Saturday, June 26, 2010

Back From Hospital

Assalamu'alaikum,

Aku baru pulang dari Hospital siang tadi. Jadi translator untuk seorang sahabat yang mengadu sakit dada dan batuk. Menurut sensei, tidak ada masalah dengan organ dalaman. Mungkin disebabkan terlalu kerap batuk, tulang rusuk asyik bergesel dengan otot di dada, hingga menyebabkan kesakitan. Alhamdulillah.

Tadabbur di hospital



Nagaoka Nishi Byouin

Walaupun aku tidak pernah menerima rawatan hospital di nihon, ini bukanlah kali pertama aku ke hospital. . Ketika di Akita, pernah dua kali aku ke hospital untuk ziarah. Kali pertama ziarah senpai yang kena apendiks. Kali kedua ziarah senpai yang mengalami masalah saluran darah tersumbat.

Di Nagaoka, sebelum ini juga aku pernah menjadi translator untuk sahabat yang sudah berkeluarga. Jadi walaupun tidak menerima rawatan, sedikit sebanyak aku sudah faham prosedur dan suasana hospital di nihon.

Berlegar dan menunggu di hospital, dari satu sudut sangat menginsafkan. Aku perhatikan ramai nihonjin-nihonjin yang tua di hospital, dalam pelbagai keadaan. Memerhatikan mereka, asyik mengingatkan aku usia mudaku sekarang. Aku sudah 23 tahun. Pembaca orenojinsei juga majoriti orang muda bukan? Di kalangan orang tua itu ada yang jalan terhenjut ada yang bongkok.

"Dan barangsiapa yang Kami panjangkan umurnya niscaya Kami kembalikan dia kepada kejadian(nya). Maka apakah mereka tidak memikirkan?" (Yasin: 68)

Kembali kepada kejadiannya, yakni kembali menjadi lemah dan kurang akal. Kita sebagai makhluk adalah lemah. Lahirnya kita dalam keadaan bayi, adalah antara keadaan paling lemah. Kemudian kita membesar, Allah kuatkan tubuh badan kita. Dan apabila kita tua, kita kembali menjadi lebih lemah. We have been reminded about this.

Kena juga dengan pesan Nabi, ingatlah masa mudamu sebelum masa tua. Sihat sebelum sakit.

Pengurusan hospital di sini teratur. Kalau pesakit ramai sekalipun, perjalanannya lancar.


Pengalaman Di Malaysia

Aku pernah berurusan di hospital Malaysia dua kali. Kali pertama di hospital swasta metro, di Sungai Petani. Tulang paha berasa pelik dan sedikit sengal, jadi ayahku bawa ke situ. Lepas diperiksa, doktor kata tak ada masalah. Bagi sedikit masa, insyaAllah rasa sengal tu hilang. Dan alhamdulillah lepas tu memang hilang.

Kali kedua di hospital kerajaan, juga di Sungai Petani untuk medical check-up, sebelum datang ke Nihon. Dari pagi sampai tengahari aku pusing hospital tu, kerana ada banyak ujian perlu dibuat. Yang paling berbekas di ingatan dua saja, ujian jenis darah dan ujian darah. Ujian jenis darah, seorang pegawai perubatan meletakkan sejenis device di jari, kemudian ada bunyi dan tak semena-mena darah keluar. Dari situlah darah diuji dan jenis darah diketahui. Simple saja.

Satu lagi ujian, blood test. Aku tak ingat apa yang dikaji, kerana kuantiti darah yang diambil lebih banyak. Doktor suruh aku genggam tangan, sampai urat timbul. Dia aim pada pergelangan siku dengan picagari yang saiz jarumnya agak menakutkan. Tidaklah terlalu sakit, tetapi senarionya agak ngeri. Mujur aku tak pitam.

Keadaan di hospital Sungai Petani sedikit sesak. Nisbah pesakit yang datang, aku kira hampir sama saja muda dan tuanya. Tidak ketara beza umur.

Adakah Malaysia sekarang masih mengalami masalah kekurangan doktor? Doktor kurang, atau pesakit yang ramai?

Teringat sebuah artikel abu saif. Hoping for a better future, aamiin.

Tsutzuku..

1) nihon = Jepun
2) Tsutzuku = bersamung
3) sensei = doktor
4) nihonjin = orang Jepun
5) byouin = hospital
6) nishi = barat




No comments: