Saturday, September 6, 2008

Nyu-ryoku, Katei & Shutsuryoku

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, once again we are selected as a participant for the school of Ramadhan. Tapi entah kenapa, aku rasa diriku masih agak slow di hari-hari permulaan ini.

Aku selalu ke masjid Bakar Arang yang tidak jauh dari rumah. Alhamdulliah, setiap pagi masjid ni dihidupkan dengan kuliah subuh, dan dalam ramadhan ni, setiap kali selepas solat tarawih empat rakaat, akan diselitkan dengan tazkirah 30 minit, sebelum solat diteruskan. Imam masjid bakar arang kata, tarawih itu sendiri bermaksud "rehat", jadi sambil solat berjemaah, kita buat tazkirah, boleh rehat-rehat sambil beribadah. Satu pendekatan yang bagus, sebab bukan senang nak kumpul orang ramai-ramai dan bagi tazkirah.


Di hadapan Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bakar Arang

Dan aku rasa seronok dengan suasana sebegini. An environment I could not find when I return to nippon. Banyak peringatan dan input dari orang-orang alim. Jemaah ketika solat fardhu pula tidaklah terlalu banyak, tapi taklah terlalu sedikit. Masa solat Jumaat pulak, kalau sepuluh tahun dulu, saf dibentuk sampai ke tempat parking, siapa yang lambat dan tidak membawa alas, bersujudlah anda di atas jalan tar. Tapi sekarang tidak lagi. Pihak masjid menyediakan alas dan bumbung kanvas untuk keselesaan jemaah solat.

Alat untuk capai tujuan


Orang Muda

Pun begitu, memang tak dapat dinafikan, kehadiran orang muda di masjid adalah sedikit. Majoriti daripada jemaah adalah mereka yang berumur. Bukannya tak bagus, tapi kalau orang muda pun ramai kan lagi bagus. Terfikir juga akan puncanya. Adakah disebabkan masalah fikrah generasi muda? Atau aktiviti masjid yang tidak dioptimumkan atau tidak mesra dengan semangat orang muda? Entahlah, aku tak sempat kaji betul-betul.

Apa ertinya kita beribadah...

Itulah persoalan yang pernah aku fikirkan. Di tambah lagi di bulan Ramadhan ini, bulan menambah amal dan mentarbiyah diri. Ramai orang berlumba-lumba mengerjakan ibadah. Tapi pernahkah terjadi, ibadah yang dipulun itu lebih banyak menghasilkan letih lesu berbanding kepuasan dan output? OUTPUT??? Bunyi macam bidang kejuruteraan.

Tapi itulah yang diperkatakan ketika Summer Camp yang lepas. Aqidah ialah INPUT, yang memberikan kita sebab untuk beribadah. Memang itu tujuan hidup kita.Ibadah dilihat sebagai suatu PROSES untuk menghasilkan OUTPUT. Yang dimaksudkan dengan output disini ialah kesan pada diri kita.

Jika kita teliti semula firman Allah mengenai solat;

...sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar. (Al-Ankabut:45)

Begitu juga ibadah puasa, supaya manusia bertaqwa;

Mekanisma Puasa (Diambil dari saifulislam.com)

Memperbaiki Proses

Jadi apakah yang boleh memantapkan Ibadah kita? Antaranya ialah niat yang ikhlas, tujuan yang jelas. Mungkin ada kawan-kawan yang boleh tambah lagi. Aku hanya memberi contoh yang aku tahu. Bagaimana untuk dapatkan niat yang ikhlas? Kadang-kadang susah jugak kan. Tapi berdasarkan pengalamanku, salah satu caranya ialah melalui istiqamah. Sesuatu yang kita ulang berkali-kali, insyaAllah akan mudah untuk ikhlaskan niat. Maaf kerana aku berkata berdasarkan pengalaman, bukan ilmu yang dituntut dari guru.

Dan penting juga, ialah ilmu. Proses ibadah kita perlulah berdasarkan ilmu yang sahih. Mereka yang mantap ilmu solatnya, tahu seribu satu perkara yang membolehkannya bersolat dengan kualiti. Mereka yang menghayati dan tahu maksud bacaan dalam solat, aku yakin solatnya memberi manfaat dan kesan.

Aku sendiri rasa sedikit lesu, apabila mengaminkan doa imam, jika aku tidak tahu maksud doa tersebut. Untuk mengurangkan kelesuan tu? Kenalah cari ilmu dan belajar, suapaya dapat faham. Kalau tak sampai bila pun aku tak tau.

Proses yang berjaya

Iaitu proses yang menghasilkan output. Solat akan mencegah mungkar. Puasa akan menghasilkan taqwa. Doa akan memupuk jiwa hamba. That is just a part of it. Tidak hairan juga jika Abdul Raheem Green menasihatkan saudara-saudara yang baru kembali kepada Islam, untuk menjaga betul-betul solat fardhu 5 kali sehari, kerana jika solat dijaga dengan betul ia akan memberi perubahan dalam hidup.



Nasihat Abdul Raheem Green di minit-minit akhir video(tengok full lagi best)

Jika ibadah kita tidak menghasilkan apa-apa kesan pada diri, tiada output, maka wajarlah kita mempersoalkan kualitinya. Dan jangan dilupa juga, output yang dijanjikan Allah di hari pembalasan. We can't see it now. But we have been reminded.

Tsutzuku...

Nota sisi;
1) nippon = Japan, Jepun
2) nyu-ryoku = input
3) katei = process, proses
4) shutsuryoku = output

3 comments:

Unknown said...

setuju... semua mula dgn niat. ibadat kalu stkt nk folo org mmg x rasa kesan, dpt penat sj. tp folo org di awlnya penting juga, spy ble timbulkn istiqamah yg mana kalu ibadat tu slalu dibuat, lama2 akan menimbulkn keikhlasan bila si subjek tu mula berfikir tujuan ibadat n mencari jln spy ibadat lebih berkualiti. iman kita turun & naik... nk turun senang, nk menten mencabar, nk naik lg mencabar...

note: Zed da ada pedai ayam baru nmpk :P al-nasibs

Anonymous said...

Aku dapat satu ilmu baik dari seorang sahabat lama. Katanya, fahami setiap maksud lafaz untuk pergerakan tubuh di dalam solat. Kemudian hafalkan.

Bila mula solat, bibir menutur Arab, hati mengucap maksud bacaan. Rupanya berkesan sekali.

Menghayati, malah mendalami solat itu, boleh mencapai kualiti solat yang menepati amar makruf nahi mungkar.

Sekadar perkongsian.

p/s: Sejuk lagi ke enjin blog ni, Naim? Kalau sejuk, cuba jemur bawah matahari. Hehehe..

nbo_3 said...

metallutca: nasib. pedai ayam baru senang nak pasang =)

sangpelangi:sejuk jugak la. Takpe aku bukak "chok".