Friday, December 3, 2010

Jalan ke Jepun (bahagian 18)

sambungan dari bahagian ke 17

fuyu 2007,

Dalam IPIJ, program winter gathering seringkali diselitkan dengan Perhimpunan Agung IPIJ atau ringkasnya "PAI". PAI kali ini diadakan di Nagoya, salah sebuah bandar utama di Nihon yang terletak kira-kira 30 minit perjalan dengan densha dari Gifu.

Apabila disebut perhimpunan agung, akan terbayang di minda satu perkumpulan yang memiliki agenda tertentu, termasuklah pembentangan laporan, debat, ucapan, watikah perlantikan dan lain-lain agenda atas maksud untuk muhasabah dan menyusun gerak kerja.

Perhimpunan agung bukanlah suatu yang asing bagi mana-mana badan atau organisasi. Dari contoh parti politik Malaysia misalnya, UMNO ada perhimpunan agung, PAS juga memiliki mu'tamar, PKR dipanggil konvensyen kalau tak silap. Nama bukanlah isu di sini.

Maka PAI ialah perhimpunan agung IPIJ, nak disebut mu'tamar IPIJ pun tak ada masalah, itu adalah istilah bahasa arab, cuma mungkin ramai yang tak faham apa itu muktamar.

Dari apa yang saya baca dan belajar....

Mu’tamar menurut bahasa berarti makanul i’timar (tempat musyawarah). Lembaga Bahasa Arab (di Mesir) mendefinisikannya sebagai forum untuk bermusyawarah dan mengkaji sesuatu persoalan. Perbahasan juga adalah di antara perkara yang selalu dilaksanakan dalam mu'tamar.

Barangkali sebahagian orang menganggap bahwa mu'tamar bukanlah peringkat tarbiyah yang baik. Dengan pikiran bahwa peringkat tarbiyah yang lain mentarbiyah orang secara langsung dan terarah, sedangkan mu'tamar sering tidak dapat mewujudkan hal itu.

Anggapan seperti ini akan hilang dengan sendirinya jika merenungkan tema-tema yang dibahas dalam mu'tamar, karena pada umumnya tema-tema itu menambah keluasan wawasan pengetahuan para peserta muktamar dengan kadar yang tidak dapat diperoleh di forum yang lain. Selain itu, ilmu pengetahuan itu telah dipilih dan dihasilkan oleh kajian, dan diskusi yang mendalam.

But mind you, jika penyampai mu'tamar hadir tanpa mindset yang betul, lebih kepada mahu menceritakan perkara tanpa isi, hasilnya mungkin tidak begitu baik. Terutamanya mu'tamar yang bersifat terbuka. Tetapi jangan pula ia menjadi asbab untuk putus asa, kerana manusia ini pelbagai ragam. Jangan putus asa disebabkan kelemahan pada PERKARA-PERKARA CABANG, selagai mana prinsip dan dasar yang dibawa adalah betul.

Wakai goro no shashin

Selesai PAI, aku dan beberapa orang sahabat bergegas ke satu tempat bernama Myoukou-Kougen di sebelah malam. Ada reunion batch di sana. Nyaris terlepas densha di Nagoya eki, Kami bergerak 4 orang. Aku dan seorang lagi sahabat tiba awal di platform, dan aku masih ingat sementara menunggu lagi dua orang sahabat. Densha soro-soro akan bertolak, jadi aku onegai pada eki-in , minta tunggu sebentar hingga sahabatku lagi dua orang sampai. Dengan senyuman eki-in menjawab "dekimasen". Namun Alhamdulillah, sempat juga kami bereempat bertolak.

bersambung dalam siri ke 19...

nota sisi

1) densha = keretapi

2) soro-soro = tak lama lagi

3) eki = stesyen

4) eki-in = pekerja stesyen

5) dekimasen = tak boleh

6) onegai = minta, mohon

7) tarbiyah = wasilah yang mengubah/memperbaiki

8) fuyu = musim sejuk

9) wakai koro no shashin = gambar zaman muda