Friday, March 7, 2008

senkyo!

Assalamu'alaikum

Esok pilihanraya umum di tanah airku. Kawan-kawan di tanah air, macam mana? Bagi yang layak, mesti mengundi esok kan? Bagi yang dah kettei awal-awal tak nak mengundi esok, ubahlah fikiran anda. Masih sempat. Tunaikan tanggungjawab anda.

Aku tidak ingin mengulas panjang. Semestinya kawan-kawan tahu nak undi siapa, sebab anda lebih arif tentang kawasan anda. Tapi jadilah orang yang mengambil berat dan mengambil tahu hal kawasan sekeliling dan hal negara. Dengarlah hujah-hujah daripada semua parti, daripada semua calon kemudian berfikirlah sebaik-baiknya. Terbaca di blog kawan aku, dan Allah telah berfirman yang bermaksud


....oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu, Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan Yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan Yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang Yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang Yang berakal sempurna.
- Az-Zumar, ayat 17 & 18 -

Dengarlah semua berita yang ada. Fikirlah baik dan buruknya. Fikirlah sejauh mana kebenarannya, jangan cepat termakan fitnah. Kemudian baru buat keputusan. Di internet sekarang ada pelbagai sumber berita. Kat TV pun ada tapi agak sukar nak dengar suara semua parti. Jadi manfaatkan internet anda sepenuhnya.

Tapi pastikan kawan-kawan pilih mereka yang inginkan Islam, yang akan bawa keuntungan kepada Islam. Macam nak pilih pasangan la jugak. Kita pilih pasangan hidup berdasarkan empat perkara;kecantikannya, hartanya, keturunannya dan agamanya. Tapi kalau kita utamakan agamanya, insyaAllah kita bahagia.

Ha, nak undi calon pun, utamakanlah agamanya. Dan pada masa yang sama aku yakin. Parti yang baik, calonnya juga baik, insyaAllah.

Bagi yang dah tekad nak undi sape esok, Istikharahlah semoga undian anda akan membawa kebaikan kepada Islam. Bagi yang belum, manfaatkan malam ni untuk buat keputusan. Jangan duduk atas pagar. Sama-samalah kita berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar dan kemenangan berada di pihak yang mahukan Islam.

Selamat mengundi.

p/s: Aku tak mengundi sebab tak cukup umur. Gomen nasai.

Nota sisi:
1) senkyo = election
2) kettei = decision
3) gomen nasai = I am sorry

9 comments:

Anonymous said...

Selain kita melaksanakan solat istiqarah dalam membuat pilihan, jangan lupa solat hajat untuk kemenangan Islam di Malaysia. Pada masa yang sama, bacalah ayat-ayat quran halau hantu-hantu bertopengkan manusia di pilihanraya.

Bagi ana naim, takdak yang atas pagar. Antara syurga dan neraka. Takdak yang dok tgh sambil melihat antara neraka dan syurga.

Selamat Mengundi bro, jangan lupa berdoa bagi kita yang jauh diperantauan. Ini masa depan anak bangsa kita!!

nbo_3 said...

InsyaAllah bro. Di saat-saat akhir ni, buat kita di perantauan, panjangkanlah doa.Harap kita dpt bgn sama-sama utk tahajud mlm ni bedoa kepada ALLAH. Kemenangan mutlak hanya pada-Nya.

asuhara sue said...

dah tau keputusan PRU?
do omoimaska?

Anonymous said...

dulu aku penah bercita2 menjadi raja masa tadika.tapi makcik tukang masak tadika tu menyedarkan aku bahawasanya aku tak leh jadi raja melainkan aku kene kawin ngan anak raja.pastu dia mencadangkan aku jadi perdana menteri.tapi aku rasa nk jadi calon pilihanraya pon aku tak mampu.aku hanya mampu mengarut kat blog ko ar naim.sorry ar..kalo ko jadi pm nnti aku undi ko.zettai!!

nbo_3 said...

asuhara- rasanya dalam parlimen akan lebih banyak "check and balance".

alan-terima kasih di atas sokongan anda. hoho..

fsj said...

naim, i guess i still havent found ur cousin, sebab mase meeting budak2 malaysia, demam. so tak hadir la. tp tadi ade makan2 budak welli. ramai la plak, tp rasenye tade yg amek medic kat welli, mungkin die di auckland sebab dgr kate ade medic kat sane :)

nbo_3 said...

i c... tak mengapalah. InsyaAllah ada rezeki jumpa jugak nanti.

mashimaro said...

nk tny ley..ape yg perlu kita wat kalo calon yg kita nk pangkah tu bkn org Islam?...
(election dh lps pn...huhu)

nbo_3 said...

Sukar untuk menerangkan dalam satu dua baris. Penuh ruang komen ni.

Aku cadangkan ko cuba baca ulasan mufti perlis dan ustaz hasrizal(tajuk artikel:sokong islam atau muslim?).

http://drmaza.com/?p=202
http://mirror.saifulislam.com/aggregator?page=1&p=1502