Thursday, October 29, 2009

Erti Setiap Pertemuan....

Kadangkala bila terlalu letih, aku asyik bermonolog kosong. Mengenang kembali manusia-manusia yang ditemui selama aku hidup.

Bermula dari kedua ibu-bapa, asbab kelahiran aku kedunia. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku nikmat beribu bapa.

Teman sepermainan sewaktu kecil. Tidak kedengaran lagi khabar mereka.

Rakan-rakan zaman persekolahan rendah dan menengah. Dah besar-besar belaka. Semuanya membawa diri dengan hala tuju tersendiri. Yang sudah berkahwin pun ada. Begitu juga, yang sudah dijemput mengadap ilahi. Siapa sangka mereka pergi lebih awal.

Aku asyik terfikirkan hikmah di sebalik pertemuan dengan insan-insan tersebut. Ianya manis.



Dan juga orang-orang yang mengajarku erti sebenar kehidupan. Terutamanya bila kurasakan amanah yang menghempap diri ini terlalu berat. Risau jika aku cuai dan leka sehingga mengabaikannya. Aku sering terkenangkan mereka, those who have made me a totally different person today.

Moga langkah kita diperkukuhkan...

Sunday, October 18, 2009

Jalan ke Jepun (Bahagian 11)

Sambungan dari bahagian ke 10

Natsu 2007 masih belum berakhir,

Aku akan mengikuti internship bersama rakan kelasku, Kikuchi-kun. Dia akan berinternship tiga minggu, aku dua minggu.

Chizu


Kikuchi- Lepas tamat pengajian di Kolej, dia terus kerja dengan Hitachi

Tempat yang dituju terletak di Oomika. Ada kilang dan pejabat R&D sekali di sini. Hatiku menjadi waku-waku bila hari bertolak semakin hampir. Kami dibayar elaun 1000 yen sehari (sekitar RM 38), penginapan di hotel ditanggung, sarapan dan makan malam di hotel juga ditanggung. Dari hotel ke kilang perlu berjalan kaki 20 minit.

Hari Pertama;
Tidak ramai gakusei yang berinternship kali ni, tapi kami cepat mesra. Mungkin kerena kami akan ke kilang yang sama dan bekerjasama untuk dua minggu seterusnya. Pada hari pertama kami tiba di kilang, kami dikumpulkan di tingkat bawah untuk tandatangan surat perjanjian dan claim duit perjalanan. Antara syarat yang perlu dipatuhi ialah tidak mendedahkan rahsia syarikat, dilarang mengambil gambar di dalam kilang dan macam-macam lagilah.

Kemudian kami dibawa ke pejabat, setiap orang diberikan meja masing-masing dan laptop, kemudian diperkenalkan kepada tutor masing-masing dan buchou. Aku dan empat orang lagi ditempatkan di bawah department of information and control system. Bunyi macam gah, tapi tugas yang kami terima sesuai dengan tahap kami sebagai orang baru belajar. Kemudian kami diberikan kadai masing-masing.

Hari pertama diteruskan dengan pelbagai taklimat. Peraturan pakaian, nametag, waktu bekerja dan macam-macam lagi. Ramai juga yang terlentok ketika mendengar. Sekali lagi kami diingatkan jangan mengambil gambar dalam kilang. Kemudian sebelum hari pertama berakhir, para tutor memaklumkan bahawa malam itu akan diadakan nomikai untuk sambut kedatangan kami semua.

Rasa berdebar-debar agak ketara selepas hari pertama berakhir. Di department tu aku dikelilingi nihonjin. Membawa diri sebagai muslim dengan keadaan jiwa yang lemah. Tapi Allah tetap menolong hambaNya.....

bersambung dalam bahagian ke 12

nota sisi;
1) chizu = peta
2) kadai = assignment, tugasan
3) gakusei = pelajar, student
4) buchou = head of department
5) nomikai = majlis minum-minum dan makan-makan
6) nihonjin = orang Jepun

Monday, October 12, 2009

Taufan

Assalamu'alaikum,

Taufan melur melanda nihon bermula rabu lepas, dan tiba di tempatku pada hari Khamis. Pihak sekolah mengumumkan cuti kecemasan pada hari tersebut. Ketika taufan, densha dan banyak pengangkutan awam tergendala dan angin kuat juga boleh mengancam keselamatan.



Alhamdulillah, tempatku Nagaoka tidak mengalami kerosakan teruk. Tetapi aku pasti majoriti telah mengambil langkah berkurung di dalam rumah ketika taufan. Tiada orang waras yang sukakan mudharat. Keesokan paginya aku keluar rumah, dan ternampak seekor kumo. Sarangnya masih elok walaupun taufan melanda hari sebelumnya.


Tatkala bumbung rumah boleh melayang, boleh pula sarang kumo bertahan. Menarik juga untuk dikaji sebab musababnya.

Kumo bersama anak-anak

Tapi kalau itulah yang dikehendaki Tuhan, maka itulah yang akan berlaku...

tsutzuku...

nota sisi:
1) kumo = labah-labah
2) densha = keretapi
3) tsutzuku = to be continued, bersambung
4) nihon = Jepun

Sunday, October 4, 2009

Rindu Bau Pohon Tin

Assalamu'alaikum,

Aku sempat singgah di Toyama dan Nagoya sebelum pulang ke Malaysia bulan Ogos yang lepas. Perjalananku dengan densha selama beberapa jam, dengan izin Allah juga memberi aku ruang untuk membedah lagi buku ketika dalam perjalanan.


Going home



Rindu Bau Pohon Tin,

Catatan pengembaraan di bumi syam(bukan aku yang mengembara)

Asalnya ia adalah himpunan catatan Abu Saif ketika berkelana di bumi Jordan dan ketika berprogram di Qatar. Kebanyakannya ada ditulis sebagai artikel di blog Saifulislam.com, tetapi membaca sambil memegang sebuah buku lain rasanya dengan membaca sambil merenung skrin pasokon.

Aku masih ingat ketika program Jalinan Ukhuwah di Niigata, kata-kata Mr Khaled dari Mesir dalam kuliahnnya. "Kita di sini bukan kerana kita yang terbaik, tetapi kerana kita dipilih Allah." Dipilih untuk berada di bumi asing, sambil memegang amanah untuk menuntut ilmu dan menolong agama Allah. Ia adalah ujian sebenarnya, bukan sekadar nikmat. Sedangkan ramai manusia yang tidak terpilih untuk berada lama di lapangan akademik. Ramai yang lebih cepat terjun sebagai syakaijin, ke tengah-tengah gelora masyarakat dengan cabaran yang lebih berat.

Sedikit sebanyak perlulah kita sedar, tanggungjawab di lapangan akademik, apatah lagi di luar negara. Tanggungjawab menuntut ilmu untuk membantu agama Allah. Terlalu sedikit amalku untuk agama ini. Kita menyeru diri untuk membantu agama Allah, tetapi sebenarnya kita menyeru diri untuk membantu diri sendiri. Tolong agama Allah bermaksud menolong diri sendiri. Lari dari menolong agama Allah, yang rugi adalah diri kita.

Dengar khabar Abu Saif akan tulis kompilasi catatan travelog yang baru.

Tsutzuku...

Nota sisi;
1) densha = keretapi
2) syakaijin = anggota masyarakat yang independent(boleh berdikari tanpa sokongan penjaga atau pihak ketiga)
3) pasokon = komputer