Saturday, March 29, 2008

Menyambut musim bunga

Assalamu'alaikum,

I am back home. Ended my journey last Monday with a shinkansen from Tokyo Eki to Akita Eki. There is not much to tell about the rest of my tour around the Tokyo and Yokohama area. Visited the yoyogi mosque, I met my friend in Kisarazu, my ko-hai in Utsunomiya and my senpai in Yokohama before returning to Akita.

Shinkansen ke Akita. Di suatu eki dua kepala shinkansen ni akan berpisah.


Chizu: Sisa-sisa perjalanan


Masjid di yoyogi uehara(Dalam kawasan Tokyo)


Kedai kebab orang Turki di Shinjuku(Dalam kawasan Tokyo jugak)


While in Yokohoma, I came across this signboard.

Women Only

In Japan, during certain period of time especially during the rush hour, some train coaches are allowed only for woman, while others for both man and woman. This rule are applied mostly in big cities such as Tokyo as an effort to prevent chikang. From one point of view, I think it is a good rule, and I believe most of you feel the same.

Jepun negara bebas. Alhamdulillah, selama aku kat sini aku bebas mengamalkan Islam. Tetapi menurut senpai, polis-polis Jepun sentiasa memantau aktiviti-aktiviti komuniti Islam kat Jepun ni. Mungkin kerana kerajaan Jepun dibelenggu Islamophobia atau mungkin mereka masih belum memahami Islam sepenuhnya. Ataupun mereka dah memahami Islam, tetapi lebih suka dengan kehidupan yang TERLALU bebas ala barat? Allah lebih mengetahui. Tak dinafikan, terdapat sejumlah kecil orang Jepun yang mendapat hidayah untuk memeluk Islam dan sanggup meninggalkan cara hidup lama yang terlalu bebas dan tanpa peraturan.

Berbalik kepada kisah gerabak khas wanita tadi, kes-kes chikang bukanlah perkara yang pelik lagi kat sini. What makes me wonder is, of course women don't want sekuhara. Tapi masih ramai wanita-wanita kat sini berpakaian seolah-seolah "menjemput" sekuhara. Tapi mereka tak beragama dan mementingkan "kebebasan". nantomo ienai.

Kita yang beragama ni, amalkanlah apa yang telah ditetapkan. Semua yang diajar dalam Islam tu ada hikmah, walaupun kadang -kadang hikmah tu tak diterangkan dengan jelas. Contohnya, kita diperintah untuk sembelih haiwan, walaupun tak diterangkan kebaikan menyembelih tu. Tapi kajian sains sendiri menunjukkan(ni ada ustaz cite la, korang boleh cuba search sumber-sumber lain) daging haiwan yang disembelih lebih manis, kurang darah beku, kurang kuman dan ada beberapa kebaikan lagi. Allah knows what is best for us.


Pindah Bilik

Few days after my return to Akita, I had to change room. I spent almost the whole day to that. Tsukareta. Masa tengah sibuk pindah bilik tu aku terjumpa satu buku dalam kotak. Buku ni mak aku bagi, tapi tak pernah baca. Tajuk buku tu "Aqidah Imam Empat(Abu Hanifah, Malik, Syafi'i, Ahmad)". Aku pun terus baca sampai habis.

Buku ni membicarakan aqidah empat imam utama ahli sunnah. Apa yang aku dapat faham, dalam bab aqidah, keempat-empat imam ini tidak berbeza pendapat. Kecuali dalam masalah pengertian iman di mana imam Abu Hanifah punya pendapat sendiri. Beliau berpendapat iman itu tidak bertambah dan tidak berkurang dan bahawa yang disebut iman itu ialah "tashdiq dalam hati dan iqrar dalam lisan, sementara perbuatan amal tidak termasuk dalam pengertian iman.

Inilah yang membezakan beliau dengan tiga imam yang lain. Tiga imam yang lain berpendapat iman itu bertambah dan berkurang, dan perbuatan amal itu juga termasuk dalam pengertian iman. Inilah pendapat yang lebih tepat. Namun demikian Imam Abu Hanifah tetap mendapat pahala hasil ijtihad beliau, walaupun pendapat beliau bercanggah. Kemudian ada keterangan yang menyatakan Imam Hanifah telah menarik balik pendapat beliau itu. Wallahu a'alam. Hanya Allah yang mengetahui.


Tapi poin utama yang aku ingin ketengahkan ialah kesepakatan keempat-empat imam ini dalam bab aqidah, walaupun ada kalanya dalam bab-bab lain seperti cara beribadah mereka tidak sepakat . Aqidah sangat layak menyatukan umat ni dan menjaga mereka dari perpecahan dalam masalah agama.

Dan bila aku sampai ke Jepun, aku dapat merasakan perkara ni dengan lebih jelas. Di Malaysia majoriti orang Islam mengikut Imam Syafie atau disebut "bermazhab syafie". Dalam amalan seharian seperti solat, cara aku dan cara orang-orang sekitarku semuanya sama sahaja. Tapi di sini, aku berpeluang berjumpa dengan orang Islam dari bany
ak negara lain, dan cara mereka solat ada kalanya sedikit berbeza(Tapi rukun solat yang 13 tu tetap sama la). Contohnya ada yang tidak menguatkan bacaan "bismillahirrahmanirrahim" ketika bacaan Al-Fatihah. Cara kami membezakan, tapi aqidah kami tetap menyatukan.

Pernah sekali dalam usrah, senpai aku bertanya "selama ni naim solat ikut cara Nabi atau ikut cara Imam Syafie?". Mati kutu aku memikirkan jawapannya. Panduan kita yang utama ialah Al-Quran dan Sunnah Nabi, kemudian barulah ijtihad para ulama. Imam Syafie dan tiga imam yang lain, semuanya mengikut cara Nabi. Mereka kaji
hadith dan sunnah Rasulullah, kaji Al-Quran dan kaji kitab, dan seterusnya berijtihad menentukan hukum. Jadi aku berpendapat, bila kita ikut cara mereka, secara automatiknya kita sedang mengikut cara Nabi. Jadi lebih mudah kita rujuk perbahasan imam-imam ni. Kemudian kita teliti dalil yang imam-imam ni gunakan samada dari hadith atau Al-Quran. Dan kita ambillah mana-mana pendapat yang kita rasa paling dekat dengan Allah dan Nabi. Kalau susah jugak, barulah kita ikut pendapat mana-mana imam tanpa merujuk dalil. Ish takkan tak boleh usaha sikit nak rujuk dalil(aku berkata pada diriku sendiri).

Kalau ada orang kata "aku takmo ikut mana-mana imam la. Aku nak kaji sendiri dan ijtihad sendiri". Boleh, takde masalah. Dengan syarat kita betul-betul layak dan memiliki ilmu pengetahuan yang cukup. Ijtihad sebaiknya dilakukan oleh ulama sahaja. Kalau orang macam aku ni, yang bahasa arab pun tak reti, ilmu-ilmu asas pun belum mantap, susah la kan.

Panjang la pulak aku bercerita ye. Bila aku tulis benda ni, aku terasa yang masih banyak perlu dipelajari. Kawan-kawan tak rasa macam tu?
Maaf kalau cara penyampaian kurang berkesan. Cuma kadang-kadang aku rasa rugi jugak, dalam blog ni asyik tulis cerita-cerita donia je. Tapi kalau ada kesilapan yang aku buat tegurlah aku. =)



Nagareru kisetsu

Di bandar Akita yuki dah cair. Looks like I have to wait another nine months for the next one. Haru Yasumi pun tinggal seminggu lagi. Tahun ni ada empat ko-hai ryu-gakusei baru akan datang ke Akita kosen. Seorang dari Laos, seorang dari Cameroon, dua lagi dari Malaysia. Aku menanti dengan penuh harapan. Result exam pun dah dapat. Alhamdulillah. Dan aku dapat tahu lapan orang rakan kelasku terpaksa ryu-nen. Pity them.

Ok, hingga di lain kali. Tsutzuku...

Nota sisi;
tanda " - " menunujukkan bacaan dipanjangkan sedikit. In other words "dua harakat".

1) shinkansen= "bullet train" Jepun, keretapi peluru
2) eki = station, stesyen
3) senpai = senior
4) ko-hai = junior
5) chikang = molest, raba
6) sekuhara = sexual harassment, gangguan seksual
7) nantomo ienai = could not say anything, tak boleh kata ape
8) tsukareta = tired, penat
9) ijtihad =
klik di sini (jangan tak klik)
10) nagareru kisetsu = musim yang berlalu (nagareru = mengalir, kisetsu = musim)
11) ryu-gakusei = foreign student, pelajar negara luar
12) ryu-nen = repeat year, mengulang tahun pengajian
13) yuki = snow,salji
14) chizu = map, peta



12 comments:

Anonymous said...

Tidak masalah menulis soal dunia, tetapi penulisan cerita tetang dunia itu dengan mata akhirat. InsyaAllah, akan lebih menarik dan lebih dekat dengan Allah S.W.T.

Membaca, menulis dan berfikir perlu seiringan, baru penulisan lebih mantap dan berguna untuk orang lain juga.

Wassalam!

Anonymous said...

hoho pandai2 main ayat ler. bg cerita keduniaan tu menginsafkan org. tp letih sketla nak nulis n cari idea.

-amir-

Anonymous said...

Assalam,

Alhamdulillah. Ada juga sorang lagi hamba Allah yg dapat paham konsep ijtihad (atau ittiba' utk level org biasa cam kita nih). Antara sebab org Melayu tak maju2 mentalitinya adalah sebab sikap taqlid dan ta'sub mereka, serta malas mencari ilmu/nas.
Juga, diorang ni byk mengaku ikut imam Shafi'i, tapi kalau dikaji betul2, banyak yg diorg amalkan sebenarnya bercanggah dgn fatwa2 imam Shafi'i dan para imam Shafi'iyyah. Semoga Allah memberkati usaha akhi naim.

P.S: 'Kebab ye'? Adakah itu cara Turks sebut 'Kebabbu-ya'? Sbb sebutan 'a' diorg berbunyi seakan 'e', cth: 'Ellehu Ekber'. Dah lidah diorg g2 kot...

nbo_3 said...

samuraisyahid - kadang-kadang sukar juga untuk menyelitkan kedua-dua elemen. Saya akan ingat pesanan samuraisyahid.

Amir - Mungkin letih skit. Tapi aku rasa ok sebab aku tak update blog tiap-tiap hari.

Sanatara - Thank you. Jika kelapangan jemput la ke blog ni lagi. "Kebab ye" tu jika dilihat dari tulisan jepun di papan tandanya bermaksud "rumah kebab". Tapi hipotesis sanatara tu mask akal jugak.

asuhara sue said...

asuhara pernah ternaik shinkansen yang sesak time org nak pergi kerja ( pasal telambat bangun!) di Tokyo, seram juga kalau 'terkena', tapi pasal kami ( asuhara+besto friend) tak seksi kot, so selamatlah sampai ke next eki tanpa apa-apa kejadian tidak diingini! Alhamdulillah.

P/s: kajian mengatakan orang Malaysia hanya membaca 3 m.s buku setahun!

nbo_3 said...

dahsyat. sampai shinkansen pun sesak. Selalunye keretapi biasa je yang sesak. tapi tak mustahil. Asuhara nak pegi mana time tu?

3 muka surat je. Lets work hard and make it 4 pages this year.

asuhara sue said...

ops, bukan shinkansen la naim, JR train yg biasa! gomenasai neh. time tu dr Asakusa nak ke Tokyo station kalau x silap... dah lama sangat dahhh..dah 2 tahun lepas, tapi kenangannya masih macam baru semalam pegi!

p/s: kalau baca di internet nak kira mcmana yek?

fsj said...

bagusnye ade tren utk perempuan je :)

thanks for the info pasal ijtihad and iman tu seme. ha'a la. rase banyak lagi mende tak tau :p. in fact, yes i am. :D

nbo_3 said...

asuhara- internet? tak tahulah plak

khazinatul-banyak lagi kan. Sama-samalah berusaha

Anonymous said...

Betul tu Naim. Aku masih lagi cetek dalam hal-hal ijtihad ni. Kadang-kadang, masa yang dikejar untuk belajar semua benda membuat aku gopoh dan tamak. Arkhh.. ruginya waktu yang berlalu.

Dari Samurai Syahid, idea "Melihat cerita dunia dengan mata akhirat" benar-benar suatu yang mengagumkan. Jadinya, bermula sekarang, aku mesti melihat segala di sekeliling ini dengan pandangan itu.

Jom Naim. Semoga kita sama-sama dapat idea untuk menulis. Hehe..

nbo_3 said...

Hehe. Bagus-bagus. Sebenarnya aku nak tulis tentang kehidupan aku je (orenojinsei la katakan). Tapi elok juga tambah benda lain skit.

"Melihat cerita dunia dengan mata akhirat". Semua yang kita lihat ni perlu difikirkan dengan dalam dan secara tersirat. Kurang mahir berfalsafah, tapi sama-samalah kita berfikir.

Dan selamat menyertai T.I.M. Ganbarimashou..

ajiq said...

huh....mmg kalau bab ibadat xleh lari dah drpd percanggahan ulama....kan rasulullah penah ckp perselisihan ulama itu rahmat bg umat islam....