Wednesday, January 7, 2009

Cerita tak rasmi winter gathering...

Assalamu'alaikum wbt,

Seketika telah berlalu sejak winter gathering yang lepas. Banyak yang boleh dikongsi dari program tersebut tapi aku tangguhkan dahulu.


Sasaran Cuti Musim Sejuk



Densha malam ke Toyama

Sebelum pulang ke Akita, aku berkesempatan singgah di Nagaoka Kosen, dan bertemu dengan zul, dhuan, yeh dan batuterang. Dalam bilik Zul ada banyak juga buku-buku yang memikat mata. Aku capai sebuah buku yang aku kira tidak berat untuk dibaca.


Sehari suntuk...

Buku berkisar tentang Sultan Muhammad bin Murad, yang digelar al-fateh bermaksud "pembuka". Ia tidak ditulis seperti sebuah ronbun yang penuh maklumat-maklumat halus. Penceritaannya lebih ringan dan mudah dihadam, memadai untuk aku hayati usaha-usaha Sultan Muhammad Al-Fateh dalam memimpin tenteranya menakluk Constantinople.

Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Membacanya memberi gambaran ringkas urutan-urutan peristiwa dan tindakan sepanjang misi membenarkan janji Rasulullah S.A.W. itu. Percubaan-percubaan awal menakluk Constantinople, kehidupan Sultan Muhammad ketika kecil, usaha mengislah tentera dan rakyatnya, memanfaatkan teknologi meriam dari seorang bernama Urban, bertindak di luar pemikiran musuh. Syarat kemenangannya ialah Raja yang baik dan tentera yang baik

Bagaimana pula dengan kemenangan Islam di akhir zaman? Apakah syaratnya?......


Orang Turki dan budaya membaca,
Lama juga tak bedah buku di orenojinsei. Sebut tentang buku, aku ingin berkongsi pengetahuan yang disampaikan oleh speaker Winter Gathering yang lepas iaitu Ustaz Ramadhan.

Kita sedia maklum setelah Khilafah Uthmaniyyah runtuh pada Mac 1924, Turki melalui proses pembaratan yang menyeluruh. Banyak undang-undang dan larangan diadakan untuk menyekat syiar Islam. Azan dalam bahasa arab dimansuhkan, huruf arab diganti secara total dengan huruf rumi. Semuanya agar tidak ada lagi generasi yang berpegang dengan Islam secara keseluruhan.

Namun kita lihat hari ini, apa yang dirancang oleh musuh-musuh belakang tabir dan golongan kemalist itu tidaklah terjadi sesempurna seperti yang mereka harapkan. Kini di Turki secara kasarnya orang Islam boleh dibahagi kepada dua golongan. Yang pertama ialah mereka yang memisahkan agama dari kehidupan. Yang satu lagi ialah mereka yang masih beriltizam dengan ajaran Islam seboleh mungkin. Yang diatas pagar, susah nak jumpa.

Mungkin kita tertanya-tanya, setelah Turki melalui proses pembaratan yang melampau, malah angkatan tentera dan sebilangan besar kumpulan pemerintahnya juga berotak sekular, seruan-seruan Islam di sana masih tidak dapat dihapus secara total. Mengapa? Di Turki tidaklah mudah bertemu majlis-majlis ilmu secara terbuka. Apatah lagi amal-amal lain yang bersangkutan syiar Islam.

Akan tetapi orang Turki suka membaca. Budaya membaca menjadi salah satu faktor, pencinta-pencinta Islam di sana terus mendapat tarbiyyah dan suntikan semangat untuk istiqamah dengan perjuangan mereka.

Kepada diri saya dan pembaca-pembaca orenojinsei, tanamlah budaya membaca. Semoga menjadi salah satu usaha pembaikan dan membina kesedaran diri, ke arah masyarakat dan kesatuan yang mantap. Ini perlu untuk kepentingan jangka masa panjang. Hari ini kita lihat saudara-saudara di Palestin, terutamanya di Gaza terus dan terus dizalimi. Kita mampu mengutuk, mengecam, berkorban harta, memboikot, dan berdoa. Teruskan usaha masing-masing. Tapi tidak mahukah kita bina negara dan organisasi yang betul-betul ikhlas membantu mereka atas dasar jihad?

Nota sisi:
1) densha = keretapi
2) ronbun = tesis

6 comments:

Anonymous said...

al-fateh bukan pembuka ke maksud die? mcm surah al-fatihah
---------
malu bertanya sesat jalan,sesat jalan padan muka :D

nbo_3 said...

Terima kasih atas teguran. Boleh jadi sensei bahasa arab aku lepas ni =)

Irfan Jani said...

Nama bentong deskedo tu. Hihi. Salam perkenalan Bentong.

Nampaknya NBO merekomen buku menarik tahun ini. Akan disambar juga nanti. Hehe.

nbo_3 said...

Banyak juga buku menarik dalam bilik Zul tu. Tapi tak berkesempatan nak garap kesemuanya.

Anonymous said...

huhu nak pinjamlah nanti suke sgt sejarah2 islam ni.

ajiq said...

buku tajuk imam syafie pun best gak d baca.....bleh tiru kesungguhan pengasas mazhab syafie cari ilmu..;-p