Saturday, October 18, 2008

Jalan ke Jepun (Bahagian 1)

Tamat saja SPM, aku terus memohon untuk biasiswa luar negara JPA. Negara pilihanku adalah United Kingdom dan jurusan pilihanku semestinya adalah kejuruteraan kerana aku lepasan sekolah teknik. Aku memilih UK kerana bahasa pengantaraan adalah English, jadi tak perlulah aku letihkan otak belajar bahasa baru. Sementara menunggu keputusan dari JPA, aku sempat menuntut di Kolej Matrikulasi Perak.

Tak cukup sebulan di Perak, telegram dari JPA sampai pada ibuku, memberitahu bahawa aku ditawarkan untuk program kajian teknikal Jepun. Aku diminta melaporkan diri ke UTM Kuala Lumpur dalam tempoh seminggu. Aku juga sempat bertanya pada staf UTM KL tentang program kajian teknikal Jepun ni. "Program Diploma??", aku berbunyi sedikit demanding ketika mendengar penjelasan dari staf UTM, kerana aku mengharapkan program ijazah. Aku jadi tak keruan, sama ada mahu ke UTM atau kekal di Perak. Tapi kemudian ayahku menelefon,"ok in(nama panggilanku), lagi 2 jam pak sampai. Kemas barang dan selesaikan apa yang patut. Malam ni kita pi Kumpo(Kuala Lumpur),". Apa ni? Aku belum sempat bagi kata putus sama ada mahu pergi atau tidak. Namun keadaan telah memaksa. Kalau tiba-tiba aku buat hal dan enggan pergi ke Kuala Lumpur, mesti bergaduh pula dengan keluarga.

PPKTJ UTM KL

Akhirnya aku pasrah sahaja. Beg dikemas, tangan sahabat disalam. Aku meninggalkan Matrikulasi Perak dengan seribu satu perasaan. Antara gembira dan serba salah. Gembira kerana berpeluang ke luar negara, serba salah kerana tidak pernah berhajat untuk ke bumi sakura. Dan ketika itu aku masih lagi high demand, terlalu inginkan program ijazah. Akhirnya aku tiba dan mendaftarkan diri di Pusat Persediaan Kajian Teknikal Jepun (PPKTJ) UTM KL. Aku ingat lagi, sampai saja aku di PPKTJ, aku ternampak p-yah dengan kopiahnya. Baru keluar dari kelas. Tapi tak bertegur sapa kerana terlalu jauh.

Maka bermulalah kehidupanku sebagai pelajar PPKTJ selama dua tahun. Dua tahun yang dipadatkan dengan kelas bahasa Jepun dan subjek lain. Setiap hari otakku dan rakan-rakan lain disuntik dengan pelbagai ilmu sebagai persediaan untuk ke Jepun. Aku juga mula suka pada Jepun. Hari demi hari ditempuh dengan suka dan duka.


Beberapa bulan sebelum ujian monbusho(ujian kelayakan), kami semua diberi peluang untuk memilih kursus dan kolej yangg kami suka. Susah juga untuk membuat keputusan, kerana terdapat 53 kolej teknikal di Jepun ketika itu. Pening-pening. Tak lama kemudian aku sempat berchatting dengan senpaiku bernama Opi, dia terus mempromosikan Akita kosen. "Akita kosen best, bla bla bla....", katanya. Malas untuk berfikir lebih lama, aku membulatkan tekad dan memilih Akita Kosen. Ada juga beberapa rakan yang mahu ke situ, tapi untuk mengelakkan persaingan dan atas dasar tolak ansur, akhirnya hanya aku dan kawanku Affir sahaja yang memilih Akita Kosen.

Tak lama kemudian selesailah ujian monbusho. Alhamdulillah, tak ada seorang pun rakan batchku yang gagal. Semua berjaya melayakkan diri ke Jepun. Permohonan aku untuk ke Akita Kosen juga berjaya. Bertambah gembiralah diriku ini. Hujung bulan Februari 2006, setelah selasai kursus BTN(biro tatanegara), kami menamatkan kursus di PPKTJ dan bercuti sebulan sebelum terbang ke Jepun. Berdebar-debar rasanya. Akhirnya dapat juga kami merasa jadi gaijin.

April 2006, aku tiba di Jepun. Dengan perasaan kagum dan penuh persoalan.

Bersambung dalam bahagian kedua...

Nota sisi:
1) gaijin(bahasa kasar, lebih elok tidak digunakan dalam perbualan) = orang asing, orang luar, rakyat asing
2) senpai = senior

14 comments:

Abang Am said...

wah2.dah ada gaya saifulislam. hehehe. good2

nbo_3 said...

siri riwayat hidup

asuhara sue said...

al-kisahnyaa......

Anonymous said...

part 2 nnti ko kene cite aku paling best dlm hidup ko kat ppktj.. aku budak bilik sbelah ko yg slalu tolong ko.Bile ko tak tau bab2 studi, ko gi bilik aku tanya macam2..
Tak kira.. ko kene tulis gitu..

Anonymous said...

Haha. Alan. Aku rasa Naim lah orang yang macam kau cakap tu? Tak gitu?
Naim best!!

Anonymous said...

Aku pun tak berapa faham macamana boleh ditetapkan siapa yang akan ke program diploma dan siapa yang akan ke program degree. Yang pasti bukan dari segi keputusan. Pakai taruk je kot.

misoshiru2312 said...

salam..

sama je kes..kena paksa kemas barang kuar matrik tanpa terlebih dahulu menetapkan keputusan sendiri.

Tapi Allah tu Maha Tahu bukan. Kalau tidak sampai ke Jepun, tak mungkin akan jumpa tarbiyyah yg sgt indah skrg ini..ini yang terbaik dari Dia..inshaAllah..=)

nbo_3 said...

alan baik:
Opps, aku dah tersiap part 2; susah nak edit. Harap boleh baca kisah "jalan ke jepun "kat blog encik alan pulak. Selamat berjyuken!

sang pelangi:
sang pelangi best! =)

warungkampung:
Kouta untuk program diploma ni 80 orang. Aku 2nd intake. Kalau nak diikutkan aku tak dapat, tapi sebab
tak ramai calon 1st intake yang terima tawaran ni, jadi dia buat pengambilan 2nd intake. Alhamdulillah.

misoshiru:
naruhodo. Yes, tak sangka menjumpainya di Jepun. Sama-sama menuju matlamat.

Anonymous said...

hehe.alan yang slalu pi bilik naim gi pinjam and mengkaji hasil kerja naim n aku.hehe.
tu r,aku dulu xmintak jugak untuk datang jepun.aku mintak jerman.pastu bile dapat call tu cam terkejut jugak r sebab xpenah dengar psl ppktj sebelum tu. Tapi ase best sgt time kat ppktj. Rindu plak time tu. Suke entry kamu!

fsj said...

oh, i also faced the same situation last time but im happy with my decision, alhamdulillah :)

nbo_3 said...

sheffwed: Ou, awat mintak jerman. Tertarik dengan bahasanya? Hehe; ingat lagi dulu kita daftar sama-sama. Seronok juga dapat jumpa ayah anda yang ceria. Hilang tension di dalam diri ketika tu.=)

khazinatulasra: Alhamdulillah.

Anonymous said...

berapa byk A untuk ke luar negara?

CoOkiE MoNSter said...

wahh...seronok nyer berpeluang blaja kat jepun. sy dah lame bercita2 g sana..tp xda rezeki. redha jela..hehe

Anonymous said...

macam mana nak apply PPKTJ..saya bercita2 nak blajar sana ..