Showing posts with label belajar. Show all posts
Showing posts with label belajar. Show all posts

Monday, October 11, 2010

In Between Hope And Fear

Assalamu'alaikum,


kibang kakouki

Pejam celik dah 11 Oktober. Sehingga kini kenkyuu ku banyak menyentuh perkara surface. Berbincang dengan sensei minggu lepas, harapnya dalam bulan ni dah boleh kecilkan skop dan perjelaskan kandungan ronbun nanti, sebab awal November dah kena houkoku pada taishikang. Kalau tak houkoku pun tak mengapa sebenarnya, tapi untuk dapatkan ronbun teate perlulah houkoku.

Bangunan sekolah

Walaupun masih aki tapi soro-soro kena pergi beli touyuu, sebab kita tak tahu bila kejutan dingin akan tiba. Aku masih ingat tahun lepas pada awal November, tiba-tiba di suatu pagi suhu turun mendadak sedangkan aku langsung tak bersedia dengan keadaan sedemikian. Tahun ini kena junbi lebih awal, kalau tak menggigillah.


Ujian hidup yang pelbagai.

Life is a test. Dah namanya hamba, memang layaklah diuji ikut kehendak Pencipta. Cuma bentuk ujian itu pelbagai dan tahapnya berbeza.

Bagi yang terlibat dengan amal Islami, juga tidak terlepas dari ujian, malah selalunya ujian mereka lebih unik. Tetapi rasanya jarang sekali kita diuji dengan rasa takut berhadapan dengan musuh. Tested in between hope and fear. Al-maklum kita berada dalam zon selesa.

Ya hawa nafsu dan syaitan itu juga musuh, tetapi musuh yang aku maksudkan ini ialah dari kalangan al-mala'. Yang memerhati, mencari peluang, mahu menangkap kita, memenjara kita, dan menyempitkan kita.

Kita tidak mahukan itu, tetapi jika Allah sudah tetapkan, mudah-mudahan kita mampu bersabar menghadapinya. Bukan suatu yang pelik lagi, bagi mereka yang meneliti kisah para anbiya' dalam Al-Quran, akan mengakui bahawa berhadapan dengan al-mala' adalah sunnah para anbiya'.

Sabar dan ikhlaslah dalam beramal. Moga atas asbab tersebut Allah ampunkan dosa kita yang bergunung itu. Moga Allah ampunkan diriku dan para amilin semua.




"(Yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung." (Ali 'Imran:173)


Tsutzuku...

nota sisi
1) sensei = cikgu
2) aki = musim luruh
3) soro-soro = dalam masa terdekat
4) junbi = bersedia, persediaan
5) houkoku = melaporkan, laporan
6) taishikang = kedutaan
7) ronbun = tesis
8) ronbun teate = elaun tesis
9) touyuu = minyak tanah
10) tsutzuku = bersambung
11) kenkyuu = research

Friday, September 24, 2010

mudai 4

Assalamu'alaikum,

Sedar tak sedar dah 24 September. Almost a month have passed since I returned to Japan.


Class hours. Lengang.

Suhu bilik sekarang 20.5 C. Badan masih dalam proses penyesuaian dengan keadaan sekeliling. Sensei fizikku dahulu ada memberitahu, badan manusia mengambil masa kira-kira seminggu untuk adapt dengan keadaan sekeliling. Mochiron, persediaan dari segi pakaian juga perlu.


Kumo & Taiyou

Alhamdulillah, happyou bulan lepas berjalan dengan lancar. Markah yang diperoleh juga memberangsangkan. Happyou seterusnya adalah pada tahun hadapan, jadi aku ada selang masa yang agak lama untuk bersedia. Untuk semester ini, aku hanya perlu hadiri tiga jugyou.

Meminjam semangat.

Baru selesai membaca buku ini. Boleh jadi modal untuk usrah dan tamrin juga.

"....... kehadiran buku ini di minda anda untuk mengimbau semula tokoh sejarah Islam yang semakin dilupakan. Tanpa mereka, tiadalah titik awal perjuangan Islam. Tanpa mereka juga tiadalah penyambung pada perjuangan Nabi Muhammad s.a.w."

Kita mengkaji sejarah untuk mengambil pelajaran. Boleh jadi sebagai strategi dan panduan membuat keputusan. Tetapi setakat ini bagiku, perkara utama yang seringku cari dari kisah tokoh dalam sejarah ialah supaya ia mengetuk dinding hati kita agar ingin berjihad di jalan Allah seperti mereka lakukan.

Kerana kita bukan siapa-siapa di dalam arus perubahan ini. Boleh jadi kitalah yang berada paling hujung, paling pinggir, paling mudah terpesong dan lalai. Dari generasi-generasi terdahululah kita meminjam semangat mereka. Sepertimana Allah menceritakan dalam Al-Quran kisah para anbiya, untuk menguatkan hati Nabi s.a.w.

tsutzuku....

nota sisi
1) mudai = tidak bertajuk
2) tsutzuku = bersambung
3) taiyou = matahari
4) kumo = awan
5) mochiron = semestinya
6) sensei = guru
7) happyou = pembentangan
8) jugyou = kuliah

Thursday, August 12, 2010

Entirely

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, selamat sudah menempuh 1 Ramadhan 1431 Hijrah. Peluang bertarawikh datang lagi.

Sebelum datang ke nihon, aku hanya membayangkan jugyo-jugyo yang perlu diikuti beserta shukudai-shukudai yang perlu diselesaikan sebagai ilmu yang mahu diterokai. Tidak lebih dari itu. Tapi tak disangka, berada di perantauan yang tidak ramai muslim, adalah peluang besar untuk memperbaiki diri, pada masa yang sama boleh jadi risiko besar untuk terjatuh jauh dari Islam. Kata-kata seorang sahabat "pegi oversea, sama ada jadi lebih baik atau lagi buruk" tidak pernah aku lupa.

Tetapi peluang memperbaiki diri yang macam mana? Banyak sebenarnya, dan salah satu yang pasti ialah praktikal ibadah khususiah. Kerana di sinilah aku dapati, kita dapat melaksanakan perkara yang jarang sekali diberi peluang di Malaysia. Contohnya menjadi imam solat dengan kerap, imam untuk solat jumaat, menjadi khatib, menjadi amil zakat dan pelbagai lagi. Semua antara peluang yang Allah kurniakan untuk masing-masing memahami dan lebih menjiwai Islam yang disyariatkan kepada kita.


Getting ready for tarawikh jemaah prayer at musolla

Ketika di kosen, hanya ada lima orang Muslim di situ. Mahu tidak mahu masing-masing bangkit menggalas amanah menjadi imam, tampil ke hadapan menjadi khatib. Pada awalnya mungkin rasa terpaksa kerana tuntutan keadaan, tetapi dalam tidak sedar itu adalah tarbiyah yang dianugerahkan Allah. Malah pertembungan dengan saudara seIslam yang berlainan mazhab, berlainan kangaekata, berlainan sikap telah meluaskan cara pandang.

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Ku rasa sangat bersyukur dipilih menjadi ghuraba di bumi "Islam" tanpa muslim ini.

Jangan cepat berpuas hati

Namun sering juga aku mengingatkan diri agar tidak cepat berpuas hati. Kerana Islam bukan sekadar menjadi imam solat dan amil zakat. Dari Aqidah, mu'amalat hinggalah siasah, semua cabang kehidupan kita diliputi Islam. Hendaklah kita bersama-sama mereka yang bekerja untuk menegakkan Islam yang syumul.

"Islam adalah sistem hidup yang syumul, mencakupi seluruh fenomena kehidupan. Maka ia adalah negara dan tanah air atau kerajaan dan umat; akhlaq dan kekuatan atau rahmat dan keadilan; kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman; material dan kebendaan atau usaha dan kekayaan; jihad dan da'wah atau tentera dan fikrah. Seperti mana ia adalah 'aqidah yang sebenar dan 'ibadah yang sahih tanpa ada bezanya.- Hassan al-Banna"



Suicching den-gen. Need to study this thing a lot this semester. Daisuki.

Tsutzuku...

nota sisi
1) jugyo = kuliah
2) shukudai = tugasan
3) kangaekata = cara berfikir
4) tsutzuku = bersambung
5) tarbiyah = pendidikan
6) suicching den-gen = switching power supply
7) daisuki = sangat suka
8) kosen = kolej teknikal ala-ala politeknik
9) syumul = sempurna, mencakupi seluruhnya
10) nihon = Jepun
11) ghuraba = orang asing

Monday, May 17, 2010

Jepun, Perlembagaan Dan Agama

Assalamu'alaikum wbt,

Secara asasnya aku dah jadi kenkyuu-sei. Dah ada lab. Dah ada projek untuk diselesaikan sebelum 2 Ogos ini. Tetapi aku masih menduduki kelas untuk beberapa mata pelajaran. Antara subjek yang diambil semester ini ialah "kenpou & gendai". Subjek tentang perlembagaan Jepun. Banyak perkara menarik yang aku jumpa, dan subjek ini telah memberiku peluang untuk lebih mengenali Nihon dari sudut undang-undang.


Nippon koku kenpou



Terjemahan kasar:
1) Kebebasan kepercayaan(beragama) bagi sesiapa sahaja adalah dijamin. Semua kumpulan agama tidak boleh menerima apa-apa hak istimewa dari negara, dan tidak dibenarkan melaksanakan apa-apa tindakan di atas kuasa politik.
2) Sesiapa sahaja tidak akan dipaksa untuk menyertai/melaksanakan mana-mana upacara, sambutan, aktiviti keagamaan.
3) Negara dan institusinya, tidak boleh melaksanakan pendidikan agama, atau apa-apa aktiviti keagamaan.

Alhamdulillah, di kalangan gaikokujin, ada kesedaran dan gerakan Islam yang bergerak melalui pelbagai medan, terutamanya bagi pihak negara masing-masing. Di kalangan nihonjin, pergerakannya tidak besar, apatah lagi dengan perlembagaannya yang sedemikian. Tetapi usaha itu tetap ada, contohnya Japanese Muslim Association.

Apa yang aku tulis ini, bukan untuk sekadar tatapan dan info. Tetapi pembaca orenojinsei perlu bertanya pada diri, sudahkan aku gabungkan diri dengan gerakan Islam? Jika sudah, atas dasar apakah penggabungan diri kita? Emosi, isu, ikut kawan atau aqidah?

Setiap muslim perlu bersama gerakan Islam.

Tsutzuku...

nota sisi;
1) kenkyuu-sei = people who do research
2) nihon = Jepun
3) gaikokujin = warga asing
4) nihonjin = orang Jepun
5) kenpou = perlembagaan
6) gendai = zaman kini
7) nippon koku kenpou = perlembagaan negara Jepun

Monday, February 8, 2010

Masih lagi fuyu

Assalamu'alaikum,

Fuyu lagi kat sini. Tetapi waktu siang sudah mula menjadi panjang semula.


Jalan ke sekolah


konbini berdekatan sekolah

Nagaoka University of Technology,

Sekolah aku mengamalkan sistem tiga semester. Semester pertama dan kedua penuh dengan kuliah, semester ketiga pula lebih pendek, iaitu bulan Januari hingga Mac bergantung pada kursus dan sensei masing-masing. Ada rakanku yang kikoku selama tiga bulan ketika semester ketiga, kerana tidak ada kuliah dan sensei juga tidak mewajibkan mereka datang ke sekolah untuk kenkyuu.

Berjikken lah hangpa...


Sensei kata buku ni bagus

Aku pula, ada jikken khas dan perlu datang ke sekolah untuk mengikuti zemi yang diadakan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Dan mengikuti zemi bukan bermaksud mendengar sahaja. Pastinya ada shukudai dan shiryou yang perlu dikaji dan dibaca.

Ketika muktamar IPIJ yang lepas aku telah melepaskan jawatanku. Tetapi masih terlibat dengan mesyuarat tertentu dan usrah IPIJ. Nak bekerja kerana jawatan atau apa? Sebenarnya kita semua dah ada jawatan.(2:30 & 51:56). Seorang hamba mesti taat kepada Tuannya. Seorang khalifah? Kerjanya ialah memakmurkan bumi, bukan saja dari sudut material dan alam sekitar tetapi meneruskan kerja para Rasul.

Keadaan di Nagaoka,
Kena pulun lagi untuk mendekatkan komuniti kepada Islam. Azam tahun ini agar lebih aktif. Masalah tempat solat di sekolah mungkin timbul semester hadapan. Apapun, sesuatu mesti dilakukan.

Bedah buku;
Lama juga tak tulis tentang bedah buku. Doakanku...

tsutzuku...

Nota sisi:
1) fuyu = musim sejuk
2) kikoku = pulang ke negara asal
3) zemi = seminar
4) sensei = cikgu
5) kenkyuu = research
6) shukudai = homework
7) shiryou = material, bahan-bahan
8) jikken = eksperimen
9) tsutzuku = bersambung
10) konbini = conveniance store







Tuesday, November 10, 2009

Mizore & Senryaku Map

Assalamu'alaikum,

3 November 2009. Cuaca mendung dan hari ini sangat sejuk. Di waktu pagi pula bumi nagaoka dihujani mizore.



Mizore... ("re" bunyinya sama macam "re" dalam perkataan "rehat")

Minggu lepas chu-kang shiken dah berakhir. Daripada 10 subjek yang aku ambil semester ini, hanya dua subjek yang mengadakan chu-kang shiken. Yang lain, shiken hanya sekali iaitu kimatsu shiken. Satu perkara yang memudahkan kami di sini, silibus yang termasuk dalam chu-kang shiken tidak akan ditanya buat kali kedua ketika kimatsu shiken. Beban untuk study dikurangkan separuh. Tetapi oleh kerana kali ni ada cuma ada dua subjek yang mengadakan chu-kang shiken, silibus untuk 8 lagi subjek ketika kimatsu shiken nanti bertambah susah.

Senryaku Map

Meja, kerusi, lampu dah ada... next is computer.

Hari ini ada perjumpaan dengan Hirao sensei, supervisor kenkyu aku, insyaAllah for the next few years. Dia mintak aku dan rakan satu lab, Anzai-kun untuk buat senryaku-map masing-masing. Dia nak tengok. Dan dia suruh fikir secara kasar, apa yang ingin aku lakukan dari sekarang untuk beberapa tahun berikutnya. Bidang pekerjaan, bidang kajian, perjalanan kenkyu. Fuuh.... Kangaekata nihonjin memang begini. Suka merancang seawal mungkin. Tapi bukankah itu yang sebaiknya?

Merancang dengan awal tanpa berlengah menunjukkan bahawa kita memiliki visi dan misi yang jelas. Itu juga menunjukkan kesungguhan kita untuk merealisasikan visi tersebut. Kita tak boleh lembab. Hirao sensei ingin pastikan aku dan Anzai-kun jelas matlamat yang ingin dicapai daripada kenkyu kami. Sebab tu dia minta kami buat senryaku map.

Program IPIJ Bulan 11


IPIJ Champions League Dan Wii

InsyaAllah, IPIJ champions league akan diadakan buat kali kedua. Tahun ini di Toyama. Mereka yang berdekatan dan berkelapangan, jomlah kita ke sana untuk merapatkan ukhuwah. InsyaAllah akan ada promosi satu benda yang istimewa. =)




Weekend Of Islamic Insight

Weekend Of Islamic Insight juga akan diadakan buat kali kedua. Tahun ini di Nara-ken, hanya untuk jyosei. Maklumat lanjut di sini(klik)

Andai para pembaca orenjinsei tidak dapat turut serta, apapun pastikan cuti anda diisi dengan perkara berfaedah =P

Tsutzuku...

Nota sisi:
1) mizore = hujan batu
2) jyosei = wanita
3) nihonjin = orang Jepun
4) chu-kang shiken = peperiksaan pertengahan semester
5) kimatsu shiken = peperiksaan akhir semester
6) kenkyu = research
7) sensei = guru, pensyarah
8) kangaekata = cara berfikir
9) senryaku map = strategy map

(tidak sedikit istilah-istilah dalam bahasa Jepun yang menggabungkan perkataan Jepun dan English)

Thursday, June 11, 2009

Ojigi

Assalamu'alaikum,

Khamis lepas aku ikut kelas nihon jijou. Kali ni sensei cerita pasal business manner dan serba sedikit adat nihonjin. Dan salah satunya tentang ojigi. Ojigi ni cara nihonjin menunjukkan rasa hormatnya iaitu dengan menundukkan kepala dan membongkokkan badan. Kalau kita biasa dengan bersalam, nihonjin dengan ojigi.


Nihonjin agak sensitif dengan body contact, ni berdasarkan apa yang aku baca la. Bukan langsung tak boleh cuma tak biasa. Bukan suatu yang menghairankan jika kita menghulurkan tangan untuk bersalam dengan nihonjin, mereka akan salam tapi genggagamannya longgar. Malu-malu la tu.

Sudut bongkokan badan ketika ojigi juga berbeza mengikut situsi. Berdasarkan apa yang sensei aku cerita.

10 Darjah
Biasanya di kedai. Apabila ada pelanggan lalu sebelah pekerja, pekerja itu akan bagi ojigi 10 degree. Mochiron, tak semua pekerja buat.

30 Darjah
Paling lazim dibuat. Ketika menziarah rumah, bertemu seseorang buat pertama kali, sebelum memulakan ucapan dan lain-lain.

45 Darjah ke atas
Ketika memohon maaf atau mengucapkan terima kasih yang amat sangat.



Yang aku nak cerita sebenarnya.

Memang unik ojigi ni.

Tapi terdetik pula di hati, adakah rukuk aku dah sempurna. InsyaAllah mudah-mudahan. Hikmah dari kelas yang lepas = "mengetuk" diri agar muhabasah perlaksanaan solat.

tsutzuku...

nota sisi;
1) mochiron = of course, sudah pasti
2) nihonjin = orang jepun
3) ojigi = (rujuk entri di atas)
4) tsutzuku = bersambung, to be continued
5) nihon jijou = Japan affair

Thursday, May 21, 2009

Iklan di bulan Mei

Assalamu'alaikum wbt,

Ni ada iklan sikit. Bagi yang berkesempatan, semoga dapat bertemu di alam maya sabtu ini, insyaAllah. Aimashou~



tsutzuku...

nota sisi;
1) aimashou = mari berjumpa

Saturday, February 28, 2009

Alhamdulillah, selesai

"Boleh tolong terangkan sekali lagi apa itu soft switching?". Usai membentangkan sotsuken, itulah soalan pertama yang aku terima. Soalan yang straightforward, jadi aku jawab saja secara straightforward.

Alhamdulillah, tamat juga sesi pembentangan khamis lepas. 39 kenkyuu kesemuanya, dibentangkan sehari suntuk. Selesai saja setiap pembentangan, sesi soal jawab akan dibuka. Ketika sesi pembentangan, rata-rata gakusei kelihatan tenang dan lancar. Dah renshuu banyak kali mungkin.

Gambar hiasan. Tiada kaitan dengan entri ini


Tapi ketika sesi soal jawab, tidak sedikit yang tercungap-cungap dan menggaru kepala. Memikirkan jawapan kepada soalan yang tak pernah disangka. Padahal dah hampir setahun melibatkan diri dalam bidang kajian tersebut. Cara melihat seorang pakar dalam satu bidang, kadang-kadang tidak sama dengan cara melihat orang kebanyakan. Dia tidak tahu, apa yang orang awam ingin tahu, walaupun dia arif dalam bidang tersebut.


Popular Question

Dari pemerhatianku juga, soalan berbentuk "kenapa" sangat menarik perhatian. Tidak sedikit gakusei yang gagal menjawab soalan berbentuk "why" ini, berbanding soalan bentuk lain.

"Kenapa awak guna C language untuk program ini, bukan language lain?"., tanya seorang sensei kepada rakanku. "Er...... sebab saya rasa C language yang paling mudah", jawab rakanku kurang keyakinan.

"Untuk proses ni kenapa mesti guna gas argon, bukan nitrogen atau gas lain?", soalan kepada rakanku yang lain pula. Rakanku buntu jawapan, tetapi dia usaha juga untuk menjawab, mengulang kembali penerangan lama.

Pun begitu ramai gakusei yang berterus terang saja jika tidak tahu jawapan kepada soalan. Tidak mahu kornar-kornar lagi. "Maafkan saya. Saya kurang membuat semakan dan rujukan tentang perkara tersebut." Bagus juga. Tahu yang diri kita tidak tahu, adalah satu ilmu.

Pesoalan "mengapa" banyak menjelaskan sesuatu tindakan. Kerana jawapannya memerlukan seseorang itu memahami rasional dan atas dasar apakah dia atau orang lain bertindak.

Mengapa anda belajar di Jepun?

Mengapa menyertai persatuan dakwah?

Mengapa anda menganut Islam?

Mengapa manusia hidup dan mati?

Gagal menjawab, mungkin bermaksud seseorang itu mengalami krisis identiti atau tidak memahami tujuan tindakan dan kejadiannya.

"Boleh terang dengan lebih lanjut frekuensi pensuisan litar kamu?", soalan kedua yang aku terima. Bukan "why question". Aku ulang penerangan asal sambil menambah bunga-bunga pada peneranganku. Tak tahu sensei setuju dengan jawapanku atau tidak.

Pembentangan yang baik

Aku ingin memetik kata-kata Takahashi sensei di penghujung majlis. "Pembentangan bagaimanakah yang kita boleh anggap sebagai pembentangan yang baik?". Dewan senyap, tiada yang menjawab pertanyaan itu. " Pembentangan yang baik ialah membentangkan sesuatu yang susah dalam bentuk yang mudah difahami."

39 kenkyu yang dibentangkan meliputi 13 bidang. Kandungannya bukan lagi perkara-perkara asas dalam bidang tersebut. Untuk memahaminya, memerlukan pengetahuan yang agak mendalam. Sangat sukar untuk memahami kandungan kenkyuu tersebut bagi mereka yang tidak terlibat secara langsung dengannya.

Contoh, kenkyuuku di bidang power electronics, apabila datang pembentangan berkenaan teknologi antena, kepalaku akan guru guru mawaru jika pembentangnya tidak menerangkan dalam bentuk yang mudah difahami.

Namun di sinilah point yang ditekankan Takahashi sensei. Cabaran, bagaimana kita hendak membentangkan sesuatu yang susah, dalam bentuk yang mudah difahami oleh orang yang tidak terlibat dalam kenkyuu tersebut. You must be interested in finding the best way, not in having your own way.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Berikan kemudahan (kepada orang) dan jangan menyusahkan mereka,berikanlah khabar gembira dan janganlah kamu menjadikan mereka menjauhkan diri (daripada Islam)" (Hadith Riwayat Bukhari)

Islam tidak susah, cuma Islam itu luas dan meliputi segala-galanya. Tapi jangan pula suka hati kita buat hukum sendiri, permudahkan lagi Islam yang sudah mudah ini. Jemputlah melalui pintu dan bukan tingkap.

Ia tidak mudah, tapi pastikan kita mencuba =)

nota sisi;
1) sotsuken = graduation research
2) gakusei = pelajar
3) sensei = guru
4) kenkyuu = research, kajian
5) guru guru mawaru = berpusing-pusing
6) renshuu = latihan

Thursday, October 30, 2008

Power Electronics

Assalamu'alaikum,

Sejuk. Walaupun fuyu belum tiba, kedinginannya cukup untuk menggigilkan badan. Ingat nak sambung kisah "jalan ke jepun", tapi aku tangguhkan dulu. Nak cerita benda akademik sikit.

Elektrik dan Elektronik: Sama tapi tak serupa?
Aku adalah lepasan sekolah teknik dalam bidang kejuruteraan elektrik & elektronik. Sejak mula bersekolah, aku tertanya-tanya apakah sebenarnya yang membezakan elektrik dan elektronik. Mengapa perlu diasingkan? Mengapa tidak elektrik sahaja? Bukankah kedua-keduanya memerlukan tenaga elektrik?

Mungkin ada berbagai jawapan untuk persoalan tersebut. Kita sedia maklum bahawa tenaga elektrik terhasil apabila pengaliran elektron berlaku. Kan dah dekat tu, elektrik dan elektron. Bagaimana pula dengan litar elektrik dan litar elektonik? Cuba lihat dua gambarajah di bawah. Yang mana satu adalah litar elektronik?


Jawapan: Litar elektronik ialah litar B, kerana memiliki diod. Jadi bolehlah disimpulkan, mana-mana litar elektrik yang mengandungi active component seperti diod atau transistor, maka litar itu boleh juga disebut sebagai litar elektronik. Cuma sebagai peringatan, elektronik adalah subset kepada elektrik. Semua litar elektronik adalah litar elektrik, tapi bukan semua litar elektrik adalah litar elektronik.


Power Electronics

Mungkin ku pernah sebut sebelum ini tentang sotsukenku dalam bidang power electronics. Jika dialih bahasa, maka ia bermaksud "elektronik kuasa". Jadi apakah first impression anda apabila mendengar perkataan tersebut?

Pertama kali aku mendengarnya, aku sangka ia hanyalah berkisar tentang litar elektronik biasa yang beroperasi dengan voltan tinggi. Tanggapanku itu tidak salah, tapi masih belum mampu menerangkan apa itu power electronics dengan lebih terperinci.

Untuk menerangkan dengan mudah, cuba anda bayangkan dalam suatu litar elektronik, ada satu suis. Kemudian suis ini ditekan sebanyak seribu kali atau lebih dalam masa satu saat. Itulah dia power electronics. Dengan kata lain, ia adalah bidang yang mengaplikasikan teknologi pensuisan berkelajuan tinggi dalam litar.


Mari tekan suis ni 1000 kali dalam satu saat...

Power Electronics pada mulanya tidak diklasifikasikan dengan nama nya sendiri. Dahulu ia adalah sebahagian daripada kejuruteraan elekrtonik secara umum. Namun pada tahun 1970-an, suatu bidang yang bertunjangkan power, electronics dan control ditubuhkan secara rasmi sebagai satu cabang baru kepada kejuruteraan elektrik dan elektronik. Kajian dalam bidang ini ini sangat menggalakkan lebih-lebih lagi setelah kemunculan komponen-komponen yang lebih mantap seperti power diode, power transistor, thyristor dan IGBT.

Aplikasi power electronics terdapat dalam hampir semua peralatan elektrik hari ini. Namun di Jepun, selain dalam pembuatan perkakas elektrik, sumbangan besar power electronics ialah pada sistem keretapi di Jepun. Perkembangan bidang power electronics membolehkan sistem kawalan motor elektrik pada keretapi Jepun diperhalusi. Jika dahulu, perintang bersaiz besar diperlukan untuk mengawal motor elektrik, tapi kini suis-suis berkelajuan tinggi digunakan sebagai ganti.

Setelah setengah tahun bermain dengan bidang ini, satu perkara yang aku sedar. Bidang power electronics terlalu banyak menggunakan gambarajah gelombang dalam menganalisis data. Berpusing-pusing juga mataku dibuatnya (@_@).

Bedah buku;
Sejak kebelakangan ni aku cuba mengulangkaji sirah Rasulullah SAW. Bukanlah pertama kali aku membaca dan cuba mengkajinya, tapi naqibku pernah pesan, belajar sirah kena banyakkan sumber. Sebab cara huraian dan tulisan setiap ulama mungkin berbeza.

Sebagai muslim, sejak kecil lagi aku telah diajar tentang Rasulullah SAW. Tapi entah kenapa, baru kini aku mula menghayati dan lebih memahami hakikat perjalanan hidup Rasulullah SAW. Akan ku nukilkan di lain waktu jika berkemampuan.

Tsutzuku...

Nota sisi:
1) fuyu = winter, musim sejuk
2) sotsuken = graduation research

Saturday, September 6, 2008

Nyu-ryoku, Katei & Shutsuryoku

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, once again we are selected as a participant for the school of Ramadhan. Tapi entah kenapa, aku rasa diriku masih agak slow di hari-hari permulaan ini.

Aku selalu ke masjid Bakar Arang yang tidak jauh dari rumah. Alhamdulliah, setiap pagi masjid ni dihidupkan dengan kuliah subuh, dan dalam ramadhan ni, setiap kali selepas solat tarawih empat rakaat, akan diselitkan dengan tazkirah 30 minit, sebelum solat diteruskan. Imam masjid bakar arang kata, tarawih itu sendiri bermaksud "rehat", jadi sambil solat berjemaah, kita buat tazkirah, boleh rehat-rehat sambil beribadah. Satu pendekatan yang bagus, sebab bukan senang nak kumpul orang ramai-ramai dan bagi tazkirah.


Di hadapan Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bakar Arang

Dan aku rasa seronok dengan suasana sebegini. An environment I could not find when I return to nippon. Banyak peringatan dan input dari orang-orang alim. Jemaah ketika solat fardhu pula tidaklah terlalu banyak, tapi taklah terlalu sedikit. Masa solat Jumaat pulak, kalau sepuluh tahun dulu, saf dibentuk sampai ke tempat parking, siapa yang lambat dan tidak membawa alas, bersujudlah anda di atas jalan tar. Tapi sekarang tidak lagi. Pihak masjid menyediakan alas dan bumbung kanvas untuk keselesaan jemaah solat.

Alat untuk capai tujuan


Orang Muda

Pun begitu, memang tak dapat dinafikan, kehadiran orang muda di masjid adalah sedikit. Majoriti daripada jemaah adalah mereka yang berumur. Bukannya tak bagus, tapi kalau orang muda pun ramai kan lagi bagus. Terfikir juga akan puncanya. Adakah disebabkan masalah fikrah generasi muda? Atau aktiviti masjid yang tidak dioptimumkan atau tidak mesra dengan semangat orang muda? Entahlah, aku tak sempat kaji betul-betul.

Apa ertinya kita beribadah...

Itulah persoalan yang pernah aku fikirkan. Di tambah lagi di bulan Ramadhan ini, bulan menambah amal dan mentarbiyah diri. Ramai orang berlumba-lumba mengerjakan ibadah. Tapi pernahkah terjadi, ibadah yang dipulun itu lebih banyak menghasilkan letih lesu berbanding kepuasan dan output? OUTPUT??? Bunyi macam bidang kejuruteraan.

Tapi itulah yang diperkatakan ketika Summer Camp yang lepas. Aqidah ialah INPUT, yang memberikan kita sebab untuk beribadah. Memang itu tujuan hidup kita.Ibadah dilihat sebagai suatu PROSES untuk menghasilkan OUTPUT. Yang dimaksudkan dengan output disini ialah kesan pada diri kita.

Jika kita teliti semula firman Allah mengenai solat;

...sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar. (Al-Ankabut:45)

Begitu juga ibadah puasa, supaya manusia bertaqwa;

Mekanisma Puasa (Diambil dari saifulislam.com)

Memperbaiki Proses

Jadi apakah yang boleh memantapkan Ibadah kita? Antaranya ialah niat yang ikhlas, tujuan yang jelas. Mungkin ada kawan-kawan yang boleh tambah lagi. Aku hanya memberi contoh yang aku tahu. Bagaimana untuk dapatkan niat yang ikhlas? Kadang-kadang susah jugak kan. Tapi berdasarkan pengalamanku, salah satu caranya ialah melalui istiqamah. Sesuatu yang kita ulang berkali-kali, insyaAllah akan mudah untuk ikhlaskan niat. Maaf kerana aku berkata berdasarkan pengalaman, bukan ilmu yang dituntut dari guru.

Dan penting juga, ialah ilmu. Proses ibadah kita perlulah berdasarkan ilmu yang sahih. Mereka yang mantap ilmu solatnya, tahu seribu satu perkara yang membolehkannya bersolat dengan kualiti. Mereka yang menghayati dan tahu maksud bacaan dalam solat, aku yakin solatnya memberi manfaat dan kesan.

Aku sendiri rasa sedikit lesu, apabila mengaminkan doa imam, jika aku tidak tahu maksud doa tersebut. Untuk mengurangkan kelesuan tu? Kenalah cari ilmu dan belajar, suapaya dapat faham. Kalau tak sampai bila pun aku tak tau.

Proses yang berjaya

Iaitu proses yang menghasilkan output. Solat akan mencegah mungkar. Puasa akan menghasilkan taqwa. Doa akan memupuk jiwa hamba. That is just a part of it. Tidak hairan juga jika Abdul Raheem Green menasihatkan saudara-saudara yang baru kembali kepada Islam, untuk menjaga betul-betul solat fardhu 5 kali sehari, kerana jika solat dijaga dengan betul ia akan memberi perubahan dalam hidup.



Nasihat Abdul Raheem Green di minit-minit akhir video(tengok full lagi best)

Jika ibadah kita tidak menghasilkan apa-apa kesan pada diri, tiada output, maka wajarlah kita mempersoalkan kualitinya. Dan jangan dilupa juga, output yang dijanjikan Allah di hari pembalasan. We can't see it now. But we have been reminded.

Tsutzuku...

Nota sisi;
1) nippon = Japan, Jepun
2) nyu-ryoku = input
3) katei = process, proses
4) shutsuryoku = output

Wednesday, July 23, 2008

Kimatsu shiken again

Assalamu'alaikum,

Hajat untuk membedah lagi buku belum kesampaian dek kerana komitmen untuk kimatsu shiken dan beberapa perkara lain. Mungkin aku perlu mantapkan lagi pengurusan masa. Aku percaya kawan-kawan yang lain pun sedang bertungkus lumus menghadapi kimatsu shiken. Usah kita bermain lagi.


Masa untuk berhempas pulas



Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Pastikan usaha disertai doa dan tawakkal. Dan jangan lupa daftarkan diri anda untuk program SummerCamp pada bulan hadapan .

sc08-2smaller

Tsuzuku...

Nota sisi:
1) Kimatsu shiken = peperiksaan hujung semester

Monday, July 14, 2008

Cerita sebilah pedang

Assalamu'alaikum,

Finally natsu has started to unleash the heat. Compared to Malaysia there is no big diffrence in temperature. But here, somehow I feel "sticky". Panas dan peluh yang agak melekit. At class my classmates often complain about the heat. Atsui!!. That is the most common word to be heard during this season.

It is a relief for most Malaysia students who are able to spend their natsu yasumi in the homeland. InsyaAllah I will do that next month, but for now, another month in nippon.

Life goes on as usual. I am making some progress with my sotsuken. Slow but at least I am making a move. My sotsuken is about power factor controller in power supply circuits.
Omocha di kenkyu-shitsu


Alright , lets move to the main point. Tulisan yang panjang, tapi sudilah membaca sampai habis.


Alhamdulillah, setelah 4 hari membaca, akhirnya aku selesai membedah sebuah buku bertajuk Khalid Bin al-Waleed: The Sword of Allah. Siapakah sahabat Rasulullah saw ini? Sebelum ini juga aku pernah dengar kisahnya, tapi tidak secara terperinci.


Khalid RA tidak termasuk dalam golongan sahabat yang menerima Islam di peringkat awal. Beliau menerima Islam selepas perjanjian hudaibiyyah, iaitu pada 31 Mei 629, 7 tahun selepas peristiwa Hijrah. Sebelum itu Khalid berada di pihak kafir Quraish, dan pernah menyertai dua peperangan utama menentang Islam iaitu Perang Uhud(sempena nama bukit uhud) dan Perang Al-Ahzab(bermaksud "bersekutu", juga dikenali sebagai perang parit). Malah beliau merupakan asbab utama kekalahan tentera Islam di Uhud. Namun Khalid telah menerima hidayah untuk memeluk Islam.

Kemunculan
Kira-kira tiga bulan selepas Khalid berhijrah ke Madinah, Rasulullah SAW menghantar sepasukan tentera Islam ke Mut'ah sebagai tindak balas terhadap pembunuhan utasan baginda oleh seorang pembesar kaum arab Ghassan. Angkatan tentera Islam adalah seramai kira-kira 3000 orang. Sebelum pertempuran, berita tentang kehadiran 100 000 tentera rom ditambah lagi dengan beribu-ribu tentera arab Ghassan menyebabkan tentera Islam berfikir semula sebelum bertindak. Ada yang mencadangkan agar keadaan terkini dimaklumkan kepada Rasulullah saw terlebih dahulu sebelum tindakan selanjutnya. Tetapi Abdullah bin Rawahah RA tidak bersetuju dan menegaskan bahawa perjuangan adalah berdasarkan Aqidah, bukannya bilangan anggota dan senjata. Dengan menuju medan jihad mereka dapat memperoleh dua kesudahan yang mulia, iaitu kemenangan atau pun syahid. Mendengar kata-kata dari beliau, akhirnya mereka membuat keputusan untuk mara ke Mut'ah.


3 orang sahabat yang telah diamanahkan untuk memimpin tentera Islam iaitu Zaid bin Harithah, Jafar bin Abi Talib, Abdullah bin Rawahah, syahid seorang demi seorang. Di tengah kekalutan pertempuran, ditambah lagi dengan jumlah tentera musuh yang terlalu ramai, Khalid telah dipilih untuk menjadi pemimpin yang baru.

Rasulullah saw memberitahu penduduk Madinah berita kematian Zaid, Ja'afar dan Ibnu Rawahah sambil menitiskan air mata."Zaid telah mengambil bendera(sebagai ketua tentera) dan syahid, kemudian Ja'afar mengambil bendera dan syahid, kemudia Ibnu Rawahah telah mengambilnya da nturut syahid". Baginda kemudian bersabda "Kemudian bendera itu telah diambil salah satu pedang(Khalid) daripada pedang-pedang Allah, dan Allah mengurniakan mereka kejayaan" (Sahih Bukhari diriwayatkan oleh Anas)

Struktur dan formasi tentera Islam diatur semula dan mereka telah menyerang balas hingga menyebabkan ketua tentera musuh bernama Malik terbunuh. Pusingan terakhir pertempuran berpihak pada tentera Islam yang hanya mengalami kehilangan anggota seramai 12 orang. Pada malam itu tentera Islam bertolak kembali ke Madinah.

Penduduk Madinah pada mulanya tidak berpuas hati kerana medan pertempuran telah ditinggalkan kepada pihak musuh. Tetapi Rasulullah saw menegaskan bahawa mereka tidak melarikan diri dan mereka akan kembali ke medan pertempuran dengan izin Allah. Sejak itulah, Khalid dikenali sebagai Saifullah. Tahun-tahun berikutnya, Khalid terus bersama kaum muslimin dalam operasi ketenteraan, termasuklah ketika Pembukaan Mekah dan perang-perang selepas itu. Kekerapan Khalid RA ke medan pertempuran bertambah lebih-lebih lagi setelah kewafaatan Rasulullah SAW pada 5 Jun 632(12Rabi-ul-Awwal 11 Hijrah).

Akibat untuk mereka yang berpaling

Setelah kewafatan Rasulullah SAW, pemberontakan berleluasa di semenanjung Tanah Arab. Selain Mekah, Madinah dan Thaif, hampir semua kawasan lain telah memberontak dan ramai yang murtad dari Islam. Khalifah Islam yang pertama, Abu Bakar RA memberi kata putus yang mudah kepada mereka yang berpaling ini; kembali kepada Islam atau pedang. Dan dengan salah satu "pedang Allah" yang sedia terhunus, ditambah lagi dengan tentera Islam yang kekuatannya berpaksikan kepada aqidah yang mantap, beliau mengotakan katanya. Tentera Islam dibahagikan kepada sebelas divisyen dengan divisyen utamanya diketuai oleh Khalid RA. Mereka kemudian digerakkan ke seluruh tanah semenanjung Arab untuk memerangi golongan murtad.

Aku tertarik dengan cara tentera Islam "approach" golongan pemberontak ini. Tentera Islam akan melaungkan azan terlebih dahulu. Jika golongan pemberontak menyahut seruan azan, mendirikan solat dan kemudian melafazkan kembali syahadah serta taat setia kepada Islam, seterusnya menerima Islam secara menyeluruh, mereka tidak akan diapa-apakan dan akan diterima semula. Jika tidak... you know the answer. Ada kabilah yang terus kembali pada Islam. Ada yang degil dan ingin "menguji" kekuatan mereka terlebih dahulu, tetapi akhirnya kembali pada Islam setelah sedar mereka tiada harapan untuk menang.

Kemunculan nabi-nabi palsu merupakan salah satu punca pemberontakan. Selain itu, banyak juga kabilah-kabilah Arab yang belum memahami Islam sepenuhnya dan hanya menerima Islam atas kepentingan politik dan ekonomi. Kalau kita hidup di zaman ni, agak-agak bagaimana dengan iman kita?

24 batu di Timur Madinah pula, penduduk dari kawasan Zul Qhisa membuat tawaran kepada Khalifah. Mereka akan terus bersolat tetapi mereka tidak mahu mengeluarkan zakat. Abu Bakar RA menolak mentah-mentah dan memberi mereka tempoh satu hari untuk membuat keputusan, sama ada masuk Islam seluruhnya atau mata pedang.Tetapi akhirnya mereka telah memilih mata pedang, dan tewas. Islam tak boleh diambil separuh-separuh.

Abu Bakar RA mengambil masa kira-kira tujuh bulan untuk menyelesaikan pemberontak dan golongan yang murtad ini. Kempen memerangi mereka tamat pada Mac 633.

Semenanjung tanah Arab telah kembali kepada Islam. Tetapi Islam adalah rahmat untuk seluruh alam. Dakwah dan penyebarannya perlu diteruskan



Titik noktah untuk empayar Parsi.

Abu Bakar RA kemudian menulis surat arahan kepada Khalid RA untuk memimpin tentera Islam ke Iraq. Di situ mereka akan berhadapan dengan empayar yang telah bertahan lebih 1000 tahun, Parsi. Pada minggu ketiga Mac 633, Khalid bergerak menuju Iraq bersama kira-kira 18000 tentera Islam. Tetapi jumlah tentera Parsi berkali-kali ganda daripada itu. Objektif utama ialah Hira dan bandar-bandar serta kawasan sekitarnya.


Giliran Byzantine Rom

Setelah misi di Iraq selesai, Abu Bakar RA mengarahkan Khalid RA agar meninggalkan separuh tenteranya di Iraq dan membawa lagi separuh menuju negeri Syam(meliputi Syria, Palestin dan Jordan). Disana beliau akan bergabung dengan 28000 tentera Islam yang baru bergerak dari Madinah. Ketiku itu negeri Syam adalah sebahagian daripada empayar Byzantine Rom. Baitul Maqdis juga adalah sebahagian daripadanya.

Operasi ketenteraan yang diketuai Khalid RA turut disertai oleh Abu Ubaidah RA(salah seorang daripada 10 sahabat yang dijamin syurga). Satu demi satu kawasan di Syam tunduk kepada Islam. Ada yang menerima dengan hati terbuka, ada yang kekal dengan kepercayaan lama dan membayar Jizya sekaligus mendapat perlindungan tentera Islam, dan ada yang melalui pedang. Semuanya dengan izin Allah swt.

Semestinya Rom tidak berdiam diri. Islam menerima tentangan daripada mereka. Namun selepas pertempuran demi pertempuran, kemaraan Islam nyata tidak dapat dihalang. Dua bandar utama di Syam iaitu Damascus(Damsyik) dan Emessa (Homs) akhirnya dikuasai tentera Islam.

Ketika operasi ketenteraan di Syam sedang berjalan, Abu Bakar RA meninggal dunia dan diganti oleh Umar Al-Khattab RA sebagai Khalifah Islam yang kedua. Umar RA telah melakukan sesuatu yang tidak dijangka. Beliau melantik Abu Ubaidah RA menjadi ketua Tentera Islam di Syam menggantikan Khalid RA, meskipun Khalid RA telah memimpin angkatan tentera Islam mengecapi kejayaan demi kejayaan. Namun Umar RA memiliki maksud tertentu atas tindakan yang diambil ini.

Tatkala itu Maharaja Byzantine Rom, Heraclius telah menggerakkan angkatan tentera dengan kekuatan kira-kira 200 000 anggota sebagai langkah terakhir untuk menyekat dan mengundurkan Tentera Islam dari Syam. Akibatnya berlakulah pertempuran paling sengit semasa kempen ketenteraan di bumi Syam di dataran Yarmuk.


Pertempuran Yarmuk dan Kisah Topi Khalid RA

Heraclius nekad untuk menamatkan kemaraan Tentera Islam. Beliau telah mengumpulkan anggota tentera dari seluruh empayar Byzantine Rom, dengan komposisi utamanya berketurunan Russia, Slav, Franks(Jerman Barat), Rom, Yunani, Georgia, Armenia dan Arab Kristian sehingga membentuk ketumbukan tentera yang sangat ramai.

Di pihak tentera Islam pula kira-kira 6000 anggota tambahan, yang kebanyakannya dari Yaman telah bergerak ke Syam. Jumlah keseluruhan mencapai kira-kira 40 000 anggota, lima kali lebih kecil berbanding Byzantine Rom. Namun kini, terdapat kira-kira 1000 orang daripada kalangan sahabat Rasulullah SAW dan kira-kira 100 orang adalah veteran Perang Badar. Zubair bin Al Awwam RA, sepupu Rasulullah SAW dan salah seorang daripada 10 sahabat yang dijamin syurga turut menyertai pertempuran ini.

Tentera Islam di seluruh Syam diarahkan untuk bergabung bagi menghadapi tentera Byzantine Rom. Ada yang terpaksa meninggalkan posisi-posisi asal di bandar dan kawasan penempatan. Abu Ubaidah RA telah memerintahkan agar semua wang Jizyah dipulangkan semula kepada penduduk tempatan sebelum tentera Islam beredar kerana mereka tidak dapat lagi memberi perlindungan. Ramai di kalangan penduduk tempatan yang kagum dengan keadilan ini.

Walaupun Abu Ubaidah RA adalah ketua Tentera Islam, dalam pertempuran Yarmuk, beliau telah memberi autoriti penuh kepada Khalid untuk menyusun strategi dan memberi arahan kepada tentera Islam. Beliau sangat percayakan Khalid RA untuk hal-hal operasi ketenteraan, apatah lagi di dalam keadaan genting seperti pertempuran Yarmuk.

Malam sebelum pertempuran, Abu Ubaidah RA, Khalid RA dan panglima-panglima Islam yang lain melawat setiap rejimen untuk memberi dorongan dan semangat.

Seorang pemuda berkata "betapa ramainya tentera Rom, dan betapa sedikitnya kita". Khalid berpaling kepadanya dan berkata "betapa sedikitnya tentera Rom, dan betapa ramainya kita! Kekuatan sesebuah tentera tidak bergantung pada bilangan anggoatanya tetapi pada pertolongan Allah, dan kelemahannya ialah tidak menerima pertolongan Allah"

Panglima tentera dan veteran yang lain, ketika memberi semangat kepada anggota tentera mereka, mereka membacakan ayat-ayat Al-Quran dan yang paling kerap dibaca adalah ayat ke 249 dari Surah Al-Baqara.

"Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah."(Al-baqarah:249)

Mereka turut mengingatkan tentang balasan syurga dan neraka serta menceritakan teladan-teladan Rasulullah SAW ketika peperangan. Turut ditulis dalam buku ini, Rasulullah SAW mengajar supaya Surah Al-Anfal(harta rampasan perang) dibaca setiap kali sebelum pertempuran, dan di dalam pertempuran Pertempuran Yarmuk juga, tentera Islam telah berbuat demikian.

Keesokan harinya, saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Pertempuran Yarmuk berlangsung selama enam hari, dimana pada empat hari pertama tentera Byzantine Rom telah menyerang tentera Islam dengan hebat. Tentera Islam mengambil langkah bertahan, walaupun ada kalanya mereka diasak hingga ke dalam kawasan khemah.

Ditulis dalam buku ini bahawa pada hari keempat, kira-kira 700 orang tentera Islam kehilangan sebelah mata, akibat dari kecekapan pemanah tentera Byzantine Rom hingga menyebabkan hari keempat ini dikenali sebagai "Hari Mata Yang Hilang". Dan pada hari ini juga Khalid RA telah kehilangan topinya ketika pertempuran. Khalid RA memakai topi yang dililit dengan serban berwarna merah. Diceritakan bahawa setelah menyedari topinya hilang, Khalid RA menjadi gusar dan bertungkus lumus mencari semula topinya. Beberapa anggota tentera Islam turut diminta untuk membantunya mencari topi tersebut. Mereka kehairanan kerana tidak pernah melihat ketua mereka berada dalam keadaan yang begitu resah. Lalu mereka bertanya kepada Khalid RA akan sebabnya.

Khalid RA menceritakan tentang keistimewaan topinya itu. Ketika Rasulullah SAW menunaikan Ibadah Haji yang terakhir, baginda mencukur rambut dan Khalid RA mengutip beberapa helai rambut tersebut. Ditulis dalam buku ini bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Khalid RA, bahawa selama mana rambut itu bersamanya, beliau tidak akan dikalahkan. Khalid RA kemudian meletakkan rambut itu di hadapan topinya, yang sentiasa dipakai ketika bertempur(boleh juga rujuk disini).

Sebab itulah beliau sangat gusar apabila topinya hilang. Jika beliau mahu boleh saja dipakai topi yang lain. Tetapi topinya itu sangat istimewa. Walaupun yang ada pada topi itu hanyalah rambut, tetapi ia adalah rambut Rasulullah SAW. Semestinya Khalid RA cintakan Rasulullah SAW dan tidak sanggup kehilangan topinya itu.


Pada hari kelima pertempuran, utusan tentera Byzantine Rom datang menemui tentera Islam dan menawarkan genjatan senjata selama beberapa hari untuk membuka ruang kepada rundingan baru. Abu Ubaidah RA hampir-hampir menerima tawaran ini, tetapi Khalid RA menolaknya. Jangkaannya tepat. Byzantine Rom sudah hilang semangat untuk berperang. Pada hari tersebut pertempuran terus berlangsung tetapi tiada perubahan yang drastik.


Pada hari terakhir pertempuran Khalid RA telah merancang gerakan serangan balas. Pada mulanya, Gregory, ketua pasukan tentera berantai(kaki anggotanya dirantai sebagai jaminan tidak melarikan diri dan tanda sedia untuk mati) mara kehadapan dan mencabar ketua Tentera Islam. Abu Ubaidah RA menyerahkan bendera Tentera Islam kepada Khalid RA dan berkata "jika aku tidak kembali, kamulah yang akan memimpin tentera ini sehingga Khalifah membuat keputusan". Lalu Abu Ubaidah RA mara ke hadapan dan bertarung dengan Gregory. Angkatan tentera kedua-dua belah pihak tidak senang duduk sepanjang perlawanan. Tetapi Gregory akhirnya tewas di tangan Abu Ubaidah RA.

Khalid RA kemudian menggerakkan anggota tentera Islam untuk serangan. Tentera infantri(pejalan kaki) melakukan serangan utama, manakala beliau mengetuai pasukan berkuda menyerang dari bahagian kanan. Serangan pasukan berkuda tidak dilakukan secara menyeluruh, tetapi ditumpu kepada satu demi satu rejimen. Akhirnya satu demi satu rejimen tentera Byzantine Rom tumbang dan saki baki tenteranya lari bertempiaran. Namun mereka yang lari ini tidak menemui jalan mudah.


Pada malam sebelumnya, Khalid RA telah menggerakkan 500 anggota berkuda untuk berkawal di belakang musuh supaya mereka yang cuba melarikan diri tidak terlepas. Tentera musuh disekat dan akhirnya mereka terperangkap berhampiran sebuah gaung. Kini pilihan mereka ada dua. Berhadapan dengan kemaraan tentera Islam sehingga maut, atau berundur hingga jatuh kedalam gaung. Keadaan sudah mula gelap ketika pertempuran berakhir.


Selesai pertempuran Yarmuk, saki-baki tentera Byzantine Rom yang tinggal tidak lagi menjadi ancaman yang besar kepada kemaraan Tentera Islam. Khalifah Umar RA kemudian mengarahkan Abu Ubaidah untuk melepaskan Baitul Maqdis daripada Byzantine Rom. Tentera Islam mengepung Baitul Maqdis selama empat bulan. Pemerintah Baitul Madis ketika itu yang bernama Sophronius kemudian menawarkan penyerahan Baitul Maqdis kepada tentera Islam dengan syarat persetujuan itu perlu ditandatangani oleh Khalifah sendirih. Maka Khalifah Umar RA sendiri datang ke Baitul Maqdis, dan akhirnya penyerahan secara aman telah dilakukan.

Baitul Maqdis terus berada di bawah kuasa Islam sehinggalah tahun 1099 apabila tentera salib dari Eropah menawannya. Kemudian Salahuddin Al-Ayubi membebaskan kembali Baitul Maqdis pada tahun 1187, sehinggalah pada tahun 1948 dan kini Baitul Maqdis dikawal oleh Israel.(Update: Ada terbaca dalam sebuah buku lain, bahawa Baitul Maqdis pernah diserahkan kepada Raja Jerman bernama Frederick II pada tahun 1229 hingga 1244.)


Meletakkan Senjata

Operasi di bumi Syam diteruskan, tetapi khidmat Khalid RA hampir tamat. Bukan disebabkan usia atau keadaan kesihatan beliau tetapi atas tindakan beliau yang menimbulkan kontroversi. Khalid RA terkenal dengan sikap pemurahnya, dan beliau sering memberi hadiah kepada anggota tentera yang cemerlang. Seorang yang bernama Ashath bin Qais telah membuat satu sajak untuk memuji Khalid RA. Khalid RA kemudian menghadiahkan 10,000 dirham kepada Ashath. Perkara ini sampai kepada Khalifah Umar RA dan beliau tidak suka dengan tindakan tersebut.


Umar RA menulis kepada Abu Ubaidah RA supaya menahan Khalid RA dan memeriksa sama ada wang yang diberikan itu adalah dari harta rampasan perang atau dari poketnya sendiri. Jika dari harta rampasan perang, beliau bersalah kerana menyalahgunakan kuasa. Jika dari poketnya sendiri beliau juga bersalah kerana melampaui batas. Untuk kedua-dua kes, Abu Ubaidah RA tetap diarahkan untuk mengeluarkan Khalid RA dari angkatan tentera Islam. Didapati bahawa wang itu adalah dari harta Khalid RA sendiri. Abu Ubaidah RA melaksanakan arahan Khalifah dan memberhentikan Khalid RA dari angakatan tentera dengan hati yang berat. Beliau sangat menghormati Khalid RA di atas kemahiran dan keberaniaannya dalam strategi peperangan. Khalid RA juga sangat menghormati Abu Ubaidah RA, beliau sangat rapat dengan Rasulullah SAW dan salah seorang daripada sepuluh sahabat yang telah dijamin syurga.

Khalid RA meninggalkan Syam dan bergerak menuju Madinah untuk bertemu Khalifah Umar RA. Umar RA dan Khalid RA; Mereka adalah sepupu dan telah berkawan sejak kecil. Umar RA berkata kepada Khalid, "Engkau telah melakukannya(memimpin tentera Islam mencapai kejayaan). Tiada manusia yang pernah lakukan seperti yang engkau lakukan. Tapi sebenarnya bukan manusia yang melakukan. Allah lah yang melakukan".

Khalid RA kurang bersetuju dengan keputusan sepupunya itu. Namun Umar RA juga memiliki alasan yang kuat dengan tindakannya. Setelah bertemu Umar RA, beliau meninggalkan Madinah dan kembali ke Syam. Bagi Khalid RA, peluang untuk berjihad di medan pertempuran telah tamat. Beliau membeli sebuah rumah di Emessa(Homs) dan menetap di situ hingga ke akhir hayat.

Di kalangan orang Islam ketika itu, ada yang tidak berpuas hati dengan tindakan Khalifah Umar RA. Umar menyedari perkara ini dan beliau menjelaskan yang bermaksud;

"Aku memberhentikan Khalid bukan kerana kemarahanku atau tidak jujur, tetapi kerana orang ramai mengagungkannya dan terseleweng. Aku takut orang ramai akan bergantung kepadanya. Aku mahu mereka sedar bahawa Allah lah yang melaksanakan segala sesuatu. Dan supaya tidak berlaku penyelewengan di bumi ini.""

Kenyataan Umar RA ini telah menjelaskan sebab utama beliau bertindak demikian. Tindakan Khalid RA memberikan wang ganjaran yang banyak kepada Ashah sangat sukar diterima Umar.


Pedang Yang Tidak Akan Dipatahkan Musuh.
Setelah berhenti dari angkatan tentera Islam, Khalid RA hidup sebagai rakyat biasa selama kurang dari empat tahun. Tentera Islam terus mengecap kejayaan demi kejayaan dan setiap kali Khalid RA mendengar berita kejayaan tentera Islam, beliau berasa gembira tetapi sedih. Sedih kerana tidak dapat berada di medan pertempuran. Beliau sangat mahir dalam taktik perang, dan ingin menyumbang sebanyak mungkin dalam perkara tersebut disamping berpeluang untuk syahid.

Tidak banyak perkara yang berlaku selama Khalid tinggal di Emessa. Hubungan Khalid dengan sepupunya Khalifah Umar RA bertambah baik. Khalid RA dapat melihat kualiti dan keadilan yang dijalankan oleh Khalifah Umar RA. Umar RA adalah seorang yang sangat berkebajikan, jauh sekali untuk bermewah. Beliau tegas dengan yang kuat, lembut dengan mereka yang lemah dan sangat menjaga kebajikan rakyat. Hidupnya terlalu sederhana, makanannya sangat ringkas, pakaiaannya bertampal. Beliau pernah menjalankan hukuman terhadap anaknya sendiri atas kesalahan meminum arak. Ketika Khalid RA diberhentikan dari angkatan tentera Islam, hubungannya dengan Umar RA agak dingin tapi pada pendapatku mereka tidaklah sampai bermusuh atau berdendam, kerana semua Muslim adalah bersaudara dan Muslim yang beriman sangat menyayangi saudaranya. Nak banding iman para sahabat dengan iman kita? Jauh sekali bezanya. Malah di akhir hayat beliau, Khalid telah mewasiatkan hartanya kepada Umar RA.

Pada tahun 642 (11 Hijrah) Khalid RA jatuh sakit. Badannya yang gagah suatu masa dahulu beransur-ansur lemah. Ketika ini beliau berusia 58 tahun. Beliau sangat sukar menerima kenyataan, bahawa beliau akan meninggal dunia di atas katil, bukan sebagai pahlawan yang syahid di medan perang.

Menyedari ajalnya semakin hampir, beberapa hari sebelum kematian, Khalid RA telah memanggil seorang sahabat lama ke rumahnya. Beliau memintanya duduk di sisi katil. Kemudian Khalid RA memperlihatkan kaki kanannya kepada sahabat tersebut lalu bertanya; "Dapatkah kau melihat satu bahagian di kakiku sebesar sejengkal tangan yang tidak memiliki kesan tikaman pedang, lembing atau panah?". Sahabatnya itu memeriksa kaki Khalid RA dan mengakui bahawa beliau tidak melihat bahagian sebesar sejengkal tangan tanpa kesan parut.

Khalid RA kemudian memperlihatkan kaki kirinya pula dan bertanya soalan yang sama. Sekali lagi sahabatnya mengakui tidak melihat kesan sebesar sejengkal tangan tanpa kesan parut. Khalid RA kemudian memperlihatkan dadanya serta beberapa bahagian lain dan mengulang soalan yang sama. Sekali lagi sahabatnya melihat kesan parut yang boleh menyebabkan seseorang menjadi hairan; bagaimana seorang manusia boleh terselamat setelah mengalami kecederaan sebegini teruk?

Akhirnya Khalid berterus terang kepada sahabatnya dan berkata dengan tidak sabar, "Apakah engkau masih tak nampak?. Aku telah mencari syahid dalam beratus-ratus pertempuran. Tetapi kenapa aku tidak dapat mati syahid di medan perang?".

Sahabatnya menjawab"Engkau tidak boleh mati di medan perang." "Tapi mengapa?", balas Khalid.

Sahabatnya berkata, "Tidakkah kau sedar wahai Khalid. Apabila utusan Allah SAW, menamakan kau sebagai "Pedang Allah", (secara tidak langsung) baginda telah menjamin bahawa kau tidak akan mati di medan perang. Kerana jika engkau di bunuh orang kafir, itu bermakna "Pedang Allah telah dipatahkan oleh musuhNya". Dan ini adalah suatu perkara yang tidak boleh berlaku."(kerana ia suatu penghinaan).

Khalid terdiam. Beberapa ketika selepas itu sahabatnya mengundurkan diri. Khalid dapat menangkap logik kata-kata sahabatnya itu. Tetapi hatinya masih berat untuk menerima kenyataan, bahawa beliau akan mati di atas katil, bukan di medan perang sebagai seorang syahid.

Pada hari kematiannya, harta Khalid yang tinggal hanyalah baju perisai, senjata, kuda dan hambanya yang setia bernama Hamam. Sebelum meninggal dunia, beliau berkata "Aku mati seperti unta. Aku mati di atas katil, dengan malu. Mata orang yang pengecut tidak tertutup walaupun telah tidur ". Maka kembalilah Khalid ke rahmatullah. Semoga Allah meredhainya.

Tentu banyak sekali ibrah yang boleh diambil, tetapi aku tidak nukilkan disini. InsyaAllah boleh dibincangkan sama-sama.

Muat turun e-book Khalid bin Al-Waleed: The Sword of Allah dari ImaanStar.

Nota Sisi:
1) Natsu = summer. musim panas
2) yasumi = holiday, cuti
3) nippon = japan, jepun
4) sotsuken = graduation research
5) SAW = sallahu'alaihiwassalam, selawat dan sejahtera ke atasnya(betulkan saya jika silap)
6) RA = radhiyallu'anhu, semoga Allah meredhainya (untuk perempuan radiyallahu'anhu)
7) ibrah = pengajaran
8) atsui = hot, panas
9) omocha = toy, alat permainan
10) kenkyu-shitsu = research room
11) Jizyah = sejenis bayaran yang dikenakan kepada orang bukan Islam dalam negara Islam, sebagai imbangan bagi jaminan keamanan diri mereka. (9:29)

Tuesday, June 24, 2008

mushisareta buki

Assalamu'alaikum,

Alhmadulillah, my new computer in the kenkyu-shitsu makes a lot of diffrence. Faster, and it can handle mulitask programme smoother. While waiting for my PSIM(read:circuit simulation programme) to complete a simulation (sometimes it takes about 4 to 5 minutes), I can do other tasks.


shokuba

Bedah buku

Sebentar tadi aku berjaya membedah sebuah buku bertajuk Adab-Adab Berdoa, tulisan Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri, seorang pensyarah Fakulti Pengajian Islam di UKM. Kena pada tajuk buku tersebut, pada mulanya ku sangkakan ia hanya mengupas adab-adab berdoa dari segi praktikal. Tapi penulis turut menghuraikan adab-adab berdoa dari segi rohani. Begitu juga dengan tuntutan dan peranan doa bagi diri seorang mukmin dan pencinta Islam, penulis telah mengupasnya dengan bahasa yang mudah disertakan dengan dalil-dalil dari Al-Quran dan Sunnah..

Doa bererti permohonan, permintaan, panggilan, seruan dan jemputan. Berdoa merupakan naluri semulajadi manusia. Ia lahir dari sanubari kecil, kerana manusia sendiri menyedari, bahawa dia sangat lemah. Manusia yang berada dalam kesempitan pasti menadahkan tangan ke langit memohon kepada Yang Maha Kuasa agar menyelamatkan mereka. Bahkan jika seseorang itu mengingkari rubbubiyyah Allah(baca: atheist) sekalipun, apabila malapetaka menimpa diri, hati kecilnya akan tetap mengiktiraf kewujudan Tuhan.


Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdo’a kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia [kembali] melalui [jalannya yang sesat], seolah-olah dia tidak pernah berdo’a kepada Kami untuk [menghilangkan] bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan. (Surah Yunus:12)

Sebagai orang Islam, doa hanya dipohon kepada Allah, kerana Dialah yang Maha Agung. Itulah antara pengiktirafan yang wajar diberikan oleh hambaNya. Setiap kali ketika mendirikan solat, kita lafazkan pengakuan ini.

Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan (Surah Al-Fatihah:6)

Allah memerintahkan hamba-hambaNya berdoa, bahkan dalam Al-Quran tuntutan ini diulang berjkali-kali dalam beberapa surah. Dan diberi jaminan bahawa doa itu akan dimakbulkan.

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo’alah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina"(Surah Ghafir: 60)

Tetapi adakah jaminan itu bererti segala doa hambaNya akan diterima secara mutlak tanpa sebarang syarat? Dari Abi Hurairah, sabda Rasulullah saw yang bermaksud;

"Doa-doa hamba akan terus diperkenankan oleh Allah selagi mana dia tidak berdoa perkara maksiat atau memutuskan hubungan rahim, selagi mana ia tidak gopoh."
Para sahabat lalu bertanya:"Apakah yang dimaksudkan dengan gopoh?"
Jawab baginda:"Iaitu seseorang itu berkata:"Aku telah berdoa, aku telahpun berdoa. Tetapi aku tidak nampak doaku diperkenankan."Lalu ketika itu, dia merasa menyesal berdoa, lantas meninggalkan doa."

Mungkin pernah terjadi pada diri kita sendiri, selalu diperhatikan doa yang dipohon seolah-olah tidak diperkenankan oleh Allah. Adakah itu tanda doa kita ditolak? Daripada Abi Sa'id, sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Tidak ada seorang pun muslim yang berdoa kepada Allah Azza wa Jalla, dengan doa yang tidak berunsur maksiat atau memutuskan hubungan darah, melainkan diperkenankan oleh Allah salah satu antara tiga: sama ada dipercepatkan doanya di dunia, atau disimpan untuknya hari Akhirat, atau dihindari daripada dirinya keburukan seumpanya"
Apabila para sahabat mendengar ucapan baginda, mereka lantas berkata:"Kalau begitu Rasulullah, kita perlu banyakkan berdoa!."Kata baginda:"Demi Allah, banyakkanlah berdoa."

Justeru, kita perlu menyedari, bahawa doa kita sentiasa diperkenankan Allah. Kita juga perlu meyakini apa yang ditentukan oleh Allah itulah yang terbaik untuk diri kita di dunia dan di akhirat.

Senjata yang sering diabaikan

Aku mula sedar, selama ini aku sering mengabaikan senjata ini. Apabila disebut "mengabaikan", bukanlah bermakna langsung tidak berdoa. Tetapi bersikap sambil lewa dan tidak serius ketika memohon kepada Allah. Selayaknya, kita perlu merasakan kerendahan dan kehinaan diri ketika berdoa. Itulah yang layak bagi kita. Di samping banyak memuji Allah dan berselawat kepada Rasulullah pada mula dan akhir doa. Itulah yang diajar Nabi saw.

Jika hendak dianalogikan pada senjata konvensional, ambil sahaja pedang sebagai contoh. Ia senantiasa akan diasah, digilap dan dijaga dengan baik agar setiap libasan dapat memberi impak terbaik pada musuh. Begitu jugalah doa. Setelah berusaha, berdoalah. Jagalah adab-adabnya, semoga Allah memberikan kesimpulan terbaik terhadap apa sahaja yang kita hajatkan.


Lihat saja bagaimana Rasulullah saw, semulia-mulia manusia yang kita kenal, memohon dengan penuh pengharapan dan rasa rendah diri kepada Allah ketika Perang Badar. Di saat-saat genting Peperangan Badar, Rasulullah saw telah bermunajat bersungguh-sungguh kepada Allah swt. Diantaranya Rasulullah saw berdoa yang bermaksud:


“Ya Allah, Tuhanku laksnaakanlah apa yang telah Engkau janjikan kepada aku ya Allah, Tuhanku, aku bermohon suapaya berlakunya janjiMu.


313 orang tentera Islam yang serba kekurangan dari segi kelengkapan, berhadapan dengan angkatan musyrikin yang berjumlah kira-kira 1300 orang. Tetapi matlamat orang musyrikin nyata mustahil setelah Allah menurunkan bantuan kepada tentera Islam.

[Ingatlah], ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: "Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut". (9) Dan Allah tidak menjadikannya [mengirim bala bantuan itu], melainkan sebagai kabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram karenanya. Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(Surah Al-Anfal:9~10)


Begitulah kehebatan senjata ini. Gilaplah ia sebaik-baiknya….


nota sisi:
1) kenkyu-shitsu = laboratory, bilik kajian, makmal
2) shokuba = working place, tempat bekerja
3) mushisareta buki = the ignored weapon, senjata yang diabaikan(mushisareta=diabaikan, buki= senjata)