Monday, April 28, 2008

mudai 2

Assalamu'alaikum,

This entry has a connection with my previous entry, mudai. The daily store from which I got my kaimono bag, is running a campaign called "no reji bukuro day", which means "day without plastic bag". It is not an every day campaign, but only on the 5th, 15th and 25th every month.


no rejibukuro day

I haven't tried shopping on those days yet, but from my observation, most of the customers at the daily store still stick to plastic bags. Especially the old folks. Boleh kira dengan jari bilangan orang yang bawak kaimono bag.

My conclusion? It is hard to change the kangaekata when we are old. I am not saying it is impossible, but hard. If we want to shift our paradignm, we better do it now.


Hana

Bedah Buku


Aku nak kongsi sikit tentang buku yang aku baca, Muqadimah Aqidah Muslimin.


Sepatah kata dari buku(diedit sedikit)

"Aqidah merupakan teras dalam kehidupan Islam. Kita dapati bahawa umat Islam hari ini sangat lemah, kalau dibandingkan dengan umat Islam terdahulu. Umat Islam hari ini mudah terpengaruh dengan fikrah-fikrah(ideologi) yang dibawa oleh musuh-musuh Islam.
Bukan setakat itu, mereka juga telah menganggap bahawa pengertian akidah itu cukup dengan adanya pengetahuan mengenai rukun iman, cukup dengan percaya bahawa Allah yang menjadikan manusia dan Rasulullah adalah pesuruh-Nya, tanpa mengetahui tuntutan dari keimanan itu.
Selain itu, mereka juga tidak memahami bahawa iman dan amal merupakan dua perkara yang amat penting, dua perkara yang beriringan dan tidak terpisah walaupun berbeza takrif. Kerana amal itu adalah hasil daripada iman, dan iman pula tidak sempurna dengan amal. Ini telah dijelaskan oleh Allah dalam surah Al-Anfal ayat 2~4.

Taghut dahulu dan sekarang;

Taghut, jika diterangkan secara ringkas, ialah perkara-perkara yang melampaui batas dalam agama, apa-apa yang menyesatkan dan semua sembahan selain Allah SWT. Termasuklah rumah berhala, syaitan dan lain-lain. Kalau zaman dulu Firaun itu adalah taghut, kerana dia sesatkan manusia, suruh rakyat percaya dia tuhan. Begitu jugak berhala-berhala, dari zaman dahulu hinggalah zaman arab jahiliyyah.

Taghut zaman sekarang pun tak banyak beza dengan dahulu. Tapi selain tu, di zaman moden ni muncul ideologi-ideologi(fikrah) moden yang dengan jelas meletakkan agama sebagai benda yang diperintah, bukan yang memerintah. Komunisme, sekularisme, dan segala macam isme isme lagi. Pada tahun 1924 juga, khilafah Islam yang telah bertapak lebih 1300 tahun telah runtuh, digantikan dengan sekularisme. Inilah antara taghut yang kadang-kadang kita terlepas pandang(semoga tidak). Ia bukan lagi dalam bentuk berhala-berhala yang dipuja, tetapi ideologi yang menjauhkan kita dari Islam.

Robot zaman sekarang

Aku nak kongsi satu artikel. Pertama kali baca ketika dikirim oleh seorang sahabat. Dan kemudian aku terjumpa artikel tu di sebuah blog.

Selama aku kat sini, aku berpeluang jumpa macam-macam robot. Apatah lagi Jepun memang dihadapan dalam bidang ni. Kat kilang misalnya, semua robot diprogram untuk tujuan masing-masing; menebuk, mengimpal dan banyak lagi. Semua robot tu melakukan tugas dengan cekap dan pantas. Kandou shichatta. Bila dah lama digunakan, robot tu akan rosak, seperti juga semua benda lain sebab tak ada benda yang kekal kecuali Dia. Tapi kalau aku jadi robot tu, aku puas hati, sebab selama aku di kilang aku telah menjalankan tugas aku dengan baik. Aku dah sempurnakan tujuan aku, untuk memastikan kilang beroperasi. Gijutsusha yang design aku mesti bangga dengan aku.

Tapi robot yang kat bawah ni, merupakan robot paling canggih. Canggih dari segi keupayaan untuk mengatasi kelemahan. Cuma sedihnya, secanggih-canggih robot ni, bukan semua yang menyempurnakan tujuan asal ia diciptakan.

Robot Makan Elektrik

Assalamualaikum wth wbt..

Afwan kerana lama tidak mengupdate blog. Terima kasih kepada incik anonymous kerana menyuruh saya update, kalo tak, sure tak update punya aaah.. eheh.

Kali ni saya nak citer pasal satu citer yg kawan saya citer kt saya pasal robot.



Pada satu ketika di zaman robot sudah banyak di dunia, terdapat seorang engineer robot yg ingin mencipta satu robot yg paling power skali di dunia. Dia membayangkan akan membuat satu robot yg boleh menandingi kehebatan robot Asimo yg bercap HONDA yang mampu menari-nari mengikut rentak muzik nashit jiwang.

Maka dibuatlah robot itu seteliti mungkin, daripada sekecil-kecil sel hinggalah sebesar-besar organ-organ robot itu dibuat sangatlah teliti. setelah usai bahagian pembuatan robot itu, kini tibalah masa untuk robot itu diprogramkan. inilah antara programming yg dibuat ke dalam cpu robot itu.

Nama: MAN-u-SIA LayCar
Keje: 1. cucuk plag 3 pin 13 ampere di suis2 utk Makan Letrik.
2. if 1. is accomplished : pusing-pusing bazirkan letrik utk cari suis utk cucuk plag
3. ulang 1 dan 2 sampai mampos.

maka MAN-u-SIA LayCar itu pun menjalankan kerja yg diprogramkan dalam otaknya itu.

cucuk, jalan, cucuk, jalan, cucuk, jalan. Cucuk utk charge bateri dan jalan utk cari tempat lain utk charge balik.Begitulah kehidupan robot itu utk 64 tahun, 8 bulan, 16 hari, 13 jam, 35 minit, 43 saat.

Pada saat yang berikutnya, wayar-wayar dalam badan robot MAN-u-Sia LayCar pun rosak akibat penggunaan yang beterusan tanpa menservisnya selalu. Maka tamatlah riwayat MAN-u-Sia LayCar tanpa menyumbang apa pun untuk kemaslahatan sejagat. Dia juga gagal untuk mengalahkan Asimo yang mampu menari-nari mengikut rentak muzik nashit jiwang.

apakah ibrah (pengajaran) dari citer ni?

“ Maka adakah kamu menyangka bahawa sesungguhnya Kami menciptakam kamu main-main(tanpa tujuan) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami (Almukminun:115)“

Jadi, adakah kita mahu menjadi seperti robot di atas, yg hidupnya hanya bermatlamat "Mengenyangkan perut agar boleh dapat tenaga, dari tenaga boleh pegi kerja, dah kerja dapat gaji, dapat gaji beli beras kenyangkan perut agar dapat tenaga utk pergi kerja."

Jika hidup ini satu kitaran, maka keluarlah kita dari kitaran bodoh ini, agar tidak menjadi orang yang rugi di hadapan Sang Pencipta kerana sudah pastilah tujuan kita diciptakan bukanlah untuk mengenyangkan perut, dan degn perut yg kenyang utk mencari kerja, kerja sampai perut lapar, dan dapat duit kerja tadi kenyangkan balik perut.

Adakah tugas wakil di muka bumi (2:30) hanya sekadar berkisarkan aktiviti-aktiviti di dalam perut? Fikir-fikirkan lah..


wallahua'lam

Peringatan untuk diri aku terutamanya...

nota sisi;
1) mudai = titleless, tidak bertajuk
2) reji bukuro = plastic bag, beg plastik
3) kaimono = shopping, beli-belah
4) kandou shicatta = impressed, kagum
5) gijutsusha = engineer, jurutera
6) hana = flower, bunga
7) kangaekata = mindset, cara berfikir

4 comments:

asuhara sue said...

ermm..skali skala naim berbicara...
penuh segala makna..

arigato ghuzaimas!

fsj said...

menarik,
begitu metaphor sekali cite robot itu :)

Whiteflipflop said...

weewitt... naim ada blog la. hehehe. aku pun ada. tapi aku punya bukan blog ilmiah la. hahaha. jemputla datang. aku wonder macam mana rupa kau sekarang setelah dah tak jumpa kau after we've graduated from high school. singgah2 la blog aku dan kalau rajin, tinggalkanla link kau skali. aku jumpa blog kau ni pun through azeem's. all the best yerh.

Anonymous said...

Fewittt.. (haha.. nak jgak!!)
Suka baca pasal robot tu. Besh.
Aktiviti bedah buku tu tak sempat nak join. Frust!!