Tuesday, June 2, 2009

Minggu keemasan

Assalamu'alaikum,

kokubang


Shiken di sekolah baru ni lain sikit. Kalau di sekolah lama dulu, satu minggu ditetapkan khas untuk shiken. Maka semua pelajar akan menempuhi minggu tersebut dengan pelbagai ragam. Ada yang tak tidur berhari-hari untuk benkyou. Apa boleh buat, hari ni dua ketul, esoknya pula beberapa ketul lagi menanti, hinggalah selesai satu minggu. Tapi di sekolah baru, shiken terpulang pada sensei, dan lazimnya memang akan ada ruang untuk setiap subjek. Minggu ni dua, minggu depan pulak tiga. Begitulah. Cuma silibus di sekolah baru ni, lebih luas dan susah, jadi bukanlah bermakna aku boleh goyang kaki.

Cuti golden week

Minggu keemasan

Setiap kali awal bulan Mei, Jepun akan ada cuti yang dipanggil "golden week", biasanya lebih kurang empat atau lima hari. Aku pun tak tau kenapa dipanggil golden week tapi boleh rujuk sini untuk maklumat lanjut. Dan pada golden week yang lepas aku telah ke Kannonzaki di Kanagawa-ken untuk menyertai golden week gathering IPIJ. Alhamdulillah, dengan tema al-mu'allim, peserta diajak merenung kembali kepentingan sirah Rasulullah s.a.w. dan beberapa prinsip kejayaan baginda untuk diambil pengajaran dan diaplikasikan.


Peta perjalanan

Al-Mu'allim

Orang barat juga tidak ketinggalan mengkaji sirah Nabi s.a.w. Antara sebabnya ialah.... simply because Muhammad s.a.w. is the greatest man! Mereka mengkagumi baginda, biarpun jika mereka tidak menyukai baginda. Seorang penulis barat Michael A. Hart di dalam bukunya menulis " he was the only man in history who was supremely successful on both the reliegious and secular levels."

Bagi kita yang telah melafazkan syahadah, perlu lebih dari itu. Mengimani para Rasul adalah salah satu dari komponen iman, jika rosak maka rosaklah semuanya. Ibarat susunan domino, jatuh satu, maka jatuh semua. Adalah suatu yang janggal, apabila seseorang berkata dia cintakan Islam tetapi dia tidak kenal, atau tiada usaha mengenal manusia yang mengajar Islam yang dicintainya. Mengkaji sirah Rasulullah S.A.W. itu ialah mengkaji Islam secara praktikal.

Aku ingin berkongsi kata-kata Said Ramadhan Al-Buti di dalam bukunya fiqh al-sirah;
"....hakikat zahir dan batin Islam semuanya teradun di dalam penghidupan Rasulullah S.A.W." "Tidak syak lagi bahawa mempelajari sejarah hidup Muhammad S.A.W. ialah memahami semua sudut kemanusiaan."

Zaman muda ku,
Entah kenapa sebelum datang ke bumi sakura, persepsiku jauh berbeza. Apabila disebut Rasulullah Muhammad S.A.W. ,yang berlegar di fikiranku hanyalah Maulidur Rasul dan sambutan Ma'al Hijrah. Dan sekali sekala teringat peristiwa Israk Mikraj. Aku pun tak berapa ingat apa yang dah diajar di sekolah berkenaan sirah. Mungkin salahku juga sebab tak serius belajar. Atau silibusnya banyak lompat-lompat?

Bagi pengunjung-pengunjung orenojinsei, inginku jemput membaca sesuatu. Tulisan yang telah mengubah persepsiku terhadap sirah. Klik sini

Unten Mengkyo,
Sedang berhajat untuk mendapatkan unten mengkyo Jepun, cuma prosesnya sedikit rumit. Mustahil untuk mendapatkannya dalam masa terdekat tapi memang sangat berhajat.Doakan aku. Last but not least untuk yang akan bershiken, ganbarou!

Tsutzuku...

Nota sisi;
1) shiken = peperiksaan
2) unten mengkyo = lesen memandu
3) benkyou = study
4) Mu'allim = guru, teacher
5) kokubang = papan hitam, blackboard
6) sensei = guru
7) ganbarou! = ayuh berusaha ! <---- (lebih kurang macam ni lah dalam bahasa Melayu.)

2 comments:

asuhara sue said...

masih terasa2 kamu ceritakan tentang golden week tahun lepas di blog kamu ini, sudah sampai golden week yang baru...nampaknya dah lebih setahun anego kenali kamu melalui blog ini, jadi teruskan ya dengan tulisan yang berilmu dan berpengalaman!

gambatte!

Anonymous said...

Salam kunjungan naim.

Selamat berexam.Buku yang ana pinjam,lambat sekali pergerakan bacaannya.Maaf,mungkin ana patut pulangkan semula.

Sebagai gantinya ana,telah terikat dengan sebuah bacaan,nanti ana kongsikan dengan nta. :)

Jyuken taisakuchuu.InsyaAllah.