Monday, November 17, 2008

Lesu...

Assalamu'alaikum,

Mindaku sedikit letih untuk menulis. Mungkin disebabkan shukudai yang agak bertimbun minggu ini terutamanya subjek application of computers. Peperiksaan pertengahan semester pula akan bermula awal Disember.

Bilik Komputer:Tempat minda bertarung


Menjelang senja di fumikiri

Sekarang betul-betul di penghujung aki. Walaupun makin sejuk, masih boleh meluncur dengan basikal kerana jalan raya belum beku. Maha Suci Allah, dalam sekelip mata alam ini akan bertukar wajah. Dengan izinNya air boleh beku dalam peti ais. Dengan iziNya juga bumi ini boleh beku tanpa peti ais.

Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia. (Yaasiin:82)

Duit raya dari seorang sahabat,

Sahabat: Naim dah tengok filem Sang Murabbi?
Aku: Tak. Dah lama tak tengok filem.
Sahabat: Nanti ana(saya) hantar dvd. Ana beli lebih.
Aku:Ikuradesuka(berapa harganya)?
Sahabat: Tak perlu bayar. Anggaplah sebagai duit raya.


Duit Raya =)

Dah lama tak tengok filem. Dulu aku adalah penonton filem yang agak tegar, terutamanya filem aksi, fantasi dan perang. But I gave up watching films. Dan aku tak berhajat untuk meminatinya kembali. Tapi kali ni aku kena tonton juga. Bukan senang dapat duit raya =).

Filem ini berkisar tentang biografi seorang insan. Aku tidak mahu berbicara tentang budget filem tersebut, tapi aku mahu tekankan tentang nilai dan mesej yang cuba disampaikan.

Jadi, apakah nilai tersebut? Aksi tangkas seorang superhero yang tak mati ditembak? Tidak sekali. Anda perlu tonton untuk mengetahui lebih lanjut. Kisah suka duka seorang yang mewarisi tugas Nabi SAW. Dan bandingkanlah diri kita. Adakah kita juga sedang mewarisi tugas tersebut atau mengabaikannya?

Aku masih jauh dibelakang, tapi berharap agar tak ketinggalan keretapi. Anda pula???



Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu

Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu

Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu

Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu

Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati

Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani




Nota sisi;
1) shukudai = kerja rumah, homework
2) fumikiri = lintasan keretapi
3) aki = autumn, musim luruh

6 comments:

Adlan said...

nak download citer ni boleh tak? hehe kalau ko tengok, aku pun nak tengok gak!

nbo_3 said...

Tengok jangan tak tengok =). Tapi tak tau pulak bagaimana nak download. Belum keluar ke kat Malaysia?

Anonymous said...

disarankan beli dvd yg ori ^_^

citer ni mmg bagus (wpun x abes tgk lg) ^_^

p/s: ngah tggu dvd sang murabbi smpai umah. x sabar~~~

nbo_3 said...

selamat menonton

Anonymous said...

salam,naim.
ana tak ingat lansung nak bagi duit enta 3 man waktu datang kat nagaoka.nak sembang banyak pun tak sempat.moga terus tabah dan bersemangat dalam pelajaran dan da'wah.moga terus sama-sama memberi semangat.insyaAllah. :)

nbo_3 said...

insyaAllah. Moga bertemu lagi bulan depan =)