Saturday, February 28, 2009

Alhamdulillah, selesai

"Boleh tolong terangkan sekali lagi apa itu soft switching?". Usai membentangkan sotsuken, itulah soalan pertama yang aku terima. Soalan yang straightforward, jadi aku jawab saja secara straightforward.

Alhamdulillah, tamat juga sesi pembentangan khamis lepas. 39 kenkyuu kesemuanya, dibentangkan sehari suntuk. Selesai saja setiap pembentangan, sesi soal jawab akan dibuka. Ketika sesi pembentangan, rata-rata gakusei kelihatan tenang dan lancar. Dah renshuu banyak kali mungkin.

Gambar hiasan. Tiada kaitan dengan entri ini


Tapi ketika sesi soal jawab, tidak sedikit yang tercungap-cungap dan menggaru kepala. Memikirkan jawapan kepada soalan yang tak pernah disangka. Padahal dah hampir setahun melibatkan diri dalam bidang kajian tersebut. Cara melihat seorang pakar dalam satu bidang, kadang-kadang tidak sama dengan cara melihat orang kebanyakan. Dia tidak tahu, apa yang orang awam ingin tahu, walaupun dia arif dalam bidang tersebut.


Popular Question

Dari pemerhatianku juga, soalan berbentuk "kenapa" sangat menarik perhatian. Tidak sedikit gakusei yang gagal menjawab soalan berbentuk "why" ini, berbanding soalan bentuk lain.

"Kenapa awak guna C language untuk program ini, bukan language lain?"., tanya seorang sensei kepada rakanku. "Er...... sebab saya rasa C language yang paling mudah", jawab rakanku kurang keyakinan.

"Untuk proses ni kenapa mesti guna gas argon, bukan nitrogen atau gas lain?", soalan kepada rakanku yang lain pula. Rakanku buntu jawapan, tetapi dia usaha juga untuk menjawab, mengulang kembali penerangan lama.

Pun begitu ramai gakusei yang berterus terang saja jika tidak tahu jawapan kepada soalan. Tidak mahu kornar-kornar lagi. "Maafkan saya. Saya kurang membuat semakan dan rujukan tentang perkara tersebut." Bagus juga. Tahu yang diri kita tidak tahu, adalah satu ilmu.

Pesoalan "mengapa" banyak menjelaskan sesuatu tindakan. Kerana jawapannya memerlukan seseorang itu memahami rasional dan atas dasar apakah dia atau orang lain bertindak.

Mengapa anda belajar di Jepun?

Mengapa menyertai persatuan dakwah?

Mengapa anda menganut Islam?

Mengapa manusia hidup dan mati?

Gagal menjawab, mungkin bermaksud seseorang itu mengalami krisis identiti atau tidak memahami tujuan tindakan dan kejadiannya.

"Boleh terang dengan lebih lanjut frekuensi pensuisan litar kamu?", soalan kedua yang aku terima. Bukan "why question". Aku ulang penerangan asal sambil menambah bunga-bunga pada peneranganku. Tak tahu sensei setuju dengan jawapanku atau tidak.

Pembentangan yang baik

Aku ingin memetik kata-kata Takahashi sensei di penghujung majlis. "Pembentangan bagaimanakah yang kita boleh anggap sebagai pembentangan yang baik?". Dewan senyap, tiada yang menjawab pertanyaan itu. " Pembentangan yang baik ialah membentangkan sesuatu yang susah dalam bentuk yang mudah difahami."

39 kenkyu yang dibentangkan meliputi 13 bidang. Kandungannya bukan lagi perkara-perkara asas dalam bidang tersebut. Untuk memahaminya, memerlukan pengetahuan yang agak mendalam. Sangat sukar untuk memahami kandungan kenkyuu tersebut bagi mereka yang tidak terlibat secara langsung dengannya.

Contoh, kenkyuuku di bidang power electronics, apabila datang pembentangan berkenaan teknologi antena, kepalaku akan guru guru mawaru jika pembentangnya tidak menerangkan dalam bentuk yang mudah difahami.

Namun di sinilah point yang ditekankan Takahashi sensei. Cabaran, bagaimana kita hendak membentangkan sesuatu yang susah, dalam bentuk yang mudah difahami oleh orang yang tidak terlibat dalam kenkyuu tersebut. You must be interested in finding the best way, not in having your own way.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Berikan kemudahan (kepada orang) dan jangan menyusahkan mereka,berikanlah khabar gembira dan janganlah kamu menjadikan mereka menjauhkan diri (daripada Islam)" (Hadith Riwayat Bukhari)

Islam tidak susah, cuma Islam itu luas dan meliputi segala-galanya. Tapi jangan pula suka hati kita buat hukum sendiri, permudahkan lagi Islam yang sudah mudah ini. Jemputlah melalui pintu dan bukan tingkap.

Ia tidak mudah, tapi pastikan kita mencuba =)

nota sisi;
1) sotsuken = graduation research
2) gakusei = pelajar
3) sensei = guru
4) kenkyuu = research, kajian
5) guru guru mawaru = berpusing-pusing
6) renshuu = latihan

11 comments:

aiman tuah said...

congratz naim...teruskan usaha...man jadda wa jada...

asuhara sue said...

omedetooo!

muhriz rahmat said...

Blog yang bagus! Melibatkan soal agama dalam blog memang perkara yang mengagumkan jika penulis bukan dari jurusan agama. Teruskan dengan ciri ini.

nbo_3 said...

Aiman:InsyaAllah, doakan aku.

Asuhara:ganbarimasu

Muhriz:Terima kasih di atas sokongan. Doakan saya istiqamah. =)

KA said...

hari ini dah 6 Mac...maka secara rasmi pengajian anda dah tamat...omedetto!!!

Anonymous said...

benar sekali.
bagi aku,cikgu yang berbakat ialah mereka yg ilmunya luas dan mendalam, tetapi boleh diterangkan kepada laymen/org awam dgn bahasa yang mudah difahami.
kita sebagai pendakwah pun perlu begitu! ;)
sotsugyou omedeto!

nbo_3 said...

KA: Arigatou:

Warungkampung: Zaman lampau, untuk menuntut ilmu dari seseorang, kena bersusah payah hingga kita diterima jadi anak murid beliau. Seperti mana yang kita baca dalam biografi ulama-ulama dan cendiakiawan zaman dulu. Tapi sistem zaman moden sangat berbeza. Ada pros dan cons. Panjang untuk dibincangkan.(aku kat b302)

KA said...

saya baru install dlm laptop utk tulis perkataan jepun

nak cuba try ni
tak tahu betul ke tak...
卒用お目でと! (sotsuyou omedeto)

nbo_3 said...

ou software ape tu... nak tau jugak.

sotsugyou dah betul, omedetou ada silap sikit.

KA said...

not really sure about the software because the IT officer of my college did it for me ....but it is かっこい。 yg bestnya bila dah tulis hiragana dia dpt detect sama ada guna japanese words atau foreign word...klu foreign bila tekan space dia trus tukat jd katakana....klu kanji...dia bg byk pilihan klu ada byk jenis kanji bunyi sama.
tp cuba tgk klu kat laptop あなたの,ada tak function ni...kat dlm control panel, and regional &language....klu omedeto yg mana satu, yang ni おめでと、お目でと、御目でと、お眼でと、御眼でと??yg mana satu??

Anonymous said...

salam..
to KA, actually 卒業(sotsugyou),not 卒用(sotsuyou)..and おめでとう tidak pasti ada kanji atau tidak..tp boleh tulis hiragana saja..

to naim, nice entri..pandai mskkan psl 'Maza Ya'ni' dlm ni..good writing..teruskan..