Sunday, January 4, 2009

Jalan ke Jepun (Bahagian 6)

Sambungan dari bahagian ke lima

Masih lagi fuyu 2006,

Beberapa hari setelah fuyu yasumi bermula, aku dan Affir bergerak ke Toyama, atas hajat untuk bertemu rakan. Beberapa hari dihabiskan di sana, kemudian kami pulang ke Akita. Namun sedikit masalah timbul di tengah jalan. Angin ribut melanda di kawasan laut Jepun sekaligus mengganggu perjalanan densha kami. Banyak densha yang dihentikan perjalanannya kerana bimbang akan diterbalikkan oleh angin yang kuat. Hanya beberapa densha saja yang masih digerakkan, itu pun dengan kelajuan yang rendah untuk mengurangkan risiko kemalangan.



Atas dasar kemanusiaan,

Mengikut rancangan asal, kami mahu pulang dengan densha biasa saja kerana tambangnya murah. Disamping itu ada juga densha ekspress yang lebih laju tetapi lebih mahal.

Malangnya disebabkan ribut, hampir semua densha biasa tidak dapat bergerak. Aku dan rakan-rakan yang lain terkandas di sakata eki. Satu-satunya densha yang akan meneruskan perjalanan ke Akita adalah densha ekspress, yang mana aku tidak ada cukup wang untuk menaikinya.

Aku bertanya pada pegawai di situ walaupun aku tahu dari segi peraturan, aku tidak boleh menaiki densha ekspres. "Sepatutnya awak tak boleh naik. Tapi naik senyap-senyaplah ye." Alhamdulillah, dapat juga aku bergerak ke Akita. Rasanya pegawai tu juga faham, dengan keadaan ribut ketika itu. Dan dia juga bertolak ansur, mungkin atas dasar kemanusiaan. Nihonjin yang sangat kibishii dan cerewat dengan peraturan itu juga, masih mampu bertolak ansur denganku.

Termengah juga apabila aku cuba membandingkan situasi ini dengan apa yang berlaku di palestin. Pelik, hairan dan ajaib. Negara yang pemimpinnya Muslim, menutup pintu sempadan sekaligus membantutkan penghantaran bantuan kepada mangsa di Palestin. Walaupun dari segi zahirnya mereka juga seagama. Jika tidak mahu membantu atas dasar seaqidah, mereka tidak pula membantu atas dasar kemanusiaan. Apa boleh buat, bila pegangan nasionalisme dah menebal, hinggakan sifat kemanusiaan turut terhakis. Atau mungkin juga mereka dah menjadi pak turut kepada musuh-musuh sebenar di balik tabir?

Tiba saja di Akita, kami berjalan kaki pulang ke asrama dalam kesejukan. Jalan raya juga sedang membeku, kalau ada kasut luncur, boleh saja meluncur.

Tahun itu juga, yuki yang turun agak sedikit jika dibanding dengan tahun-tahun kebiasaan. Sekali lagi aku tidak mampu mengesahkan atau membandingkan perkara tersebut, kerana ia adalah fuyu yang pertama bagi ku. Tak kisahlah yuki banyak atau sikit.

Saki baki semester terakhir tahun pertama di Jepun diteruskan seperti biasa. Haru yasumi yang berikutnya, aku pulang ke Malaysia selama hampir empat minggu...

bersambung dalam bahagian ke tujuh...

nota sisi
1) fuyu = musim sejuk
2) yuki = salji
3) nihonjin = orang Jepun
4) kibishii = tegas
5) densha = keretapi
6) yasumi = cuti
7) haru = musim bunga

3 comments:

KA said...

salam...akhirnya jalan ke jepun part 6 dah keluar yay :P

laa tunggu...thnx for the update

KA said...

*lama tunggu

nbo_3 said...

Assalamu'alaikum. Alhamdulillah, ada lagi kekuatan untuk menulis.