita mencuba =)

nota sisi;
1) sotsuken = graduation research
2) gakusei = pelajar
3) sensei = guru
4) kenkyuu = research, kajian
5) guru guru mawaru = berpusing-pusing
6) renshuu = latihan

Tuesday, February 24, 2009

atama guru guru mawaru

Assalamu'alaikum,

Lusa kena present sotsuken, jadi saikin tekanan agak tinggi, menghilangkan mod untuk menulis di blog.

InsyaAllah sesi pengajian akan selesai 6 Mac ini. Majlis graduasi 15 Mac.

I'll be back, InsyaAllah.

nota sisi;
1) atama = kepala
2) guru guru mawaru = berpusing-pusing
3) sotsuken = graduation research
4) saikin = kebelakangan ini

Wednesday, February 11, 2009

Current News

Assalamu'alaikum,

Dah pertengahan bulan dua rupanya. Aku kini berada di penghujung pengajian diploma. InsyaAllah jika tiada aral, akan sotsugyou pada 15 Mac. Ingat nak kikoku ketika haru yasumi, tapi kena pindah rumah la pulak. Visa pun kena sambung, kalau tidak, kerajaan nippon hantar aku balik free la.


Traktor sodok yuki

Sejuk lagi kat sini. Walaupun seluruh dunia panas dengan macam-macam isu. Isu palestin yang tak berkesudahan. Malaysia yang sedikit kucar-kacir. Australia pun panas. 108 mati akibat kebakaran hutan. Terkejut juga sebenarnya, kerana selama ini aku melihat Australia sebagai sebuah negara maju dengan segala macam teknologi serta kemudahan, macam mana korban nyawa boleh cecah banyak tu. Ia patut jadikan manusia betul-betul berfikir.

Sempat membedah beberapa buku, tapi aku mengalami kebuntuan, bagaimana hendak matome hasilnya di orenojinsei. Kemahiran membuat rumusan sudah merudum, tidak seperti zaman sekolah menengah dulu. Ada juga buku tak dapat dikongsi atas sebab "taktikal".



The Protocols

Membaca buku ini memberi lebih kesedaran tentang rancangan rapi Zionis untuk mengawal dunia. Ada 24 protokol yang dibentangkan pada 29 Ogos 1897 di Switzerland. Jika diteliti isi kandungan protokol tersebut dengan situasi masyarakat hari ini, kita akan dapati banyak persamaan.

Licik sungguh rancangan mereka. Ia merupakan blueprint bagi zionis untuk menguasai dunia melalui organisasi-organisasi rahsia, badang perusahaan dan lain-lain.

Bila kita tak diajar benda yang sepatutnya

Jika ada seorang berkata pada kita "Macam mana kalau palestin terima je Israel? Biar satu negara je, selagi mana Israel boleh tadbir dengan baik. Ada harapan menjadi aman?". Jika yang berkata itu bukan Islam, kita tak terkejut. Tapi jika orang Islam sendiri yang berkata demikian, kita terpaksa tarik nafas panjang. Aku pernah dengar dengan telingaku sendiri, dihadapan mataku sendiri. Aku tak salahkannya, mungkin dia kurang pendedahan. Diriku sendiri belum cukup pendedahan. Selama aku bersekolah, tidak pernah diajar perkara ini. Hanya tangkap suap info-info yang berlegar di sekeliling.

Jika dilihat dari segi sejarah sendiri, kita akan tahu bahawa Zionis telah merampas tanah di Palestin. Kita tahu bahawa di sanalah Nabi S.A.W. di mikraj kan ke langit. Di sana juga, menjadi saksi pengutusan ramai para anbiya', Di sana juga terletaknya Masjidil Aqsa, kiblat pertama umat Islam. Bumi di sana diberkati. Kita juga tahu rakyat palestin yang dizalimi di sana adalah saudara seaqidah kita. Apa lagi yang perlu dikata?(untuk lebih kuwashii klik sini dan sini)

Aqidah Islam itu merentasi benua dan bangsa. Inilah yang perlu dimantapkan. Inilah yang perlu diperbetulkan..


Satu Hati - La Khauf

nota sisi:
1) sotsugyou = graduasi
2) kikoku = pulang ke tanah air
3) haru = musim bunga
4) yasumi = cuti
5) yuki = salji
6) nippon = Jepun
7) matome = rumus, himpun
8) kuwashii = terperinci

Tuesday, February 3, 2009

Jalan Ke Jepun(Bahagian 7)

sambungan dari bahagian ke-6

Haru 2007,

Pejam celik dah setahun aku di nippon. Jikang wa hayai desune. Atau aku yang tidak mengisi masa sebaik-baiknya, sehingga banyak masaku ditong sampahkan?



Aku bertolak dari lapangan terbang Narita bertiga, bersama Affir dan Saniy Sendai. Perasaan ketika pulang bercampur baur. Namun semestinya aku tak sabar untuk kembali ke pangkuan keluarga. Tiba saja di KLIA, kami bertolak pulang, sempat pula singgah di hentian rehat untuk pekena nasi lemak di waktu malam. Oishikatta.

Bandar kelahiranku Sungai Petani juga sedikit berubah. Lebih banyak jalan dibuka. Prasana juga bertambah serba sedikit. Cuma sungainya saja yang masih mengecewakan. Penduduknya pula, susah nak komen kerana aku tidak banyak bergaul. Walaupun aku lahir di sini dan rumah asal keluargaku disini, aku lebih banyak menghabiskan masa remajaku di Sarawak dan Kuala Lumpur. Dah lost contact dengan rakan-rakan sekolah rendah.

Tempatku di Akita, Jepun tidak ada masjid. Ada musolla yang diusahakan pelajar universiti tapi jauh. Alhamdulillah, rindu pada suara azan terubat jugak. Memang rugi sesiapa yang dengar azan tapi sengaja tak mahu berjemaah di Masjid. Sepanjang cuti ini juga aku manfaatkan masa untuk menziarahi saudara-mara. Cuma sedikit sedih kerana tak sempat berjumpa nenekku yang meninggal ketika aku masih belum pulang.

Di hujung bulan Mac aku bertolak semula ke Nippon untuk meneruskan pengajian. Aku memulakan pengajian sebagai yo nen sei dengan jadual yang agak padat. Tiga belas subjek perlu dilepasi untuk semester pertama.

Aku dapat rasa sedikit kelainan kali ni. Jika ketika san nensei aku bersemengat untuk merantau, kali ini terasa diri lebih pasif. Lebih suka mengurung diri sambil berhempas pulas melangsaikan shukudai. Ketika itu juga aku telah memulakan blog ini orenojinsei, setelah menerima galakan daripada sifuku Amir.

Tunggu punya tunggu, akhirnya natsu kembali lagi dengan bahang kepanasan yang menyengat. Walaupun natsu yasumi hampir dua bulan, aku tidak pulang kerana ada misi khas.

Bersambung dalam bahagian ke lapan...

nota sisi;
1) kikoku = pulang ke tanah air
2) haru = musim bunga
3) natsu = musim panas
4) yasumi = cuti
5) oishikatta = sedap
6) jikang - masa
7) hayai = pantas, laju
8) nippon = jepun
9) yo nen sei = pelajar tahun empat
10) san nen sei = pelajar tahun tiga
11) shukudai = kerja rumah, assignment