Monday, April 28, 2008

mudai 2

Assalamu'alaikum,

This entry has a connection with my previous entry, mudai. The daily store from which I got my kaimono bag, is running a campaign called "no reji bukuro day", which means "day without plastic bag". It is not an every day campaign, but only on the 5th, 15th and 25th every month.


no rejibukuro day

I haven't tried shopping on those days yet, but from my observation, most of the customers at the daily store still stick to plastic bags. Especially the old folks. Boleh kira dengan jari bilangan orang yang bawak kaimono bag.

My conclusion? It is hard to change the kangaekata when we are old. I am not saying it is impossible, but hard. If we want to shift our paradignm, we better do it now.


Hana

Bedah Buku


Aku nak kongsi sikit tentang buku yang aku baca, Muqadimah Aqidah Muslimin.


Sepatah kata dari buku(diedit sedikit)

"Aqidah merupakan teras dalam kehidupan Islam. Kita dapati bahawa umat Islam hari ini sangat lemah, kalau dibandingkan dengan umat Islam terdahulu. Umat Islam hari ini mudah terpengaruh dengan fikrah-fikrah(ideologi) yang dibawa oleh musuh-musuh Islam.
Bukan setakat itu, mereka juga telah menganggap bahawa pengertian akidah itu cukup dengan adanya pengetahuan mengenai rukun iman, cukup dengan percaya bahawa Allah yang menjadikan manusia dan Rasulullah adalah pesuruh-Nya, tanpa mengetahui tuntutan dari keimanan itu.
Selain itu, mereka juga tidak memahami bahawa iman dan amal merupakan dua perkara yang amat penting, dua perkara yang beriringan dan tidak terpisah walaupun berbeza takrif. Kerana amal itu adalah hasil daripada iman, dan iman pula tidak sempurna dengan amal. Ini telah dijelaskan oleh Allah dalam surah Al-Anfal ayat 2~4.

Taghut dahulu dan sekarang;

Taghut, jika diterangkan secara ringkas, ialah perkara-perkara yang melampaui batas dalam agama, apa-apa yang menyesatkan dan semua sembahan selain Allah SWT. Termasuklah rumah berhala, syaitan dan lain-lain. Kalau zaman dulu Firaun itu adalah taghut, kerana dia sesatkan manusia, suruh rakyat percaya dia tuhan. Begitu jugak berhala-berhala, dari zaman dahulu hinggalah zaman arab jahiliyyah.

Taghut zaman sekarang pun tak banyak beza dengan dahulu. Tapi selain tu, di zaman moden ni muncul ideologi-ideologi(fikrah) moden yang dengan jelas meletakkan agama sebagai benda yang diperintah, bukan yang memerintah. Komunisme, sekularisme, dan segala macam isme isme lagi. Pada tahun 1924 juga, khilafah Islam yang telah bertapak lebih 1300 tahun telah runtuh, digantikan dengan sekularisme. Inilah antara taghut yang kadang-kadang kita terlepas pandang(semoga tidak). Ia bukan lagi dalam bentuk berhala-berhala yang dipuja, tetapi ideologi yang menjauhkan kita dari Islam.

Robot zaman sekarang

Aku nak kongsi satu artikel. Pertama kali baca ketika dikirim oleh seorang sahabat. Dan kemudian aku terjumpa artikel tu di sebuah blog.

Selama aku kat sini, aku berpeluang jumpa macam-macam robot. Apatah lagi Jepun memang dihadapan dalam bidang ni. Kat kilang misalnya, semua robot diprogram untuk tujuan masing-masing; menebuk, mengimpal dan banyak lagi. Semua robot tu melakukan tugas dengan cekap dan pantas. Kandou shichatta. Bila dah lama digunakan, robot tu akan rosak, seperti juga semua benda lain sebab tak ada benda yang kekal kecuali Dia. Tapi kalau aku jadi robot tu, aku puas hati, sebab selama aku di kilang aku telah menjalankan tugas aku dengan baik. Aku dah sempurnakan tujuan aku, untuk memastikan kilang beroperasi. Gijutsusha yang design aku mesti bangga dengan aku.

Tapi robot yang kat bawah ni, merupakan robot paling canggih. Canggih dari segi keupayaan untuk mengatasi kelemahan. Cuma sedihnya, secanggih-canggih robot ni, bukan semua yang menyempurnakan tujuan asal ia diciptakan.

Robot Makan Elektrik

Assalamualaikum wth wbt..

Afwan kerana lama tidak mengupdate blog. Terima kasih kepada incik anonymous kerana menyuruh saya update, kalo tak, sure tak update punya aaah.. eheh.

Kali ni saya nak citer pasal satu citer yg kawan saya citer kt saya pasal robot.



Pada satu ketika di zaman robot sudah banyak di dunia, terdapat seorang engineer robot yg ingin mencipta satu robot yg paling power skali di dunia. Dia membayangkan akan membuat satu robot yg boleh menandingi kehebatan robot Asimo yg bercap HONDA yang mampu menari-nari mengikut rentak muzik nashit jiwang.

Maka dibuatlah robot itu seteliti mungkin, daripada sekecil-kecil sel hinggalah sebesar-besar organ-organ robot itu dibuat sangatlah teliti. setelah usai bahagian pembuatan robot itu, kini tibalah masa untuk robot itu diprogramkan. inilah antara programming yg dibuat ke dalam cpu robot itu.

Nama: MAN-u-SIA LayCar
Keje: 1. cucuk plag 3 pin 13 ampere di suis2 utk Makan Letrik.
2. if 1. is accomplished : pusing-pusing bazirkan letrik utk cari suis utk cucuk plag
3. ulang 1 dan 2 sampai mampos.

maka MAN-u-SIA LayCar itu pun menjalankan kerja yg diprogramkan dalam otaknya itu.

cucuk, jalan, cucuk, jalan, cucuk, jalan. Cucuk utk charge bateri dan jalan utk cari tempat lain utk charge balik.Begitulah kehidupan robot itu utk 64 tahun, 8 bulan, 16 hari, 13 jam, 35 minit, 43 saat.

Pada saat yang berikutnya, wayar-wayar dalam badan robot MAN-u-Sia LayCar pun rosak akibat penggunaan yang beterusan tanpa menservisnya selalu. Maka tamatlah riwayat MAN-u-Sia LayCar tanpa menyumbang apa pun untuk kemaslahatan sejagat. Dia juga gagal untuk mengalahkan Asimo yang mampu menari-nari mengikut rentak muzik nashit jiwang.

apakah ibrah (pengajaran) dari citer ni?

“ Maka adakah kamu menyangka bahawa sesungguhnya Kami menciptakam kamu main-main(tanpa tujuan) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami (Almukminun:115)“

Jadi, adakah kita mahu menjadi seperti robot di atas, yg hidupnya hanya bermatlamat "Mengenyangkan perut agar boleh dapat tenaga, dari tenaga boleh pegi kerja, dah kerja dapat gaji, dapat gaji beli beras kenyangkan perut agar dapat tenaga utk pergi kerja."

Jika hidup ini satu kitaran, maka keluarlah kita dari kitaran bodoh ini, agar tidak menjadi orang yang rugi di hadapan Sang Pencipta kerana sudah pastilah tujuan kita diciptakan bukanlah untuk mengenyangkan perut, dan degn perut yg kenyang utk mencari kerja, kerja sampai perut lapar, dan dapat duit kerja tadi kenyangkan balik perut.

Adakah tugas wakil di muka bumi (2:30) hanya sekadar berkisarkan aktiviti-aktiviti di dalam perut? Fikir-fikirkan lah..


wallahua'lam

Peringatan untuk diri aku terutamanya...

nota sisi;
1) mudai = titleless, tidak bertajuk
2) reji bukuro = plastic bag, beg plastik
3) kaimono = shopping, beli-belah
4) kandou shicatta = impressed, kagum
5) gijutsusha = engineer, jurutera
6) hana = flower, bunga
7) kangaekata = mindset, cara berfikir

Monday, April 14, 2008

Sukiyaki

Assalamu'alaikum,

Sukiyaki with akitarians
Early last month me and other akitarians had a sukiyaki together. I don't know how to explain it accurately, but you can consider it as a steamboat dish. Usually Japanese use mirin in their sukiyaki, but of course we exclude that to make it halal. Oishikatta. Alhamdulillah, Allah's kindness is uncountable and cannot be measured. At the same time we must not forget other muslims, who are living in terror and destitute. At least do remember them in our do'a.


And how is it made? Just put evertying into the hotplate, pour the sauce and let it cooked. Normally people eat it with rice.


zairyo


Hamburkan semuanya ke dalam hotplate


dekiagari

Fitna...


Fitnah finah. Mesti kawan-kawan tau apa yang aku maksudkan. Filem pendek yang dihasilkan oleh seorang ahli parlimen Belanda, Geert Wilders.
Sememangnya filem "fitna" suatu penghinaan kepada Al-Quran khasnya dan Islam umumnya. Nak tau lebih lanjut? klik sini. (Jangan tak klik).

Aku sendiri pun tak tengok lagi filem tu. Tapi berdasarkan apa yang aku baca, dalam filem ni dipetik beberapa potong ayat-ayat Al-Quran yang memerintahkan orang Islam memerangi musuh-musuh Islam. Tapi si pembuat filem ni telah memetik ayat-ayat ni separuh-separuh dan menghuraikannya secara tidak adil untuk mengelirukan pembaca terutamanya orang bukan Islam bahawa Islam ni ganas.


Reaksi orang Islam pun pelbagai. Ada yang suruh boikot. Ada yang tak setuju. Sama ada nak boikot atau tak, aku rasa sangatlah penting untuk menerangkan kepada mereka yang keliru mengenai perkara yang sebenar. Kalaulah ada orang tanya "betulke dalam Al-Quran ada perintah suruh bunuh orang? ". Kemudian kalau ada kawan bukan Islam kita yang tanya "betulke Al-Quran suruh perangi
orang bukan Islam? ".

Cuba kawan-kawan baca di sini dan sini(Klik jangan tak klik).

Memang betul, tapi bukan sewenang-wenangnya. Ada syarat-syaratnya.

Dan jika dilihat dari segi sejarah, ia juga merupakan perintah Allah kepada orang Islam dalam menangani ancaman-ancam
an musyrikin Mekah dan musuh-musuh Islam ketika itu. Allah Maha Mengetahui.

Kerajaan Belanda dan ramai lagi pihak membuat kenyataan bahawa mereka tidak menyokong tindakan si pembuat filem ni. Sebenarnya aku mengharapkan tindakan yang lebih drastik.

Walauapapun, kita harus sedar banyak lagi isu lain yang kita perlu bagi perhatian. Dan banyak lagi usaha yang kita kena buat. Marah dihina Geert Wilders(bagus, semoga kita marah dengan ikhlas), tapi jangan sesekali kita pula yang hina kesucian Islam tu sendiri. Hina melalui akhlak kita yang buruk, melalui ke
mungkaran.

Sakura no hanashi
Sakura dah mula mekar di bandar Akita, tapi masih belum mangkai. Insya Allah sekitar minggu depan akan kembang penuh. Its my 3rd time watching the full bloom.


Kehebatan Pencipta

Hanashi wa kokomadedesu. Tsutzuku...

Update on 15/04/2008
IPIJ melancarkan tabung untuk pembiayaan penerbitan risalah dakwah kepada non-muslim.Maklumat lanjut boleh didapati di sini . (sila klik).Harap dapat disebarkan kepada rakan-rakan yang lain.Yoroshiku onegaishimasu.


Nota sisi:
1) sukiyaki = click here
2) mirin = sweat
sake(a kind of japanese alcoholic ingredient used in cooking)
3) oishikatta= past tense for "delicious" (present tense = oishii)
4) akitarian = nickname for Malaysians living in Akita
5) hanashi wa kokomadedesu = sampai sini saja ceritanya
6) zairyo-=ingredients
7) dekiagari = siap
8) sakura = pokok bunga ceri
9) mangkai = full bloom, kembang penuh