Sunday, August 5, 2007

musim panas yang memang panas...

Assalamu'alaikum,

Sekarang ni kemuncak musim panas. Fuuuh... nasib baik aku dah training kat malaysia sebelum datang sini. Dan Alhamdulillah dah habih exam. Susah jugak kalau duduki peperiksaan tapi diri macam cacing kepanasan. Hari terakhir peperiksaan, disebabkan panas sangat... pegi mandi sungai. Air bersih dan jernih, tapi sejuk jugak... sedikit gambar.


"taki"



tak dalam sangat ni...



subhanAllah... suteki

Dan pada waktu malam buat bbq. Aku tolong sikit je. Dalam seronok membakar ayam ada la jugak beberapa ketul yang jadi "carbon overload". Leka sampai terlebih bakar. Bukan rezeki la tu. Kurangkan karbon kerana ia boleh tingkatkan risiko kanser.


terima kasih warga akita kerana selalu buat bbq... I love you all (",)

Ada jugyou lagi seminggu. Lepas tu cuti musim panas 7 minggu. Dah ada rancangan cuti ni, tapi InsyAllah nanti aku cerita. Tapi hujung bulan ni aku pegi internship di HITACHI manufacturing. Tak lama, dua minggu je.

Exam aku InsyAllah rasanya takde masalah. Semester baru akan bermula 1 Oktober. Lagi 2 bulan. Dan musim panas ni rasanya akan berterusan lagi sebulan lebih . Sampai sini dulu. Ja~....

Nota sisi:
taki = air terjun
suteki= cantik, indah
jugyou=kuliah


Sunday, July 22, 2007

exam...

Assalamu'alaikum,

30hb ni mula exam. 13 paper dalam masa seminggu. Best sebab tak lama, tapi tak best sebab padat. Habis satu paper, rehat 10 minit, kemudian sambung. Habis exam ada kelas lagi seminggu, lepas tu summer holiday. Tak balik Malaysia, tapi tak tau nak buat ape cuti ni. Masih dalam perancangan.

Jadual peperiksaan, tulis kat papan hitam je, sekolah dah takde duit :(



Meja study


Not much to write. Kena sambung study. Sesape yang baca blog ni, doakan aku ye. Ma'annajah fi kulli imtihan...



Sunday, July 8, 2007

Seiunryou

Assalamu'alaikum,


Seiunryou? tulah nama bangunan tempat aku tinggal selama aku duduk kat Jepun. Ditulis dengan 3 huruf kanji. Sei-un-ryou.... biru-awan-asrama. Dengan kata lain... "asrama awan biru".


Ada 4 blok, 3 blok lelaki dan satu perempuan. Blok tempat aku tinggal ialah "blok barat satu". Alhamdulillah, Segala kemudahan ada kat sini. Dapur, mesin basuh, mesin pengering, heater, tandas. Shower pun ada, tapi shower ni khas untuk pelajar asing macam aku la... budak jepun kena mandi kat "ofuro". Pun begitu ade jgk beberapa org yg guna shower, walaupun sebenarnya takleh. Tpi kami tak kisah..


Tandas pulak, ada tandas duduk dan cangkung... tapi pili air takde. Erm camne nak buat tu... hehe adelah caranya... takleh bagitau...


Kat asrama ni tiap-tiap hari ada "tenko". Hari-hari biasa 7.20 pagi dan 9 malam. Hari cuti 9 malam sahaja. Memang macam sekolah...masa kat teknik KL pun xde la tenko tiap2 hari... Tapi yang bestnya tenko kat sini sensei yang akan datang bilik dan check. Kita cuma tunggu saja, tak perlu kemana-mana.




Bab makan pulak. Secara dasarnya, penghuni asrama kene makan kat "shokudou". Tapi sebab makanan kat shokudou tu kebanyakannya tak halal, kami dibenarkan masak. Ada 5 orang Malaysia kat sini. Setiap hari isnin sampai Jumaat masak bergilir2 untuk 5 orang. Turn aku hari Selasa. Penat jgk la. Sampai sini baru tau penat mak masak kat rumah... insaf2. Sabtu Ahad makan bebas. Kadang2 makan kat luar, atau masak je apape yang patut.


Sikit je penghuni asrama kat sini. Tak sampai 200 orang pun rasanya. Lagipun semua bilik kat sini single atau double. Dorm takde.


Sedikit gambar,

dapur... tempat mengasah "skill"


ni la bilik aku


blok barat satu


blok barat satu


tingkat satu blok barat satu



jalan menuju asrama


Sampai sini dulu. Dan sebelum tu nak bagitau satu benda. Aku saje selitkan perkataan jepun sikit2 dalam blog ni. Dengan niat untuk jadikannya lebih menarik... dan boleh kongsi ilmu skit2. Tiada niat lain(",). Ok... tsutzuku...




Nota sisi:

ofuro-sejenis "bath tub" air panas. Ada saiz kecil dan besar, tapi yg kat asrama ni bsaiz besar dan digunakan secara beramai-ramai. Jepun memang suka mandi cara ni.

tenko- roll call

sensei- cikgu, pensyarah, apa jua jenis tenaga pengajar. Juga digunakan ketika memanggil doktor(ex: dino sensei=doktor dino)

shokudou-dewan makan, dining


Saturday, June 23, 2007

Akita Kosen

Assalamu'alaikum,

Nak cite pasal sekolah aku kat sini. Akita kosen, atau nama penuhnya akita kougyou koutousenmon gakkou (akita national college of technology. Tapi kaalau setiap perkataan dialih bahasa satu demi satu lain maksud die ). akita kosen ade dalam akita ken, dan akita ken tu ade kat utara honshu, bawah sikit dari hokkaido.



Ade 4 kursus diploma kejuruteraan dan 2 kursus advance learning ditawarkan kat sini. Mekanikal, elektrik dan maklumat, awam, dan kimia.Tapi kejuruteraan kimia dipecahkan lagi kepada dua, biokimia dan kejuruteraan bahan.Kursus advance learning tu aku dah lupa kursus ape,...


Sistem pendidikan Jepun... erm rujuk kat bawah...


aku masuk kolej terus 3rd year, bukan 1st year, maknanya ambil masa 3 tahun utk tamatkan diploma.


sedikit gambar


main gate


main building








Student2 Jepun kat sini baik . Tak kacau orang. Tapi takdela mesra sangat. ok ok je. aku tak kacau ko, ko tak kacau aku. Bagi aku, orang malaysia lagi mesra dan senang nak masuk. Cepat ramah. Jepun ni, susah sikit kalau nak masuk macam tu je.. kena cari peluang kalau nak berbaik2. dan most of them adalah manusia yg sukakan privacy. Lecturer2 kat sini pun ok. Tak bias.

Untuk semester 1 ni, aku amik 15 subjek. Tapi cuma 13 subjek yang ada peperiksaan bertulis. Sem 1 ni pun tak lama lagi... kelas sampai 10 Ogos.

Kat sini pelajar dibahagi mengikut kelas dan kursus. Ada 5 tahun pengajian dan 4 kursus. Jadi jumlah kelas ialah 20. Kelas aku asalnya ada 42 orang, tapi ada 9 orang mengulang, jadilah 51 orang. Proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam bilik darjah. Bukan dewan kuliah, kecuali beberapa subjek elektif.


Sampai sini dulu. Tak kira apa kursus kita, samada kita belajar di malaysia atau di luar negara, nama intitusi dan kursus tak membawa makna kalau tiada usaha dan niat tak betul. InsyAllah, semoga kita sentiasa bersemangat dan dibetulkan niat. Tsutzuku....

nota sisi;

ken-prefecture (di malaysia disebut negeri, ex: negeri kedah )
gakkou- sekolah
kougyou- industri
senmon-bidang khusus, bidang kepakaran
koutou- higher, advance,high-grade
tsutzuku- bersambung, to be continued

Sunday, June 17, 2007

Assalamu'alaikum...

Pertama sekali nak ucap terima kasih sebab sudi jenguk blog aku yang tak seberapa ni. Aku tak pandai sangat menulis dan menyusun ayat.

Tujuan aku tulis blog nak kongsi pengalaman hidup kat negara matahari terbit. Dan nak isi masa lapang. Sebenarnya semenjak aku tutup akaun friendster bosan la jugak. Nak cuba benda baru r... dan atas dorongan member best aku di france.saudara amir...

InsyAllah selagi ada idea dan cerita yang nak dikongsi. Aku akan terus menulis. Tak pasti sampai bila boleh bertahan. Mungkin bila dah balik Malaysia atau bila dah kerja... dah tak ada kelapangan nak menulis. Tapi aku akan pastikan blog ni sentiasa dikemaskini.. InsyAllah. Selagi terdaya la...

Teguran dan komen anda sangat diharapkan dan dihargai. Boleh bagi semangat untuk menulis. And btw, title blog ni... orenojinsei. Dalam bahasa melayu bermaksud 'kehidupanku'. Penat jugak memikirkan tajuk yang best... tapi tak terfikir jugak... pilih yang simple je lah. till next time...

Saturday, March 29, 2003