Thursday, August 5, 2010

Atsui deshou?

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, kini hampir setiap hari aku dapat melihat langit yang cerah lagi biru. Indah sekali. Natsu berada di kemuncak, begitu jugalah suhu persekitarannya. Bulan lepas saja beberapa orang di nihon telah mati, dek kerana kepanasan dan kekeringan.


Suhu badan 38 C, dah dikira demam?

Di mahsyar nanti, jauh lebih dahsyat. Tapi kita tidak akan mati lagi. Teruslah berada didalam kepanasan, kekeringan, kehausan, sekiranya tidak dikurniakan perlindungan.



Cuba baca...

Malam tadi komuniti Muslim di Nagaoka telah mengadakan mesyuarat umum yang kedua. Antara perkara yang ditekankan, ialah cara melonjakkan kutipan dana pembinaan masjid di sini. Satu isu yang dirisaukan ialah status penduduk-penduduk Muslim di Nagaoka. Hampir kesemuanya adalah pelajar yang tidak akan menetap lama di sini. Walaupun perkara pertama yang perlu diselesaikan sekarang ialah kutipan dana, timbul juga kerisauan berkenaan pendaftar masjid yang dirancang. Sekurang-kurangnya pendaftar tersebut hendaklah memiliki status "parmanent resident". Adalah hampir mustahil untuk gaikokujin menjadi warganegara Nihon, kerana Nihon menggunakan jus sanguinis dalam menentukan kewarganegaraan.

Nihonjin muslim? Ada beberapa orang di Nagaoka, tetapi kurang melibatkan diri dan usaha mentarbiyah mereka juga kurang berkesan.

Apapun seperti yang disebut presiden komuniti Muslim di sini, "At least we should try".

Tsutzuku....

nota sisi
1) atsui deshou? = panaskan?
2) natsu = musim panas
3) nihon = Jepun
4) gaikokujin = warganegara asing
5) tarbiyah = pendidikan
6) nihonjin = orang Jepun
7) tsutzuku = bersambung

2 comments:

fareast said...

semoga masjid dapat di bina dengan jayanya. All the best.

nbo_3 said...

InsyaAllah, terima kasih saudara fareast