Banyak yang dah berlaku. Besar perubahan yang dialami.
23 Disember yang lepas aku pulang ke Malaysia untuk menunaikan tuntutan syariat yang mulia. Alhamdulillah aku dah bernikah. Segala-galanya telah dipermudahkan Allah, jauh lebih mudah dari yang disangkakan. Alhamdulillah, dikurniakan isteri yang menyenangkan hati. Moga aku juga menyenangkan hati isteriku.
Kampung Datuk Keramat. I 'll be back soon, insyaAllah =)
Sekarang aku telah kembali ke Nihon untuk meneruskan saki-baki kerja yang tinggal di sini. Begitu juga saki-baki tanggungjawab bersama IPIJ. Perjuangan akan tetap diteruskan oleh adik-adik. Orang datang dan pergi, itu adalah lumrah.
28 Februari final presentation. Ada lebih kurang 2 bulan saja aku di Nihon, insyaAllah.
2 Oktober. Masih ada kira-kira seminggu untuk melaksanakan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Cuaca kurang berawan dua tiga hari ini, menyebabkan suhu sedikit naik. Begitu juga taikou yang sangat menyinar hari ni, beberapa kali mataku silau ketika memandu.
Kesesakan di hashi
Bedah Buku
Alhamdulillah, selesai membaca buku Abu Saif berjudul "Murabbi Cinta". Seperti buku "aku terima nikahnya" dan "bercinta sampai ke syurga" buku ini adalah himpunan artikel-artikel Abu Saif di blognya SaifulIslam.com, beserta penambahbaikan serba serbi.
Mungkin ada yang berpendapat, boleh saja membaca artikel-artikel tersebut di blog Abu Saif. Tetapi membacanya dalam bentuk sebuah buku dapat memberikan kelainan kerana artikel-artikel itu disusun dengan sistematik, mengikut urutan yang lebih memberi kesan kepada pembaca.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah. Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak, Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia, Kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir, Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal, Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya, Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya),
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.
Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )
Update
1 Syawal 1431 H @ Nagaoka Gijutsu Kagaku Daigaku. Kawan aku ni.
1 Syawal 1431 Hijrah. Di sini, sesi persekolahan berjalan seperti biasa. Soredemo, selamat hari raya aidilfitri kepada sekalian muslimin dan muslimat.
Tsutzuku...
nota sisi
1) Nagaoka Gijutsu Kagaku Daigaku = Nagaoka University of Technology
Bulan ini saja tiga orang sahabatku akan menamatkan zaman dokushin masing-masing.
Fahmi(baris kedua pertama dari kiri) dan Idris(baris pertama pertama dari kanan). Sahabat seperjuangan di Jepun, sedih bersama, penat bersama, pening kepala bersama.
Amiruddin(duduk ketiga dari kanan). Di jalan itu anda menikah.
Moga segalanya berjalan lancar. Sangatku berhajat untuk hadir ke majlis kenduri kalian, tapi sekolah aku cuti pendek.
Kekkonshimashou
Dalam Islam ada banyak seruan, anjuran untuk bernikah. Sudah sampaikah masa anda? Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Matikanlah aku dalam keadaan iman dan Islam, dan janganlah Engkau matikan aku dalam keadaan bujang.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud,
"Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukanlah dari golonganku"(Riwayat Ibnu Majah)
Dah nak habis dah? Hari ini sudah masuk hari ke 29 Ramadhan 1431. Semalam aku berfikir, boleh jadi malam semalam adalah malam terakhir Ramadhan tahun ini, walaupun dari segi kira-kiranya, diramalkan Ramadhan tahun ini adalah selama 30 hari. Sempat lagikah kita bertarawikh malam ini? Moga Allah s.w.t mengurniakan kita sedikit lagi peluang.
Tsutzuku...
nota sisi 1) kekkon = perkahwinan 2) dokushin = bujang 3) kekkonshimasou = jom kahwin 4) tsuzuku = bersambung
Alhamdulillah, selamat sudah menempuh 1 Ramadhan 1431 Hijrah. Peluang bertarawikh datang lagi.
Sebelum datang ke nihon, aku hanya membayangkan jugyo-jugyo yang perlu diikuti beserta shukudai-shukudai yang perlu diselesaikan sebagai ilmu yang mahu diterokai. Tidak lebih dari itu. Tapi tak disangka, berada di perantauan yang tidak ramai muslim, adalah peluang besar untuk memperbaiki diri, pada masa yang sama boleh jadi risiko besar untuk terjatuh jauh dari Islam. Kata-kata seorang sahabat "pegi oversea, sama ada jadi lebih baik atau lagi buruk" tidak pernah aku lupa.
Tetapi peluang memperbaiki diri yang macam mana? Banyak sebenarnya, dan salah satu yang pasti ialah praktikal ibadah khususiah. Kerana di sinilah aku dapati, kita dapat melaksanakan perkara yang jarang sekali diberi peluang di Malaysia. Contohnya menjadi imam solat dengan kerap, imam untuk solat jumaat, menjadi khatib, menjadi amil zakat dan pelbagai lagi. Semua antara peluang yang Allah kurniakan untuk masing-masing memahami dan lebih menjiwai Islam yang disyariatkan kepada kita.
Getting ready for tarawikh jemaah prayer at musolla
Ketika di kosen, hanya ada lima orang Muslim di situ. Mahu tidak mahu masing-masing bangkit menggalas amanah menjadi imam, tampil ke hadapan menjadi khatib. Pada awalnya mungkin rasa terpaksa kerana tuntutan keadaan, tetapi dalam tidak sedar itu adalah tarbiyah yang dianugerahkan Allah. Malah pertembungan dengan saudara seIslam yang berlainan mazhab, berlainan kangaekata, berlainan sikap telah meluaskan cara pandang.
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Ku rasa sangat bersyukur dipilih menjadi ghuraba di bumi "Islam" tanpa muslim ini.
Jangan cepat berpuas hati
Namun sering juga aku mengingatkan diri agar tidak cepat berpuas hati. Kerana Islam bukan sekadar menjadi imam solat dan amil zakat. Dari Aqidah, mu'amalat hinggalah siasah, semua cabang kehidupan kita diliputi Islam. Hendaklah kita bersama-sama mereka yang bekerja untuk menegakkan Islam yang syumul.
"Islam adalah sistem hidup yang syumul, mencakupi seluruh fenomena kehidupan. Maka ia adalah negara dan tanah air atau kerajaan dan umat; akhlaq dan kekuatan atau rahmat dan keadilan; kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman; material dan kebendaan atau usaha dan kekayaan; jihad dan da'wah atau tentera dan fikrah. Seperti mana ia adalah 'aqidah yang sebenar dan 'ibadah yang sahih tanpa ada bezanya.- Hassan al-Banna"
Suicching den-gen. Need to study this thing a lot this semester. Daisuki.
Tsutzuku...
nota sisi 1) jugyo = kuliah 2) shukudai = tugasan 3) kangaekata = cara berfikir 4) tsutzuku = bersambung 5) tarbiyah = pendidikan 6) suicching den-gen = switching power supply 7) daisuki = sangat suka 8) kosen = kolej teknikal ala-ala politeknik 9) syumul = sempurna, mencakupi seluruhnya 10) nihon = Jepun 11) ghuraba = orang asing
Alhamdulillah, kini hampir setiap hari aku dapat melihat langit yang cerah lagi biru. Indah sekali. Natsu berada di kemuncak, begitu jugalah suhu persekitarannya. Bulan lepas saja beberapa orang di nihon telah mati, dek kerana kepanasan dan kekeringan.
Suhu badan 38 C, dah dikira demam?
Di mahsyar nanti, jauh lebih dahsyat. Tapi kita tidak akan mati lagi. Teruslah berada didalam kepanasan, kekeringan, kehausan, sekiranya tidak dikurniakan perlindungan.
Cuba baca...
Malam tadi komuniti Muslim di Nagaoka telah mengadakan mesyuarat umum yang kedua. Antara perkara yang ditekankan, ialah cara melonjakkan kutipan dana pembinaan masjid di sini. Satu isu yang dirisaukan ialah status penduduk-penduduk Muslim di Nagaoka. Hampir kesemuanya adalah pelajar yang tidak akan menetap lama di sini. Walaupun perkara pertama yang perlu diselesaikan sekarang ialah kutipan dana, timbul juga kerisauan berkenaan pendaftar masjid yang dirancang. Sekurang-kurangnya pendaftar tersebut hendaklah memiliki status "parmanent resident". Adalah hampir mustahil untuk gaikokujin menjadi warganegara Nihon, kerana Nihon menggunakan jus sanguinis dalam menentukan kewarganegaraan.
Nihonjin muslim? Ada beberapa orang di Nagaoka, tetapi kurang melibatkan diri dan usaha mentarbiyah mereka juga kurang berkesan.
Apapun seperti yang disebut presiden komuniti Muslim di sini, "At least we should try".
Tsutzuku....
nota sisi 1) atsui deshou? = panaskan? 2) natsu = musim panas 3) nihon = Jepun 4) gaikokujin = warganegara asing 5) tarbiyah = pendidikan 6) nihonjin = orang Jepun 7) tsutzuku = bersambung
Musim shiken sekarang ni. Aku ada dua shiken saja. Almaklum pelajar tahun akhir, tidak banyak subjek wajib. Tapi ramai kawan-kawan lain yang perlu bertungkus lumus untuk shiken masing-masing. On the other hand, kena ganbaru untuk happyoukai yang akan diadakan kurang dua minggu dari sekarang.
Bulan depan, insyaAllah kikoku shimasu. Sedang menguruskan tiket.
Tengok balik isu semasa, sebelum ni musim piala dunia. Sekarang bising dengan kenaikan harga minyak dan gula. Harga gula dan minyak asalnya memang mahal, kemudian kerajaan bayar subsidi supaya barang-barang ni jadi lebih murah untuk membantu rakyat.
Sekarang kerajaan nak kurangkan subsidi. Ada suara mengatakan "sebenarnya memang gula ni mahal pun", seolah-olah menyuruh kita merestui tindakan pengurangan subsidi. Tapi kenapa pada masa yang sama cara kerajaan berbelanja agak mengecewakan? Satu soalan, perlukah bekas perdana menteri memiliki pejabat yang dibiayai oleh kerajaan, sedangkan dia tidak lagi memegang jawatan sebagai perdana menteri?(Klik sini) Terlalu banyak perkara yang menghairankanku, ini baru satu contoh. Baca sajak sikit kat sini.
Kalau pendapatan purata rakyat tidak terlalu rendah, mungkin tindakan ini boleh diterima. Tetapi realitinya masih ramai yang miskin. Pada pendapatku, dalam isu ini perkara yang perlu diperbaiki ialah cara kerajaan berbelanja.
Dan tidak lupa juga, isu umat yang seringkali ditenggelamkan dengan hiburan dan perkara-perkara lagha. Aku teringatkan sebuah lagu yang ingin aku kongsi dengan semua.
WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Gaza sedikit terpisah dari baitul maqdis, tapi disitulah bertapaknya saudara kita dan gerakan yang paling hampir dalam perjuangan membebaskan masjidil aqsa.
Moga kesibukan harian tidak melalaikan kita dari mengingati Allah dan realiti umat Islam.
Aku baru pulang dari Hospital siang tadi. Jadi translator untuk seorang sahabat yang mengadu sakit dada dan batuk. Menurut sensei, tidak ada masalah dengan organ dalaman. Mungkin disebabkan terlalu kerap batuk, tulang rusuk asyik bergesel dengan otot di dada, hingga menyebabkan kesakitan. Alhamdulillah.
Tadabbur di hospital
Nagaoka Nishi Byouin
Walaupun aku tidak pernah menerima rawatan hospital di nihon, ini bukanlah kali pertama aku ke hospital. . Ketika di Akita, pernah dua kali aku ke hospital untuk ziarah. Kali pertama ziarah senpai yang kena apendiks. Kali kedua ziarah senpai yang mengalami masalah saluran darah tersumbat.
Di Nagaoka, sebelum ini juga aku pernah menjadi translator untuk sahabat yang sudah berkeluarga. Jadi walaupun tidak menerima rawatan, sedikit sebanyak aku sudah faham prosedur dan suasana hospital di nihon.
Berlegar dan menunggu di hospital, dari satu sudut sangat menginsafkan. Aku perhatikan ramai nihonjin-nihonjin yang tua di hospital, dalam pelbagai keadaan. Memerhatikan mereka, asyik mengingatkan aku usia mudaku sekarang. Aku sudah 23 tahun. Pembaca orenojinsei juga majoriti orang muda bukan? Di kalangan orang tua itu ada yang jalan terhenjut ada yang bongkok.
"Dan barangsiapa yang Kami panjangkan umurnya niscaya Kami kembalikan dia kepada kejadian(nya). Maka apakah mereka tidak memikirkan?" (Yasin: 68)
Kembali kepada kejadiannya, yakni kembali menjadi lemah dan kurang akal. Kita sebagai makhluk adalah lemah. Lahirnya kita dalam keadaan bayi, adalah antara keadaan paling lemah. Kemudian kita membesar, Allah kuatkan tubuh badan kita. Dan apabila kita tua, kita kembali menjadi lebih lemah. We have been reminded about this.
Kena juga dengan pesan Nabi, ingatlah masa mudamu sebelum masa tua. Sihat sebelum sakit.
Pengurusan hospital di sini teratur. Kalau pesakit ramai sekalipun, perjalanannya lancar.
Pengalaman Di Malaysia
Aku pernah berurusan di hospital Malaysia dua kali. Kali pertama di hospital swasta metro, di Sungai Petani. Tulang paha berasa pelik dan sedikit sengal, jadi ayahku bawa ke situ. Lepas diperiksa, doktor kata tak ada masalah. Bagi sedikit masa, insyaAllah rasa sengal tu hilang. Dan alhamdulillah lepas tu memang hilang.
Kali kedua di hospital kerajaan, juga di Sungai Petani untuk medical check-up, sebelum datang ke Nihon. Dari pagi sampai tengahari aku pusing hospital tu, kerana ada banyak ujian perlu dibuat. Yang paling berbekas di ingatan dua saja, ujian jenis darah dan ujian darah. Ujian jenis darah, seorang pegawai perubatan meletakkan sejenis device di jari, kemudian ada bunyi dan tak semena-mena darah keluar. Dari situlah darah diuji dan jenis darah diketahui. Simple saja.
Satu lagi ujian, blood test. Aku tak ingat apa yang dikaji, kerana kuantiti darah yang diambil lebih banyak. Doktor suruh aku genggam tangan, sampai urat timbul. Dia aim pada pergelangan siku dengan picagari yang saiz jarumnya agak menakutkan. Tidaklah terlalu sakit, tetapi senarionya agak ngeri. Mujur aku tak pitam.
Keadaan di hospital Sungai Petani sedikit sesak. Nisbah pesakit yang datang, aku kira hampir sama saja muda dan tuanya. Tidak ketara beza umur.
Adakah Malaysia sekarang masih mengalami masalah kekurangan doktor? Doktor kurang, atau pesakit yang ramai?
Teringat sebuah artikel abu saif. Hoping for a better future, aamiin.
Tsutzuku..
1) nihon = Jepun 2) Tsutzuku = bersamung 3) sensei = doktor 4) nihonjin = orang Jepun 5) byouin = hospital 6) nishi = barat
Maka tibalah waktu yang dinantikan. Natsu! Aku berpeluang untuk menempuhinya buat kali kelima. Bagi nihonjin, boleh dikatakan inilah musim yang paling disukai mereka. Aku pula, mungkin mirip kepada tanah air tetapi bahang lebih terasa kerana kelembapan udara adalah rendah.
sekolah yang baru di reform
Di persimpangan
2 Ogos, ada chukang happyo. Alhamdulillah, pengalaman berorganisasi bersama IPIJ sedikit sebanyak telah membina keyakinan diri berhadapan dengan audience. Begitu juga kemahiran bercakap di depan khalayak ramai. Aku tidak pandai bercakap, tetapi keadaanku selepas bersama IPIJ adalah lebih baik.
Aku juga berharap agar dapat pulang ke tanah air penghujung Ogos ini, untuk menyertai program Jalinan Mesra bersama alumni IPIJ.
Sekarang tengah baca buku ni. Thanks to my brother.
Maaf kerana isinya tidak dibedah di dalam entri ini. Sekadar berkongsi aktiviti, mungkin anda berminat membacanya selepas ini =)
InsyaAllah, siri bedah buku yang lain akan menyusul.
Tsutzuku... 1) natsu = musim panas 2) nihonjin = orang jepun 3) chukang happyo = pembentangan pertengahan semester??
Masakan tidak. Kalau nak pendekkan rambut 1 cm saja, lebih baik tunggu rambut jadi lebih panjang sebelum dipotong. Rugi.
"Bukan. Maksud saya jadikan rambut saya 1 cm saja", aku membalas.
"naruhodo". Gembiralah dia, kerana kerjanya menjadi mudah. Ambil mata pemotong 10 mm, dan ratakan saja rambutku.
Misscomunication do happens, even in simple matter. Sedangkan ketika bercakap pun boleh salah faham. Apatah lagi ketika bersms, berchatting atau beremail.
Ingat nak sambung kisah bersiri "jalan ke Jepun", insyaAllah tak lama lagi. Kena habiskan cepat, sebab rasanya aku pun dah tak lama berada di Jepun.
Secara asasnya aku dah jadi kenkyuu-sei. Dah ada lab. Dah ada projek untuk diselesaikan sebelum 2 Ogos ini. Tetapi aku masih menduduki kelas untuk beberapa mata pelajaran. Antara subjek yang diambil semester ini ialah "kenpou & gendai". Subjek tentang perlembagaan Jepun. Banyak perkara menarik yang aku jumpa, dan subjek ini telah memberiku peluang untuk lebih mengenali Nihon dari sudut undang-undang.
Nippon koku kenpou
Terjemahan kasar: 1) Kebebasan kepercayaan(beragama) bagi sesiapa sahaja adalah dijamin. Semua kumpulan agama tidak boleh menerima apa-apa hak istimewa dari negara, dan tidak dibenarkan melaksanakan apa-apa tindakan di atas kuasa politik. 2) Sesiapa sahaja tidak akan dipaksa untuk menyertai/melaksanakan mana-mana upacara, sambutan, aktiviti keagamaan. 3) Negara dan institusinya, tidak boleh melaksanakan pendidikan agama, atau apa-apa aktiviti keagamaan.
Alhamdulillah, di kalangan gaikokujin, ada kesedaran dan gerakan Islam yang bergerak melalui pelbagai medan, terutamanya bagi pihak negara masing-masing. Di kalangan nihonjin, pergerakannya tidak besar, apatah lagi dengan perlembagaannya yang sedemikian. Tetapi usaha itu tetap ada, contohnya Japanese Muslim Association.
Apa yang aku tulis ini, bukan untuk sekadar tatapan dan info. Tetapi pembaca orenojinsei perlu bertanya pada diri, sudahkan aku gabungkan diri dengan gerakan Islam? Jika sudah, atas dasar apakah penggabungan diri kita? Emosi, isu, ikut kawan atau aqidah?
Setiap muslim perlu bersama gerakan Islam.
Tsutzuku...
nota sisi; 1) kenkyuu-sei = people who do research 2) nihon = Jepun 3) gaikokujin = warga asing 4) nihonjin = orang Jepun 5) kenpou = perlembagaan 6) gendai = zaman kini 7) nippon koku kenpou = perlembagaan negara Jepun
Aku telah pulang bercuti ke tanah air selama sembilan hari awal bulan ini. Sembilan hari saja? "mottai nai", kata sesetengah orang. Biarpun kekurangan dari segi kuantiti, aku cuba meningkatkan kualiti masa bersama orang di sekeliling, keluarga dan kenalan. Sempat juga berjumpa kakak iparku, sebelum ni dah jumpa tapi belum berstatus demikian. Alhamdulillah. Seronok mendapat ahli keluarga baru. Mudahan-mudahan bertambah lagi lepas ni.
Belajar cara menyediakan ketam dari mama
Beli dulu, insyaAllah baca kemudian
Seperti biasa di kesempatan balik, aku akan cuba dapatkan sebilangan bahan bacaan dan top-up barang-barang dapur. Masa pergi sekolah adik aku kat aloq staq, aku singgah kat Pustaka Mukmin, kat Sahab Perdana, borong sedikit bahan bacaan untuk dibawa pulang. Masih ada buku-buku yang dibeli sebelum ini tetapi belum sempat dihabiskan. Tapi senpai aku kata "beli je dulu".
Mengapa aku masih di sini? Bulan depan cukuplah empat tahun aku di Nihon. Hatiku berbisik, menyuruh supaya kembali secepat mungkin ke tanah air. Tetapi kita semua ada perancangan. Ada hikmah yang mahu dikutip di bumi ini. Ada generasi yang mahu ditinggalkan di bumi ini. InsyaAllah selepas itu, aku akan pulang, untuk meneruskan rancangan lain pula. OPTIMIS dengan apa yang sudah dirancang. Penang International Airport
Tapi siapa tahu, jika Allah mahu aku kikoku lebih awal. Sedangkan ajal maut kita sendiri juga tidak dapat diawal atau dilewatkan biar sedetik. Di bumi mana kita akan mati, kita juga tiada mengetahui.
Tetapi salahkah kita untuk merancang? Ya Allah ya Rahman ya Rahim, teguhkanlah langkahku dan sahabat-sahabat ku....
tsutzuku....
nota sisi; 1) mottai nai = rugi 2) nihon = Jepun 3) kikoku = pulang ke negara asal 4) gakusei = pelajar 5) senpai = senior 6) tsutzuku = to be continued
Fuyu lagi kat sini. Tetapi waktu siang sudah mula menjadi panjang semula.
Jalan ke sekolah
konbini berdekatan sekolah
Nagaoka University of Technology,
Sekolah aku mengamalkan sistem tiga semester. Semester pertama dan kedua penuh dengan kuliah, semester ketiga pula lebih pendek, iaitu bulan Januari hingga Mac bergantung pada kursus dan sensei masing-masing. Ada rakanku yang kikoku selama tiga bulan ketika semester ketiga, kerana tidak ada kuliah dan sensei juga tidak mewajibkan mereka datang ke sekolah untuk kenkyuu. Berjikken lah hangpa...
Sensei kata buku ni bagus
Aku pula, ada jikken khas dan perlu datang ke sekolah untuk mengikuti zemi yang diadakan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Dan mengikuti zemi bukan bermaksud mendengar sahaja. Pastinya ada shukudai dan shiryou yang perlu dikaji dan dibaca.
Ketika muktamar IPIJ yang lepas aku telah melepaskan jawatanku. Tetapi masih terlibat dengan mesyuarat tertentu dan usrah IPIJ. Nak bekerja kerana jawatan atau apa? Sebenarnya kita semua dah ada jawatan.(2:30 & 51:56). Seorang hamba mesti taat kepada Tuannya. Seorang khalifah? Kerjanya ialah memakmurkan bumi, bukan saja dari sudut material dan alam sekitar tetapi meneruskan kerja para Rasul.
Keadaan di Nagaoka, Kena pulun lagi untuk mendekatkan komuniti kepada Islam. Azam tahun ini agar lebih aktif. Masalah tempat solat di sekolah mungkin timbul semester hadapan. Apapun, sesuatu mesti dilakukan.
Bedah buku; Lama juga tak tulis tentang bedah buku. Doakanku...
tsutzuku...
Nota sisi: 1) fuyu = musim sejuk 2) kikoku = pulang ke negara asal 3) zemi = seminar 4) sensei = cikgu 5) kenkyuu = research 6) shukudai = homework 7) shiryou = material, bahan-bahan 8) jikken = eksperimen 9) tsutzuku = bersambung 10) konbini = conveniance store
Yuki kembali lebat beberapa hari ini. Bulan lepas keretaku patah ekzos dek terlanggar yuki keras. Yuki ketika turun memang putih dan lembut, tetapi jika perubahan ondo berlaku selama beberapa hari, ia berpotensi menjadi keras. Kalau betul kapal titanic boleh tenggelam terlanggar iceberg, logiklah juga kereta boleh patah ekzos.
Lagi sedikit gambar. Berenang dalam yuki
Teka-teki: Yang belah kiri tu kereta ka, van ka, lori?
Josetsusha: Everyone is happy when this monster visits the neighbourhood=)
Sudah hampir empat tahun aku berada di Jepun, dan tahun ni Allah beri aku peluang untuk rasa sendiri bagaimana keadaan hidup dengan yuki yang bertimbun. Sebelum ni di Akita Kosen, aku tinggal di asrama, pergi kelas jalan kaki saja. Tapi tahun ni aku mula faham mengapa tidak sedikit nihonjin yang tidak begitu gembira bila yuki lebat.
Untuk ke kelas perlu bersedia kira-kira sejam lebih awal. Perlu peruntukan masa lebih kurang 30 ke 60 minit untuk buang yuki dari kereta, bergantung pada keadaan.
Sekadar berkongsi cerita, bukan mengeluh. Semuanya di atas kehendak Allah jua.
Tsutzuku...
mafuyu: the middle winter, pertengahan musim sejuk yuki: salji ondo: suhu nihonjin: orang Jepun josetsusha: snowplow, traktor yang kikis dan bersihkan yuki dari jalan tsutzuku: to be continued...
Satu perkara signifikan yang aku belajar ketika Winter Gathering yang lepas, iaitu As-Sa'adah.
Seringkali selepas kita membaca cerita hikayat, monogatari, atau menonton drama dan filem, kita akan berjumpa dengan frasa "happily ever after". Pasangan kekasih yang dianiaya, berhempas pulas dengan dugaan, dan akhir cerita mereka dapat bersama. And they live happily ever after.... begitulah kebiasaannya.
Aku tidak katakan ia salah, kerana apapun ia adalah tafsiran manusia. Sesuatu yang di lihat berdasarkan kefahaman biasa.
Aku sendiri pernah merasakan diri ini sangat bahagia disebabkan beberapa sebab. Ketika tahun tiga di kousen, aku rasa bahagia kerana hampir setiap minggu boleh snowboard.
Di tahun empat aku rasa bahagia sebab boleh beli video game original, setiap kali ada game yang menarik aku order saja dari internet. Kalau kat Malaysia memang tak mampu beli.
As-Sa'adah "Di kala datang hari itu, tidak ada seorangun yang berbicara, melainkan dengan izin-Nya; maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia. "
"Adapun orang-orang yang berbahagia, maka tempatnya di dalam syurga, mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain); sebagai karunia yang tiada putus-putusnya. "
(Hud: 105&108)
Signifikannya, as-sa'adah disebut di dalam ayat yang menceritakan tentang hari akhirat. Di dalam dua ayat ini sahaja, kalimah itu disebut.
As-Sa'adah itu di akhirat, bukan di dunia.
Bukan bermakna kita tidak boleh bergembira di dunia. Bergembiralah, tetapi ingatlah bahawa kegembiraan itu sementara.
Dan apakah pula jalan-jalan untuk memperoleh sa'adah?? .....
mata aimashou
Nota sisi: 1) shiawase = bahagia 2) monogatari = fairy tale
Alhamdulillah aku telah mendapat kakak ipar pada 18 Disember yang lepas. Akad nikah telah diadakan di kajang. Kenduri pengantin perempuan di rumah kak zanira(kakak ipar), kenduri pengantin lelaki di rumah Uncle Ismail(pakcikku, adik kepada ibuku) juga di kajang.
Let the pictures tell the story... Night Operation(regards to my dad)
Alhamdulillah, kahwin juga akhirnya.
Bumi diwarisi dari generasi ke generasi.... Aku dan Abang P kira-kira dua puluh tahun yang lalu
Dulu kita tak ada apa-apa, tidak wujud pun di muka bumi ini. Dari tak ada apa-apa kita lahir ke dunia, dilahirkan oleh generasi sebelum kita. Kemudian kita membesar dan jadi kanak-kanak macam gambar di atas. Masa terus berlalu, kita membesar lagi, tiba waktu dan jodohnya, kita berkahwin. Kemudian kita melahirkan pula generasi seterusnya. Generasi di bawah kita pula akan melahirkan generasi berikutnya.
Sunnatullah untuk khalifah bumi, bumi itu diwarisi dari generasi ke generasi. Tidak seperti malaikat yang tidak beranak dan tidak bergenerasi.
Menjadi tanggungjawab kita untuk mempersiapkan generasi di bawah kita, agar bumi diwarisi dengan kalimah tauhid yang terus berkumandang.
Kali keempat aku melalui musim sejuk. Pertama kali di Nagaoka. Sedikit berbeza ketika aku berada di Akita, kebanyakan jalanraya di sini dilengkapi lubang pancutan air untuk mencairkan yuki. Kat Akita pun ada tapi rasanya tidaklah sebanyak Nagaoka.
Fungsi benda ni adalah untuk mencairkan yuki
Hanif, senpai yang banyak berjasa untuk komuniti...
Tunggu lampu hijau... I love green (tapi kat sini lampu hijau dia panggil ao(biru) shingou)
Sedikit gugup ketika memandu dalam keadaan yuki yang lebat. Penglihatan kabur, cermin berkabus, permukaan jalan tidak rata. Sensei aku pesan "jaga-jaga, kamu pusing stereng kanan tapi kereta kamu akan kona kiri". Apa yang dia ingin sampaikan ialah jangan pandu laju dan dan jangan brek ketika membelok, kecuali jika betul-betul perlahan.
Harapan kali ini, kita boleh memahami dan menghayati surah Al-Fatihah yang dibaca sekurang-kurangnya 17 kali itu. Mesti ada signifikannya, Allah swt syariatkan kita untuk mengulangi bacaan Al-Fatihah di dalam solat.
Baiki bacaan, hafal terjemahan, fahami tafsir. Tapi ada lebih dari itu. Semoga, kembalinya kita dari program nanti, kita mengetahui bagaimana Al-Fatihah menjadi sumber tarbiyah kita yang berterusan, dan seterusnya beramal dengannya.
Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.(Al-Fatihah: 6~7) tsutzuku...
Nota sisi: 1) Fuyu = winter, musim sejuk 2) yuki = salji, snow 3) sensei = guru 4) senpai = senior 5) shingou = signal 6) soro-soro = dah tak lama lagi 7) tsutzuku = bersambung
Hari isnin lepas aku temankan Abang Fauzi untuk hantar anaknya Fauzan ke yo-chien. Fauzan dah berumur empat tahun, dan setakat ni Abang Fauzi pernah hantar Fauzan ke tuisyen eigo sahaja. Tiap-tiap hari Fauzan merungut kat ayahnya untuk ke sekolah. Minggu lepas juga aku temankan Abang Fauzi untuk berurusan dengan yo-chien. Selain tu kawan aku Hermi pun banyak membantu.
Yo-chien Fauzan ni milik swasta, jadi yurannya agak mahal. Apapun, InsyaAllah pendidikan peringkat awal ni dapat boast up perkembangan minda dan badan kanak-kanak. Tambah pula, belajar dengan anak-anak nihonjin. Habislah Fauzan jadi nihonjin lepas ni. Nihongo pera-pera mengalahkan aku.
Ganbatte kudasai ne, Fauzan-kun!
Prosedur pendaftaran di sini sangat teratur walaupun kadang-kadang rasa agak menyukarkan. Setiap anak akan memegang renrakuchou yang akan dibawa balik setiap hari. Melalui renrakuchou sensei dan ibubapa dapat berutus mesej setiap hari. Menu makan tengahari anak-anak setiap bulan juga akan diberitahu kepada ibu-bapa. Banyak lagi perkara positif yang ada, tapi aku tak ingat.
Terkenang pula zaman aku kanak-kanak dulu. Aku sempat ke tadika kemas selama setahun. Memang banyak yang aku dapat belajar masa kat tadika KEMAS. Zaman sekarang muncul pula PASTI di seluruh negara. Sejuk mata tengok kanak-kanak diberi sentuhan awal dengan tarbiyyah Islam. Tetapi persekitaran, pendidikan menengah rendah juga perlu di kaizen agar generasi muda yang faham erti tujuan sebenar hidup dapat dilahirkan. Zaman awal kanak-kanak sangat signifikan untuk membina asas. Namun kebanyakan manusia mengalami konflik identiti ketika remaja.
tsutzuku....
1) yo-chien (幼稚園)= tadika 2) sensei (先生)= guru 3) nihonjin (日本人)= orang Jepun 4) nihongo (日本語)= bahasa Jepun 5) pera-pera (ぺらぺら) = fasih, fluent 6) renrakuchou (連絡帳) = notice book kot 7) kaizen (改善) = pembaharuan, reform, tajdid?? =) 8) tsutzuku (続く) = bersambung, to be continued... 9) eigo (英語) = bahasa Inggeris
Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab(Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah.
Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri.(57:22~23)