Saturday, March 21, 2009

Jalan Ke Jepun(Bahagian 8)

Sambungan dari siri ke tujuh,

Pada tahun ini (2007), aku telah memohon untuk mengikuti program internship. Program internship di Jepun agak berbeza dengan latihan industri di Malaysia, kerana tempohnya yang singkat. Biasanya hanya seminggu atau dua minggu dan dijalankan di kilang-kilang, syarikat, pusat penyelidikan, dan universiti.



Internship
di sekolahku tidak wajib. Ia dikira sebagai elektif. Ramai juga rakanku yang pulang bercuti di tanah air. Teringin juga untuk pulang, tapi aku ambil peluang ini untuk tambah pengalaman, dan yang lebih penting, untuk tambah jam kredit. Susah dulu senang kemudian.

Mulanya aku memohon untuk mengikuti internship di genpatsu, tetapi bilangan yang memohon terlalu ramai dan permohonanku ditolak. Sedih juga pada mulanya kerana bukan mudah mendapat peluang mendekati genpatsu. Hanya sebilangan kecil negara yang memilikinya.

Kemudian aku cuba pula syarikat dakwat. Kali ni juga gagal. Mereka lebih utamakan gakusei dari gakka lain. Hampir putus asa, tetapi kemudian aku mendapat tahu tentang internship Hitachi. Internship yang dibuka agak banyak, namun aku perlu memilih bidang yang sesuai dengan kelayakanku. Akhirnya aku memohon untuk mengikuti internship Information & Control Department yang terletak di Ibaraki ken. Alhamdulillah permohonan ku diterima. Program akan bermula pada 26 Ogos selama dua minggu. Rakan kelasku Kikuchi-kun juga akan ke tempat yang sama, tapi programnya tiga minggu.

Internship akan bermula pada 26 Ogos. Tetapi cutiku bermula lebih awal, dan aku ada lebih dua minggu sebelum berangkat ke Ibaraki ken. Cuaca ketika natsu panas dan kurang selesa. Andai biliku ada aircond, mahu saja aku kurung diri sepanjang cuti ini.

Beberapa hari sebelum cuti bermula, brother H mengajakku untuk menyertai program summer camp di Miyagi ken. Lama betul tak dengar khabar brother H. Kali terakhir jumpa di Sendai ketika kejohanan bola sepak Touhoku. Lincah brother H bermain bola. Aku penonton je.

Sebelum ini pernah dengar program seumpamanya, tapi tak berminat untuk menyertai. Tapi apa salahnya kali ini aku mencuba. Lagipun tempatnya di Miyagi ken, masih di dalam kawasan Touhoku. Aku setuju saja dengan jemputan brother H. Senpaiku Opi pun nak ikut, maka tidak perlulah aku bermusafir seorang diri.

Bersambung dalam bahagian ke sembilan...

Nota sisi;
1) genpatsu = singkatan untuk genshiryokuhatsudenjyo; pusat janakuasa elektrik nuklear
2) gakusei = pelajar
3) gakka = kursus, jurusan
4) natsu = musim panas
5) touhoku = bahagian utara pulau Honshu
6) senpai = senior

Saturday, March 14, 2009

Mengharapkan

Assalamu'alaikum,

Ingin berkongsi satu video yang diforwardkan oleh senpai. Insaf rasanya. Muhasabah balik hidup selama ni, memang banyak sangat dosa. Memang banyak masa yang dibazirkan.

Tapi masih mengharapkan kasih sayang Allah SWT.



Tsutzuku....

nota sisi;
1) senpai = senior
2) tsutzuku = bersambung

Tuesday, March 10, 2009

Out To Nowhere

Assalamu'alaikum,

Selesai juga ronbun. Maka cukuplah syarat untuk aku tamatkan pengajian di Akita Kosen. Kini aku cuma menantikan hari untuk majlis graduasi.

Sekarang aku berada di bilik b302. Bercuti sambil bertugas dan belajar secara tidak rasmi. InsyaAllah bulan hadapan akan berpindah sekolah dan tempat tinggal. Tapi aku masih belum berjaya mendapatkan rumah sewa. Moga semuanya lancar.


Akebono (klik)



Di toudai


fune

Akan bersambung jika berkemampuan dan berkesempatan. InsyaAllah.

Tsutzuku...

nota sisi;
1) ronbun = tesis
2) toudai = rumah api
3) fune = kapal
4) tsutzuku = bersambung