Sunday, July 8, 2007

Seiunryou

Assalamu'alaikum,


Seiunryou? tulah nama bangunan tempat aku tinggal selama aku duduk kat Jepun. Ditulis dengan 3 huruf kanji. Sei-un-ryou.... biru-awan-asrama. Dengan kata lain... "asrama awan biru".


Ada 4 blok, 3 blok lelaki dan satu perempuan. Blok tempat aku tinggal ialah "blok barat satu". Alhamdulillah, Segala kemudahan ada kat sini. Dapur, mesin basuh, mesin pengering, heater, tandas. Shower pun ada, tapi shower ni khas untuk pelajar asing macam aku la... budak jepun kena mandi kat "ofuro". Pun begitu ade jgk beberapa org yg guna shower, walaupun sebenarnya takleh. Tpi kami tak kisah..


Tandas pulak, ada tandas duduk dan cangkung... tapi pili air takde. Erm camne nak buat tu... hehe adelah caranya... takleh bagitau...


Kat asrama ni tiap-tiap hari ada "tenko". Hari-hari biasa 7.20 pagi dan 9 malam. Hari cuti 9 malam sahaja. Memang macam sekolah...masa kat teknik KL pun xde la tenko tiap2 hari... Tapi yang bestnya tenko kat sini sensei yang akan datang bilik dan check. Kita cuma tunggu saja, tak perlu kemana-mana.




Bab makan pulak. Secara dasarnya, penghuni asrama kene makan kat "shokudou". Tapi sebab makanan kat shokudou tu kebanyakannya tak halal, kami dibenarkan masak. Ada 5 orang Malaysia kat sini. Setiap hari isnin sampai Jumaat masak bergilir2 untuk 5 orang. Turn aku hari Selasa. Penat jgk la. Sampai sini baru tau penat mak masak kat rumah... insaf2. Sabtu Ahad makan bebas. Kadang2 makan kat luar, atau masak je apape yang patut.


Sikit je penghuni asrama kat sini. Tak sampai 200 orang pun rasanya. Lagipun semua bilik kat sini single atau double. Dorm takde.


Sedikit gambar,

dapur... tempat mengasah "skill"


ni la bilik aku


blok barat satu


blok barat satu


tingkat satu blok barat satu



jalan menuju asrama


Sampai sini dulu. Dan sebelum tu nak bagitau satu benda. Aku saje selitkan perkataan jepun sikit2 dalam blog ni. Dengan niat untuk jadikannya lebih menarik... dan boleh kongsi ilmu skit2. Tiada niat lain(",). Ok... tsutzuku...




Nota sisi:

ofuro-sejenis "bath tub" air panas. Ada saiz kecil dan besar, tapi yg kat asrama ni bsaiz besar dan digunakan secara beramai-ramai. Jepun memang suka mandi cara ni.

tenko- roll call

sensei- cikgu, pensyarah, apa jua jenis tenaga pengajar. Juga digunakan ketika memanggil doktor(ex: dino sensei=doktor dino)

shokudou-dewan makan, dining


5 comments:

Unknown said...

camna nk basuh taik? habaq mai laa... istinjak pakai batu ka?

nbo_3 said...

segan la nak habaq kat sini. tapi setiap masalah ada penyelesaian(",)

ajiq said...

terseksa oooo....x de pili air,
camne nk basuh ?????

nbo_3 said...

boleh guna botol kosong dan isi air

CucuTokDet said...

aaa,,kowang taktau 1,,kat kosen aku ni sejak aku masuk(2002) dah ade jamban yang air pancut basuh najis ler,,,n heater pemanas bontot..hehhe tapi aku tak pasti kat seiunryo ni dah install ke blum,,zaman aku cuma ade kat building baru je..time fuyu yarabbi sejuk beb...so heater ni amat berguna.