Thursday, June 11, 2009

Ojigi

Assalamu'alaikum,

Khamis lepas aku ikut kelas nihon jijou. Kali ni sensei cerita pasal business manner dan serba sedikit adat nihonjin. Dan salah satunya tentang ojigi. Ojigi ni cara nihonjin menunjukkan rasa hormatnya iaitu dengan menundukkan kepala dan membongkokkan badan. Kalau kita biasa dengan bersalam, nihonjin dengan ojigi.


Nihonjin agak sensitif dengan body contact, ni berdasarkan apa yang aku baca la. Bukan langsung tak boleh cuma tak biasa. Bukan suatu yang menghairankan jika kita menghulurkan tangan untuk bersalam dengan nihonjin, mereka akan salam tapi genggagamannya longgar. Malu-malu la tu.

Sudut bongkokan badan ketika ojigi juga berbeza mengikut situsi. Berdasarkan apa yang sensei aku cerita.

10 Darjah
Biasanya di kedai. Apabila ada pelanggan lalu sebelah pekerja, pekerja itu akan bagi ojigi 10 degree. Mochiron, tak semua pekerja buat.

30 Darjah
Paling lazim dibuat. Ketika menziarah rumah, bertemu seseorang buat pertama kali, sebelum memulakan ucapan dan lain-lain.

45 Darjah ke atas
Ketika memohon maaf atau mengucapkan terima kasih yang amat sangat.



Yang aku nak cerita sebenarnya.

Memang unik ojigi ni.

Tapi terdetik pula di hati, adakah rukuk aku dah sempurna. InsyaAllah mudah-mudahan. Hikmah dari kelas yang lepas = "mengetuk" diri agar muhabasah perlaksanaan solat.

tsutzuku...

nota sisi;
1) mochiron = of course, sudah pasti
2) nihonjin = orang jepun
3) ojigi = (rujuk entri di atas)
4) tsutzuku = bersambung, to be continued
5) nihon jijou = Japan affair

4 comments:

'Atiqah Jasni said...

Assalamualaikum..sebagai tambahan di kosen saya kohaitachi nihonjin juga akan ojigi 45 darjah ke atas apabila berselisih dengan sempaitachi.Kadang tu ada yang ojigi sampai dahi mencecah lutut.

nbo_3 said...

ic. Masa di kosen dulu aisatsu yang diberikan kohai nihonjin juga dengan suara yang agak kuat.

Seringkali terkejut mendengarnya.

Unknown said...

apa merepek jepun ni? mai translate sket? watashi no understando

Anonymous said...

cna ek nk ckp..
nh sy dpt twrn intrview tok program dploma kjrtraan jpn ni la..
pas2 rmi org kt ssh..
so,ni nk tnya r..
mmg ssh ka?
tq