Saturday, March 29, 2008

Menyambut musim bunga

Assalamu'alaikum,

I am back home. Ended my journey last Monday with a shinkansen from Tokyo Eki to Akita Eki. There is not much to tell about the rest of my tour around the Tokyo and Yokohama area. Visited the yoyogi mosque, I met my friend in Kisarazu, my ko-hai in Utsunomiya and my senpai in Yokohama before returning to Akita.

Shinkansen ke Akita. Di suatu eki dua kepala shinkansen ni akan berpisah.


Chizu: Sisa-sisa perjalanan


Masjid di yoyogi uehara(Dalam kawasan Tokyo)


Kedai kebab orang Turki di Shinjuku(Dalam kawasan Tokyo jugak)


While in Yokohoma, I came across this signboard.

Women Only

In Japan, during certain period of time especially during the rush hour, some train coaches are allowed only for woman, while others for both man and woman. This rule are applied mostly in big cities such as Tokyo as an effort to prevent chikang. From one point of view, I think it is a good rule, and I believe most of you feel the same.

Jepun negara bebas. Alhamdulillah, selama aku kat sini aku bebas mengamalkan Islam. Tetapi menurut senpai, polis-polis Jepun sentiasa memantau aktiviti-aktiviti komuniti Islam kat Jepun ni. Mungkin kerana kerajaan Jepun dibelenggu Islamophobia atau mungkin mereka masih belum memahami Islam sepenuhnya. Ataupun mereka dah memahami Islam, tetapi lebih suka dengan kehidupan yang TERLALU bebas ala barat? Allah lebih mengetahui. Tak dinafikan, terdapat sejumlah kecil orang Jepun yang mendapat hidayah untuk memeluk Islam dan sanggup meninggalkan cara hidup lama yang terlalu bebas dan tanpa peraturan.

Berbalik kepada kisah gerabak khas wanita tadi, kes-kes chikang bukanlah perkara yang pelik lagi kat sini. What makes me wonder is, of course women don't want sekuhara. Tapi masih ramai wanita-wanita kat sini berpakaian seolah-seolah "menjemput" sekuhara. Tapi mereka tak beragama dan mementingkan "kebebasan". nantomo ienai.

Kita yang beragama ni, amalkanlah apa yang telah ditetapkan. Semua yang diajar dalam Islam tu ada hikmah, walaupun kadang -kadang hikmah tu tak diterangkan dengan jelas. Contohnya, kita diperintah untuk sembelih haiwan, walaupun tak diterangkan kebaikan menyembelih tu. Tapi kajian sains sendiri menunjukkan(ni ada ustaz cite la, korang boleh cuba search sumber-sumber lain) daging haiwan yang disembelih lebih manis, kurang darah beku, kurang kuman dan ada beberapa kebaikan lagi. Allah knows what is best for us.


Pindah Bilik

Few days after my return to Akita, I had to change room. I spent almost the whole day to that. Tsukareta. Masa tengah sibuk pindah bilik tu aku terjumpa satu buku dalam kotak. Buku ni mak aku bagi, tapi tak pernah baca. Tajuk buku tu "Aqidah Imam Empat(Abu Hanifah, Malik, Syafi'i, Ahmad)". Aku pun terus baca sampai habis.

Buku ni membicarakan aqidah empat imam utama ahli sunnah. Apa yang aku dapat faham, dalam bab aqidah, keempat-empat imam ini tidak berbeza pendapat. Kecuali dalam masalah pengertian iman di mana imam Abu Hanifah punya pendapat sendiri. Beliau berpendapat iman itu tidak bertambah dan tidak berkurang dan bahawa yang disebut iman itu ialah "tashdiq dalam hati dan iqrar dalam lisan, sementara perbuatan amal tidak termasuk dalam pengertian iman.

Inilah yang membezakan beliau dengan tiga imam yang lain. Tiga imam yang lain berpendapat iman itu bertambah dan berkurang, dan perbuatan amal itu juga termasuk dalam pengertian iman. Inilah pendapat yang lebih tepat. Namun demikian Imam Abu Hanifah tetap mendapat pahala hasil ijtihad beliau, walaupun pendapat beliau bercanggah. Kemudian ada keterangan yang menyatakan Imam Hanifah telah menarik balik pendapat beliau itu. Wallahu a'alam. Hanya Allah yang mengetahui.


Tapi poin utama yang aku ingin ketengahkan ialah kesepakatan keempat-empat imam ini dalam bab aqidah, walaupun ada kalanya dalam bab-bab lain seperti cara beribadah mereka tidak sepakat . Aqidah sangat layak menyatukan umat ni dan menjaga mereka dari perpecahan dalam masalah agama.

Dan bila aku sampai ke Jepun, aku dapat merasakan perkara ni dengan lebih jelas. Di Malaysia majoriti orang Islam mengikut Imam Syafie atau disebut "bermazhab syafie". Dalam amalan seharian seperti solat, cara aku dan cara orang-orang sekitarku semuanya sama sahaja. Tapi di sini, aku berpeluang berjumpa dengan orang Islam dari bany
ak negara lain, dan cara mereka solat ada kalanya sedikit berbeza(Tapi rukun solat yang 13 tu tetap sama la). Contohnya ada yang tidak menguatkan bacaan "bismillahirrahmanirrahim" ketika bacaan Al-Fatihah. Cara kami membezakan, tapi aqidah kami tetap menyatukan.

Pernah sekali dalam usrah, senpai aku bertanya "selama ni naim solat ikut cara Nabi atau ikut cara Imam Syafie?". Mati kutu aku memikirkan jawapannya. Panduan kita yang utama ialah Al-Quran dan Sunnah Nabi, kemudian barulah ijtihad para ulama. Imam Syafie dan tiga imam yang lain, semuanya mengikut cara Nabi. Mereka kaji
hadith dan sunnah Rasulullah, kaji Al-Quran dan kaji kitab, dan seterusnya berijtihad menentukan hukum. Jadi aku berpendapat, bila kita ikut cara mereka, secara automatiknya kita sedang mengikut cara Nabi. Jadi lebih mudah kita rujuk perbahasan imam-imam ni. Kemudian kita teliti dalil yang imam-imam ni gunakan samada dari hadith atau Al-Quran. Dan kita ambillah mana-mana pendapat yang kita rasa paling dekat dengan Allah dan Nabi. Kalau susah jugak, barulah kita ikut pendapat mana-mana imam tanpa merujuk dalil. Ish takkan tak boleh usaha sikit nak rujuk dalil(aku berkata pada diriku sendiri).

Kalau ada orang kata "aku takmo ikut mana-mana imam la. Aku nak kaji sendiri dan ijtihad sendiri". Boleh, takde masalah. Dengan syarat kita betul-betul layak dan memiliki ilmu pengetahuan yang cukup. Ijtihad sebaiknya dilakukan oleh ulama sahaja. Kalau orang macam aku ni, yang bahasa arab pun tak reti, ilmu-ilmu asas pun belum mantap, susah la kan.

Panjang la pulak aku bercerita ye. Bila aku tulis benda ni, aku terasa yang masih banyak perlu dipelajari. Kawan-kawan tak rasa macam tu?
Maaf kalau cara penyampaian kurang berkesan. Cuma kadang-kadang aku rasa rugi jugak, dalam blog ni asyik tulis cerita-cerita donia je. Tapi kalau ada kesilapan yang aku buat tegurlah aku. =)



Nagareru kisetsu

Di bandar Akita yuki dah cair. Looks like I have to wait another nine months for the next one. Haru Yasumi pun tinggal seminggu lagi. Tahun ni ada empat ko-hai ryu-gakusei baru akan datang ke Akita kosen. Seorang dari Laos, seorang dari Cameroon, dua lagi dari Malaysia. Aku menanti dengan penuh harapan. Result exam pun dah dapat. Alhamdulillah. Dan aku dapat tahu lapan orang rakan kelasku terpaksa ryu-nen. Pity them.

Ok, hingga di lain kali. Tsutzuku...

Nota sisi;
tanda " - " menunujukkan bacaan dipanjangkan sedikit. In other words "dua harakat".

1) shinkansen= "bullet train" Jepun, keretapi peluru
2) eki = station, stesyen
3) senpai = senior
4) ko-hai = junior
5) chikang = molest, raba
6) sekuhara = sexual harassment, gangguan seksual
7) nantomo ienai = could not say anything, tak boleh kata ape
8) tsukareta = tired, penat
9) ijtihad =
klik di sini (jangan tak klik)
10) nagareru kisetsu = musim yang berlalu (nagareru = mengalir, kisetsu = musim)
11) ryu-gakusei = foreign student, pelajar negara luar
12) ryu-nen = repeat year, mengulang tahun pengajian
13) yuki = snow,salji
14) chizu = map, peta



Tuesday, March 18, 2008

Away from home

Assalamu'alaikum,

I have been away from home for ten days. Right now I am in Utsunomiya at my kohai's house. I was planning to return to Akita today, but I changed my mind because there are works to be done in Tokyo. So far the tenki here is great, maximum temperature rises up to 17 C. Before coming to Utsunomiya I visited Kobe, Fukui anda Kisarazu.

Chizu

My jouney from Akita started on 9th March. I begin my jouney with a ferry, travelling for almost 20 hours to a place called Tsuruga. Travelling with ferry is relatively cheap but it takes time and strength. Yes, strength, to endure the tiring journey and water sickness(water sickness = mabuk laut?? correct me if I am wrong). Except for sailors, they are the best at the sea. It might be boring too, imagine spending long hours alone onboard doing nothing. But there are many ways to utilize time, a book will be nice.
Tsuruga

From Tsuruga I took a train, actually not "a train" but a few trains before reaching Kobe, a port city. Its a nice place, at least for me. Not too big but not too small. But there was a great jishin in 1995 which reduced Kobe into ruins.

Thanks to Batu Terang who is wiling to be my guide the whole day. I managed to visit the kobe mosque, the first mosque in Japan, before going to Batu Terang's hostel in Akashi.

Kobe Mosque

So on the next day day, I continued my jouney, together with Batu Terang. We stopped for a while at Kyoto, before reaching our next destination which is Fukui. In Fukui I met my senpai's and friends.


A view from kyoto tower


Fukui

Kembara kali ni bukan sekadar makan angin. Sambil meluaskan pandangan, dapat berjumpa sahabat-sahabat yang banyak mengingatkan aku tentang tujuan hidup yang sebenar di dunia ini. Lima hari aku di Fukui, aku dan rakan-rakan yang lain disambut oleh Samuraisyahid selaku tuan rumah. Alhamdulillah, banyak yang dibualkan dengan sahabat-sahabat. Disamping mendengar nasihat dan amanat mereka yang akan pulang ke Malaysia.

Menyentuh tentang isu semasa, senkyo dah tamat. Semua dah tahu keputusannya. Yang menang usah terlalu gembira, kerana tugas yang berat menanti. Yang kalah perlu muhasabah diri. Semoga mereka yang betul-betul ikhlas untuk bekerja demi rakyat akan terus memimpin.

Cuma aku kurang selesa kebelakangan ni, banyak isu yang berunsur perkauman telah dimainkan di media. Kita sebagai rakyat biasa, jangan cepat melatah k... Di P.Pinang pulak agak "panas" dengan isu DEB. Aku berpendapat, satu hari nanti hak keistimewaan bumiputra termasuklah DEB dan lain-lain akan dimansuhkan jugak, whether we like it or not. Tunggu masa je. Sooner or later. Apa pendapat kawan-kawan?

There are seventeen days left before haru yasumi ends. In the southern parts of Japan sakura have started to bloom beautifully. For Tokyo, it is expected not to be sooner than 23rd of March. Japan is a beautiful country, yet sometimes disastrous. But I always love Malaysia =)

I stop here. Take care my friends. Tsutzuku...

Nota sisi;
1) kohai = junior
2) senpai = senior
3) tenki = wheater, cuaca
4) jishin = earthquake, gempa bumi
5) sakura = sejenis pokok ceri
6) haru = spring, musim bunga
7) yasumi = holiday, cuti
8) tsutzuku = bersambung...
9) chizu = peta
10)senkyo = election, pilihanraya

Friday, March 7, 2008

senkyo!

Assalamu'alaikum

Esok pilihanraya umum di tanah airku. Kawan-kawan di tanah air, macam mana? Bagi yang layak, mesti mengundi esok kan? Bagi yang dah kettei awal-awal tak nak mengundi esok, ubahlah fikiran anda. Masih sempat. Tunaikan tanggungjawab anda.

Aku tidak ingin mengulas panjang. Semestinya kawan-kawan tahu nak undi siapa, sebab anda lebih arif tentang kawasan anda. Tapi jadilah orang yang mengambil berat dan mengambil tahu hal kawasan sekeliling dan hal negara. Dengarlah hujah-hujah daripada semua parti, daripada semua calon kemudian berfikirlah sebaik-baiknya. Terbaca di blog kawan aku, dan Allah telah berfirman yang bermaksud


....oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu, Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan Yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan Yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang Yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang Yang berakal sempurna.
- Az-Zumar, ayat 17 & 18 -

Dengarlah semua berita yang ada. Fikirlah baik dan buruknya. Fikirlah sejauh mana kebenarannya, jangan cepat termakan fitnah. Kemudian baru buat keputusan. Di internet sekarang ada pelbagai sumber berita. Kat TV pun ada tapi agak sukar nak dengar suara semua parti. Jadi manfaatkan internet anda sepenuhnya.

Tapi pastikan kawan-kawan pilih mereka yang inginkan Islam, yang akan bawa keuntungan kepada Islam. Macam nak pilih pasangan la jugak. Kita pilih pasangan hidup berdasarkan empat perkara;kecantikannya, hartanya, keturunannya dan agamanya. Tapi kalau kita utamakan agamanya, insyaAllah kita bahagia.

Ha, nak undi calon pun, utamakanlah agamanya. Dan pada masa yang sama aku yakin. Parti yang baik, calonnya juga baik, insyaAllah.

Bagi yang dah tekad nak undi sape esok, Istikharahlah semoga undian anda akan membawa kebaikan kepada Islam. Bagi yang belum, manfaatkan malam ni untuk buat keputusan. Jangan duduk atas pagar. Sama-samalah kita berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar dan kemenangan berada di pihak yang mahukan Islam.

Selamat mengundi.

p/s: Aku tak mengundi sebab tak cukup umur. Gomen nasai.

Nota sisi:
1) senkyo = election
2) kettei = decision
3) gomen nasai = I am sorry

Sunday, February 24, 2008

mudai...

Assalamu'alaikum,

A week left before my 37 days holiday starts. InsyaAllah I ll travel down to Fukui during the holiday, but not for long. Other than that, I ll spend most of my time at Akita, probably reading some books, or refreshing my knowledge on electric cricuits. I am going to power electronics kenkyushitsu this year, so electric and electronic circuits are inevitable. Chinamini, exam is over. What a relief!

Yesterday fubuki hit Akita. The wind was not very violent, but since it get mixed with yuki, it feels like a needle sticking to the skin when the winds hit my face. Ouch..

Kaimono bag
Shopping bag is not widely used in Japan, but campaign to encourage its usage has been going on for quite a long time. Usually we use plastic bags supplied by the seller. And as a mean to reduce pollution and garbage, plastic bag too must be reduced, so people were encouraged to bring their own bag when shopping. But the common excuse not to bring it is that the size is big.

But now small size and lightweight kaimono bag is easy to get, and there are shopping departments that gives it for free. Last week I got one from a nearby shop. Muryodesu.


I like green. (Right: pretty small, huh... Left: Unfolded)

Its a very small effort, but if all of us do it, insyaAllah it will become big. In Tokyo, plastic bag at shopping departments is not free. You have to pay for it. I am not sure about other countries. Maybe Mr Amir can tell us about France.


Matahari semakin kerap muncul, menandakan penghujung fuyu

Hokano hanashi

Pagi tadi, aku dan ahli usrah selesai berbincang tajuk pengenalan ilmu hadith, setelah 3 kali perjumpaan. Sedikit sebanyak dapat faham tentang sejarah, jenis-jenis hadith, dan hukum-hukumnya. Selama ni aku hanya baca hadith dan ikut saja. Kita wajib berhukum dengan hadith, tetapi kita tak patut ikut sesuatu tanpa ilmu, dengan kata lain, tak boleh ikut membuta tuli. Dan aku sependapat dengan senpai aku, bila aku tengok cara penapisan dan pembukuan hadith-hadith ni, aku dapat rasa yang orang Islam zaman dulu bekerja dengan tekun, teliti dan sistematik. Thanx to them and with Allah's will, the knowledge lives untill now, and it is a great loss if we let it untouched . Sangat banyak yg kita kena belajar kawan-kawan. Aku ni baru nak merangkak. Ramai kawan aku yang dah jauh dihadapan. Ada juga yang belum mulakan langkah lagi. Jangan terlambat.

Kemudian kami berbincang mengenai isu kewajipan dalam pilihanraya. Tak tahulah pendapat kawan-kawan semua. Tapi kita kena ambil tahu, sebab itu berkaitan dengan negara dan masa depan kita. Jangan bersikap tidak peduli. Jangan kerana hidup kita dah senang, makan kita dah terlebih cukup, kita buat tak tahu.

Ok. Hanashi wa kokomadedesu. Tsutzuku.

Nota sisi:
1) mudai = titleless, tidak bertajuk
2) kenkyuushitsu = laboratory, research room
3) fubuki = blizzard, snowstorm
4) yuki = snow
5) senpai = senior
6 kaimono = shopping
7) muryo = free of charge
8) hokano hanashi = kisah lain, cerita lain
9) Hanashi wa kokomadedesu = Sampai sini saja ceritanya
10) Tsuzuku = bersambung, to be continued
11) Chinamini = by the way
12) fuyu = winter

Sunday, February 10, 2008

Kimatsu shiken no hanashi...

Assalamu'alaikum,

Kimatsu shiken will start on Thursday. Soro soro, another 12 subjects needed to be cleared. Alhamdulillah, this time I have started my shiken benkyo a little bit early than usual. After the exam, I still have to attend class until 29th of February. It is my last exam as a yonensei before becoming a gonensei . Almost two years have passed since I came to Japan. Time runs fast these days.

Busy???

In my older posts, sometimes I claimed that I was busy. But one day my sahabat said "Kau sibuk sangat ke? Update la blog sket". And I realized that he is arguing the right thing. We should not easily claim that we are busy, because in reality we are not utilizing the time that we have to the max. How could I say that I am busy, if I could still surf the net, go shopping, chatting or else. For those who are really busy, be grateful because you are utilizing your time at best.

Kesimpulannya, usahlah cepat mengeluh bahawa diri kita ni sibuk. Ada orang lain yang lebih sibuk lagi. Jangan biar masa terbuang begitu sahaja. Isilah masa dengan perkara berfaedah.


Jadual Exam



Kawan-kawan yang lain mungkin ada yang dah habis exam. Mungkin ada juga yang baru nak exam macam aku. Selamat bermujahadah. Haru yasumi mula 1 hb Mac. InsyaAllah aku update lagi nanti. Tsutzuku...

Nota sisi:
kimatsu shiken= peperiksaan akhir sem
hanashi=kisah, cerita
shiken benkyo=belajar untuk exam
yonensei=4th year student
gonensei=5th year student
soro soro=tak lama lagi
haru yasumi=spring holiday

Thursday, January 31, 2008

Fuyu yasumi no hanashi..

Assalamu'alaikum,

I spent most of my fuyu yasumi away from Akita. Uh, when was that? Fuyu yasumi is 22nd Dec until 8th Jan. Almost a month have passed, but I want to share something about it.


Peta perjalanan


IPIJ Winter Gathering held in Gifu ken

My journey to Gifu starts on 24th December, I took a bus from akita to sendai, then I join my friends there before continuing my journey to Tokyo. We arrived at Tokyo the next morning, and we join with another group of friends before moving towards Gifu. Tiring but its worth it. There were about 63 participants in the programme.

The theme is "Back to Islam". Yes, back to Islam. But what does it mean?

During the programme, we disscussed about "Min aina ila aina" which means "from where, to where". What is our purpose of life..

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman pada para malaikat:"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?"Tuhan berfirman:"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"(Surah Al-Baqarah:30)

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.(Surah Adz Dzaariyaat:56)

Cuma nak ajak diri aku dan semua kawan-kawan muhasabah balik diri. Adakah kita dah laksanakan, atau sedang berusaha melaksanakan apa yang disebut dalam Al-Quran? Hidup kita dalam seminggu, apa yang kita isi? Bila bercakap tentang ni, rasa macam kena kat batang hidung sendiri. Memang kita kena bijak bahagi masa, tapi apa yg aku sedar, terlalu banyak masa dibagikan untuk berhibur dan keseronokan dunia, jika dibandingkan dengan dua perkara yang disebut diatas.

Kemudian dalam program tu ada dibincangkan tentang kesyumulan Islam. Macam mana Islam menyempurnakan kehidupan dari segala segi. "Islam itu syumul", kita memang selalu dengar, tapi aku rasa kita kurang MENGKAJI secara mendalam. Dari segi ekonomi, pemerintahan, masyarakat dan semua aspek lain. Aku pun kena blajaq byk lagi sebenarnya.

Selepsa tamat winter gathering, aku ke nagoya atas urusan tertentu. Tak sempat nak jalan jauh, tapi Alhamdulillah, dpat makan kat restoran turki & pakistan. Dapat jugak solat kat masjid nagoya. Kemudian ke myoukou kougen di niigata ken untuk reunion batch sambil main snowboard. Dpat jumpa rakan seperjuangan di utm kl dulu. Macam2 cerita aku dapat tahu.

Selepas tamat reunion batch kembalilah aku ke akita. Tapi tak lama lepas tu ada program lagi. Kali ni program rasmi di Ichinoseki, dianjurkan oleh Ichinoseki kosen, yang mengumpulkan pelajar-pelajar asing di kawasan Tohoku, untuk aktiviti lawatan sambil belajar dan kouryuukai. Kebanyakan foreign student yang datang asal dari Asia tenggara. Tapi ada jugak dari Maghribi, Iran, Sri Lanka dan benua Afrika(lupa negara mana). 1st time aku solat berjemaah dengan orang Iran. Aku tak berbual banyak sangat pun dengan dia, tapi rasa best sebab dapat jemaah sekali. Sekembalinya aku dari ichinoseki fuyu yasumi aku pun tamat.
Shinkansen di Ichinoseki?

Sekarang dah nak masuk bulan 2. Fuyu insyaAllah lagi sebulan lebih, kemudian haru pulak. Yuki masih tappuri. Ni gambar kat sekitar kolej...


Yuki lagi


Jemput la masuk...

Exam lagi dua minggu. Tsutzuku...


Nota sisi:
1) Fuyu=winter
2) Yasumi= holiday
3) Haru=spring(musim bunga)
4) Tohoku=kawasan utara kepulauan honshu
5) Honshu= kepulauan paling besar dalam jepun(rujuk peta kat atas)
6)yuki=snow
7)shinkansen= bullet train jepun

Saturday, January 12, 2008

Kesibukan...

Assalamu'alaikum,

Agak sibuk kebelakangan ni. Banyak perkara yang lebih aula yang perlu diselesaikan. InsyaAllah, ada kesempatan aku tulis lagi

Waa'alaikumussalam wbt...