Wednesday, August 5, 2009

Natsu no doubutsu

Assalamu'alaikum wbt,

Salam Ramadhan,

Natsu kali ini sedikit berbeza. Ketika di kosen dahulu, aku tidak menyedarinya, mungkin kerana tinggal dalam bangunan asrama yang sedikit terpisah dari pokok-pokok. Di sini kehadirannya sangat dirasai. Hampir setiap masa suaranya memenuhi ruang-ruang hidupku di rumah. Walaupun amplitud bunyinya agak kuat, tidak pula telingaku rasa bingit, malah ada unsur ketenangan. Tidak seperti kenderaan besi yang lalu lalang di jalan berhampiran. Doubutsu itu adalah cengkerik.


Pokok-pokok di luar rumah; habitat yang disukai cengkerik

Dan lagi satu ialah kumo. Di bawah tangga, di ampaian, di celah pintu, asal boleh dia akan bina sarangnya. Pernah suatu hari aku pulang ke rumah pada waktu malam dengan jitensha. Keesokan harinya ketika hendak keluar semula, seekor kumo telah membinah rumahnya di atas jistensha ku! Kagum dengan kepantasan dan ketekunannya membina rumahnya yang fukuzatsu itu, hanya dalam tempoh semalaman.


Spot the spider. kumo;arkitek yang hebat. Dia bina rumah atas ampaianku


Bedah Buku

Lama sudah tidak menulis tentang bedah buku. InsyaAllah kali ini nak cerita secara ringkas tentang buku "Bekalan Di Sepanjang Jalan Da'wah" tulisan Mustafa Masyhur. Aku tidak pasti sebutan tajuk asal buku ini dalam bahasa Arab, mungkin ada pembaca yang boleh berkongsi.

Setiap orang yang bermusafir mestilah mempunyai bekalan yang diperlukan di dalam perjalanan. Dengan itu dia menyediakan sebab musabab yang membolehkannya meneruskan perjalanan agar dapat menuju matlamatnya. Dia juga membuat pertimbangan terhadap apa yang akan berlaku di dalam perjalanannya. Kemungkinan berlaku sesuatu yang menghadang jalannya dan menghalang ia meneruskan perjalanannya. Adakalanya berlaku sesuatu yang menjauhkannya dari matlamat atau sekurang-kurangnya mencacatkan perjalanannya.

Jalan da'wah adalah segala-galanya di dalam kehidupan seorang da'i kepada Allah. Ia adalah jalan yang paling utama untuk diberikan perhatian. Mestilah ada bekalan yang memelihara dari terpesong, terhalang, terhenti, terbantut atau tergelincir jalan.

Dari suatu sudut pula, buku ini dapat membawa pembaca untuk lebih menghayati amal kerana Allah swt. Bagaimana amalan kita dapat memacu tindakan dan pergerakan kita.


Sama ada anda mengganggap diri anda penda'wah atau tidak, bacalah dan hayatilah buku ini jika berpeluang!


Da'wah dan Perniagaan

Ada yang beralasan "ilmu aku tak cukup lagi". Seorang saudaraku telah memberikan satu analogi. Aku tak pasti dari mana dia rujuk analogi ini, maka usahlah jadikannya suatu dalil, tapi sangat elok untuk difikirkan bersama.

Katanya da'wah itu ibarat satu perniagaan. Dan ilmu pula adalah modal perniagaan.

Jika nak berniaga besar-besar, modal kenalah banyak.

Dan jika ingin meluaskan ruang lingkup dan kemahiran da'wah, maka ilmu juga kenalah banyak.

Tapi kalau modal kita sikit pun, kita masih boleh berniaga kan? Jadi jika ilmu kita sikit pun, kita masih boleh bekerja.

Selamat berniaga dan selamat menambah modal.

Tsutzuku....

nota sisi;
1) natsu = musim panas
2) doubutsu = haiwan
3) kosen = kolej teknikal
4) kumo = labah-labah, maksud lain ialah awan
5) jitensha = basikal
6) fukuzatsu = rumit, complicated

Tuesday, July 21, 2009

Nisshoku

Assalamu'alaikum wbt,

Berderet-deret hari hujan. "Hujan tu rahmat. Jangan sekali-kali kita mengeluh kalau hari hujan." Pesan abang fauzi dalam kuliah tak rasmi kami di surau halal house.

Tempat tunggu bas terdekat

Hujan tidak lebat yang berterusan, menambah selesa pada kehidupan aku kat bilik ni. Suhu tidak terlalu tinggi, bahang kurang terasa. Kelas aku semester ini akan tamat pada 31 Julai, InsyaAllah. Aku merancang untuk kikoku bulan hadapan selama 15 hari. Nak jumpa... ehem-ehem. Semestinya mak dan ayahku, keluarga dan rakan-rakanku.

Nishhoku
Esok sebahagian besar negara Asia akan mengalami nisshoku. Jepun juga termasuk. Walaupun di Jepun bukan gerhana penuh, aku menanti dengan debaran. Ada yang meramalkan bencana dan malapetaka setelah gerhana, apapun itu hanya ramalan. Semua yang berlaku dengan kuasa Allah juga.

Nisshoku tahun lepas
Aku nak kongsi video dari youtube berkenaan nisshoku pada Ogos tahun lepas. Video dalam nihongo, gomen tak ada alih bahasa. Mudah-mudahan iman kita bertambah kukuh.



Walaupun hanya melihat di video, cukup untuk membuat aku terkesima


Solat sunat gerhana....

Diriwayatkan Imam Muslim yang bermakna : "Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu."

Rujuk blog ustaz Azhar

tsutzuku....

Nota sisi
1) nisshoku = gerhana matahari
2) nihongo = bahasa jepun
3) gomen = maaf
4) kikoku = pulang ke negara asal

Wednesday, July 15, 2009

Jalan ke Jepun (Bahagian ke 10)

Sambungan dari bahagian ke sembilan

Masih lagi natsu 2007

Sekembali dari program summercamp IPIJ, aku kembali sebentar ke asrama di Akita. Masih ada lebih satu seminggu sebelum internship. Ada Rakan-rakan sebatch dari PPKTJ yang sedang dalam ekspedisi ke Hokkaido. Mereka akan singgah sebentar di Akita. Sebagai tuan rumah kenalah aku menyambut tetamu.

Mereka singgah di Akita 3 hari 2 malam. Pada hari kedua aku membawa mereka ke kedai sushi "marugoto". Asalnya aku ingin bertapak di asrama kolej sahaja, melangsaikan hutang-hutang shukudai yang tinggal sementara menanti masa bertolak untuk internship. Tapi kawan-kawan aku ajak ikut mereka ke Hokkaido. Tambah pulak seorang dari mereka, Arif sendiri tinggal di Hokkaido, di Hakodate, sebuah bandar pelancongan di bahagian selatan Hokkaido. Aku pun follow saja.


Peta Perjalanan


Di Aomori Eki


Feri ke Aomori


Beberapa minit selepas bertolak


Matahari +laut = keajaiban


Hakodate Eki


Shiden


Super Hakucho

Kami bertolak dengan densha, guna 18 kippu hingga ke bandar Aomori. Dari bandar Aomori kami naik feri ke Hakodate. Empat hari aku disana, encik Arif bawak pusing-pusing Bandar Hakodate yang memang mesra pelancong. Sempat juga kami naik Hakodate Yama (Bukit Hakodate). Tapi naik dengan bas saja, bukan mendaki ala pengembara ekstrim.

Selesai empat hari, aku pulang seorang diri ke Akita. Kali ni tak naik feri lagi. Semuanya dengan densha. Rakan-rakanku yang lain meneruskan ekspedisi ke utara, ke bandar Sapporo, tapi aku nak balik sebab ada urusan sendiri.

Oleh kerana dalam kelas aku ada seorang lagi yang tempat internshipnya sama dengan aku, kami bertolak bersama.

bersambung dalam bahagian ke sebelas...

kisah kali ini aku pernah ceritakan dalam entry terdahulu...

nota sisi:
1) eki = stesyen
2) shukudai = kerja rumah, assignment

Sunday, June 28, 2009

Penat

Assalamu'alaikum,

Atsui. Stereng kereta dah mula membakar tangan. Dah lebih dua minggu berakhirnya mid term exam. Alhamdulillah, zentaitekini boleh tersenyum, cuma ada dua subjek yang buat aku panas badan sikit, kena sedia untuk seterusnya.

Ni la bilik aku. Lebih dari cukup.

Jisatsu,

Di sekolah baru ni, selain aku, ada dua orang rakan kelas sekolah lama di Akita turut belajar bersama. Baru-baru ni dapat berita kawan lama di Akita, (aku namakan dia "S kun") dah jisatsu. Bikkurishita. Semua orang akan mati, cuma tak sangka S kun mati dengan jisatsu. Orangnya baik saja, badan pun sedang-sedang, bukan calon untuk dibuli. Cuma asyik mengalah kalau bergurau.

Aku: nande jisatsushita no kana.... (kenapa dia bunuh diri ye)

Itoh(kawan): wakaranai. tsukaretanokana.... (Tak tau. Dah penat kot)

Aku masih tidak faham apa yang kawan aku maksudkan dengan "penat". Jadi dua orang kawan aku ni ajak balik Akita untuk bagi penghormatan kat S kun, tapi aku tak ikut sebab ada alasan lain. Kesian dengan kawan aku ni, sebab dia baik, tapi masih belum kembali kepada fitrah ketika dia mati.

Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (3:85)

Berdoalah untuk ummat manusia, tapi jangan lupa berdoa untuk diri kita, moga dimatikan dalam keadaan Islam dan Iman.

Tsutzuku....
1) atsui = panas
2) jisatsu = bunuh diri
3) bikkurishita = shocked, terkejut
4) zentaitekini = secara keseluruhannya

Tuesday, June 23, 2009

Rebah yang tidak berbangkit lagi

Assalamu'alaikum,

Kawan aku kata semangat tu macam biskut, sekejap ada sekejap tak ada.

Apa yang kita buat biarlah berdasarkan kefahaman. Semangat itu penting, supaya outputnya maksimum. Tapi terasnya biarlah berdasarkan kefahaman.

Aku ingin berkongsi nasihat dari seorang sahabat, yang juga bekas jurulatihku, ketika bertemu dengannya pada natsu tahun lepas di tanah air.

"Ada orang bersemangat buat kerja. Cergas bila bersama kawan-kawan lain. Tapi lupa jaga hubungan dengan ALLAH. Sampai bila didatangkan suatu ujian berat, dia rebah, rebah dan tidak bangkit lagi."

Sentiasalah kita jaga hubungan dengan ALLAH. Kita memerlukan bekal dalam perjalanan hidup ini. Kita memerlukan bekal untuk laluan yang kita pilih ini.

tsutzuku....

nota sisi:
1) natsu = musim panas

Thursday, June 11, 2009

Ojigi

Assalamu'alaikum,

Khamis lepas aku ikut kelas nihon jijou. Kali ni sensei cerita pasal business manner dan serba sedikit adat nihonjin. Dan salah satunya tentang ojigi. Ojigi ni cara nihonjin menunjukkan rasa hormatnya iaitu dengan menundukkan kepala dan membongkokkan badan. Kalau kita biasa dengan bersalam, nihonjin dengan ojigi.


Nihonjin agak sensitif dengan body contact, ni berdasarkan apa yang aku baca la. Bukan langsung tak boleh cuma tak biasa. Bukan suatu yang menghairankan jika kita menghulurkan tangan untuk bersalam dengan nihonjin, mereka akan salam tapi genggagamannya longgar. Malu-malu la tu.

Sudut bongkokan badan ketika ojigi juga berbeza mengikut situsi. Berdasarkan apa yang sensei aku cerita.

10 Darjah
Biasanya di kedai. Apabila ada pelanggan lalu sebelah pekerja, pekerja itu akan bagi ojigi 10 degree. Mochiron, tak semua pekerja buat.

30 Darjah
Paling lazim dibuat. Ketika menziarah rumah, bertemu seseorang buat pertama kali, sebelum memulakan ucapan dan lain-lain.

45 Darjah ke atas
Ketika memohon maaf atau mengucapkan terima kasih yang amat sangat.



Yang aku nak cerita sebenarnya.

Memang unik ojigi ni.

Tapi terdetik pula di hati, adakah rukuk aku dah sempurna. InsyaAllah mudah-mudahan. Hikmah dari kelas yang lepas = "mengetuk" diri agar muhabasah perlaksanaan solat.

tsutzuku...

nota sisi;
1) mochiron = of course, sudah pasti
2) nihonjin = orang jepun
3) ojigi = (rujuk entri di atas)
4) tsutzuku = bersambung, to be continued
5) nihon jijou = Japan affair

Tuesday, June 2, 2009

Minggu keemasan

Assalamu'alaikum,

kokubang


Shiken di sekolah baru ni lain sikit. Kalau di sekolah lama dulu, satu minggu ditetapkan khas untuk shiken. Maka semua pelajar akan menempuhi minggu tersebut dengan pelbagai ragam. Ada yang tak tidur berhari-hari untuk benkyou. Apa boleh buat, hari ni dua ketul, esoknya pula beberapa ketul lagi menanti, hinggalah selesai satu minggu. Tapi di sekolah baru, shiken terpulang pada sensei, dan lazimnya memang akan ada ruang untuk setiap subjek. Minggu ni dua, minggu depan pulak tiga. Begitulah. Cuma silibus di sekolah baru ni, lebih luas dan susah, jadi bukanlah bermakna aku boleh goyang kaki.

Cuti golden week

Minggu keemasan

Setiap kali awal bulan Mei, Jepun akan ada cuti yang dipanggil "golden week", biasanya lebih kurang empat atau lima hari. Aku pun tak tau kenapa dipanggil golden week tapi boleh rujuk sini untuk maklumat lanjut. Dan pada golden week yang lepas aku telah ke Kannonzaki di Kanagawa-ken untuk menyertai golden week gathering IPIJ. Alhamdulillah, dengan tema al-mu'allim, peserta diajak merenung kembali kepentingan sirah Rasulullah s.a.w. dan beberapa prinsip kejayaan baginda untuk diambil pengajaran dan diaplikasikan.


Peta perjalanan

Al-Mu'allim

Orang barat juga tidak ketinggalan mengkaji sirah Nabi s.a.w. Antara sebabnya ialah.... simply because Muhammad s.a.w. is the greatest man! Mereka mengkagumi baginda, biarpun jika mereka tidak menyukai baginda. Seorang penulis barat Michael A. Hart di dalam bukunya menulis " he was the only man in history who was supremely successful on both the reliegious and secular levels."

Bagi kita yang telah melafazkan syahadah, perlu lebih dari itu. Mengimani para Rasul adalah salah satu dari komponen iman, jika rosak maka rosaklah semuanya. Ibarat susunan domino, jatuh satu, maka jatuh semua. Adalah suatu yang janggal, apabila seseorang berkata dia cintakan Islam tetapi dia tidak kenal, atau tiada usaha mengenal manusia yang mengajar Islam yang dicintainya. Mengkaji sirah Rasulullah S.A.W. itu ialah mengkaji Islam secara praktikal.

Aku ingin berkongsi kata-kata Said Ramadhan Al-Buti di dalam bukunya fiqh al-sirah;
"....hakikat zahir dan batin Islam semuanya teradun di dalam penghidupan Rasulullah S.A.W." "Tidak syak lagi bahawa mempelajari sejarah hidup Muhammad S.A.W. ialah memahami semua sudut kemanusiaan."

Zaman muda ku,
Entah kenapa sebelum datang ke bumi sakura, persepsiku jauh berbeza. Apabila disebut Rasulullah Muhammad S.A.W. ,yang berlegar di fikiranku hanyalah Maulidur Rasul dan sambutan Ma'al Hijrah. Dan sekali sekala teringat peristiwa Israk Mikraj. Aku pun tak berapa ingat apa yang dah diajar di sekolah berkenaan sirah. Mungkin salahku juga sebab tak serius belajar. Atau silibusnya banyak lompat-lompat?

Bagi pengunjung-pengunjung orenojinsei, inginku jemput membaca sesuatu. Tulisan yang telah mengubah persepsiku terhadap sirah. Klik sini

Unten Mengkyo,
Sedang berhajat untuk mendapatkan unten mengkyo Jepun, cuma prosesnya sedikit rumit. Mustahil untuk mendapatkannya dalam masa terdekat tapi memang sangat berhajat.Doakan aku. Last but not least untuk yang akan bershiken, ganbarou!

Tsutzuku...

Nota sisi;
1) shiken = peperiksaan
2) unten mengkyo = lesen memandu
3) benkyou = study
4) Mu'allim = guru, teacher
5) kokubang = papan hitam, blackboard
6) sensei = guru
7) ganbarou! = ayuh berusaha ! <---- (lebih kurang macam ni lah dalam bahasa Melayu.)