Saturday, October 11, 2008

Cabut(Korek?) Ubi

Assalamu'alaikum,

Minggu lepas aku ikut sensei nihongo ke kebun sato imo. Kebun ni milik orang lain, tapi dia buka untuk orang awam. Nak bagi rasa pengalaman mengorek ubi kat orang-orang bandar terutamanya. It was raining in the morning, but that didn't stop us.

Di hatake



Singgah kedai beli budo-


Sato imo ni dibahagi kepada tiga bahagian; oya, kodomo dan mago. Mago adalah bahagian paling kecil dan tidak memilik tunas daun. Bahagian ni lah paling sedap. Kodomo adalah mago yang telah memiliki batang dan tunas daun yang cukup matang sehingga mampu mencambahkan magonya sendiri. Oya pula ialah pokok induk.

Ketiga-tiga bahagian ini perlu diasingkan dalam masakan kerana tempoh untuk memasaknya berbeza. Jika tidak mungkin berlaku kes tak cukup masak atau terlebih masak sehingga lunyai. Lepas selesai mengorek, kami pun balik dan sensei telah memberi sedikit sato imo sebagai habuan. But we don't know what to do with it. Masih ada di dapur.

Dalam raga tu semua mago

Iklan

Makin banyak usaha untuk menambah masjid di bumi sakura ini. Yang terbaru adalah di okayama ken. Kawan-kawan di Jepun adalah dijemput untuk memberi sumbangan. Sudilah meluangkan masa beberapa minit melawat laman webnya di sini.

Bedah Buku

Masa balik Malaysia dua bulan lepas, aku sempat singgah di kinokuniya KLCC dan membeli buku ni.


Buku ini keluaran Malaysia Think Tank London. Cetakan pertama ialah pada tahun 1991. Cetakan kedua ialah pada tahun ini dengan sedikit tambahan dari cetakan pertama.


So what it is all about?
Bagiku, bahasa Inggeris yang digunakan adalah untuk penulisan tesis. Agak sukar memahaminya sepintas lalu tetapi jika tumpukan perhatian insyaAllah tiada masalah. Tetapi sekali-sekala mungkin kabur juga apabila penulis membangkitkan idea-idea atau perkara terutamanya berkenaan sains politik. Ini kerana bagi mereka yang tiada pengetahuan asas berkenaan konsep kenegaraan(aku la tu), baik yang dikemukakan oleh cendekiawan Islam seperti ibnu khaldun mahupun cendikiawan barat, adalah suatu cabaran untuk memahami beberapa bahagian dalam buku ini. Selain itu, pengetahuan mengenai sejarah politik Islam, sejak zaman Rasulullah S.A.W hingga kini, sedikit sebanyak dapat memudahkan pemahaman pembaca.

Abdelwahab Affendy menulis buku ini sebagai satu kritik politik tentang konsep "negara" dalam Islam. Bahagian satu menghuraikan tentang kemunculan serta sebab kewujudan negara moden. Sejak kejatuhan Turki Uthmaniyah, konsep kenegaraan telah banyak berubah. Ramai manusia yang melakukan sesuatu kerana negaranya semata-semata.Quote"Muslims woke up from centuries of stagnation to find themselves resident within so-called national states, and were condemned forever to serve these strange creatures and worship them in place of god.'My country right or wrong' and 'my nation uber alles': that was the creed of the day. One no longer had to praise the Lord, or fight in His cause. It was no longer who was the greater, but one's country, and it was for one's country that one had to kill (and be killed). It is no wonder that muslims were plagued by chronic disorientation."

Turut disentuh ialah mengenai kuasa memerintah di dalam sejarah Islam, serta perdebatan yang timbul dalam isu negara Islam sejak kemunculan kumpulan kemalist setelah Turki tewas dalam perang dunia pertama. Begitu juga dengan kaitan Negara Islam serta hubungan antarabangsa.

Selain itu penulis turut mengajak pembaca meneliti kembali pemerintahan dalam Islam sejak zaman Rasulullah S.A.W. Umat Islam di zaman Rasulullah S.A.W., berbeza dengan zaman-zaman selepas itu. Jika pada awalnya komuniti Islam terdiri dari sebuah kota sahaja(Madinah) ia terus berkembang merentasi benua. Jika pada awalnya majoriti orang Islam adalah Arab, keadaan telah berubah apabila mesej Islam sampai kepada bangsa lain. Faktor-faktor ini sedikit sebanyak memberi kesan dalam pemerintahan.

Persoalannya, di zaman sekarang, andai Islam mahu didaulahkan dalam bentuk sebuah negara, apakah sistem politik yang patut diguna pakai. Adakah model negara Islam Madinah? Atau seperti pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz kedua? Inilah antara persoalan dan perbincangan yang cuba dibangkitkan penulis.

Tidak rugi membaca buku ini. Tapi tidak semestinya kita perlu bersetuju dengan pendapat penulis atau Malaysia Think Tank London. Sambil membaca sambil berfikir.

P/s: Jangan lupa usaha islah diri.

Tsutzuku...

Nota sisi:
1) sensei =teacher, guru
2) nihongo = japanese language, bahasa jepun
3) mago = cucu
4) kodomo = anak
5) oya = parent (ayah atau ibu)
6) budo- = grape, anggur
7) hatake("ke" dibaca sama dengan bunyi "ke" dalam kepang) = kebun
8) sato imo = sejenis ubi tapi aku tak pasti spesisnya

5 comments:

Anonymous said...

uih buku ni... akak ada buku ni..belum sempat bedah lagi.. beli time balik msia tu juga kat klcc..hihi.. tengah baca buku lain, tak sempat bedah lagi.. nanti boleh la kongsi idea pasal hasil pembedahan

nbo_3 said...

souka.. jimi pun beli buku ni. boleh share kalau ada peluang. Saya pun ada beberapa bahagian yang agak kabur.

Anonymous said...

Oh. Ya tak ya juga.
Baru terfikirkan tentang model politik yang akan Malaysia gunakan jika menjadi negara Islam. Kalau mengguna acuan Madinah, atau khalifah Umar, aku rasa mungkin boleh dicedok sedikit. Dan dalam masa yang sama latar budaya kita juga perlu dititik beratkan juga.
Oh, aku bukan ahlinya. Pendakwah kita pasti lebih arif tentang perjalanan minda anak penghuni negara Malaysia ini.

p/s: Ubi tu, kalau orang jawa, rebus, lenyek dan tabur gula. Bila dah sejuk, potong dan makan. Namanya "ketuk". Hehe.

P-yAh said...

mak aih,sampai 3 orang beli buku yang sama..ganah ganah..mcm sepakat plak..
harapnya pertumbuhan masjid2 di jepun akan menambahkan lagi sumber2 hidayah di negara sakura ni..

nbo_3 said...

sang pelangi:soune. Perkara ni memang kita cuma mampu berteori buat masa ni. Belum sampai masa. Apepun "think big, act small". Tambah pengetahuan, luaskan pemikiran. Dan bertindak mengikut kapasiti masing-masing.

p-yah: rindu nak dengar taklim dan tazkirah dari abe p-yah.