Saturday, January 30, 2010

Jalan ke Jepun (Bahagian 12)

Sambungan dari bahagian ke 11

Masih lagi natsu tahun 2007.....



Craine Hotel, Hitachi

Internship di Kilang Hitachi Oomika agak menguntungkan dari segi kewangan. Sarapan dan makan malam disediakan di hotel. Kami menginap di Hitachi Craine Hotel. Setiap hari kami diberi 1000 yen buat belanja makan tengahari di shokudou. Tiket perjalanan pergi dan balik dari Akita ke Hitachi pula ditanggung sepenuhnya oleh syarikat. Dan yang lebih penting lagi, aku beroleh dua jam kredit untuk pengajian kolejku. Ada juga rakan-rakan internship di Hitachi yang datang untuk mengutip pengalaman semata-mata, bukan untuk menambah jam kredit.

Selepas tamat sesi taklimat pada hari pertama, pada malam tersebut wakate-syain menjemput kami ke nomikai. Dan pada hari itu juga aku berkenalan dengan Shimizu-san, salah seorang dari wakate-syain yang ditugaskan menjadi tutor kami. Istimewanya Shimizu-san ni, ialah dia mengetahui serba sedikit berkenaan Islam, dan dia banyak membantuku sepanjang keberadaanku di Hitachi Oomika. Ketika dia menuntut di daigaku, rakan satu labnya ialah orang Malaysia yang saya yakin serba-serbi telah mempraktikan Islam dalam hidup. Tidak hairanlah Shimizu-san tahu serba serbi berkenaan makanan halal, solat dan lain-lain.

"Macam mana makanan di hotel? Kalau belum beritahu, saya akan terangkan kat mereka."

"Kalau nak sembahyang bagitaulah, nanti saya carikan bilik"

"Untuk BBQ nanti, saya akan sediakan ikan bakar. Khas untuk Naim-san"

Dalam kerisauanku mengikuti internship, Allah permudahkannya melalui Shimizu-san. Dan moga Allah kurniakan ganjaran kepada rakan Shimizu-san di daigaku dahulu, walaupun aku tidak pernah mengenalinya, asbab dia telah menunjukkan contoh kehidupan seorang muslim kepada Shimizu-san, manfaatnya sampai kepada diriku.

Pada hari kedua kami datang awal ke pejabat. Buchou pejabat kami, Bandou-san minta kami datang awal untuk beberapa hari tertentu. Dia nak bagi special lecture. Dan pada hari kedua kami memperkenalkan diri kepada semua staf syarikat. Tergagap-gagap jugalah masa aku tampil kehadapan. Kemudian kami diterangkan secara ringkas aktiviti kami sepanjang internship. Secara umumnya kami ada dua aktiviti utama, iaitu membantu wakate-syain menyelesaikan tugas, dan melawat kilang-kilang Hitachi di kawasan sekitar. Aku ditugaskan membantu Sasamoto-san, dia tengah reka resolver yang digunakan dalam reaktor nuklear. Aku tolong sedikit saja, dan di bahagian yang mudah. Banyak yang tidak didedahkan kerana rahsia syarikat.

Waktu bekerja kami tamat pada pukul 5.15 petang. Buchou mahu kami pulang awal.

"Budak internship tak boleh buat zangyou" datte...

Setiap hari kami balik dan tiba semula di hotel sekitar pukul 6:00 petang.

bersambung dalam siri ketiga belas....

Nota-sisi:
1) natsu: musim panas
2) shokudou: dewan makan, kafetaria
3) wakate-syain: staf-staf muda
4) nomikai: majlis minum-minum & makan-makan
5) daigaku: universiti
6) buchou: ketua jabatan, head of department
7) zangyou: overtime
8) datte: katanya....






Saturday, January 16, 2010

Profesional itu bukan sekadar....

Assalamu'alaikum wbt,

Dahulu aku sering melihat profesional itu sebagai orang berpendidikan tinggi, atau yang bertali leher lagi petah bercakap. Tetapi sudut pandangan aku berubah setelah datang ke nihon.
Kini aku melihat profesional itu sebagai seorang yang teliti dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaan mereka.



Sinopsis Video:Seorang pekerja menggilap krennya dengan penuh tekun, kemudian membasuhnya. What do you think?

Maafkan aku jika anda tidak berasa apa-apa setelah melihat video ini. Mungkin peneranganku kurang jelas, mungkin juga jiwa kita berbeza. Mungkin juga mencuci kren itu diwajibkan ke atas pekerja tersebut.

Jika kita bekerja untuk menolong agama Allah, adakah kita bekerja dengan profesional? Teringat artikel seorang sahabat berkenaan "itqan".

nota sisi:
1) nihon = Jepun
2) nihonjin = Orang Jepun

mafuyu

Assalamu'alaikum,

Yuki kembali lebat beberapa hari ini. Bulan lepas keretaku patah ekzos dek terlanggar yuki keras. Yuki ketika turun memang putih dan lembut, tetapi jika perubahan ondo berlaku selama beberapa hari, ia berpotensi menjadi keras. Kalau betul kapal titanic boleh tenggelam terlanggar iceberg, logiklah juga kereta boleh patah ekzos.

Lagi sedikit gambar.

Berenang dalam yuki


Teka-teki: Yang belah kiri tu kereta ka, van ka, lori?


Josetsusha: Everyone is happy when this monster visits the neighbourhood=)

Sudah hampir empat tahun aku berada di Jepun, dan tahun ni Allah beri aku peluang untuk rasa sendiri bagaimana keadaan hidup dengan yuki yang bertimbun. Sebelum ni di Akita Kosen, aku tinggal di asrama, pergi kelas jalan kaki saja. Tapi tahun ni aku mula faham mengapa tidak sedikit nihonjin yang tidak begitu gembira bila yuki lebat.

Untuk ke kelas perlu bersedia kira-kira sejam lebih awal. Perlu peruntukan masa lebih kurang 30 ke 60 minit untuk buang yuki dari kereta, bergantung pada keadaan.

Sekadar berkongsi cerita, bukan mengeluh. Semuanya di atas kehendak Allah jua.

Tsutzuku...

mafuyu: the middle winter, pertengahan musim sejuk
yuki: salji
ondo: suhu
nihonjin: orang Jepun
josetsusha: snowplow, traktor yang kikis dan bersihkan yuki dari jalan
tsutzuku: to be continued...

MasterPIES

Assalamu'alaikum wbt,

Ada satu perkara yang ingin saya kongsikan sebenarnya, walaupun sedikit terlewat. Speaker program Winter Gathering yang lalu, Fazrul Ismail menjalankan program-program latihan untuk membangunkan individu-individu muslim.

Maklumat melalui program yang beliau jalankan boleh diketahui di website ini.(Klik)


Mahir dari segi fizikal, intelek, emosi dan spiritual. Salah satu program yang ditawarkan.

Saya bukan sekadar mengiklankan, tetapi saya mengajak semua kenalan dan pengunjung orenojinsei agar melawat sebentar laman web tersebut. Boleh jadi di sinilah bermulanya titik perubahan anda.


tsutzuku....

Wednesday, January 13, 2010

Shiawase

Assalamu'alaikum wbt,

Satu perkara signifikan yang aku belajar ketika Winter Gathering yang lepas, iaitu As-Sa'adah.

Seringkali selepas kita membaca cerita hikayat, monogatari, atau menonton drama dan filem, kita akan berjumpa dengan frasa "happily ever after". Pasangan kekasih yang dianiaya, berhempas pulas dengan dugaan, dan akhir cerita mereka dapat bersama. And they live happily ever after.... begitulah kebiasaannya.

Aku tidak katakan ia salah, kerana apapun ia adalah tafsiran manusia. Sesuatu yang di lihat berdasarkan kefahaman biasa.

Aku sendiri pernah merasakan diri ini sangat bahagia disebabkan beberapa sebab. Ketika tahun tiga di kousen, aku rasa bahagia kerana hampir setiap minggu boleh snowboard.

Di tahun empat aku rasa bahagia sebab boleh beli video game original, setiap kali ada game yang menarik aku order saja dari internet. Kalau kat Malaysia memang tak mampu beli.

As-Sa'adah
"Di kala datang hari itu, tidak ada seorangun yang berbicara, melainkan dengan izin-Nya; maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia. "

"Adapun orang-orang yang berbahagia, maka tempatnya di dalam syurga, mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain); sebagai karunia yang tiada putus-putusnya. "


(Hud: 105&108)

Signifikannya, as-sa'adah disebut di dalam ayat yang menceritakan tentang hari akhirat. Di dalam dua ayat ini sahaja, kalimah itu disebut.

As-Sa'adah itu di akhirat, bukan di dunia.

Bukan bermakna kita tidak boleh bergembira di dunia. Bergembiralah, tetapi ingatlah bahawa kegembiraan itu sementara.

Dan apakah pula jalan-jalan untuk memperoleh sa'adah?? .....



mata aimashou

Nota sisi:
1) shiawase = bahagia
2) monogatari = fairy tale


Monday, January 4, 2010

Nasib dan Nali

Assalamu'alaikum wbt,

Alhamdulillah aku telah mendapat kakak ipar pada 18 Disember yang lepas. Akad nikah telah diadakan di kajang. Kenduri pengantin perempuan di rumah kak zanira(kakak ipar), kenduri pengantin lelaki di rumah Uncle Ismail(pakcikku, adik kepada ibuku) juga di kajang.

Let the pictures tell the story...

Night Operation(regards to my dad)


Alhamdulillah, kahwin juga akhirnya.



Bumi diwarisi dari generasi ke generasi....

Aku dan Abang P kira-kira dua puluh tahun yang lalu

Dulu kita tak ada apa-apa, tidak wujud pun di muka bumi ini. Dari tak ada apa-apa kita lahir ke dunia, dilahirkan oleh generasi sebelum kita. Kemudian kita membesar dan jadi kanak-kanak macam gambar di atas. Masa terus berlalu, kita membesar lagi, tiba waktu dan jodohnya, kita berkahwin. Kemudian kita melahirkan pula generasi seterusnya. Generasi di bawah kita pula akan melahirkan generasi berikutnya.

Sunnatullah untuk khalifah bumi, bumi itu diwarisi dari generasi ke generasi. Tidak seperti malaikat yang tidak beranak dan tidak bergenerasi.

Menjadi tanggungjawab kita untuk mempersiapkan generasi di bawah kita, agar bumi diwarisi dengan kalimah tauhid yang terus berkumandang.

tsutzuku....

nota sisi
1) tsutzuku = to be continued