Wednesday, November 5, 2008

Jalan Ke Jepun(Bahagian 3)

Sambungan dari bahagian kedua,

Natsu 2006,

Pertengahan bulan Jun, aku menduduki peperiksaan yang pertama. Ketika itu juga piala dunia bola sepak 2006 sedang berlangsung, sedikit sebanyak mengganggu tumpuan pelajar-pelajar di sini. Ape pun syukur kerana aku boleh senyum dengan keputusan peperiksaan tersebut.

Sehinggalah tiba bulan Julai, kesejukan yang menggeletarkan badan selama ini beransur hilang. Cuaca makin panas, dan kemuncaknya dapat dirasakan pada awal bulan Ogos. Pada hujung bulan Julai bermulalah cuti musim panas Akita Kosen. Aku, Affir dan seorang lagi rakan dari Hokkaido bertolak dengan densha dari Akita, menuju ke barat Nihon. Maka bermulalah kembara kami yang pertama.

Dari Akita kami ke Nagaoka dan bermalam di tempat rakan. Kemudian meneruskan perjalanan ke Kyoto. Kami yang pada awalnya bertiga dah jadi berempat, kerana rakan kami Irfan turut serta. Dalam perjalanan ke Kyoto kami berhenti sebentar di Toyama dan Fukui kerana dua lagi rakan ingin turut serta. Tiba di Kyoto, berjumpalah kami dengan rakan-rakan dari sebelah barat nihon.

Peta Perjalanan
Keesokannya kami bergerak jauh lagi ke barat, ke Pulau Kecil Yuge. Kemudian ke Hiroshima. Selesai di Hiroshima bergerak kembali ke timur ke Osaka. Penat mata melihat bangunan tinggi di Osaka, kami berpindah pula ke Maizuru. Di sana ada pantai. Apa lagi, bermandi mandalah kami.

Setelah puas di Maizuru, kami bertolak ke Tokyo. Perjalanan bermula dengan keretapi pertama beberapa minit sebelum pukul enam pagi. Tiba di Tokyo lewat petang. Tak ingat berapa kali norikae. Aku tidur di Tokyo satu malam. Ramai kawanku yang ingin terus mengembara di Tokyo. But my body has reached it's limit. Apa yang ada dalam mindaku ketika itu ialah sebuah katil yang empuk.

Aku mengambil keputusan untuk kembali ke Akita. Sebelum pulang, kebetulan rakan Jepun sekelasku juga ada di Tokyo dan ajak berjumpa. Jadi aku jumpalah mereka sebentar. Rakanku Alan, menemani aku dan ketika hendak pulang ke Akita juga, Alan telah menghantarku hingga ke Tokyo Eki. Terima kasih Alan. Kalau tak mesti aku sabishii tahap kronik. Aku menaiki shinkansen pada waktu senja ke Akita. Ku sangka kerehatan menanti dalam shinkansen, tapi tempat duduk penuh. Aduh, berdirilah aku untuk tiga jam.

Malam itu aku tiba di Akita seorang diri. Dalam kepenatan aku gagahkan diri melangkah ke rumah senpai yang terdekat. Kemudian... faham-fahamlah.

Akita yang agak sunyi
Aku kembali ke Akita pada pertengahan bulan Ogos, beberapa minggu sebelum kuliah disambung semula. Tapi tak ramai warga Malaysia yang berada di Akita ketika itu. Sebahagian besarnya masih mengembara, ada juga yang pulang ke Malaysia.

Saki baki cutiku di gunakan untuk buat shukudai, dan bersiar-siar di kawasan berdekatan. Natsu yasumi berakhir pada hujung bulan Ogos. Bahang kepanasan juga sudah berkurang sedikit. Dan sedar tak sedar, kini telah memasuki bulan Sya'ban.

Bersambung dalam bahagian ke-empat.

Nota sisi;
1) natsu = summer, musim panas
2) yasumi = holiday, cuti
3) Nihon = Japan, Jepun
4) norikae = transit
5) sabishii = lonely, rasa sunyi
6) shinkansen = bullet train, keretapi peluru
7) eki = station
8) shukudai = homework, kerja rumah
9) senpai = senior

3 comments:

Haji Jim Nun al Urduni ( ABU LUQMAN ) said...

السـَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ
Salam persahabatan dari Ampang
Tahniah, info yang cukup menarik dan bermaklumat .Dengan sukacitanya, anda dipersilakan mengunjungi blog saya yang diberi nama abubasyir.blogspot.com dan beberapa blog pilihan yang terkandung di dalamnya. Ada banyak maklumat yang ingin saya kongsikan dengan anda sekelian.
والله أعلم

nbo_3 said...

Waalaikumsalam wbt...

Terima kasih kerana berkunjung serta berkongsi blog dan maklumat bersama.

Haji Jim Nun al Urduni ( ABU LUQMAN ) said...

Tahniah juga kerana memperkenalkan bahasa Jepun kepada ana (saya - dalam bahasa arablah). Pada tahun 1992-1997 saya belajar di Jordan. Sekarang ni dah lama duduk kat Malaysia- banyak yang dah tak ingat. Apa apa bahasapun kita kena selalu praktis- barulah ok, betul tak