Alhamdulillah. Aku dah selamat pulang ke Akita setelah empat hari merantau ke kolej kawan aku di Hakodate, Hokkaido. Aku bergerak ke Hokkaido bersama rakan-rakan pada pagi Ahad. Perjalanan dimulakan dengan menaiki densha. Sepatutnya naik densha pukul 5.47 pagi, tapi terlepas. Jadi kami naik densha pukul 7.57 pagi. Naik densha sampai ke sebuah bandar bernama Aomori. Dari Aomori kami naik feri untuk ke Hakodate.
Gambar sikit,

Peta perjalanan
Keretapi ke Aomori

Feri dari Aomori ke Hakodate
Meninggalkan Aomori

Taiyou... cantik la pulak... subhanAllah

Hakodate eki

shiden
gohan+unagi

Keretapi dari Hakodate ke Aomori (Perjalanan pulang)
Walaupun di penghujung musim panas, suhu di Hokkaido sedikit dingin. Memang patut pun, kerana Hokkaido terletak di belah utara. First impression bila aku sampai Hakodate, memang lawa tempat ni. Bandar pelabuhan. Encik Arif (tuan rumah) bawak kami pusing-pusing bandar hakodate, dan dapat jugak belajar sikit sejarah bandar ni.
Dalam tengah duk jalan-jalan tu kami terserempak dengan missionary dari Amerika. Dia cuba berbual dan memperkenalkan kami dengan agama krtistian. Tapi bila dia tahu kami Islam, perbualan bertukar menjadi perbualan biasa. Dah tak bincang tentang agama lagi. Cuma bila aku tengok dia aku terfikir, betapa kita tak berusaha untuk agama kita. Kalau tak mahir berkata-kata pun, sekurang-kurangnya kita kena berusaha tunjukkan akhlak yang baik dalam hidup ni. Dakwah melalui teladan. Contoh mudah, kita tahu Islam mementingkan kebersihan, tapi kita sendiri selalu buang sampah merata-rata. Hanashi ni naranai. Kena berusaha untuk perbaiki diri. InsyAllah(",).
Pengembaraan aku ke Hakodate berakhir pada hari Rabu. Aku naik densha pukul 1.54 petang dan tiba di Akita pukul 6.45 petang. Untuk perjalanan pulang aku tak transit menaiki feri. Naik densha je. Jadi terpaksa ikut laluan terowong bawah dasar laut. Macam risau jugak tapi Alhamdulillah, selamat.
Penat tapi pengalaman berharga. Jauh perjalanan luas pemandangan. Harap dapat pengajaran berguna dari pengembaraan ini. Tak boleh fikir nak seronok je. Hari Ahad ni kena merantau lagi. Tapi bukan untuk makan angin. Kene pegi internship di Ibaraki ken. Doakan aku selamat. Risau jugak aku pegi tempat asing. Sampai sini dulu. InsyAllah, aku update bila aku kembali nanti. Tsutzuku...
Nota sisi:
taiyou=matahari
eki=stesyen
hanashi ni naranai= tak jadi ape, no point of discussing
gohan=nasi
unagi=belut sungai