Wednesday, August 5, 2009

Natsu no doubutsu

Assalamu'alaikum wbt,

Salam Ramadhan,

Natsu kali ini sedikit berbeza. Ketika di kosen dahulu, aku tidak menyedarinya, mungkin kerana tinggal dalam bangunan asrama yang sedikit terpisah dari pokok-pokok. Di sini kehadirannya sangat dirasai. Hampir setiap masa suaranya memenuhi ruang-ruang hidupku di rumah. Walaupun amplitud bunyinya agak kuat, tidak pula telingaku rasa bingit, malah ada unsur ketenangan. Tidak seperti kenderaan besi yang lalu lalang di jalan berhampiran. Doubutsu itu adalah cengkerik.


Pokok-pokok di luar rumah; habitat yang disukai cengkerik

Dan lagi satu ialah kumo. Di bawah tangga, di ampaian, di celah pintu, asal boleh dia akan bina sarangnya. Pernah suatu hari aku pulang ke rumah pada waktu malam dengan jitensha. Keesokan harinya ketika hendak keluar semula, seekor kumo telah membinah rumahnya di atas jistensha ku! Kagum dengan kepantasan dan ketekunannya membina rumahnya yang fukuzatsu itu, hanya dalam tempoh semalaman.


Spot the spider. kumo;arkitek yang hebat. Dia bina rumah atas ampaianku


Bedah Buku

Lama sudah tidak menulis tentang bedah buku. InsyaAllah kali ini nak cerita secara ringkas tentang buku "Bekalan Di Sepanjang Jalan Da'wah" tulisan Mustafa Masyhur. Aku tidak pasti sebutan tajuk asal buku ini dalam bahasa Arab, mungkin ada pembaca yang boleh berkongsi.

Setiap orang yang bermusafir mestilah mempunyai bekalan yang diperlukan di dalam perjalanan. Dengan itu dia menyediakan sebab musabab yang membolehkannya meneruskan perjalanan agar dapat menuju matlamatnya. Dia juga membuat pertimbangan terhadap apa yang akan berlaku di dalam perjalanannya. Kemungkinan berlaku sesuatu yang menghadang jalannya dan menghalang ia meneruskan perjalanannya. Adakalanya berlaku sesuatu yang menjauhkannya dari matlamat atau sekurang-kurangnya mencacatkan perjalanannya.

Jalan da'wah adalah segala-galanya di dalam kehidupan seorang da'i kepada Allah. Ia adalah jalan yang paling utama untuk diberikan perhatian. Mestilah ada bekalan yang memelihara dari terpesong, terhalang, terhenti, terbantut atau tergelincir jalan.

Dari suatu sudut pula, buku ini dapat membawa pembaca untuk lebih menghayati amal kerana Allah swt. Bagaimana amalan kita dapat memacu tindakan dan pergerakan kita.


Sama ada anda mengganggap diri anda penda'wah atau tidak, bacalah dan hayatilah buku ini jika berpeluang!


Da'wah dan Perniagaan

Ada yang beralasan "ilmu aku tak cukup lagi". Seorang saudaraku telah memberikan satu analogi. Aku tak pasti dari mana dia rujuk analogi ini, maka usahlah jadikannya suatu dalil, tapi sangat elok untuk difikirkan bersama.

Katanya da'wah itu ibarat satu perniagaan. Dan ilmu pula adalah modal perniagaan.

Jika nak berniaga besar-besar, modal kenalah banyak.

Dan jika ingin meluaskan ruang lingkup dan kemahiran da'wah, maka ilmu juga kenalah banyak.

Tapi kalau modal kita sikit pun, kita masih boleh berniaga kan? Jadi jika ilmu kita sikit pun, kita masih boleh bekerja.

Selamat berniaga dan selamat menambah modal.

Tsutzuku....

nota sisi;
1) natsu = musim panas
2) doubutsu = haiwan
3) kosen = kolej teknikal
4) kumo = labah-labah, maksud lain ialah awan
5) jitensha = basikal
6) fukuzatsu = rumit, complicated

4 comments:

lrh said...

salam..

menarik post ni. just nak kongsi. dlm bhs arab, mungkin boleh bc kt frontpage buku tu, "zaadun 'alatToriq"

bekalan: bukan sj ilmu, malah kita juga perlu sedar bhw bekalan mestilah cukup termasuk iman dan ruhaniyyah. nak sentuh hati org lain perlukan daie yg berhati bersih n penuh keimanan.insha Allah

thanx for sharing bedah bku.. maju terus maju :p

agak2 tu 'ankabut' jantan ke betina? cane nak bezakan? baru td kwn uji aku. ada 2 jwpn.. klu: jelas dan nyata, terang2 boleh nampak pd diri labah2 tu

selamat meneka ye..

nbo_3 said...

Wa'alaikumsalam,

zaadun 'alattoriq. Beruntung mereka yang mahir arabia-go.

Ustaz Mustafa Masyhur menulis;
"Perkara pertama yang kita perlukan di jalan da'wah ialah perasaan ma'iyatullah'(merasakan diri sentiasa bersama Allah) dalam setiap langkah, gerak-geri dan diam bahkan pada setiap detik."

Tidak mungkin untuk mencapainya tanpa hati yang sihat. Moga ia bukan sekadar sebutan di mulut kita.

Rasanya spider tu jantan kot. Sebab kurus keding. Pernah tengok dokumentari tentang sejenis labah-labah, yang jantannya kurus sangat, betinanya pula bulat dan berisi. If the same rule applies for other spiders, the one in the picture should be a male.

Betul kah?

Moga urusan kita dipermudahkan...

CoOkiE MoNSter said...

antek sgt kawasan rumah anda..selamat berusaha..ganbatte ne..

lrh said...

eh, tak mahir arab pn, bljr ckit2. ada masa free nt teringin jgk nak amik short course. hee

hurm, kena senantiasa perbetulkan niat kita.

klu mata tak slh pandang, labah2 dlm pic atas ni betina, sbb dia buat sarang. n lg satu, betulla kata kau, labah2 betina ni 20x ganda besarnya saiz labah2 betina.. =)

moga sejahtera di perjalanan.