"enjin sejuk". Begitulah lebih kurang , kata-kata seorang senpai di Jepun. Apa-apa perbuatan ataupun amal, kalau dah lama tinggal, memang berat untuk dihidupkan semula. Sama la juga berblogging. Tapi lagi sedih kalau yang ditinggal tu ibadah yang dah lama kita istiqamah.
It is my second week in my hometown, Sungai Petani. This place has changed a lot. From social and development point of view, its totally different compared to ten years ago. I was born and raised up here, but I moved to Kuching when I was ten years old. Rumah di Sungai Petani
During my first week since I came home, I was quite passive. Asal boleh dicapai selimut dan bantal, mahu saja ku baringkan diri. Mungkin penat bersummer camp masih belum hilang sepenuhnya. Tapi tidak lupa juga nasihat ustaz hasrizal. Dan nasihat yang sama aku pernah dengar dalam ceramah ustaz Ismail Kamus. Kalau disifirkan kembali suimin jikang kita, ia akan mencecah berpuluh-puluh tahun. Kalau sehari tidur lapan jam, katakan kita hidup 60 tahun, makan 20 tahun hidup kita habis untuk tidur sahaja. Memang best tidur, malah itu sebahagian sunnatullah. Tapi alangkah ruginya tidur berlebihan<---- nasihat untuk diri sendiri. Summercamp 2008 "Think Big, Act Small"
Dan alhamdulillah, Summercamp 2008 telah berjaya diadakan. Omedetou untuk peserta yang hadir, semoga ilmu yang diperoleh disebar dan diamalkan. Omedetou untuk AJK program, semoga penat lelah anda diiringi niat yang ikhlas. Omedetou untuk semua, semoga ukhwah kita berkekalan. Perjalanan summercamp 2008, secara kasranya adalah berdasarkan buku Maza Yakni(klik) karangan Fathi Yakan. Tapi Abu Saif telah mengupasnya melalui pendekatan tersendiri. Semoga kita lebih faham dan lebih mahu untuk beramal dengan Islam.
Bahasa Badan
Aku masih dalam proses menghabiskan pembedahan buku bertajuk "The Definitive Book of Body Language". Buku setebal 392 muka surat ni, cerita pasal bahasa badan. Yang dimaksudkan dengan bahasa badan bukanlah bahasa isyarat. Tetapi lebih kepada reaksi-reaksi spontan tubuh badan kita dalam sesuatu situasi. Omoshiroi.
Karada no Gengo
Penulis buku ini, Allan Pease berkongsi pengalamannya ketika menjadi salesman di usia remaja. Melalui gerak geri pelanggannya, dia dapat tahu pelanggan yang masih boleh dipujuk, dan pelanggan yang telah tekad untuk tidak mahu membeli produknya. Dia membuat kesimpulan, pelanggan yang memintanya mengundurkan diri dengan menggenggam tangan atau sambil menunjuk ke arah pintu keluar, walaupun dengan suara yang lembut, tidak wajar dipujuk untuk membeli lagi. Ini kerana tindakan menggenggan tangan itu telah menunjukkan dia telah tekad untuk tidak membeli dan tidak mahu diganggu. Malah jika terus dipujuk mungkin akan menimbulkan kemarahan. Its hard for the body to lie.
Selain itu turut dikupas dalam buku ini, pelbagai reaksi manusia dalam pelbagai situasi. Contohnya ialah tanda-tanda seseorang itu menipu, reaksi seseorang yang akan bersetuju dengan sesuatu cadangan dan lain-lain. Malah turut dikongsi pelbagai tips dalam memberi ceramah, berunding, menghadapi temuduga dan mengambil hati orang lain melalui sentuhan. Dan pelbagai lagi. Sukar untuk aku rumuskan semuanya dalam satu entry. Tapi perlu diingat, buku ini ditulis berdasarkan survey dan kajian. Jadi mungkin ada juga tips atau maklumat yang belum pasti kesahihannya, malah mungkin berbeza dengan budaya kita.
Perlu selektif
Dan aku berpendapat isi buku ini diambil secara selektif. Ambil yang jernih buang yang keruh, kerana mungkin ada perkara-perkara yang tidak sesuai dengan kita. Maklumlah, penulisnya juga adalah dari barat. Tapi aku rasa tidak rugi kalian membacanya. Sukar untuk mempraktikkan semuat tips-tips dalam buku ini. Tetapi sedikit sebanyak dapat memberi chishiki yang akan menjadikan kita manusia yang lebih peka. Kadangkala sikap kurang peka boleh melukakan hati seseorang, walaupun kita tidak bermaksud untuk melakukannnya!
Rasulullah SAW seorang yang peka.
"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Link dari masjid negara (Klik)
Itulah dia contoh kepekaan Rasulllah SAW. Minta kawan-kawan yang tahu, boleh confirmkan balik sumber sirah tersebut. Aku cuba cari tapi tak jumpa.
Ramadhan makin hampir...
Tsutzuku...
Nota sisi: 1) karada = body, tubuh badan 2) gengo = language, bahasa 3) senpai = senior 4) chishiki = knowledge, ilmu pengetahuan 5) omedetou = tahniah 6) omoshiroi = interesting, menarik 7) suimin jikang = tempoh masa tidur
Dah banyak habuk kat orenojinsei. Apepun izinkan aku mendarat sebentar di sini.
Aku dah seminggu berada di Malaysia. Banyak juga perkara yang buat aku terfikir kali ni. Berbeza dengan kepulanganku tahun lepas. Kali ni aku banyak memerhati keadaan sekeliling.
Rakan-rakan sebatch ku di Malaysia, ramai yang dah final year. Soro-soro nak sotsugyo-. Takpolah, biar aku jadi gakusei lagi sebentar, sebelum jadi syakaijin. Seronok bergelar student, tapi bila masa dah tiba, semestinya kita perlu maju ke peringkat seterusnya.
Tsutzuku...
nota sisi 1) soro-soro = tak lama lagi 2) sotsugyo- =grad, tamat pengajian 3) gakusei = student 4) syakaijin = member of society, orang yang boleh berdikari sepenuhnya
Sekarang aku sedang membedah buku bertajuk "The Definitive Book of Body Language", tapi masih chu-to hanpa.
Langit biru yang menenangkan
Panas betul sekarang ni. (x_x). Hot heat. Tak sabar rasanya nak balik Malaysia. Berjumpa dengan keluarga dan rakan-rakan. Tidak lupa juga roti canai dan teh tarik. Dan sedar tak sedar, Ramadhan pun dah dekat. Semoga diberi peluang untuk bersama Ramadhan kali ni. Tapi sebelum balik singgah Ibaraki dulu.
The Invitation To Good.
Jemputan ke arah kebaikan Setiap hari, kita dijemput ke arah kebaikan sama ada kita sedar atau tidak. Contohnya di tengah-tengah kesibukan hidup, tiba-tiba kita "dijemput" untuk memberi sumbangan kepada masjid dan sebagainya. Kita tak berusaha untuk mendapatkan "jemputan" itu, dan tak pernah pula mengharapkannya. Ia adalah peluang yang Allah kurniakan, dan kita ditinggalkan dengan dua pilihan, sama ada untuk menerima "jemputan" tersebut atau menolaknya.
Firaun menolak "jemputan" Allah Setelah Allah mengutuskan Musa a.s. kepada Firaun, diperintahkannya pula untuk "menjemput" Firaun ke arah kebenaran secara lemah lembut.
Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas;maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.(Surah Tha-ha:43~44)
Tidak cukup dengan itu, Allah kurniakan kepada Musa a.s. mukjizat-mukjizat, sebagai tanda kerasulannya, mudah-mudahan Firaun sedar dan bertaubat. But firaun was so stubborn. He rejected this invitation to good, no matter what. Akhirnya Firaun mati lemas di laut merah ketika mengejar Nabi Musa a.s. dan Bani Israel. Everyone know this story. Muslim pun tolak "jemputan"??? Nikmat terbesar yang kita terima ialah Islam. I believe majority of the readers of this blog are muslims, including myself of course. Kita telah Islam, tapi bagaimana pula kita boleh tolak nikmat ini? Status "muslim" sahaja belum dapat menjamin segalanya. Dengan menjadi muslim, kita telah dijemput ke arah kebaikan yang luas. Bagaimana? Dengan memahami dan mengamalkan Islam dalam seluruh aspek kehidupan kita. Tapi realitinya, tak banyak yang kita amalkan. Mungkin kita kerana kita tidak tahu caranya, mungkin juga kerana kita tidak cukup "kuat" untuk melakukannya. Tapi alangkah malangnya jika kita menolak jemputan ini dengan sengaja. Seolah-olah kita sombong, jual mahal, atau dengan bahasa yang lebih keras, kufur nikmat.
Sepatutnya aku boleh jadi yang keempat di muka bumi ni tapi..... Dinukilkan satu kisah sahabat dari Thaif. Beliau menceritakan, di zaman awal dakwah Islam, beliau telah berkunjung ke Mekah. Kemudian beliau ternampak seorang lelaki melakukan pergerakan yang aneh. Lelaki itu kemudian diikuti oleh seorang perempuan dan seorang budak lelaki. Lelaki ini ialah kenalan kepada bapa saudara nabi, Al-Abbas. Al-Abbas berkata kepadanya, "Lelaki yang pertama itu adalah Muhammad, anak saudaraku. Dia menyatakan bahawa dirinya ialah Nabi. Perempuan itu pula ialah isterinya Khadijah. Dan budak lelaki itu adalah Ali bin Abi Talib. Mereka adalah pengikutnya".
Sahabat tadi kemudian meninggalkan mereka tanpa berbuat apa-apa. Beliau tidak menjadi muslim, sehinggalah bandar Thaif dibuka oleh tentera Islam, kira-kira dua puluh tahun selepas itu. Dia terkenangkan kembali saat-saat beliau berkunjung ke Mekah di zaman awal dakwah dan menyesal. "Kalaulah aku menjadi muslim di saat itu, sepatutnya aku boleh jadi muslim yang keempat di muka bumi ini. Tapi sekarang di mana aku? Jauh di belakang. Ada beribu-ribu manusia yang Islam lebih awal daripadaku".
InsyaAllah, sama-sama kita cuba renungkan dan fikirkan kembali, erti kita menganut Islam. Semoga pemahaman aku menjadi lebih jelas..... Semoga pemahaman kita lebih jelas. Jangan lepaskan "jemputan" ini. Jumpa di Ibaraki!
Hajat untuk membedah lagi buku belum kesampaian dek kerana komitmen untuk kimatsu shiken dan beberapa perkara lain. Mungkin aku perlu mantapkan lagi pengurusan masa. Aku percaya kawan-kawan yang lain pun sedang bertungkus lumus menghadapi kimatsu shiken. Usah kita bermain lagi.
Masa untuk berhempas pulas
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Pastikan usaha disertai doa dan tawakkal. Dan jangan lupa daftarkan diri anda untuk program SummerCamp pada bulan hadapan .
Tsuzuku...
Nota sisi: 1) Kimatsu shiken = peperiksaan hujung semester
Finally natsu has started to unleash the heat. Compared to Malaysia there is no big diffrence in temperature. But here, somehow I feel "sticky". Panas dan peluh yang agak melekit. At class my classmates often complain about the heat. Atsui!!. That is the most common word to be heard during this season.
It is a relief for most Malaysia students who are able to spend their natsu yasumi in the homeland. InsyaAllah I will do that next month, but for now, another month in nippon.
Life goes on as usual. I am making some progress with my sotsuken. Slow but at least I am making a move. My sotsuken is about power factor controller in power supply circuits.
Omocha di kenkyu-shitsu
Alright , lets move to the main point. Tulisan yang panjang, tapi sudilah membaca sampai habis.
Alhamdulillah, setelah 4 hari membaca, akhirnya aku selesai membedah sebuah buku bertajuk Khalid Bin al-Waleed: The Sword of Allah. Siapakah sahabat Rasulullah saw ini? Sebelum ini juga aku pernah dengar kisahnya, tapi tidak secara terperinci.
Khalid RA tidak termasuk dalam golongan sahabat yang menerima Islam di peringkat awal. Beliau menerima Islam selepas perjanjian hudaibiyyah, iaitu pada 31 Mei 629, 7 tahun selepas peristiwa Hijrah. Sebelum itu Khalid berada di pihak kafir Quraish, dan pernah menyertai dua peperangan utama menentang Islam iaitu Perang Uhud(sempena nama bukit uhud) dan Perang Al-Ahzab(bermaksud "bersekutu", juga dikenali sebagai perang parit). Malah beliau merupakan asbab utama kekalahan tentera Islam di Uhud. Namun Khalid telah menerima hidayah untuk memeluk Islam.
Kemunculan
Kira-kira tiga bulan selepas Khalid berhijrah ke Madinah, Rasulullah SAW menghantar sepasukan tentera Islam ke Mut'ah sebagai tindak balas terhadap pembunuhan utasan baginda oleh seorang pembesar kaum arab Ghassan. Angkatan tentera Islam adalah seramai kira-kira 3000 orang. Sebelum pertempuran, berita tentang kehadiran 100 000 tentera rom ditambah lagi dengan beribu-ribu tentera arab Ghassan menyebabkan tentera Islam berfikir semula sebelum bertindak. Ada yang mencadangkan agar keadaan terkini dimaklumkan kepada Rasulullah saw terlebih dahulu sebelum tindakan selanjutnya. Tetapi Abdullah bin Rawahah RA tidak bersetuju dan menegaskan bahawa perjuangan adalah berdasarkan Aqidah, bukannya bilangan anggota dan senjata. Dengan menuju medan jihad mereka dapat memperoleh dua kesudahan yang mulia, iaitu kemenangan atau pun syahid. Mendengar kata-kata dari beliau, akhirnya mereka membuat keputusan untuk mara ke Mut'ah.
3 orang sahabat yang telah diamanahkan untuk memimpin tentera Islam iaitu Zaid bin Harithah, Jafar bin Abi Talib, Abdullah bin Rawahah, syahid seorang demi seorang. Di tengah kekalutan pertempuran, ditambah lagi dengan jumlah tentera musuh yang terlalu ramai, Khalid telah dipilih untuk menjadi pemimpin yang baru.
Rasulullah saw memberitahu penduduk Madinah berita kematian Zaid, Ja'afar dan Ibnu Rawahah sambil menitiskan air mata."Zaid telah mengambil bendera(sebagai ketua tentera) dan syahid, kemudian Ja'afar mengambil bendera dan syahid, kemudia Ibnu Rawahah telah mengambilnya da nturut syahid". Baginda kemudian bersabda "Kemudian bendera itu telah diambil salah satu pedang(Khalid) daripada pedang-pedang Allah, dan Allah mengurniakan mereka kejayaan" (Sahih Bukhari diriwayatkan oleh Anas)
Struktur dan formasi tentera Islam diatur semula dan mereka telah menyerang balas hingga menyebabkan ketua tentera musuh bernama Malik terbunuh. Pusingan terakhir pertempuran berpihak pada tentera Islam yang hanya mengalami kehilangan anggota seramai 12 orang. Pada malam itu tentera Islam bertolak kembali ke Madinah.
Penduduk Madinah pada mulanya tidak berpuas hati kerana medan pertempuran telah ditinggalkan kepada pihak musuh. Tetapi Rasulullah saw menegaskan bahawa mereka tidak melarikan diri dan mereka akan kembali ke medan pertempuran dengan izin Allah. Sejak itulah, Khalid dikenali sebagai Saifullah. Tahun-tahun berikutnya, Khalid terus bersama kaum muslimin dalam operasi ketenteraan, termasuklah ketika Pembukaan Mekah dan perang-perang selepas itu. Kekerapan Khalid RA ke medan pertempuran bertambah lebih-lebih lagi setelah kewafaatan Rasulullah SAW pada 5 Jun 632(12Rabi-ul-Awwal 11 Hijrah).
Akibat untuk mereka yang berpaling
Setelah kewafatan Rasulullah SAW, pemberontakan berleluasa di semenanjung Tanah Arab. Selain Mekah, Madinah dan Thaif, hampir semua kawasan lain telah memberontak dan ramai yang murtad dari Islam. Khalifah Islam yang pertama, Abu Bakar RA memberi kata putus yang mudah kepada mereka yang berpaling ini; kembali kepada Islam atau pedang. Dan dengan salah satu "pedang Allah" yang sedia terhunus, ditambah lagi dengan tentera Islam yang kekuatannya berpaksikan kepada aqidah yang mantap, beliau mengotakan katanya. Tentera Islam dibahagikan kepada sebelas divisyen dengan divisyen utamanya diketuai oleh Khalid RA. Mereka kemudian digerakkan ke seluruh tanah semenanjung Arab untuk memerangi golongan murtad.
Aku tertarik dengan cara tentera Islam "approach" golongan pemberontak ini. Tentera Islam akan melaungkan azan terlebih dahulu. Jika golongan pemberontak menyahut seruan azan, mendirikan solat dan kemudian melafazkan kembali syahadah serta taat setia kepada Islam, seterusnya menerima Islam secara menyeluruh, mereka tidak akan diapa-apakan dan akan diterima semula. Jika tidak... you know the answer. Ada kabilah yang terus kembali pada Islam. Ada yang degil dan ingin "menguji" kekuatan mereka terlebih dahulu, tetapi akhirnya kembali pada Islam setelah sedar mereka tiada harapan untuk menang.
Kemunculan nabi-nabi palsu merupakan salah satu punca pemberontakan. Selain itu, banyak juga kabilah-kabilah Arab yang belum memahami Islam sepenuhnya dan hanya menerima Islam atas kepentingan politik dan ekonomi. Kalau kita hidup di zaman ni, agak-agak bagaimana dengan iman kita?
24 batu di Timur Madinah pula, penduduk dari kawasan Zul Qhisa membuat tawaran kepada Khalifah. Mereka akan terus bersolat tetapi mereka tidak mahu mengeluarkan zakat. Abu Bakar RA menolak mentah-mentah dan memberi mereka tempoh satu hari untuk membuat keputusan, sama ada masuk Islam seluruhnya atau mata pedang.Tetapi akhirnya mereka telah memilih mata pedang, dan tewas. Islam tak boleh diambil separuh-separuh.
Abu Bakar RA mengambil masa kira-kira tujuh bulan untuk menyelesaikan pemberontak dan golongan yang murtad ini. Kempen memerangi mereka tamat pada Mac 633.
Semenanjung tanah Arab telah kembali kepada Islam. Tetapi Islam adalah rahmat untuk seluruh alam. Dakwah dan penyebarannya perlu diteruskan
Titik noktah untuk empayar Parsi.
Abu Bakar RA kemudian menulis surat arahan kepada Khalid RA untuk memimpin tentera Islam ke Iraq. Di situ mereka akan berhadapan dengan empayar yang telah bertahan lebih 1000 tahun, Parsi. Pada minggu ketiga Mac 633, Khalid bergerak menuju Iraq bersama kira-kira 18000 tentera Islam. Tetapi jumlah tentera Parsi berkali-kali ganda daripada itu. Objektif utama ialah Hira dan bandar-bandar serta kawasan sekitarnya.
Giliran Byzantine Rom
Setelah misi di Iraq selesai, Abu Bakar RA mengarahkan Khalid RA agar meninggalkan separuh tenteranya di Iraq dan membawa lagi separuh menuju negeri Syam(meliputi Syria, Palestin dan Jordan). Disana beliau akan bergabung dengan 28000 tentera Islam yang baru bergerak dari Madinah. Ketiku itu negeri Syam adalah sebahagian daripada empayar Byzantine Rom. Baitul Maqdis juga adalah sebahagian daripadanya.
Operasi ketenteraan yang diketuai Khalid RA turut disertai oleh Abu Ubaidah RA(salah seorang daripada 10 sahabat yang dijamin syurga). Satu demi satu kawasan di Syam tunduk kepada Islam. Ada yang menerima dengan hati terbuka, ada yang kekal dengan kepercayaan lama dan membayar Jizya sekaligus mendapat perlindungan tentera Islam, dan ada yang melalui pedang. Semuanya dengan izin Allah swt.
Semestinya Rom tidak berdiam diri. Islam menerima tentangan daripada mereka. Namun selepas pertempuran demi pertempuran, kemaraan Islam nyata tidak dapat dihalang. Dua bandar utama di Syam iaitu Damascus(Damsyik) dan Emessa (Homs) akhirnya dikuasai tentera Islam.
Ketika operasi ketenteraan di Syam sedang berjalan, Abu Bakar RA meninggal dunia dan diganti oleh Umar Al-Khattab RA sebagai Khalifah Islam yang kedua. Umar RA telah melakukan sesuatu yang tidak dijangka. Beliau melantik Abu Ubaidah RA menjadi ketua Tentera Islam di Syam menggantikan Khalid RA, meskipun Khalid RA telah memimpin angkatan tentera Islam mengecapi kejayaan demi kejayaan. Namun Umar RA memiliki maksud tertentu atas tindakan yang diambil ini.
Tatkala itu Maharaja Byzantine Rom, Heraclius telah menggerakkan angkatan tentera dengan kekuatan kira-kira 200 000 anggota sebagai langkah terakhir untuk menyekat dan mengundurkan Tentera Islam dari Syam. Akibatnya berlakulah pertempuran paling sengit semasa kempen ketenteraan di bumi Syam di dataran Yarmuk.
Pertempuran Yarmuk dan Kisah Topi Khalid RA
Heraclius nekad untuk menamatkan kemaraan Tentera Islam. Beliau telah mengumpulkan anggota tentera dari seluruh empayar Byzantine Rom, dengan komposisi utamanya berketurunan Russia, Slav, Franks(Jerman Barat), Rom, Yunani, Georgia, Armenia dan Arab Kristian sehingga membentuk ketumbukan tentera yang sangat ramai.
Di pihak tentera Islam pula kira-kira 6000 anggota tambahan, yang kebanyakannya dari Yaman telah bergerak ke Syam. Jumlah keseluruhan mencapai kira-kira 40 000 anggota, lima kali lebih kecil berbanding Byzantine Rom. Namun kini, terdapat kira-kira 1000 orang daripada kalangan sahabat Rasulullah SAW dan kira-kira 100 orang adalah veteran Perang Badar. Zubair bin Al Awwam RA, sepupu Rasulullah SAW dan salah seorang daripada 10 sahabat yang dijamin syurga turut menyertai pertempuran ini.
Tentera Islam di seluruh Syam diarahkan untuk bergabung bagi menghadapi tentera Byzantine Rom. Ada yang terpaksa meninggalkan posisi-posisi asal di bandar dan kawasan penempatan. Abu Ubaidah RA telah memerintahkan agar semua wang Jizyah dipulangkan semula kepada penduduk tempatan sebelum tentera Islam beredar kerana mereka tidak dapat lagi memberi perlindungan. Ramai di kalangan penduduk tempatan yang kagum dengan keadilan ini.
Walaupun Abu Ubaidah RA adalah ketua Tentera Islam, dalam pertempuran Yarmuk, beliau telah memberi autoriti penuh kepada Khalid untuk menyusun strategi dan memberi arahan kepada tentera Islam. Beliau sangat percayakan Khalid RA untuk hal-hal operasi ketenteraan, apatah lagi di dalam keadaan genting seperti pertempuran Yarmuk.
Malam sebelum pertempuran, Abu Ubaidah RA, Khalid RA dan panglima-panglima Islam yang lain melawat setiap rejimen untuk memberi dorongan dan semangat.
Seorang pemuda berkata "betapa ramainya tentera Rom, dan betapa sedikitnya kita". Khalid berpaling kepadanya dan berkata "betapa sedikitnya tentera Rom, dan betapa ramainya kita! Kekuatan sesebuah tentera tidak bergantung pada bilangan anggoatanya tetapi pada pertolongan Allah, dan kelemahannya ialah tidak menerima pertolongan Allah"
Panglima tentera dan veteran yang lain, ketika memberi semangat kepada anggota tentera mereka, mereka membacakan ayat-ayat Al-Quran dan yang paling kerap dibaca adalah ayat ke 249 dari Surah Al-Baqara.
"Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah."(Al-baqarah:249)
Mereka turut mengingatkan tentang balasan syurga dan neraka serta menceritakan teladan-teladan Rasulullah SAW ketika peperangan. Turut ditulis dalam buku ini, Rasulullah SAW mengajar supaya Surah Al-Anfal(harta rampasan perang) dibaca setiap kali sebelum pertempuran, dan di dalam pertempuran Pertempuran Yarmuk juga, tentera Islam telah berbuat demikian.
Keesokan harinya, saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Pertempuran Yarmuk berlangsung selama enam hari, dimana pada empat hari pertama tentera Byzantine Rom telah menyerang tentera Islam dengan hebat. Tentera Islam mengambil langkah bertahan, walaupun ada kalanya mereka diasak hingga ke dalam kawasan khemah.
Ditulis dalam buku ini bahawa pada hari keempat, kira-kira 700 orang tentera Islam kehilangan sebelah mata, akibat dari kecekapan pemanah tentera Byzantine Rom hingga menyebabkan hari keempat ini dikenali sebagai "Hari Mata Yang Hilang". Dan pada hari ini juga Khalid RA telah kehilangan topinya ketika pertempuran. Khalid RA memakai topi yang dililit dengan serban berwarna merah. Diceritakan bahawa setelah menyedari topinya hilang, Khalid RA menjadi gusar dan bertungkus lumus mencari semula topinya. Beberapa anggota tentera Islam turut diminta untuk membantunya mencari topi tersebut. Mereka kehairanan kerana tidak pernah melihat ketua mereka berada dalam keadaan yang begitu resah. Lalu mereka bertanya kepada Khalid RA akan sebabnya.
Khalid RA menceritakan tentang keistimewaan topinya itu. Ketika Rasulullah SAW menunaikan Ibadah Haji yang terakhir, baginda mencukur rambut dan Khalid RA mengutip beberapa helai rambut tersebut. Ditulis dalam buku ini bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Khalid RA, bahawa selama mana rambut itu bersamanya, beliau tidak akan dikalahkan. Khalid RA kemudian meletakkan rambut itu di hadapan topinya, yang sentiasa dipakai ketika bertempur(boleh juga rujuk disini).
Sebab itulah beliau sangat gusar apabila topinya hilang. Jika beliau mahu boleh saja dipakai topi yang lain. Tetapi topinya itu sangat istimewa. Walaupun yang ada pada topi itu hanyalah rambut, tetapi ia adalah rambut Rasulullah SAW. Semestinya Khalid RA cintakan Rasulullah SAW dan tidak sanggup kehilangan topinya itu.
Pada hari kelima pertempuran, utusan tentera Byzantine Rom datang menemui tentera Islam dan menawarkan genjatan senjata selama beberapa hari untuk membuka ruang kepada rundingan baru. Abu Ubaidah RA hampir-hampir menerima tawaran ini, tetapi Khalid RA menolaknya. Jangkaannya tepat. Byzantine Rom sudah hilang semangat untuk berperang. Pada hari tersebut pertempuran terus berlangsung tetapi tiada perubahan yang drastik.
Pada hari terakhir pertempuran Khalid RA telah merancang gerakan serangan balas. Pada mulanya, Gregory, ketua pasukan tentera berantai(kaki anggotanya dirantai sebagai jaminan tidak melarikan diri dan tanda sedia untuk mati) mara kehadapan dan mencabar ketua Tentera Islam. Abu Ubaidah RA menyerahkan bendera Tentera Islam kepada Khalid RA dan berkata "jika aku tidak kembali, kamulah yang akan memimpin tentera ini sehingga Khalifah membuat keputusan". Lalu Abu Ubaidah RA mara ke hadapan dan bertarung dengan Gregory. Angkatan tentera kedua-dua belah pihak tidak senang duduk sepanjang perlawanan. Tetapi Gregory akhirnya tewas di tangan Abu Ubaidah RA.
Khalid RA kemudian menggerakkan anggota tentera Islam untuk serangan. Tentera infantri(pejalan kaki) melakukan serangan utama, manakala beliau mengetuai pasukan berkuda menyerang dari bahagian kanan. Serangan pasukan berkuda tidak dilakukan secara menyeluruh, tetapi ditumpu kepada satu demi satu rejimen. Akhirnya satu demi satu rejimen tentera Byzantine Rom tumbang dan saki baki tenteranya lari bertempiaran. Namun mereka yang lari ini tidak menemui jalan mudah.
Pada malam sebelumnya, Khalid RA telah menggerakkan 500 anggota berkuda untuk berkawal di belakang musuh supaya mereka yang cuba melarikan diri tidak terlepas. Tentera musuh disekat dan akhirnya mereka terperangkap berhampiran sebuah gaung. Kini pilihan mereka ada dua. Berhadapan dengan kemaraan tentera Islam sehingga maut, atau berundur hingga jatuh kedalam gaung. Keadaan sudah mula gelap ketika pertempuran berakhir.
Selesai pertempuran Yarmuk, saki-baki tentera Byzantine Rom yang tinggal tidak lagi menjadi ancaman yang besar kepada kemaraan Tentera Islam. Khalifah Umar RA kemudian mengarahkan Abu Ubaidah untuk melepaskan Baitul Maqdis daripada Byzantine Rom. Tentera Islam mengepung Baitul Maqdis selama empat bulan. Pemerintah Baitul Madis ketika itu yang bernama Sophronius kemudian menawarkan penyerahan Baitul Maqdis kepada tentera Islam dengan syarat persetujuan itu perlu ditandatangani oleh Khalifah sendirih. Maka Khalifah Umar RA sendiri datang ke Baitul Maqdis, dan akhirnya penyerahan secara aman telah dilakukan.
Baitul Maqdis terus berada di bawah kuasa Islam sehinggalah tahun 1099 apabila tentera salib dari Eropah menawannya. Kemudian Salahuddin Al-Ayubi membebaskan kembali Baitul Maqdis pada tahun 1187, sehinggalah pada tahun 1948 dan kini Baitul Maqdis dikawal oleh Israel.(Update: Ada terbaca dalam sebuah buku lain, bahawa Baitul Maqdis pernah diserahkan kepada Raja Jerman bernama Frederick II pada tahun 1229 hingga 1244.)
Meletakkan Senjata
Operasi di bumi Syam diteruskan, tetapi khidmat Khalid RA hampir tamat. Bukan disebabkan usia atau keadaan kesihatan beliau tetapi atas tindakan beliau yang menimbulkan kontroversi. Khalid RA terkenal dengan sikap pemurahnya, dan beliau sering memberi hadiah kepada anggota tentera yang cemerlang. Seorang yang bernama Ashath bin Qais telah membuat satu sajak untuk memuji Khalid RA. Khalid RA kemudian menghadiahkan 10,000 dirham kepada Ashath. Perkara ini sampai kepada Khalifah Umar RA dan beliau tidak suka dengan tindakan tersebut.
Umar RA menulis kepada Abu Ubaidah RA supaya menahan Khalid RA dan memeriksa sama ada wang yang diberikan itu adalah dari harta rampasan perang atau dari poketnya sendiri. Jika dari harta rampasan perang, beliau bersalah kerana menyalahgunakan kuasa. Jika dari poketnya sendiri beliau juga bersalah kerana melampaui batas. Untuk kedua-dua kes, Abu Ubaidah RA tetap diarahkan untuk mengeluarkan Khalid RA dari angkatan tentera Islam. Didapati bahawa wang itu adalah dari harta Khalid RA sendiri. Abu Ubaidah RA melaksanakan arahan Khalifah dan memberhentikan Khalid RA dari angakatan tentera dengan hati yang berat. Beliau sangat menghormati Khalid RA di atas kemahiran dan keberaniaannya dalam strategi peperangan. Khalid RA juga sangat menghormati Abu Ubaidah RA, beliau sangat rapat dengan Rasulullah SAW dan salah seorang daripada sepuluh sahabat yang telah dijamin syurga.
Khalid RA meninggalkan Syam dan bergerak menuju Madinah untuk bertemu Khalifah Umar RA. Umar RA dan Khalid RA; Mereka adalah sepupu dan telah berkawan sejak kecil. Umar RA berkata kepada Khalid, "Engkau telah melakukannya(memimpin tentera Islam mencapai kejayaan). Tiada manusia yang pernah lakukan seperti yang engkau lakukan. Tapi sebenarnya bukan manusia yang melakukan. Allah lah yang melakukan".
Khalid RA kurang bersetuju dengan keputusan sepupunya itu. Namun Umar RA juga memiliki alasan yang kuat dengan tindakannya. Setelah bertemu Umar RA, beliau meninggalkan Madinah dan kembali ke Syam. Bagi Khalid RA, peluang untuk berjihad di medan pertempuran telah tamat. Beliau membeli sebuah rumah di Emessa(Homs) dan menetap di situ hingga ke akhir hayat.
Di kalangan orang Islam ketika itu, ada yang tidak berpuas hati dengan tindakan Khalifah Umar RA. Umar menyedari perkara ini dan beliau menjelaskan yang bermaksud;
"Aku memberhentikan Khalid bukan kerana kemarahanku atau tidak jujur, tetapi kerana orang ramai mengagungkannya dan terseleweng. Aku takut orang ramai akan bergantung kepadanya. Aku mahu mereka sedar bahawa Allah lah yang melaksanakan segala sesuatu. Dan supaya tidak berlaku penyelewengan di bumi ini.""
Kenyataan Umar RA ini telah menjelaskan sebab utama beliau bertindak demikian. Tindakan Khalid RA memberikan wang ganjaran yang banyak kepada Ashah sangat sukar diterima Umar.
Pedang Yang Tidak Akan Dipatahkan Musuh.
Setelah berhenti dari angkatan tentera Islam, Khalid RA hidup sebagai rakyat biasa selama kurang dari empat tahun. Tentera Islam terus mengecap kejayaan demi kejayaan dan setiap kali Khalid RA mendengar berita kejayaan tentera Islam, beliau berasa gembira tetapi sedih. Sedih kerana tidak dapat berada di medan pertempuran. Beliau sangat mahir dalam taktik perang, dan ingin menyumbang sebanyak mungkin dalam perkara tersebut disamping berpeluang untuk syahid.
Tidak banyak perkara yang berlaku selama Khalid tinggal di Emessa. Hubungan Khalid dengan sepupunya Khalifah Umar RA bertambah baik. Khalid RA dapat melihat kualiti dan keadilan yang dijalankan oleh Khalifah Umar RA. Umar RA adalah seorang yang sangat berkebajikan, jauh sekali untuk bermewah. Beliau tegas dengan yang kuat, lembut dengan mereka yang lemah dan sangat menjaga kebajikan rakyat. Hidupnya terlalu sederhana, makanannya sangat ringkas, pakaiaannya bertampal. Beliau pernah menjalankan hukuman terhadap anaknya sendiri atas kesalahan meminum arak. Ketika Khalid RA diberhentikan dari angkatan tentera Islam, hubungannya dengan Umar RA agak dingin tapi pada pendapatku mereka tidaklah sampai bermusuh atau berdendam, kerana semua Muslim adalah bersaudara dan Muslim yang beriman sangat menyayangi saudaranya. Nak banding iman para sahabat dengan iman kita? Jauh sekali bezanya. Malah di akhir hayat beliau, Khalid telah mewasiatkan hartanya kepada Umar RA.
Pada tahun 642 (11 Hijrah) Khalid RA jatuh sakit. Badannya yang gagah suatu masa dahulu beransur-ansur lemah. Ketika ini beliau berusia 58 tahun. Beliau sangat sukar menerima kenyataan, bahawa beliau akan meninggal dunia di atas katil, bukan sebagai pahlawan yang syahid di medan perang.
Menyedari ajalnya semakin hampir, beberapa hari sebelum kematian, Khalid RA telah memanggil seorang sahabat lama ke rumahnya. Beliau memintanya duduk di sisi katil. Kemudian Khalid RA memperlihatkan kaki kanannya kepada sahabat tersebut lalu bertanya; "Dapatkah kau melihat satu bahagian di kakiku sebesar sejengkal tangan yang tidak memiliki kesan tikaman pedang, lembing atau panah?". Sahabatnya itu memeriksa kaki Khalid RA dan mengakui bahawa beliau tidak melihat bahagian sebesar sejengkal tangan tanpa kesan parut.
Khalid RA kemudian memperlihatkan kaki kirinya pula dan bertanya soalan yang sama. Sekali lagi sahabatnya mengakui tidak melihat kesan sebesar sejengkal tangan tanpa kesan parut. Khalid RA kemudian memperlihatkan dadanya serta beberapa bahagian lain dan mengulang soalan yang sama. Sekali lagi sahabatnya melihat kesan parut yang boleh menyebabkan seseorang menjadi hairan; bagaimana seorang manusia boleh terselamat setelah mengalami kecederaan sebegini teruk?
Akhirnya Khalid berterus terang kepada sahabatnya dan berkata dengan tidak sabar, "Apakah engkau masih tak nampak?. Aku telah mencari syahid dalam beratus-ratus pertempuran. Tetapi kenapa aku tidak dapat mati syahid di medan perang?".
Sahabatnya menjawab"Engkau tidak boleh mati di medan perang." "Tapi mengapa?", balas Khalid.
Sahabatnya berkata, "Tidakkah kau sedar wahai Khalid. Apabila utusan Allah SAW, menamakan kau sebagai "Pedang Allah", (secara tidak langsung) baginda telah menjamin bahawa kau tidak akan mati di medan perang. Kerana jika engkau di bunuh orang kafir, itu bermakna "Pedang Allah telah dipatahkan oleh musuhNya". Dan ini adalah suatu perkara yang tidak boleh berlaku."(kerana ia suatu penghinaan).
Khalid terdiam. Beberapa ketika selepas itu sahabatnya mengundurkan diri. Khalid dapat menangkap logik kata-kata sahabatnya itu. Tetapi hatinya masih berat untuk menerima kenyataan, bahawa beliau akan mati di atas katil, bukan di medan perang sebagai seorang syahid.
Pada hari kematiannya, harta Khalid yang tinggal hanyalah baju perisai, senjata, kuda dan hambanya yang setia bernama Hamam. Sebelum meninggal dunia, beliau berkata "Aku mati seperti unta. Aku mati di atas katil, dengan malu. Mata orang yang pengecut tidak tertutup walaupun telah tidur ". Maka kembalilah Khalid ke rahmatullah. Semoga Allah meredhainya.
Tentu banyak sekali ibrah yang boleh diambil, tetapi aku tidak nukilkan disini. InsyaAllah boleh dibincangkan sama-sama.
Alhamdulillah. Jalinan Ukhwah Tohoku was held last Saturday at the Sendai Masjid. It was my first time coming to Sendai Masjid. The facilities and equipment are still new, and it is larger than I thought. It reminds me of the first masjid built by the prophet may peace be upon him, during the hijra.
Sejarah dan Keadaan Baitul Maqdis kini
Siapa tak tahu isu palestin. Aku percaya hampir semua orang tahu. Tapi bukan semua ambil peduli. Sebagai orang Islam, kita perlu sedar bahawa kita dan umat Islam di palestin diikat dengan aqidah dan fikrah yang sama. Aqidah Islam, that is more than enough to tie the palestinian muslims with us. They are our brothers.Tetapi apa yang patut kita buat? Buat masa ini, inilah yang kita patut buat.(klik)
Tapi perlu jelas, yang ditentang ialah zionis, golongan ekstrem. Tidak dinafikan ada yahudi beriman, walaupun sedikit. Hatta dalam peperangan uhud, ada yahudi yang terkorban berjuang bersama Rasulullah saw.(betulkan saya jika silap)
The essential of da'wa
Kemudian kami berpeluang untuk berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu bersama saudara Abd Yasar dari Pakistan. Apa yang ditekankan dalam sesi ini ialah berkenaan skil dan kepentingan da'wa terhadap bukan muslim. Untuk konteks di Jepun ni, semestinya nihonjin adalah sasaran utama. Saya bersetuju dengan beliau, apabila kita buat kerja dakwah, keyakinan diri sendiri terhadap Islam juga bertambah kuat. Dakwah bukan untuk kebaikan orang lain sahaja, tetapi untuk kebaikan diri sendiri. Dan yang lebih penting, ia adalah KEWAJIPAN.
Cabaran utama ialah untuk merealisasikan dakwah tersebut dalam bahasa Jepun. Aku pun masih ketinggalan. Bukan mudah tapi bukan mustahil.
File presentation beliau boleh diperoleh dari website Tohoku University Muslim Cultural Association(TUMCA) di sini.
A lot of thanks to those who were involved.
Tsutzuku...
Nota sisi: 1) nihonjin = japanese, orang jepun 2) tsutzuku = to be continued, bersambung