Assalamualaikum,
Dah hampir tiga tahun aku belajar kat Akita Kousen, dan kini aku telah meninggalkannya. Secara umumnya, kousen tidak sama dengan universiti. Kalau ditanya institusi pengajian di Malaysia yang serupa dengan kousen, aku pun tak pasti jawapannya. Mungkin politeknik adalah yang paling hampir.
Tinggal di asrama kousen, aku berpeluang melihat kehidupan remaja-remaja nihonjin dengan lebih dekat. Remaja sajalah, otona tak tinggal di asrama. Tetapi untuk betul-betul memahami mereka, masih menjadi satu persoalan.
leaving this school for good
Mula-mula rasa sedih juga untuk meninggalkan sekolah ku ini, tapi fikir balik, kita semua akan meninggalkan dunia ini juga. Ada perkara lain yang kita lebih perlu risaukan dan sedih.
Hidup kat sekolah baru dah bermula. Lebih berat dan banyak yang perlu dilakukan.
tsutzuku...
nota sisi;
1) nihonjin = orang jepun
2) otona = orang dewasa
3) tsutzuku = bersambung
4) mudai = tidak bertajuk
4 comments:
Meninggalkan perkara yang dah serasi dengan kita memang berat =)
tempat tinggal baru ni dengan nihonjin juga ke?
Mungkin juga berat. =)
Tempat tinggal baru bukan lagi di asrama.
salam...
dah bukan kat tohoku ke skrg ni?
Wa'alaikumsalam.
Bukan lagi di Touhoku. Tiadalah kelibat aku sabtu ini. Ganbare 4 nen.
Post a Comment