Showing posts with label Nagaoka. Show all posts
Showing posts with label Nagaoka. Show all posts

Friday, September 24, 2010

mudai 4

Assalamu'alaikum,

Sedar tak sedar dah 24 September. Almost a month have passed since I returned to Japan.


Class hours. Lengang.

Suhu bilik sekarang 20.5 C. Badan masih dalam proses penyesuaian dengan keadaan sekeliling. Sensei fizikku dahulu ada memberitahu, badan manusia mengambil masa kira-kira seminggu untuk adapt dengan keadaan sekeliling. Mochiron, persediaan dari segi pakaian juga perlu.


Kumo & Taiyou

Alhamdulillah, happyou bulan lepas berjalan dengan lancar. Markah yang diperoleh juga memberangsangkan. Happyou seterusnya adalah pada tahun hadapan, jadi aku ada selang masa yang agak lama untuk bersedia. Untuk semester ini, aku hanya perlu hadiri tiga jugyou.

Meminjam semangat.

Baru selesai membaca buku ini. Boleh jadi modal untuk usrah dan tamrin juga.

"....... kehadiran buku ini di minda anda untuk mengimbau semula tokoh sejarah Islam yang semakin dilupakan. Tanpa mereka, tiadalah titik awal perjuangan Islam. Tanpa mereka juga tiadalah penyambung pada perjuangan Nabi Muhammad s.a.w."

Kita mengkaji sejarah untuk mengambil pelajaran. Boleh jadi sebagai strategi dan panduan membuat keputusan. Tetapi setakat ini bagiku, perkara utama yang seringku cari dari kisah tokoh dalam sejarah ialah supaya ia mengetuk dinding hati kita agar ingin berjihad di jalan Allah seperti mereka lakukan.

Kerana kita bukan siapa-siapa di dalam arus perubahan ini. Boleh jadi kitalah yang berada paling hujung, paling pinggir, paling mudah terpesong dan lalai. Dari generasi-generasi terdahululah kita meminjam semangat mereka. Sepertimana Allah menceritakan dalam Al-Quran kisah para anbiya, untuk menguatkan hati Nabi s.a.w.

tsutzuku....

nota sisi
1) mudai = tidak bertajuk
2) tsutzuku = bersambung
3) taiyou = matahari
4) kumo = awan
5) mochiron = semestinya
6) sensei = guru
7) happyou = pembentangan
8) jugyou = kuliah

Thursday, August 5, 2010

Atsui deshou?

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, kini hampir setiap hari aku dapat melihat langit yang cerah lagi biru. Indah sekali. Natsu berada di kemuncak, begitu jugalah suhu persekitarannya. Bulan lepas saja beberapa orang di nihon telah mati, dek kerana kepanasan dan kekeringan.


Suhu badan 38 C, dah dikira demam?

Di mahsyar nanti, jauh lebih dahsyat. Tapi kita tidak akan mati lagi. Teruslah berada didalam kepanasan, kekeringan, kehausan, sekiranya tidak dikurniakan perlindungan.



Cuba baca...

Malam tadi komuniti Muslim di Nagaoka telah mengadakan mesyuarat umum yang kedua. Antara perkara yang ditekankan, ialah cara melonjakkan kutipan dana pembinaan masjid di sini. Satu isu yang dirisaukan ialah status penduduk-penduduk Muslim di Nagaoka. Hampir kesemuanya adalah pelajar yang tidak akan menetap lama di sini. Walaupun perkara pertama yang perlu diselesaikan sekarang ialah kutipan dana, timbul juga kerisauan berkenaan pendaftar masjid yang dirancang. Sekurang-kurangnya pendaftar tersebut hendaklah memiliki status "parmanent resident". Adalah hampir mustahil untuk gaikokujin menjadi warganegara Nihon, kerana Nihon menggunakan jus sanguinis dalam menentukan kewarganegaraan.

Nihonjin muslim? Ada beberapa orang di Nagaoka, tetapi kurang melibatkan diri dan usaha mentarbiyah mereka juga kurang berkesan.

Apapun seperti yang disebut presiden komuniti Muslim di sini, "At least we should try".

Tsutzuku....

nota sisi
1) atsui deshou? = panaskan?
2) natsu = musim panas
3) nihon = Jepun
4) gaikokujin = warganegara asing
5) tarbiyah = pendidikan
6) nihonjin = orang Jepun
7) tsutzuku = bersambung

Saturday, June 26, 2010

Back From Hospital

Assalamu'alaikum,

Aku baru pulang dari Hospital siang tadi. Jadi translator untuk seorang sahabat yang mengadu sakit dada dan batuk. Menurut sensei, tidak ada masalah dengan organ dalaman. Mungkin disebabkan terlalu kerap batuk, tulang rusuk asyik bergesel dengan otot di dada, hingga menyebabkan kesakitan. Alhamdulillah.

Tadabbur di hospital



Nagaoka Nishi Byouin

Walaupun aku tidak pernah menerima rawatan hospital di nihon, ini bukanlah kali pertama aku ke hospital. . Ketika di Akita, pernah dua kali aku ke hospital untuk ziarah. Kali pertama ziarah senpai yang kena apendiks. Kali kedua ziarah senpai yang mengalami masalah saluran darah tersumbat.

Di Nagaoka, sebelum ini juga aku pernah menjadi translator untuk sahabat yang sudah berkeluarga. Jadi walaupun tidak menerima rawatan, sedikit sebanyak aku sudah faham prosedur dan suasana hospital di nihon.

Berlegar dan menunggu di hospital, dari satu sudut sangat menginsafkan. Aku perhatikan ramai nihonjin-nihonjin yang tua di hospital, dalam pelbagai keadaan. Memerhatikan mereka, asyik mengingatkan aku usia mudaku sekarang. Aku sudah 23 tahun. Pembaca orenojinsei juga majoriti orang muda bukan? Di kalangan orang tua itu ada yang jalan terhenjut ada yang bongkok.

"Dan barangsiapa yang Kami panjangkan umurnya niscaya Kami kembalikan dia kepada kejadian(nya). Maka apakah mereka tidak memikirkan?" (Yasin: 68)

Kembali kepada kejadiannya, yakni kembali menjadi lemah dan kurang akal. Kita sebagai makhluk adalah lemah. Lahirnya kita dalam keadaan bayi, adalah antara keadaan paling lemah. Kemudian kita membesar, Allah kuatkan tubuh badan kita. Dan apabila kita tua, kita kembali menjadi lebih lemah. We have been reminded about this.

Kena juga dengan pesan Nabi, ingatlah masa mudamu sebelum masa tua. Sihat sebelum sakit.

Pengurusan hospital di sini teratur. Kalau pesakit ramai sekalipun, perjalanannya lancar.


Pengalaman Di Malaysia

Aku pernah berurusan di hospital Malaysia dua kali. Kali pertama di hospital swasta metro, di Sungai Petani. Tulang paha berasa pelik dan sedikit sengal, jadi ayahku bawa ke situ. Lepas diperiksa, doktor kata tak ada masalah. Bagi sedikit masa, insyaAllah rasa sengal tu hilang. Dan alhamdulillah lepas tu memang hilang.

Kali kedua di hospital kerajaan, juga di Sungai Petani untuk medical check-up, sebelum datang ke Nihon. Dari pagi sampai tengahari aku pusing hospital tu, kerana ada banyak ujian perlu dibuat. Yang paling berbekas di ingatan dua saja, ujian jenis darah dan ujian darah. Ujian jenis darah, seorang pegawai perubatan meletakkan sejenis device di jari, kemudian ada bunyi dan tak semena-mena darah keluar. Dari situlah darah diuji dan jenis darah diketahui. Simple saja.

Satu lagi ujian, blood test. Aku tak ingat apa yang dikaji, kerana kuantiti darah yang diambil lebih banyak. Doktor suruh aku genggam tangan, sampai urat timbul. Dia aim pada pergelangan siku dengan picagari yang saiz jarumnya agak menakutkan. Tidaklah terlalu sakit, tetapi senarionya agak ngeri. Mujur aku tak pitam.

Keadaan di hospital Sungai Petani sedikit sesak. Nisbah pesakit yang datang, aku kira hampir sama saja muda dan tuanya. Tidak ketara beza umur.

Adakah Malaysia sekarang masih mengalami masalah kekurangan doktor? Doktor kurang, atau pesakit yang ramai?

Teringat sebuah artikel abu saif. Hoping for a better future, aamiin.

Tsutzuku..

1) nihon = Jepun
2) Tsutzuku = bersamung
3) sensei = doktor
4) nihonjin = orang Jepun
5) byouin = hospital
6) nishi = barat




Monday, June 21, 2010

For the 5th time

Assalamu'alaikum wbt,

Maka tibalah waktu yang dinantikan. Natsu! Aku berpeluang untuk menempuhinya buat kali kelima. Bagi nihonjin, boleh dikatakan inilah musim yang paling disukai mereka. Aku pula, mungkin mirip kepada tanah air tetapi bahang lebih terasa kerana kelembapan udara adalah rendah.


sekolah yang baru di reform


Di persimpangan

2 Ogos, ada chukang happyo. Alhamdulillah, pengalaman berorganisasi bersama IPIJ sedikit sebanyak telah membina keyakinan diri berhadapan dengan audience. Begitu juga kemahiran bercakap di depan khalayak ramai. Aku tidak pandai bercakap, tetapi keadaanku selepas bersama IPIJ adalah lebih baik.

Aku juga berharap agar dapat pulang ke tanah air penghujung Ogos ini, untuk menyertai program Jalinan Mesra bersama alumni IPIJ.

Sekarang tengah baca buku ni. Thanks to my brother.


Maaf kerana isinya tidak dibedah di dalam entri ini. Sekadar berkongsi aktiviti, mungkin anda berminat membacanya selepas ini =)

InsyaAllah, siri bedah buku yang lain akan menyusul.

Tsutzuku...
1) natsu = musim panas
2) nihonjin = orang jepun
3) chukang happyo = pembentangan pertengahan semester??

Tuesday, June 8, 2010

gokai

" 1 cm" kataku.

"1 cm saja?". Dia terkejut.

Masakan tidak. Kalau nak pendekkan rambut 1 cm saja, lebih baik tunggu rambut jadi lebih panjang sebelum dipotong. Rugi.

"Bukan. Maksud saya jadikan rambut saya 1 cm saja", aku membalas.

"naruhodo". Gembiralah dia, kerana kerjanya menjadi mudah. Ambil mata pemotong 10 mm, dan ratakan saja rambutku.

Misscomunication do happens, even in simple matter. Sedangkan ketika bercakap pun boleh salah faham. Apatah lagi ketika bersms, berchatting atau beremail.

Ingat nak sambung kisah bersiri "jalan ke Jepun", insyaAllah tak lama lagi. Kena habiskan cepat, sebab rasanya aku pun dah tak lama berada di Jepun.

Doakan hamba.

Tsutzuku...

nota sisi;
1) gokai = salah faham
2) tsutzuku = to be continued
3) naruhodo = patut la

Thursday, April 22, 2010

Syashin

Assalamu'alaikum wbt,

Taiyou(Kelihatan juga bulan)


suidou


Jalan ke sekolah


tanbo

Cuaca hari ini sangat baik. Sangat rugi kalau memerap dalam rumah saja.

Memerhati dan memikirkan kejadian alam sungguh menenangkan.

Tsutzuku...

nota sisi:
1) syashin: fotograf
2) tanbo: sawah
3) suidou: parit
4) taiyou: matahari
5) tsutzuku: bersambung

Monday, February 8, 2010

Masih lagi fuyu

Assalamu'alaikum,

Fuyu lagi kat sini. Tetapi waktu siang sudah mula menjadi panjang semula.


Jalan ke sekolah


konbini berdekatan sekolah

Nagaoka University of Technology,

Sekolah aku mengamalkan sistem tiga semester. Semester pertama dan kedua penuh dengan kuliah, semester ketiga pula lebih pendek, iaitu bulan Januari hingga Mac bergantung pada kursus dan sensei masing-masing. Ada rakanku yang kikoku selama tiga bulan ketika semester ketiga, kerana tidak ada kuliah dan sensei juga tidak mewajibkan mereka datang ke sekolah untuk kenkyuu.

Berjikken lah hangpa...


Sensei kata buku ni bagus

Aku pula, ada jikken khas dan perlu datang ke sekolah untuk mengikuti zemi yang diadakan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Dan mengikuti zemi bukan bermaksud mendengar sahaja. Pastinya ada shukudai dan shiryou yang perlu dikaji dan dibaca.

Ketika muktamar IPIJ yang lepas aku telah melepaskan jawatanku. Tetapi masih terlibat dengan mesyuarat tertentu dan usrah IPIJ. Nak bekerja kerana jawatan atau apa? Sebenarnya kita semua dah ada jawatan.(2:30 & 51:56). Seorang hamba mesti taat kepada Tuannya. Seorang khalifah? Kerjanya ialah memakmurkan bumi, bukan saja dari sudut material dan alam sekitar tetapi meneruskan kerja para Rasul.

Keadaan di Nagaoka,
Kena pulun lagi untuk mendekatkan komuniti kepada Islam. Azam tahun ini agar lebih aktif. Masalah tempat solat di sekolah mungkin timbul semester hadapan. Apapun, sesuatu mesti dilakukan.

Bedah buku;
Lama juga tak tulis tentang bedah buku. Doakanku...

tsutzuku...

Nota sisi:
1) fuyu = musim sejuk
2) kikoku = pulang ke negara asal
3) zemi = seminar
4) sensei = cikgu
5) kenkyuu = research
6) shukudai = homework
7) shiryou = material, bahan-bahan
8) jikken = eksperimen
9) tsutzuku = bersambung
10) konbini = conveniance store







Saturday, January 16, 2010

mafuyu

Assalamu'alaikum,

Yuki kembali lebat beberapa hari ini. Bulan lepas keretaku patah ekzos dek terlanggar yuki keras. Yuki ketika turun memang putih dan lembut, tetapi jika perubahan ondo berlaku selama beberapa hari, ia berpotensi menjadi keras. Kalau betul kapal titanic boleh tenggelam terlanggar iceberg, logiklah juga kereta boleh patah ekzos.

Lagi sedikit gambar.

Berenang dalam yuki


Teka-teki: Yang belah kiri tu kereta ka, van ka, lori?


Josetsusha: Everyone is happy when this monster visits the neighbourhood=)

Sudah hampir empat tahun aku berada di Jepun, dan tahun ni Allah beri aku peluang untuk rasa sendiri bagaimana keadaan hidup dengan yuki yang bertimbun. Sebelum ni di Akita Kosen, aku tinggal di asrama, pergi kelas jalan kaki saja. Tapi tahun ni aku mula faham mengapa tidak sedikit nihonjin yang tidak begitu gembira bila yuki lebat.

Untuk ke kelas perlu bersedia kira-kira sejam lebih awal. Perlu peruntukan masa lebih kurang 30 ke 60 minit untuk buang yuki dari kereta, bergantung pada keadaan.

Sekadar berkongsi cerita, bukan mengeluh. Semuanya di atas kehendak Allah jua.

Tsutzuku...

mafuyu: the middle winter, pertengahan musim sejuk
yuki: salji
ondo: suhu
nihonjin: orang Jepun
josetsusha: snowplow, traktor yang kikis dan bersihkan yuki dari jalan
tsutzuku: to be continued...

Thursday, December 17, 2009

Fuyu again

Assalamu'alaikum wbt,

Kali keempat aku melalui musim sejuk. Pertama kali di Nagaoka. Sedikit berbeza ketika aku berada di Akita, kebanyakan jalanraya di sini dilengkapi lubang pancutan air untuk mencairkan yuki. Kat Akita pun ada tapi rasanya tidaklah sebanyak Nagaoka.


Fungsi benda ni adalah untuk mencairkan yuki




Hanif, senpai yang banyak berjasa untuk komuniti...



Tunggu lampu hijau... I love green (tapi kat sini lampu hijau dia panggil ao(biru) shingou)

Sedikit gugup ketika memandu dalam keadaan yuki yang lebat. Penglihatan kabur, cermin berkabus, permukaan jalan tidak rata. Sensei aku pesan "jaga-jaga, kamu pusing stereng kanan tapi kereta kamu akan kona kiri". Apa yang dia ingin sampaikan ialah jangan pandu laju dan dan jangan brek ketika membelok, kecuali jika betul-betul perlahan.

Winter Gathering IPIJ 2009

Soro-soro dah nak mula winter gathering. Tarikh tutup pendaftaran pun dah dekat.

Harapan kali ini, kita boleh memahami dan menghayati surah Al-Fatihah yang dibaca sekurang-kurangnya 17 kali itu. Mesti ada signifikannya, Allah swt syariatkan kita untuk mengulangi bacaan Al-Fatihah di dalam solat.




Baiki bacaan, hafal terjemahan, fahami tafsir. Tapi ada lebih dari itu. Semoga, kembalinya kita dari program nanti, kita mengetahui bagaimana Al-Fatihah menjadi sumber tarbiyah kita yang berterusan, dan seterusnya beramal dengannya.

Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.(Al-Fatihah: 6~7)

tsutzuku...

Nota sisi:
1) Fuyu = winter, musim sejuk
2) yuki = salji, snow
3) sensei = guru

4) senpai = senior
5) shingou = signal

6) soro-soro = dah tak lama lagi
7) tsutzuku = bersambung

Tuesday, November 17, 2009

yo-chien

Assalamu'alaikum,

Hari isnin lepas aku temankan Abang Fauzi untuk hantar anaknya Fauzan ke yo-chien. Fauzan dah berumur empat tahun, dan setakat ni Abang Fauzi pernah hantar Fauzan ke tuisyen eigo sahaja. Tiap-tiap hari Fauzan merungut kat ayahnya untuk ke sekolah. Minggu lepas juga aku temankan Abang Fauzi untuk berurusan dengan yo-chien. Selain tu kawan aku Hermi pun banyak membantu.

Yo-chien Fauzan ni milik swasta, jadi yurannya agak mahal. Apapun, InsyaAllah pendidikan peringkat awal ni dapat boast up perkembangan minda dan badan kanak-kanak. Tambah pula, belajar dengan anak-anak nihonjin. Habislah Fauzan jadi nihonjin lepas ni. Nihongo pera-pera mengalahkan aku.


Ganbatte kudasai ne, Fauzan-kun!

Prosedur pendaftaran di sini sangat teratur walaupun kadang-kadang rasa agak menyukarkan. Setiap anak akan memegang renrakuchou yang akan dibawa balik setiap hari. Melalui renrakuchou sensei dan ibubapa dapat berutus mesej setiap hari. Menu makan tengahari anak-anak setiap bulan juga akan diberitahu kepada ibu-bapa. Banyak lagi perkara positif yang ada, tapi aku tak ingat.

Terkenang pula zaman aku kanak-kanak dulu. Aku sempat ke tadika kemas selama setahun. Memang banyak yang aku dapat belajar masa kat tadika KEMAS. Zaman sekarang muncul pula PASTI di seluruh negara. Sejuk mata tengok kanak-kanak diberi sentuhan awal dengan tarbiyyah Islam. Tetapi persekitaran, pendidikan menengah rendah juga perlu di kaizen agar generasi muda yang faham erti tujuan sebenar hidup dapat dilahirkan. Zaman awal kanak-kanak sangat signifikan untuk membina asas. Namun kebanyakan manusia mengalami konflik identiti ketika remaja.

tsutzuku....

1) yo-chien (幼稚園)= tadika
2) sensei (先生)= guru
3) nihonjin (日本人)= orang Jepun
4) nihongo (日本語)= bahasa Jepun
5) pera-pera (ぺらぺら) = fasih, fluent
6) renrakuchou (連絡帳) = notice book kot
7) kaizen (改善) = pembaharuan, reform, tajdid?? =)
8) tsutzuku (続く) = bersambung, to be continued...
9) eigo (英語) = bahasa Inggeris

Tuesday, November 10, 2009

Mizore & Senryaku Map

Assalamu'alaikum,

3 November 2009. Cuaca mendung dan hari ini sangat sejuk. Di waktu pagi pula bumi nagaoka dihujani mizore.



Mizore... ("re" bunyinya sama macam "re" dalam perkataan "rehat")

Minggu lepas chu-kang shiken dah berakhir. Daripada 10 subjek yang aku ambil semester ini, hanya dua subjek yang mengadakan chu-kang shiken. Yang lain, shiken hanya sekali iaitu kimatsu shiken. Satu perkara yang memudahkan kami di sini, silibus yang termasuk dalam chu-kang shiken tidak akan ditanya buat kali kedua ketika kimatsu shiken. Beban untuk study dikurangkan separuh. Tetapi oleh kerana kali ni ada cuma ada dua subjek yang mengadakan chu-kang shiken, silibus untuk 8 lagi subjek ketika kimatsu shiken nanti bertambah susah.

Senryaku Map

Meja, kerusi, lampu dah ada... next is computer.

Hari ini ada perjumpaan dengan Hirao sensei, supervisor kenkyu aku, insyaAllah for the next few years. Dia mintak aku dan rakan satu lab, Anzai-kun untuk buat senryaku-map masing-masing. Dia nak tengok. Dan dia suruh fikir secara kasar, apa yang ingin aku lakukan dari sekarang untuk beberapa tahun berikutnya. Bidang pekerjaan, bidang kajian, perjalanan kenkyu. Fuuh.... Kangaekata nihonjin memang begini. Suka merancang seawal mungkin. Tapi bukankah itu yang sebaiknya?

Merancang dengan awal tanpa berlengah menunjukkan bahawa kita memiliki visi dan misi yang jelas. Itu juga menunjukkan kesungguhan kita untuk merealisasikan visi tersebut. Kita tak boleh lembab. Hirao sensei ingin pastikan aku dan Anzai-kun jelas matlamat yang ingin dicapai daripada kenkyu kami. Sebab tu dia minta kami buat senryaku map.

Program IPIJ Bulan 11


IPIJ Champions League Dan Wii

InsyaAllah, IPIJ champions league akan diadakan buat kali kedua. Tahun ini di Toyama. Mereka yang berdekatan dan berkelapangan, jomlah kita ke sana untuk merapatkan ukhuwah. InsyaAllah akan ada promosi satu benda yang istimewa. =)




Weekend Of Islamic Insight

Weekend Of Islamic Insight juga akan diadakan buat kali kedua. Tahun ini di Nara-ken, hanya untuk jyosei. Maklumat lanjut di sini(klik)

Andai para pembaca orenjinsei tidak dapat turut serta, apapun pastikan cuti anda diisi dengan perkara berfaedah =P

Tsutzuku...

Nota sisi:
1) mizore = hujan batu
2) jyosei = wanita
3) nihonjin = orang Jepun
4) chu-kang shiken = peperiksaan pertengahan semester
5) kimatsu shiken = peperiksaan akhir semester
6) kenkyu = research
7) sensei = guru, pensyarah
8) kangaekata = cara berfikir
9) senryaku map = strategy map

(tidak sedikit istilah-istilah dalam bahasa Jepun yang menggabungkan perkataan Jepun dan English)

Monday, October 12, 2009

Taufan

Assalamu'alaikum,

Taufan melur melanda nihon bermula rabu lepas, dan tiba di tempatku pada hari Khamis. Pihak sekolah mengumumkan cuti kecemasan pada hari tersebut. Ketika taufan, densha dan banyak pengangkutan awam tergendala dan angin kuat juga boleh mengancam keselamatan.



Alhamdulillah, tempatku Nagaoka tidak mengalami kerosakan teruk. Tetapi aku pasti majoriti telah mengambil langkah berkurung di dalam rumah ketika taufan. Tiada orang waras yang sukakan mudharat. Keesokan paginya aku keluar rumah, dan ternampak seekor kumo. Sarangnya masih elok walaupun taufan melanda hari sebelumnya.


Tatkala bumbung rumah boleh melayang, boleh pula sarang kumo bertahan. Menarik juga untuk dikaji sebab musababnya.

Kumo bersama anak-anak

Tapi kalau itulah yang dikehendaki Tuhan, maka itulah yang akan berlaku...

tsutzuku...

nota sisi:
1) kumo = labah-labah
2) densha = keretapi
3) tsutzuku = to be continued, bersambung
4) nihon = Jepun

Wednesday, August 5, 2009

Natsu no doubutsu

Assalamu'alaikum wbt,

Salam Ramadhan,

Natsu kali ini sedikit berbeza. Ketika di kosen dahulu, aku tidak menyedarinya, mungkin kerana tinggal dalam bangunan asrama yang sedikit terpisah dari pokok-pokok. Di sini kehadirannya sangat dirasai. Hampir setiap masa suaranya memenuhi ruang-ruang hidupku di rumah. Walaupun amplitud bunyinya agak kuat, tidak pula telingaku rasa bingit, malah ada unsur ketenangan. Tidak seperti kenderaan besi yang lalu lalang di jalan berhampiran. Doubutsu itu adalah cengkerik.


Pokok-pokok di luar rumah; habitat yang disukai cengkerik

Dan lagi satu ialah kumo. Di bawah tangga, di ampaian, di celah pintu, asal boleh dia akan bina sarangnya. Pernah suatu hari aku pulang ke rumah pada waktu malam dengan jitensha. Keesokan harinya ketika hendak keluar semula, seekor kumo telah membinah rumahnya di atas jistensha ku! Kagum dengan kepantasan dan ketekunannya membina rumahnya yang fukuzatsu itu, hanya dalam tempoh semalaman.


Spot the spider. kumo;arkitek yang hebat. Dia bina rumah atas ampaianku


Bedah Buku

Lama sudah tidak menulis tentang bedah buku. InsyaAllah kali ini nak cerita secara ringkas tentang buku "Bekalan Di Sepanjang Jalan Da'wah" tulisan Mustafa Masyhur. Aku tidak pasti sebutan tajuk asal buku ini dalam bahasa Arab, mungkin ada pembaca yang boleh berkongsi.

Setiap orang yang bermusafir mestilah mempunyai bekalan yang diperlukan di dalam perjalanan. Dengan itu dia menyediakan sebab musabab yang membolehkannya meneruskan perjalanan agar dapat menuju matlamatnya. Dia juga membuat pertimbangan terhadap apa yang akan berlaku di dalam perjalanannya. Kemungkinan berlaku sesuatu yang menghadang jalannya dan menghalang ia meneruskan perjalanannya. Adakalanya berlaku sesuatu yang menjauhkannya dari matlamat atau sekurang-kurangnya mencacatkan perjalanannya.

Jalan da'wah adalah segala-galanya di dalam kehidupan seorang da'i kepada Allah. Ia adalah jalan yang paling utama untuk diberikan perhatian. Mestilah ada bekalan yang memelihara dari terpesong, terhalang, terhenti, terbantut atau tergelincir jalan.

Dari suatu sudut pula, buku ini dapat membawa pembaca untuk lebih menghayati amal kerana Allah swt. Bagaimana amalan kita dapat memacu tindakan dan pergerakan kita.


Sama ada anda mengganggap diri anda penda'wah atau tidak, bacalah dan hayatilah buku ini jika berpeluang!


Da'wah dan Perniagaan

Ada yang beralasan "ilmu aku tak cukup lagi". Seorang saudaraku telah memberikan satu analogi. Aku tak pasti dari mana dia rujuk analogi ini, maka usahlah jadikannya suatu dalil, tapi sangat elok untuk difikirkan bersama.

Katanya da'wah itu ibarat satu perniagaan. Dan ilmu pula adalah modal perniagaan.

Jika nak berniaga besar-besar, modal kenalah banyak.

Dan jika ingin meluaskan ruang lingkup dan kemahiran da'wah, maka ilmu juga kenalah banyak.

Tapi kalau modal kita sikit pun, kita masih boleh berniaga kan? Jadi jika ilmu kita sikit pun, kita masih boleh bekerja.

Selamat berniaga dan selamat menambah modal.

Tsutzuku....

nota sisi;
1) natsu = musim panas
2) doubutsu = haiwan
3) kosen = kolej teknikal
4) kumo = labah-labah, maksud lain ialah awan
5) jitensha = basikal
6) fukuzatsu = rumit, complicated