Thursday, January 22, 2009

Masa Umpama Nyawa

Assalamu'alaikum wbt,


Buat apa tu dik?

Terbaca di blog seorang sahabat berceritakan tentang kisah sekolah lama. Rasa rindu pula. Sayangnya kita tidak boleh memutar masa ke belakang. Tetapi perkara lalu boleh dijadikan pedoman untuk meneruskan hidup.

Teringat pula kata-kata ketua pelajar sekolah lama ku di Kuala Lumpur. Katanya "masa itu nyawa", kerana masa yang berlalu, manusia tak dapat peroleh dengan apa cara sekalipun. Emas pun tak dapat membelinya. Ibarat nyawa kita, apabila telah dicabut, maka tiadalah ia kembali, kecuali dengan kehendak Allah SWT.


Sambung cerita Winter Gathering...

Ikut Tuan Pengarah dari belakang


Team Roadbuilder. Memberi itu memang manis(gambar ambil dari blog Kak Az)

Ketika sesi "masa umpama pedang" Winter Gathering yang lepas, seorang sahabat telah berkongsi satu analogi yang menarik berkaitan pengurusan masa. Dia memberikan contoh sebuah bekas, batu besar, batu kecil dan pasir. Saya ingin menambah satu benda lagi iaitu debu.

Ruang dalam bekas = masa yang kita ada
Batu besar = perkara penting dan urgent
Batu kecil = perkara penting tetapi tidak urgent
Pasir = perkara bermanfaat, tetapi tidak penting dan tidak urgent
Debu = Perkara tidak bermanfaat, apatah lagi penting dan urgent.

Andaikata kita dikehendaki mengisi bekas tersebut dengan tiga jenis benda di atas, yang manakah patut diisi dahulu? Jika kita isi dengan banyak pasir, kemudian dengan batu besar maka sedikitlah batu besar yang dapat diisi, kerana batu besar tidak dapat menyelit di celah-celah pasir itu.

Lain kes pula jika kita isi dahulu bekas itu dengan batu besar hingga penuh. Kemudian diikuti dengan batu kecil. Batu-batu kecil itu serba sedikit akan memenuhi ruang-ruang diantara batu besar. Diikuti pasir, serba sedikit dapat memenuhi baki ruang-ruang yang tertinggal. Akhirnya, bekas itu berjaya diisi dengan ketiga-tiga perkara secara efisyen, tanpa meninggalkan ruang kosong yang tidak diisi. Debu pula? Jauhkanlah dari debu-debu ini. Ia hanya akan merugikan. Tapi realitinya, terlalu banyak debu yang wujud hingga mencuri sedikit sebanyak ruang di dalam bekas.

Alangkah baiknya jika kita dapat menanam pesan Nabi S.A.W. di dalam hati kita.

"Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya."

(Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian.)


Procrastination


"Procrastination is attitude's natural assasin. There's nothing so fatiguing as an uncompleted task."

Sejak kembali dari Winter Gathering juga, aku sedang cuba memanfaatkan daily planner sebaik-baiknya. Alhamdulillah, memang dapat rasa kelainan. Kurang masa yang terbazir. Mudah juga untuk muhasabah balik apa yang telah kita lakukan setiap hari.

Zaman sekarang, mungkin bagi mereka yang sudah jelas dengan matlamat hidup sekalipun, seringkali dilekakan oleh banyak perkara. Hanya dengan sebuah peti televisyen sekalipun, rancangan harian kita boleh musnah. Bukanlah aku bermaksud kita tak boleh tengok TV, tapi kena bijaklah kan. Pun begitu, hakikatnya kita sering terbabas, betul tak? =). Termasuklah diri hamba yang lemah ini.

nota sisi
1) procrastination = sikap menangguh kerja

4 comments:

rafizzi said...

alhamdulillah..
banyak pengongsian ilmu dalam post ni.. best baca ^^
jzkk kpd yg menulis..
ok..
wsalam..

salam mujahaddah dari bumi perancis..

Anonymous said...

pengalaman yang tak boleh dilupakan la sodok salji tu. mmg unik! aku rasa kat akita dah biasa? sbb di sendai takkan dapat sajli setebal itu!
WG otsukare!

nbo_3 said...

rafizzi:salam ukhwah. Moga istiqamah dalam perjuangan.

Warungkampung: Kat kosen ni ada pekerja yang sodokkan setiap pagi. Jumpa lagi nanti insyaAllah.

Anonymous said...

Hadith yg dipapar ada rujukan darjat/sumbernya. Yoi!