Assalamu'alaikum,
Alhamdulillah aku selamat kembali. Internship selama 2 minggu dah habis. Kalau dibanding dengan LI di Malaysia, tempoh 2 minggu tu sangatlah pendek. Nak kata sangat seronok tak juga tapi pengalaman berharga. Tapi kecewa skit sebab tak dapat ambil banyak gambar. Tak dibenarkan amik gambar dalam kawasan kilang tu atas sebab-sebab keselamatan dan penjagaan rahsia syarikat. Ingat nak cuba jugak amik tapi kalau kantoi habih la aku.
Internship,
Selama dua minggu di kilang hitachi oomika, ibaraki ken, aku belajar pasal resolver. Resolver ialah sejenis alat untuk ukur sudut putaran. Tak reti nak cerita panjang. Boleh rujuk wikipedia untuk penerangan ringkas. Tapi kebanyakan masa digunakan di hadapan laptop untuk debug program yang akan digunakan untuk resolver tu. Walaupun aku tak cekap sangat C language, alhamdulillah, boleh jugak buat kerja dan bagi sumbangan.
Ibaraki kenHitachi CityBertolak ke Ibaraki ken bersama rakan kelasDensha waktu pulangDan dari internship di sini aku dapat faham budaya kerja nihonjin. Bila aku tanya tutor aku di kilang pukul berapa dia balik rumah, dia kata selalunya pukul 10 atau 11 malam. Semangat kerja melampau. Dan bila ditanya kenapa kerja lama sangat, dia jawab kalau balik awal pun takde benda nak buat kat rumah, jadi baik buat kerja. Tapi kebanyakan staf yang kerja hingga malam ni orang muda dan bujang. Kalau yang dah berkeluarga dan berusia mereka selalunya balik lebih awal, sekitar pukul 7 malam. Kisah internship berakhir di sini.
Membuat gyozaDan untuk rakan-rakan di Jepun, di sini ada peluang untuk bersedekah.
http://www.ipij.info/modules/news/article.php?storyid=26Selamat berpuasa dan beribadah(",). Pastikan puasa dihiasi dengan amal dan tidak dicemari perkara mungkar. Tsutzuku..
Assalamu'alaikum
Nota sisi;
nihonjin-orang jepun
gyoza-dumpling jepun(bentuk nak macam karipap)