Sunday, August 23, 2009

Mudai 4

Assalamualaikum,

Somehow, kelajuan internet yang agak perlahan di rumah telah melemahkan kemahuanku untuk menulis di orenojinsei. Aku juga mengalami kesukaran mengupload gambar.

Alhamdulillah, semesterku tamat pada 31 Julai. Shiken juga tidak ada masalah besar, tapi banyak ruang yang perlu diperbaiki. Pada 8 Ogos, aku ke Fukushima-ken, ada perkhemahan bersama keluarga. Sahabatku yang juga ahli TIM, cmusafir telah ziarah ke Nagaoka pada 10 Ogos. 12 Ogos, aku singgah Toyama-ken. 13 Ogos pula ke Nagoya untuk jaulah kecilan biro IPIJ.

15 Ogos aku pulang ke Malaysia. 16 Ogos pegi jumpa orang penting di KL.

Melemahkan Nafsu

19 Ogos, aku ke Perlis untuk berjumpa bekas jurulatih. Sempat juga singgah disurau Taman Jali dan dengar kuliah sempena kedatangan Ramadhan. Dalam kuliah yang hampir sejam itu, banyak ilmu yang dicurahkan. Tapi memoriku tidaklah sekuat mana. Haa, tak mau pulak bawak pen dan kertas.

Tapi aku masih ingat antara yang disebut dalam kuliah tersebut, perkara yang perlu dilakukan untuk melemahkan nafsu.
1) Jangan makan banyak
2) Jangan minum banyak
3) Jangan tidur banyak

Tinggal lagi seminggu aku di Malaysia, insyaAllah jika umur panjang. Harap dapat jumpa abang dan adikku sebelum pulang.

Kalau ada kesempatan aku akan cerita dengan lebih kuwashii.

Tsutzuku...

Nota sisi;
1) shiken = peperiksaan
2) kuwashii = teliti
3) tsutzuku = bersambung, to be continued

Wednesday, August 5, 2009

Natsu no doubutsu

Assalamu'alaikum wbt,

Salam Ramadhan,

Natsu kali ini sedikit berbeza. Ketika di kosen dahulu, aku tidak menyedarinya, mungkin kerana tinggal dalam bangunan asrama yang sedikit terpisah dari pokok-pokok. Di sini kehadirannya sangat dirasai. Hampir setiap masa suaranya memenuhi ruang-ruang hidupku di rumah. Walaupun amplitud bunyinya agak kuat, tidak pula telingaku rasa bingit, malah ada unsur ketenangan. Tidak seperti kenderaan besi yang lalu lalang di jalan berhampiran. Doubutsu itu adalah cengkerik.


Pokok-pokok di luar rumah; habitat yang disukai cengkerik

Dan lagi satu ialah kumo. Di bawah tangga, di ampaian, di celah pintu, asal boleh dia akan bina sarangnya. Pernah suatu hari aku pulang ke rumah pada waktu malam dengan jitensha. Keesokan harinya ketika hendak keluar semula, seekor kumo telah membinah rumahnya di atas jistensha ku! Kagum dengan kepantasan dan ketekunannya membina rumahnya yang fukuzatsu itu, hanya dalam tempoh semalaman.


Spot the spider. kumo;arkitek yang hebat. Dia bina rumah atas ampaianku


Bedah Buku

Lama sudah tidak menulis tentang bedah buku. InsyaAllah kali ini nak cerita secara ringkas tentang buku "Bekalan Di Sepanjang Jalan Da'wah" tulisan Mustafa Masyhur. Aku tidak pasti sebutan tajuk asal buku ini dalam bahasa Arab, mungkin ada pembaca yang boleh berkongsi.

Setiap orang yang bermusafir mestilah mempunyai bekalan yang diperlukan di dalam perjalanan. Dengan itu dia menyediakan sebab musabab yang membolehkannya meneruskan perjalanan agar dapat menuju matlamatnya. Dia juga membuat pertimbangan terhadap apa yang akan berlaku di dalam perjalanannya. Kemungkinan berlaku sesuatu yang menghadang jalannya dan menghalang ia meneruskan perjalanannya. Adakalanya berlaku sesuatu yang menjauhkannya dari matlamat atau sekurang-kurangnya mencacatkan perjalanannya.

Jalan da'wah adalah segala-galanya di dalam kehidupan seorang da'i kepada Allah. Ia adalah jalan yang paling utama untuk diberikan perhatian. Mestilah ada bekalan yang memelihara dari terpesong, terhalang, terhenti, terbantut atau tergelincir jalan.

Dari suatu sudut pula, buku ini dapat membawa pembaca untuk lebih menghayati amal kerana Allah swt. Bagaimana amalan kita dapat memacu tindakan dan pergerakan kita.


Sama ada anda mengganggap diri anda penda'wah atau tidak, bacalah dan hayatilah buku ini jika berpeluang!


Da'wah dan Perniagaan

Ada yang beralasan "ilmu aku tak cukup lagi". Seorang saudaraku telah memberikan satu analogi. Aku tak pasti dari mana dia rujuk analogi ini, maka usahlah jadikannya suatu dalil, tapi sangat elok untuk difikirkan bersama.

Katanya da'wah itu ibarat satu perniagaan. Dan ilmu pula adalah modal perniagaan.

Jika nak berniaga besar-besar, modal kenalah banyak.

Dan jika ingin meluaskan ruang lingkup dan kemahiran da'wah, maka ilmu juga kenalah banyak.

Tapi kalau modal kita sikit pun, kita masih boleh berniaga kan? Jadi jika ilmu kita sikit pun, kita masih boleh bekerja.

Selamat berniaga dan selamat menambah modal.

Tsutzuku....

nota sisi;
1) natsu = musim panas
2) doubutsu = haiwan
3) kosen = kolej teknikal
4) kumo = labah-labah, maksud lain ialah awan
5) jitensha = basikal
6) fukuzatsu = rumit, complicated