Tuesday, February 3, 2009

Jalan Ke Jepun(Bahagian 7)

sambungan dari bahagian ke-6

Haru 2007,

Pejam celik dah setahun aku di nippon. Jikang wa hayai desune. Atau aku yang tidak mengisi masa sebaik-baiknya, sehingga banyak masaku ditong sampahkan?



Aku bertolak dari lapangan terbang Narita bertiga, bersama Affir dan Saniy Sendai. Perasaan ketika pulang bercampur baur. Namun semestinya aku tak sabar untuk kembali ke pangkuan keluarga. Tiba saja di KLIA, kami bertolak pulang, sempat pula singgah di hentian rehat untuk pekena nasi lemak di waktu malam. Oishikatta.

Bandar kelahiranku Sungai Petani juga sedikit berubah. Lebih banyak jalan dibuka. Prasana juga bertambah serba sedikit. Cuma sungainya saja yang masih mengecewakan. Penduduknya pula, susah nak komen kerana aku tidak banyak bergaul. Walaupun aku lahir di sini dan rumah asal keluargaku disini, aku lebih banyak menghabiskan masa remajaku di Sarawak dan Kuala Lumpur. Dah lost contact dengan rakan-rakan sekolah rendah.

Tempatku di Akita, Jepun tidak ada masjid. Ada musolla yang diusahakan pelajar universiti tapi jauh. Alhamdulillah, rindu pada suara azan terubat jugak. Memang rugi sesiapa yang dengar azan tapi sengaja tak mahu berjemaah di Masjid. Sepanjang cuti ini juga aku manfaatkan masa untuk menziarahi saudara-mara. Cuma sedikit sedih kerana tak sempat berjumpa nenekku yang meninggal ketika aku masih belum pulang.

Di hujung bulan Mac aku bertolak semula ke Nippon untuk meneruskan pengajian. Aku memulakan pengajian sebagai yo nen sei dengan jadual yang agak padat. Tiga belas subjek perlu dilepasi untuk semester pertama.

Aku dapat rasa sedikit kelainan kali ni. Jika ketika san nensei aku bersemengat untuk merantau, kali ini terasa diri lebih pasif. Lebih suka mengurung diri sambil berhempas pulas melangsaikan shukudai. Ketika itu juga aku telah memulakan blog ini orenojinsei, setelah menerima galakan daripada sifuku Amir.

Tunggu punya tunggu, akhirnya natsu kembali lagi dengan bahang kepanasan yang menyengat. Walaupun natsu yasumi hampir dua bulan, aku tidak pulang kerana ada misi khas.

Bersambung dalam bahagian ke lapan...

nota sisi;
1) kikoku = pulang ke tanah air
2) haru = musim bunga
3) natsu = musim panas
4) yasumi = cuti
5) oishikatta = sedap
6) jikang - masa
7) hayai = pantas, laju
8) nippon = jepun
9) yo nen sei = pelajar tahun empat
10) san nen sei = pelajar tahun tiga
11) shukudai = kerja rumah, assignment

3 comments:

lrh said...

nape dgn sungainye?

p/s: nak tambah ckit, masa ni jgk naim tak pegi alumni..^^

KA said...

wow banyaknya subjek...apa kah subjek-subjek itu??

btw nak tanya, uni apa yg preferable in japan for chemical engineering?? thnx

nbo_3 said...

LRH:air sungainya kurang bersih. Tak hadir untuk alumni disebabkan masalah peribadi.

KA:Banyak juga. Maaf tak dapat recall satu-satu. Kebanyakkannya ada kaitan dengan Electric Eng. Kawan saya kata untuk chem engineering, Kyushu University atau Kyoto Univeristy adalah pilihan yang bagus.