Tuesday, April 21, 2009

360 Darjah

Assalamu'alaikam wbt,

Kat sini sakura dah mangkai. Gugur pun sudah. Memang dah haru. Rumah baruku terletak empat kilometer dari sekolah. Berbasikal ke sekolah mengambil masa 15 minit. Berjalan kaki 45 minit. Physical training yang bagus.

My iron horse


Memimpin di tengah

Sambung siri bedah buku. Buku yang aku nak cerita kali ni bertajuk "The 360° Leader". Bila anda dengar 360°, apakah tafsiran awal anda? Aku pernah terfikir, disebabkan pemimpin ni asyik pening dengan tugas dan beban tanggungjawab, kepalanya asyik berpusing 360 darjah. Boleh jadi itulah sebabnya tajuk buku ini jadi sedemikian.
360 Darjah

Tapi bukan begitu. Yang dimaksudkan dengan 360 darjah ialah "all direction". Ia merujuk kepada mereka yang memimpin di tengah-tengah organisasi, bukan di peringkat terbawah dan bukan teratas. Memimpin di peringkat teratas, anda dibebankan dengan orang bawahan. Berada di bahagian terbawah, anda ditekan oleh orang atasan. Memimpin di tengah, maka rasalah kedua-duanya. (maka jangan kejar jawatan :P). Ada kalanya pemimpin di tengah juga perlu memimpin rakan sejawatan yang sama taraf.

Seorang pemimpin 360 darjah perlulah mengambil berat orang bawahan, dan sentiasa membantu bukan saja dari segi teknikal tapi juga emosi. Begitu juga terhadap pihak atasannya. Tak boleh fikir yang orang atasannya sentiasa sempurna. Ada kalanya pihak atasan juga mengalami masalah yang membuntukan, dan pemimpin di tengah perlu proaktif membantu. Bunyi macam susah kan? Penulis buku ini menekankan bahawa untuk membina pengaruh dan memimpin dengan lebih efektif, seseorang itu perlu memperbaiki hubungannya dengan pihak atasan dan juga orang bawahannya. Penulis buku ini berpendapat, pemimpin di peringkat pertengahan adalah faktor utama kejayaan sesebuah organisasi.

Dan yang lebih penting, seorang pemimpin 360 darjah itu perlu memiliki mindset dan berusaha untuk "membina dan memajukan" orang lain tidak kira sama ada orang bawahannya atau pihak atasannya. Bukan sekadar mengambil dan menyuruh orang bekerja.

Cuba melihat dengan lebih luas,

Aku terfikir, bagaimana manfaat dari buku ini boleh diaplikasikan dalam skop yang lebih luas. Apa yang aku lihat, penulis lebih banyak mengambil contoh berdasarkan organisasi-organisasi bebas dan syarikat-syarikat dalam mencanangkan konsep dan idea pemimpin 360 darjah. Tetapi bagaimana dengan persatuan dakwah? Sememangnya ia adalah sebuah organisasi tetapi bukan seperti organisasi biasa, kerana mereka yang bekerja di bawah badan dakwah tidak mengharapkan wang dan upah, apatah lagi pangkat dan harta(sepatutnya begitu lah). Kejayaan dalam gerak kerja bukan kerana minat semata-mata, atau sekadar memuaskan hati mengisi masa lapang.

Banyak nasihat dan saranan penulis, yang tidak lari dari apa yang telah diajar oleh Rasulullah S.A.W. Contohnya nasihat penulis supaya pemimpin 360 darjah memperbaiki hubungannya dengan orang di sekeliling. Rasulullah S.A.W. bukan sahaja berpengaruh, tetapi kepimpinan Rasulullah S.A.W. disertai kasih sayang yang sangat mendalam, hinggakan para sahabat sanggup berkorban sahaja. Iman yang dipupuk ke dalam jiwa para sahabat dan sifat Rasulullah S.A.W. menghasilkan organisasi yang utuh. Membaca semula peristiwa sulh Hudaibiyyah, wakil Quraisy Urwah ibnu Mas'ud menceritakan;

"Ludah Rasulullah tidak sempat jatuh ke tanah kerana disambut oleh orang-orang di sekelilingnya, lalu mereka menyapukan ludah itu ke muka dan kuli-kulit mereka. Apabila dia menyuruh sesuatu kepada mereka berebut-rebutlah mereka melakukannya. Bila dia hendak berwudhu' seolah-olah hendak berbunuh-bunuh mereka berebut-rebut membawa air kepadanya. Bila bercakap dengannya tiada siapa yang berani meninggikan suaranya, tidak mereka pandang tepat kepadanya kerana menghormatinya."(Fiqh Al-Sirah 3: ms 497)

Walaupun Rasulullah S.A.W. tidak memimpin di tengah, aku melihat elemen kasih sayang adalah faktor penting kelancaran organisasi generasi para sahabat. Sahabat tidak melihat title Rasul semata-mata. Di bahagian awal buku ini sendiri, penulis menyatakan pendapatnya bahawa memimpin tidak semestinya perlu berjawatan tinggi, tetapi dengan hanya membina pengaruh, ia mampu dilakukan.

Penulis buku ini John C. Maxwell telah menulis lebih 50 buku, kebanyakkannya berkaitan kepimpinan. Dia adalah seorang pemimpin gereja, tapi aku fikir apa-apa yang baik kita ambil saja untuk di amalkan. The future is ours.

kadai
It's a good book to read. Seperti biasa, kadai yang tinggal ialah "to walk the talk". Rugi jika tidak mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.

Mohon tunjuk ajar jika terdapat kesalahan dalam tulisan ini.

Tsutzuku...

Nota sisi;
1) mangkai = kembang penuh, full bloom
2) haru = musim bunga
3) kadai = tugasan, assigment
4) tsutzuku= bersambung

7 comments:

KA said...

mesti cantik sakura dah kembang
sugoi na~~

buku yg menarik...

Muhriz Rahmat said...

Yang pastinya, adalah yang terbaik menjadi yang paling atas. Namun prasyarat untuk menjadi orang yang berjawatan tinggi mesti ada. Orang yang berjawatan paling tinggi bila bersama yang paling rendah nilai tawadhuknya mesti terlalu mahal. Oleh itu pahalanya begitu tinggi dan sifat kepimpinan lebih terserlah. Terkadang orang yang berjawatan tinggi sedikit dari penjaga tandas awam juga tidak memandang siapa di bawahnya itu.. Jadi nilai tawadhuk dan sifat kebersamaan itu yang perlu dipegang oleh semua orang. Orang bawah, tengah dan atas!

nbo_3 said...

KA: Alam semulajadi memang indah.

Muhriz: Arigatou kerana mengingatkan tentang sifat tawadhuk. Jarang saya terbaca perkataan "humble" dalam buku ini.Semestinya manusia itu, tidak kira siapa pun dia tidak boleh takbur.

'Atiqah Jasni said...

Salam...
Ulasan buku mengenai kepimpinan yang menarik untuk dibaca.Saya teringat kata mak cik saya
"A good leader don't own his/her follower respects' but gain respect from follower".

ainohikari said...

Salam

"A good leader don't own his/her follower respects' but gain respect from follower".

Ic, so please respect me yer atiqah, hahaha. (gurau2)

Sheikh, jarak umah dari dai 4 km, naik basikal 15 minit. Maknanya enta naik basikal dengan kelajuan purata 266.6666.....[m/min].

Hmm...mula-mula rasa tak logik, tapi bila buat kiraan terasa logik pulak. Sebabnya haritue ana pi ikut bro sini hantar anak dia ke hoikuen naik basikal dengan kelajuan lbh dari itu, dekat2 400[m/min] ana fikir, tapi ambik masa 30 minit utk sampai. Dan ana tanya berapa jarak dari rumah tadi. Katanya 2.4 km gurai je. @_@

Mungkin ana silap dengar. Patutnya 2.4 batu, haha...

Ok, takde benda nk komen. saje datang singgah hilangkan bosan.=)

nbo_3 said...

AJ:Wa'alaikumsalam. Haa, baca jangan tak baca. Sedang menantikan entry bedah buku di blog Bagaikan Srikandi.

Ainohikari:Ana baru bagi jarak dan masa, enta dah boleh kembangkan perbincangan. Tapi ana kayuh slow-slow saje. Tambah pulak nak sampai sekolah tu jalan curam. Berkerut muka mengayuhnya. Tapi waktu balik jadi mudah, syukur kepada Allah yang menjadikan daya graviti, laju saja basikal meluncur.

san_bu said...

Salam..

Sy sj singgah kat sini. Respect kat awak yang masih rajin dan sempat buka buku yang tak berkaitan dengan engineering wlu pun sibuk.
Sy yg x sibuk pun x banyak baca buku2 x berkaitan. Buku kat sana murah ke?
Sy nak mula tanamkan minat yg sama, tp selalu berkira2 bila nk beli buku.. :(