Thursday, August 23, 2007

Hakodate Hokkaido

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah. Aku dah selamat pulang ke Akita setelah empat hari merantau ke kolej kawan aku di Hakodate, Hokkaido. Aku bergerak ke Hokkaido bersama rakan-rakan pada pagi Ahad. Perjalanan dimulakan dengan menaiki densha. Sepatutnya naik densha pukul 5.47 pagi, tapi terlepas. Jadi kami naik densha pukul 7.57 pagi. Naik densha sampai ke sebuah bandar bernama Aomori. Dari Aomori kami naik feri untuk ke Hakodate.


Gambar sikit,

Peta perjalanan



Keretapi ke Aomori


Feri dari Aomori ke Hakodate



Meninggalkan Aomori


Taiyou... cantik la pulak... subhanAllah


Hakodate eki


shiden


gohan+unagi


Keretapi dari Hakodate ke Aomori (Perjalanan pulang)

Walaupun di penghujung musim panas, suhu di Hokkaido sedikit dingin. Memang patut pun, kerana Hokkaido terletak di belah utara. First impression bila aku sampai Hakodate, memang lawa tempat ni. Bandar pelabuhan. Encik Arif (tuan rumah) bawak kami pusing-pusing bandar hakodate, dan dapat jugak belajar sikit sejarah bandar ni.


Dalam tengah duk jalan-jalan tu kami terserempak dengan missionary dari Amerika. Dia cuba berbual dan memperkenalkan kami dengan agama krtistian. Tapi bila dia tahu kami Islam, perbualan bertukar menjadi perbualan biasa. Dah tak bincang tentang agama lagi. Cuma bila aku tengok dia aku terfikir, betapa kita tak berusaha untuk agama kita. Kalau tak mahir berkata-kata pun, sekurang-kurangnya kita kena berusaha tunjukkan akhlak yang baik dalam hidup ni. Dakwah melalui teladan. Contoh mudah, kita tahu Islam mementingkan kebersihan, tapi kita sendiri selalu buang sampah merata-rata. Hanashi ni naranai. Kena berusaha untuk perbaiki diri. InsyAllah(",).


Pengembaraan aku ke Hakodate berakhir pada hari Rabu. Aku naik densha pukul 1.54 petang dan tiba di Akita pukul 6.45 petang. Untuk perjalanan pulang aku tak transit menaiki feri. Naik densha je. Jadi terpaksa ikut laluan terowong bawah dasar laut. Macam risau jugak tapi Alhamdulillah, selamat.


Penat tapi pengalaman berharga. Jauh perjalanan luas pemandangan. Harap dapat pengajaran berguna dari pengembaraan ini. Tak boleh fikir nak seronok je. Hari Ahad ni kena merantau lagi. Tapi bukan untuk makan angin. Kene pegi internship di Ibaraki ken. Doakan aku selamat. Risau jugak aku pegi tempat asing. Sampai sini dulu. InsyAllah, aku update bila aku kembali nanti. Tsutzuku...


Nota sisi:
taiyou=matahari
eki=stesyen
hanashi ni naranai= tak jadi ape, no point of discussing
gohan=nasi
unagi=belut sungai

10 comments:

Abang Am said...

perghhh makan gohan tu. tak makan goten skali ke

nbo_3 said...

goten dan goku tak sedap untuk dimakan

zahrah_izzati said...

amende goten, goku??!?? heh..
wala.. syoknye ur journey..
btw, seorg yg mementingkan masa, rasionalnye, evy tyme (masa bertolak, masa ketibaan, masa makan, masa tidoq, masa pe lg..sume hangpa rekod) bagus2, punctual.. by practising their gud culture, semuga mndapat ilmu yg bermanfaat..=)
~Tiap saat itu berharga~

nbo_3 said...

Erm, tiap saat itu berharga.


~Kimi mo taisetsudesu... (",)

CAHAYAHIDUPKU said...

ape bende tu gohan tu??halal ke

nbo_3 said...

gohan = nasi.. of course halal (",)

Anonymous said...

natsukashi hakodate kosen.
ore no kosen da!
sukkari wasureta.hakodate no keishiki.
oreno jinsei no hajimari.
itsuka mata auoze.
minna......

Syazwani Mahdzir said...

Assalamualaikum and shitsurei shimasu. Etto.. senpai dulu hakodate kousen eh? Kotoshi, sy akan ke hakodate kosen, dekireba, nanka ada apa apa tips tak untuk stay kat hakodate kosen, studies apa semua, onegai itashimasu!

naimothman said...

Waalaikumsalam wbt,

Terima kasih di atas lawatan, walaupun blog dah bersawang.

Saya dulu Akita Kosen. Pernah jejak ke Hakodate Kosen untuk ziarah sahabat.
Rasanya ada senpai di Hakodate Kosen.

Saya boleh juga kenalkan dengan pelajar lain yang terdekat.
InsyaAllah semuanya akan OK.

Naim Othman

naimothman said...

Salam Syazwani,

Saya syorkan Syazwani join program Itterassyai anjuran IPIJ hari Sabtu 18 Feb ni.

Akan ada senpai yang datang untuk bagi talk.

https://www.facebook.com/IPIJ.IkatanPersaudaraanIslamJepun/?fref=hovercard

ご参加ください。

Naim Othman