Friday, August 17, 2007

Summer Camp...

Assalamu'alaikum,

Hari ahad lepas aku pegi summercamp IPIJ di miyagi ken(http://www.ipij.info/). Penat jugak naik densha dan ressha. Lebih kurang 8 jam. First time pegi. Berkhemah dalam hutan, tapi rasanya tak la terpencil sangat sebab dekat dengan kawasan kampung. Alhamdulillah, dapat juga sedikit ilmu. Sejak datang ke Jepun, memang susah nak sertai majlis agama. Tapi peluang sentiasa ada, kena cari sendiri. Aku suka belajar, tapi tak berapa mahir untuk menyampaikan kepada orang lain. Tak mahir ke malas? Hurm... kena belajar untuk diri sendiri dan belajar untuk menyampaikan. InsyAllah.

Kebanyakan kuliah yang diadakan, hampir semua aku penah belajar, tapi memang banyak yang dah lupa. Cuma kuliah isu semasa, banyak sentuh tentang isu murtad dan keruntuhan akhlak. Sebelum-sebelum ni pun selalu dengar. Tapi bila dengar balik, memang sedih dan risau. Nak ambil kesempatan berpesan kat semua termasuk diri aku supaya sentiasa jaga iman dan dekatkan diri dengan agama.

Sedikit gambar,





miyagi ken



my first train(agak-agak ni densha ke ressha?)


nak pegi mana ni...



I wish I could give this to someone...



Hutan yang nyaman

"Tsuribashi"

Maaf, selain gambar keretapi semua gambar pemandangan, tak ada gambar manusia. Hehe segan. InsyAllah ahad ni bertolak ke Hokkaido selama 4 hari 3 malam. Mula-mula naik densha, kemudian transit naik feri. Macam best. Rasanya waktu cuti ni je boleh jalan-jalan luaskan pemandangan. Dan rasanya waktu jadi student ni la senang merantau. Kalau dah kerja atau berkeluarga nanti, komitmen berubah ke arah lain. Tapi ada satu komitmen yang tak boleh kita abaikan. Sebagai pendakwah dan sebagai khalifah. Kalau tak mampu buat banyak, buat lah sikit. Rasanya sampai sini dulu... insyAllah aku cerita sikit tentang Hokkaido nanti..

Tsutzuku...



Nota sisi :
Tsuribashi= jambatan gantung
Ressha= keretapi (bukan kuasa elektrik)
Densha= keretapi (maksud sebenar ialah keretapi kuasa elektrik. tetapi di dalam percakapan. keretapi bukan kuasa elektrik juga lazimnya disebut densha)

4 comments:

Abang Am said...

okay nati bunga warne biru tu bagi kat aku ye.hehe

CAHAYAHIDUPKU said...

jelesnye ak ngn ko naim...ish2...ntah bile ak nk smpi sane.. yg bunga 2 kasi kat ak jela...t ak paskan..haha

nbo_3 said...

amir- bukan ke ko lebih berminat terhadap haiwan berbanding tumbuhan

yati-nak passkan kat sape tu..

mashimaro said...

best nye dgr kuliah smbil camping...
kalo salu mst wat kat dlm bgnn je..
busan2 tdo..
ni kalo kat utan segar je rsenye..
tgk gmba pn dh rse cm syok je..

p/s:aku tau bnga tu ko nk kasi aku kn??jgn segan2 bang im...haha