Sunday, October 18, 2009

Jalan ke Jepun (Bahagian 11)

Sambungan dari bahagian ke 10

Natsu 2007 masih belum berakhir,

Aku akan mengikuti internship bersama rakan kelasku, Kikuchi-kun. Dia akan berinternship tiga minggu, aku dua minggu.

Chizu


Kikuchi- Lepas tamat pengajian di Kolej, dia terus kerja dengan Hitachi

Tempat yang dituju terletak di Oomika. Ada kilang dan pejabat R&D sekali di sini. Hatiku menjadi waku-waku bila hari bertolak semakin hampir. Kami dibayar elaun 1000 yen sehari (sekitar RM 38), penginapan di hotel ditanggung, sarapan dan makan malam di hotel juga ditanggung. Dari hotel ke kilang perlu berjalan kaki 20 minit.

Hari Pertama;
Tidak ramai gakusei yang berinternship kali ni, tapi kami cepat mesra. Mungkin kerena kami akan ke kilang yang sama dan bekerjasama untuk dua minggu seterusnya. Pada hari pertama kami tiba di kilang, kami dikumpulkan di tingkat bawah untuk tandatangan surat perjanjian dan claim duit perjalanan. Antara syarat yang perlu dipatuhi ialah tidak mendedahkan rahsia syarikat, dilarang mengambil gambar di dalam kilang dan macam-macam lagilah.

Kemudian kami dibawa ke pejabat, setiap orang diberikan meja masing-masing dan laptop, kemudian diperkenalkan kepada tutor masing-masing dan buchou. Aku dan empat orang lagi ditempatkan di bawah department of information and control system. Bunyi macam gah, tapi tugas yang kami terima sesuai dengan tahap kami sebagai orang baru belajar. Kemudian kami diberikan kadai masing-masing.

Hari pertama diteruskan dengan pelbagai taklimat. Peraturan pakaian, nametag, waktu bekerja dan macam-macam lagi. Ramai juga yang terlentok ketika mendengar. Sekali lagi kami diingatkan jangan mengambil gambar dalam kilang. Kemudian sebelum hari pertama berakhir, para tutor memaklumkan bahawa malam itu akan diadakan nomikai untuk sambut kedatangan kami semua.

Rasa berdebar-debar agak ketara selepas hari pertama berakhir. Di department tu aku dikelilingi nihonjin. Membawa diri sebagai muslim dengan keadaan jiwa yang lemah. Tapi Allah tetap menolong hambaNya.....

bersambung dalam bahagian ke 12

nota sisi;
1) chizu = peta
2) kadai = assignment, tugasan
3) gakusei = pelajar, student
4) buchou = head of department
5) nomikai = majlis minum-minum dan makan-makan
6) nihonjin = orang Jepun

No comments: