Friday, September 24, 2010

mudai 4

Assalamu'alaikum,

Sedar tak sedar dah 24 September. Almost a month have passed since I returned to Japan.


Class hours. Lengang.

Suhu bilik sekarang 20.5 C. Badan masih dalam proses penyesuaian dengan keadaan sekeliling. Sensei fizikku dahulu ada memberitahu, badan manusia mengambil masa kira-kira seminggu untuk adapt dengan keadaan sekeliling. Mochiron, persediaan dari segi pakaian juga perlu.


Kumo & Taiyou

Alhamdulillah, happyou bulan lepas berjalan dengan lancar. Markah yang diperoleh juga memberangsangkan. Happyou seterusnya adalah pada tahun hadapan, jadi aku ada selang masa yang agak lama untuk bersedia. Untuk semester ini, aku hanya perlu hadiri tiga jugyou.

Meminjam semangat.

Baru selesai membaca buku ini. Boleh jadi modal untuk usrah dan tamrin juga.

"....... kehadiran buku ini di minda anda untuk mengimbau semula tokoh sejarah Islam yang semakin dilupakan. Tanpa mereka, tiadalah titik awal perjuangan Islam. Tanpa mereka juga tiadalah penyambung pada perjuangan Nabi Muhammad s.a.w."

Kita mengkaji sejarah untuk mengambil pelajaran. Boleh jadi sebagai strategi dan panduan membuat keputusan. Tetapi setakat ini bagiku, perkara utama yang seringku cari dari kisah tokoh dalam sejarah ialah supaya ia mengetuk dinding hati kita agar ingin berjihad di jalan Allah seperti mereka lakukan.

Kerana kita bukan siapa-siapa di dalam arus perubahan ini. Boleh jadi kitalah yang berada paling hujung, paling pinggir, paling mudah terpesong dan lalai. Dari generasi-generasi terdahululah kita meminjam semangat mereka. Sepertimana Allah menceritakan dalam Al-Quran kisah para anbiya, untuk menguatkan hati Nabi s.a.w.

tsutzuku....

nota sisi
1) mudai = tidak bertajuk
2) tsutzuku = bersambung
3) taiyou = matahari
4) kumo = awan
5) mochiron = semestinya
6) sensei = guru
7) happyou = pembentangan
8) jugyou = kuliah

Wednesday, September 15, 2010

Jalan ke Jepun (Bahagian 16)

Sambungan dari bahagian ke 15. Alhamdulillah, moga diberi kesempatan menghabiskan siri "Jalan ke Jepun".

Aki 2007.

Usrah dengan brother S diteruskan secara berkala. Usrah adalah satu majlis dianggotai oleh beberapa orang individu yang saling bantu membantu untuk mendalamkan kefahaman dan penghayatan terhadap Islam. Dalam maksud lain, majlis yang melahirkan individu-individu muslim yang berkualiti. Kualiti dari segi sahsiah pada masa sama boleh juga bekerja untuk Islam.




Dari segi bahasa usrah bermaksud keluarga. Usrah tidak sama dengan ceramah atau kuliah, kerana usrah bukannya preaching, tetapi lebih kepada coaching.

Konsep usrah sebenarnya dah berjalan di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam, di situ Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat r.a. dalam satu majlis untuk mengajar Islam. Usrah juga dikaitkan dengan peristiwa selepas perjanjian Aqabah pertama, apabila Mus'ab bin Umair r.a. diutuskan ke Madinah untuk memantau dan mengajar Islam di Madinah.

Pada tahun 1920-an. Seorang bernama Hassan Al-Banna telah menghidupkan program usrah untuk membina kembali individu muslim, dalam usaha beliau untuk menubuhkan kembali khilafah di muka bumi ini. Dan majlis usrah kini terus hidup bukan saja di Mesir malah di Malaysia, bahkan di Nihon dan di mana-mana.

Yang penting, pastikan kita sertai majlis usrah dan komit dengannya. Aku tidak katakan ianya wajib, tapi insyaAllah, you will be somebody after joining it. Juga, aku tidak katakan orang yang tidak menyertainya sebagai tidak bagus kerana mungkin sesetengah orang ada cara lain dalam memperbaiki diri. Dan pastikan penyertaan kita ke dalam majlis usrah disertai dengan hati yang mahu berubah dan akal yang sentiasa memproses.

Di penghujung aki ramailah juga orang yang mula merancang aktiviti fuyu. Antara yang menarik ialah snowboard. Di awal tahun pengajian kerap juga aku main benda ni, tapi kini tidak lagi kerana aku berpendapat snowboard terlalu memakan masa, tenaga dan aset, sedangkan kita lebih memerlukannya pada perkara lain.

Pada bulan Oktober juga, dah ada pemilihan kenkyuu. Alhamdulillah, aku mintak kenkyuu powerwelectronics dan aku dapat.

bersambung dalam siri ke 17,

Tsutzuku....

nota sisi
1) aki = musim luruh
2) fuyu = musim sejuk
3) kenkyuu = research
4) nihon = Jepun
5) tsutzuku = bersambung



Thursday, September 9, 2010

Takbir


Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.
Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak,
Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang,
Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia,
Kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir,
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal,
Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya,
Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya),
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.

Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )
Update
1 Syawal 1431 H @ Nagaoka Gijutsu Kagaku Daigaku. Kawan aku ni.

1 Syawal 1431 Hijrah. Di sini, sesi persekolahan berjalan seperti biasa. Soredemo, selamat hari raya aidilfitri kepada sekalian muslimin dan muslimat.

Tsutzuku...

nota sisi
1) Nagaoka Gijutsu Kagaku Daigaku = Nagaoka University of Technology
2) tsutzuku = bersambung
3) soredemo = walaupun begitu, walaubagaimanapun

Wednesday, September 8, 2010

Kekkon

Assalamu'alaikum wbt,

Bulan ini saja tiga orang sahabatku akan menamatkan zaman dokushin masing-masing.


Fahmi(baris kedua pertama dari kiri) dan Idris(baris pertama pertama dari kanan). Sahabat seperjuangan di Jepun, sedih bersama, penat bersama, pening kepala bersama.



Amiruddin(duduk ketiga dari kanan). Di jalan itu anda menikah.

Moga segalanya berjalan lancar. Sangatku berhajat untuk hadir ke majlis kenduri kalian, tapi sekolah aku cuti pendek.


Kekkonshimashou

Dalam Islam ada banyak seruan, anjuran untuk bernikah. Sudah sampaikah masa anda? Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Matikanlah aku dalam keadaan iman dan Islam, dan janganlah Engkau matikan aku dalam keadaan bujang.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud,
"Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukanlah dari golonganku"(Riwayat Ibnu Majah)

Dah nak habis dah?
Hari ini sudah masuk hari ke 29 Ramadhan 1431. Semalam aku berfikir, boleh jadi malam semalam adalah malam terakhir Ramadhan tahun ini, walaupun dari segi kira-kiranya, diramalkan Ramadhan tahun ini adalah selama 30 hari. Sempat lagikah kita bertarawikh malam ini? Moga Allah s.w.t mengurniakan kita sedikit lagi peluang.

Tsutzuku...

nota sisi
1) kekkon = perkahwinan
2) dokushin = bujang
3) kekkonshimasou = jom kahwin
4) tsuzuku = bersambung

Monday, September 6, 2010

Pergi Dan Balik

Assalamu'alaikum wbt,

Alhamdulillah, aku telah pulang bercuti di tanah air selama dua minggu, dan kini sudah kembali ke Nihon. Memang aku gembira dapat pulang, tapi perasaan ketika mahu kembali ke Nihon sangat bercampur baur. setsumeidekinai.

Seronoknya lagi ketika di tanah air, banyak masa diluangkan bersama keluarga. Sempat ke Johor dan Kuala Lumpur untuk suatu tempoh yang agak signifkan bersama ayah dan ibu. Diberi kesempatan untuk menyertai program Jalinan Mesra IPIJ, sempat juga berjumpa bekas rakan sekolah untuk urusan tidak rasmi, dan sempat juga berjumpa dengan bekas rakan sekolah untuk urusan bersama di masa hadapan.

Too fast. And now I am back here. Kembali ke bumi Allah bernama Nihon. Hatiku sebenarnya sudah lekat di tanah air Malaysia, tetapi digagahkan juga diri untuk kembali ke sini.


From Tokyo to Nagaoka. Moga dapat pulang lagi ke Malaysia dalam masa terdekat, insyaAllah.


Ruh Aidilfitri.
Aidilfitri pula makin hampir. Masih sering kedengaran lagu-lagu raya beralun kesedihan, ada juga yang berentak gembira tetapi tidak jelas tujuan dan makna.

Aidilfitri ialah hari bergembira dan bersyukur, setelah menang melawan nafsu sepanjang Ramadhan. Biarlah Aidilfitri kita dinisbahkan dengan apa yang telah kita lakukan sepanjang Ramadhan. Masih ada masa berbaki untuk Ramadhan kali ini, jangan biarkan ia berlalu begitu saja.

Tsutzuku...

nota sisi;
1) setsumeidekinai = tidak dapat diterangkan, unexplainable
2) nihon = Jepun
3) tsutuzku = bersambung