Thursday, April 8, 2010

Lets go



Lama juga otak dan tangan tidak bergerak untuk suugaku. Rasa tertarik dengan video di atas. Menurut seorang pemberi komen, method ini ditemui oleh pedagang Arab Islam yang membeli sutera dari orang China. Mereka kemudian mengajarnya kepada orang-orang China tersebut.

Sesi penerangan pengajian tahun ini telah diadakan pada hari Isnin lepas. Aku sangka kelas akan terus bermula, rupanya ditangguh hingga hari Jumaat(esok). Banyak juga masaku digunakan di rumah, baca ronbun sebagai persediaan kenkyuu semester ini.

Kitaran pengajian akan bermula, tapi tak sangka aku sudah di tahun ke empat. Masa yang pantas berlalu, atau masih ada celahan-celahan masaku yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya?

kotoshimo ganbarimasu, biiznillah.

tsutzuku...

1) ronbun = tesis
2) kenkyuu = research,kajian
3) kotoshimo = tahun ini juga
4) ganbarimasu = berusaha
5) tsutzuku = bersambung
6) suugaku = matematik

Wednesday, March 31, 2010

Ragam Kehidupan



Cara kita diuji dalam kehidupan mungkin tidak sama...

Tsutzuku...

Monday, March 29, 2010

Jalan ke Jepun (Bahagian 13)

sambungan dari bahagian ke dua belas,

masih lagi natsu 2007, internship di kilang Hitachi Oomika....

Penat semacam sepanjang minggu pertama internship. Kebanyakan masa dihabiskan di meja pejabat, sekali sekala turun ke workshop untuk test device. Lenguh belakang. Tapi staf lain dah bekerja bertahun-tahun macam ni.

Setiap hari sebelum mula waktu pekerjaan, akan diadakan sesi senaman ringan selama lebih kurang lima minit. Senaman untuk kurangkan lenguh dan sengal. Muzik senaman dimainkan, staf akan berdiri di meja masing-masing dan bersenam ikut rentak muzik. Senaman ni tidak wajib, tetapi majoriti staf melakukannya. Aku saja yang sedikit segan untuk ikut, rasanya dalam tempoh dua minggu tu hanya sehari aku bersenam. Hari lain jual mahal.

Pengalaman Buchou di MIT
Buchou adalah graduan Universiti Tokyo dan melanjutkan pelajaran di Massachusett Institute of Technology. Ketika sesi kuliah khas awal pagi untuk kami yang mengikuti internship, buchou banyak bercerita hal pekerjaan, syarikat, teknologi, anak-anak dan pengalamannya. Dan salah satu kisah yang aku tak dapat lupa ialah pengalamannya di MIT. Dia cerita bahawa MIT ada satu fakulti/jabatan(tak pasti mana satu) khas bahagian teknologi persenjataan. Jika nak cari teknologi seigyo tercanggih, kita boleh dapati di bidang persenjataan. Peluru berpandu, meriam automatik dan sebagainya. Kebetulan kilang Hitachi Oomika ni dikhususkan untuk bidang seigyo, memang kena dengan tajuk perbincangan kami.

Satu lagi perkara menarik, fakulti/jabatan tersebut hanya boleh dimasuki oleh rakyat Amerika saja. Kenapa? Kangaemashou.

Sebut pasal seigyo pula, mengingatkan aku kuliah pertama seigyo-kougaku yang diajar Yanagiwara sensei. Yanagiwara sensei ni antara sensei yang erai ketika di Akita Kosen. Dah tua, dan kini sudah pun bersara. Dalam mukadimahnya, sensei sebut seigyo terhebat ialah badan manusia itu sendiri. Bila panas badan berpeluh, bila sejuk bulu menegak, bila ada kuman sel darah putih bertindak. Banyak lagi contoh lain, tapi kena tanya doktorlah. Simple concept, great thinking. Jika manusia betul-betul memerhatikan kejadian dirinya, pasti dia berasa kagum. Dan dia patut berfikir akan perkara tersebut.

BBQ di taman tepi pantai
Pada hari sabtu pula aku dan gakusei lain dijemput ke BBQ staf syarikat. Selalu juga staf syarikat buat aktiviti bersama untuk rapatkan ukhuwah dan kurangkan tekanan. Sekali lagi Shimizu-san telah membantuku, dengan menyediakan menu khas yang halal. Orang lain makan daging, aku makan ikan saja dan dibakar di tempat khas. Habis makan main bola sikit. Sempat berbual sebentar dengan Shimizu-san.

Ok kita dah sampai



Gambar bersama staf dan anak beranak. Shimizu-san baju merah putih kotak-kotak. Aku?

"Lepas naim-san tamat kosen nanti, bolehlah cuba minta kerja di Hitachi Oomika. Naim-san dah ikut internship di sini, ada kelebihan ketika temuduga."

Lebih kurang begitulah maksud Shimizu-san. Kerja di Hitachi Oomika tanpa had tempoh. Mungkin sampai tua, atau sampai ajal menempah. Woah, rancanganku tidak sebegitu Shimizu-san.

Pada minggu kedua pula selain kerja di pejabat dan workshop kami dibawa melawat sekitar kawasan kilang Oomika dan kilang Hitachi lain yang berdekatan. Termasuklah kilang membuat turbin dan komponen reaktor nuklear. Dekai. Memang besar kilangnya, semua staf bawahan memiliki basikal untuk bergerak. Staf berpangkat naik gencha. Jika tidak akan keletihan hanya kerana berjalan kaki untuk ke tempat bertugas.

bersambung dalam siri ke empat belas...

nota sisi:
1) buchou = head of department, ketua jabatan
2) sensei = guru
3) gakusei = pelajar
4) erai = hebat, mahsyur
5) gencha = skuter
6) dekai = besar
7) kosen = kolej teknologi
8) seigyo = instrumentasi / kawalan
9) kougaku = kejuruteraan
10) kangaemashou = mari berfikir

Thursday, March 18, 2010

Must see...

Assalamu'alaikum,

Aku pernah memiliki vcd dokumentari ini, tapi tak ingat letak di mana. Terjumpa semula di youtube. Untuk ditonton dan difikirkan, betapa hebatnya alam yang di aturkan Allah swt.


Part 1

"so in some ways, this is the story of survival, a tale of life over death, but it is more than that.... "


Part 2


Part 3


Part 4


Part 5


Part 6

Masih ada sambungan, tapi tidak diupload.

Pulang seketika, kembali lagi....

Assalamu'alaikum wbt,

Aku telah pulang bercuti ke tanah air selama sembilan hari awal bulan ini. Sembilan hari saja? "mottai nai", kata sesetengah orang. Biarpun kekurangan dari segi kuantiti, aku cuba meningkatkan kualiti masa bersama orang di sekeliling, keluarga dan kenalan. Sempat juga berjumpa kakak iparku, sebelum ni dah jumpa tapi belum berstatus demikian. Alhamdulillah. Seronok mendapat ahli keluarga baru. Mudahan-mudahan bertambah lagi lepas ni.


Belajar cara menyediakan ketam dari mama



Beli dulu, insyaAllah baca kemudian

Seperti biasa di kesempatan balik, aku akan cuba dapatkan sebilangan bahan bacaan dan top-up barang-barang dapur. Masa pergi sekolah adik aku kat aloq staq, aku singgah kat Pustaka Mukmin, kat Sahab Perdana, borong sedikit bahan bacaan untuk dibawa pulang. Masih ada buku-buku yang dibeli sebelum ini tetapi belum sempat dihabiskan. Tapi senpai aku kata "beli je dulu".

Mengapa aku masih di sini?
Bulan depan cukuplah empat tahun aku di Nihon. Hatiku berbisik, menyuruh supaya kembali secepat mungkin ke tanah air. Tetapi kita semua ada perancangan. Ada hikmah yang mahu dikutip di bumi ini. Ada generasi yang mahu ditinggalkan di bumi ini. InsyaAllah selepas itu, aku akan pulang, untuk meneruskan rancangan lain pula. OPTIMIS dengan apa yang sudah dirancang.

Penang International Airport

Tapi siapa tahu, jika Allah mahu aku kikoku lebih awal. Sedangkan ajal maut kita sendiri juga tidak dapat diawal atau dilewatkan biar sedetik. Di bumi mana kita akan mati, kita juga tiada mengetahui.

Tetapi salahkah kita untuk merancang? Ya Allah ya Rahman ya Rahim, teguhkanlah langkahku dan sahabat-sahabat ku....

tsutzuku....

nota sisi;
1) mottai nai = rugi
2) nihon = Jepun
3) kikoku = pulang ke negara asal
4) gakusei = pelajar
5) senpai = senior
6) tsutzuku = to be continued

Thursday, February 18, 2010

Perjalanan 1000 batu

Assalamu'alaikum,


Chizu de gozaimasu

Minggu lepas aku bermusafir empat hari, atas urusan IPIJ dan ziarah sahabat. Semenjak dapat unten menkyo Jepun, asyik terasa waku-waku untuk memandu. Destinasiku kali ini ialah Sendai, Hachinohe, Morioka dan sebuah bandar di Ibaraki-ken.

Kali ni aku sewa kereta, maklumlah keretaku sekarang agak uzur, aku khuatir ia tak mampu bertahan perjalanan jauh. Harap-harapnya boleh dapat kereta yang lebih sesuai untuk perjalanan jarak jauh suatu masa nanti, ameen.


Menongkah jalan mencari cahaya



Tauke Warung Kampung. Lawa kete bang....

Aku sempat bermalam di rumah tauke warung kampung di Sendai. Banyak cerita dan ilmu dikongsi. Paling menarik ialah kisah tentang "dunia tanpa dimensi masa". Macam mana tu? Susah untuk akal kita capai, tapi aku rasakannya ia bukan satu perkara mustahil. Sendai adalah salah satu tempat berstatus bandaraya di Nihon, banyak kereta dan prasarana. Tapi tidak terlalu sesak, just a nice place to live I think.


Going to a cold place... singgah di tempat cmusafir

Semasa melalui bumi Morioka dan Hachinohe, persekitaran masih keputihan walaupun tidak banyak yuki turun. Dan suhunya nyata lebih rendah dari Nagaoka. Ketika bertolak dari Morioka di waktu pagi tanganku kecut dan kebas kerana stereng kereta terlalu sejuk. Kalau waktu natsu stereng terlalu panas pula.



Bermalam di rumah Nasrullah


On the way to Ibaraki



Balik....

nota sisi:
1) chizu : peta
2) unten menkyo : lesen memandu
3) waku-waku: excited
4) yuki: salji
5) nihon : Jepun
6) natsu: musim panas


Monday, February 8, 2010

Masih lagi fuyu

Assalamu'alaikum,

Fuyu lagi kat sini. Tetapi waktu siang sudah mula menjadi panjang semula.


Jalan ke sekolah


konbini berdekatan sekolah

Nagaoka University of Technology,

Sekolah aku mengamalkan sistem tiga semester. Semester pertama dan kedua penuh dengan kuliah, semester ketiga pula lebih pendek, iaitu bulan Januari hingga Mac bergantung pada kursus dan sensei masing-masing. Ada rakanku yang kikoku selama tiga bulan ketika semester ketiga, kerana tidak ada kuliah dan sensei juga tidak mewajibkan mereka datang ke sekolah untuk kenkyuu.

Berjikken lah hangpa...


Sensei kata buku ni bagus

Aku pula, ada jikken khas dan perlu datang ke sekolah untuk mengikuti zemi yang diadakan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Dan mengikuti zemi bukan bermaksud mendengar sahaja. Pastinya ada shukudai dan shiryou yang perlu dikaji dan dibaca.

Ketika muktamar IPIJ yang lepas aku telah melepaskan jawatanku. Tetapi masih terlibat dengan mesyuarat tertentu dan usrah IPIJ. Nak bekerja kerana jawatan atau apa? Sebenarnya kita semua dah ada jawatan.(2:30 & 51:56). Seorang hamba mesti taat kepada Tuannya. Seorang khalifah? Kerjanya ialah memakmurkan bumi, bukan saja dari sudut material dan alam sekitar tetapi meneruskan kerja para Rasul.

Keadaan di Nagaoka,
Kena pulun lagi untuk mendekatkan komuniti kepada Islam. Azam tahun ini agar lebih aktif. Masalah tempat solat di sekolah mungkin timbul semester hadapan. Apapun, sesuatu mesti dilakukan.

Bedah buku;
Lama juga tak tulis tentang bedah buku. Doakanku...

tsutzuku...

Nota sisi:
1) fuyu = musim sejuk
2) kikoku = pulang ke negara asal
3) zemi = seminar
4) sensei = cikgu
5) kenkyuu = research
6) shukudai = homework
7) shiryou = material, bahan-bahan
8) jikken = eksperimen
9) tsutzuku = bersambung
10) konbini = conveniance store