Monday, November 24, 2008

The Verses of...

Assalamu'alaikum,

Chizu

Sabtu dan Ahad yang lepas aku ke Nagaoka, sebuah daerah dalam niigata ken. Ada kejohanan bola sepak. Tapi hujan turun dengan lebat pada hari Ahad. Selepas rehat tengahari perlawanan diadakan di dalam taiikukang akibat hujan yang turun tak henti. Kejohanan telah dimenangi oleh pasukan Nagaoka.

Hari dah senja...

Aku bertolak dan pulang dengan densha seorang diri. 4 jam 53 minit ketika pergi, 5 jam 58 minit ketika pulang. Banyak masa tu. mottai nai jika dibiarkan kosong. Dan sedikit menyeksakan jiwa jika duduk tak berbuat apa-apa. Jika ada rakan yang menemani, mungkin ada yang boleh dibincang atau dibualkan.

Aku bawa bersama sebuah buku yang isinya tidak terlalu berat untuk dibaca. Dalam keadaan densha yang bergegar-gegar, berpusing-pusing juga mata ketika khusyuk membaca buku.

Ayat-ayat....

Aku tak begitu meminati shousetsu. Tapi berbeza dengan shousetsu ini. Walaupun telah mendengar komen-komen positif dari ramai orang, tidak tergerak hatiku untuk mendapatkannya. Sehinggalah seorang sahabat mengirimkannya padaku. Sanggup dia hantar dari jauh, mesti ada sesuatu yang istimewa yang ingin dikongsi. Masa ketika di dalam densha aku gunakan untuk menghabiskannya.


.........

Nilai yang diselit dengan bijak

Membaca bahagian pertama shousetsu ini sahaja telah memberikan aku gambaran tentang suasana bumi Mesir ketika natsu. Seolah-olah diri sendiri sedang berpijak di bumi Mesir. Penulis juga telah meggunakan istilah-istilah Arab secara minima tetapi berkesan, tidak lekang juga dengan pengajaran yang dipetik dari hadith dan Al-Quran.

Banyak lagi nilai-nilai positif yang bergerak bersama cerita shousetsu ini seperti adab berjiran, kisah persaudaraan dan lain-lain. Tetapi rasanya babak percintaanlah yang paling mengharukan. Koibumi juga adalah suatu kemestian di dalam ceritanya. Shousetsu ini bukanlah shousetsu jiwang karat, dan aku bersetuju ia dipanggil sebagai novel pembangunan jiwa.

Setelah membacanya aku rasa banyak yang boleh dicontohi dari watak utama shousetsu ini, Fahri. Walaupun ia watak rekaan dan ada yang mengatakannya sebagai terlalu perfect, sedikit sebanyak boleh menjadi moral booster agar terus berusaha mengislah diri. Aku tidak terkejut jika ada yang membaca novel ini berkali-kali. Boleh angau dibuatnya. Jalan ceritanya indah walaupun ada dugaan yang muncul di tengah jalan.

Kini aku juga telah menanam cita-cita untuk ke Mesir suatu masa nanti. Keinginan untuk mempelajari arabiago juga semakin tebal. Sangat berterima kasih kepada sahabat yang mengirim shousetsu ini, akanku pulangkan bila masanya tiba.

Bercinta dan saling menyukai itu ialah fitrah. Dan kita semua bercita-cita memiliki pasangan yang terbaik.

Tetapi jangan lupa cita-cita hakiki bagi setiap orang yang mengaku muslim. Ramai mengetahui apakah cita-cita tersebut tapi adakah kita betul-betul meyakininya?

Apa dia ye cita-cita itu?

Tsutzuku...

(UPDATE: Ulasan menarik di saifulislam.com. Mesti baca.)

Nota sisi:
1) densha = keretapi elektrik
2) natsu = summer, musim panas
3) mottai nai = wasteful, membazir
4) shousetsu = novel
5) arabiago = bahasa Arab
6) koibumi = surat cinta
7) chizu = map, peta
8) taiikukang = dewan sukan, dewan senaman
9) islah = pembaikan, improvement

7 comments:

Anonymous said...

Rekaan to iuka. Mungkin kau patut baca ini:

http://harakah.hizbi.org/index.php?option=com_content&task=view&id=18015&Itemid=1

Kalau rekaan sekalipun, masih ada jiwa yang sebenar dalam penulisnya.

nbo_3 said...

naruhodo. ada juga yang diambil dari pengalaman rakan-rakan penulis.

Anonymous said...

salam naim.
menarik kupasannya.

jika di berikan kelapangan,moga ada ruang peluang yang ke dua untuk di baca lagi.

benar,seperti kupasanmu,air mata mudah jatuh tatkala membacanya dan sebuah karya yang di penuhi dengan hikmat untuk di teladani.

p/s:mandi jangan lupa pakai kain basahan :)

nbo_3 said...

Tu la. Dalam keharuan ayat-ayat cinta sempat pula penulis selitkan sunnah.

Nak baca dua kali? Tiada masalah. Tapi mesti banyak lagi buku lain yang kita perlu habiskan.

Anonymous said...

kalaulah dpt jumpa lelaki sebaik dia kompem tak bagi can kat owg laen dah..
thanks kat bosh(senpai aq) cuz meng'susume' novel nih..
terasa ternasihat..

nbo_3 said...

Soudesune. Susah nak jumpa zaman sekarang.

Satu kosen dengan zul? Sasuga senpai mithali...

Anonymous said...

It seems a little more than I need to check the information, because I was thinking: Why does not my GLOG these things!
fishing net