Sunday, June 28, 2009

Penat

Assalamu'alaikum,

Atsui. Stereng kereta dah mula membakar tangan. Dah lebih dua minggu berakhirnya mid term exam. Alhamdulillah, zentaitekini boleh tersenyum, cuma ada dua subjek yang buat aku panas badan sikit, kena sedia untuk seterusnya.

Ni la bilik aku. Lebih dari cukup.

Jisatsu,

Di sekolah baru ni, selain aku, ada dua orang rakan kelas sekolah lama di Akita turut belajar bersama. Baru-baru ni dapat berita kawan lama di Akita, (aku namakan dia "S kun") dah jisatsu. Bikkurishita. Semua orang akan mati, cuma tak sangka S kun mati dengan jisatsu. Orangnya baik saja, badan pun sedang-sedang, bukan calon untuk dibuli. Cuma asyik mengalah kalau bergurau.

Aku: nande jisatsushita no kana.... (kenapa dia bunuh diri ye)

Itoh(kawan): wakaranai. tsukaretanokana.... (Tak tau. Dah penat kot)

Aku masih tidak faham apa yang kawan aku maksudkan dengan "penat". Jadi dua orang kawan aku ni ajak balik Akita untuk bagi penghormatan kat S kun, tapi aku tak ikut sebab ada alasan lain. Kesian dengan kawan aku ni, sebab dia baik, tapi masih belum kembali kepada fitrah ketika dia mati.

Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (3:85)

Berdoalah untuk ummat manusia, tapi jangan lupa berdoa untuk diri kita, moga dimatikan dalam keadaan Islam dan Iman.

Tsutzuku....
1) atsui = panas
2) jisatsu = bunuh diri
3) bikkurishita = shocked, terkejut
4) zentaitekini = secara keseluruhannya

3 comments:

fsj said...

salam naim,
bilik kamu spacious, selese nk study.

hurm suicide,kesiannye die. bebaruni wat research pasal suicide, rase cam tak berape relevent nk apply dlm context islamic society, tp agak bagusla topikni, kadangtu cam kesian, tak tau camne diorg boleh ade kekuatan nk commit suicide, n sicidal issue ni kire taboola kt nz society. ok, take care n bonne chance yash! :)

Anonymous said...

cantik hiasan rumah kamu, boleh banyak menimbulkan inspirasi dalam bekerja.

terkejut dengan cara kematian yang dihadapi kawan kamu.
orang jepun kalau putus asa bunuh diri ke?catau bunuh sebab kerana apa?

nbo_3 said...

khazinatulasrar:Saya sukakan ruang. Mungkin keinginan untuk melarikan diri dari masalah dah jadi terlalu kuat, hingga melihat bunuh diri sebagai satu-satu jalan keluar.

umar al-fateh:Tak ada hiasan sangat sebenarnya. Setelah bertanya kepada beberapa orang rakan, dengar cerita dia jisatsu disebabkan tekanan kerja yang teruk.