Sunday, September 27, 2009

Syawal kali ini...

Assalamu'alaikum,

Dah masuk syawal. Ramadhan 1430 dah berlalu. Gundah gulana juga memikirkan hari-hari yang mendatang. Kehidupan kita selepas Ramadhan menggambarkan sejauh mana Ramadhan yang dilalui memberi kesan pada diri.

Aku ingin menyambut 1 Syawal di tempat ku bermastautin iaitu di Nagaoka. Tapi ada keperluan yang menuntut aku membawa diri ke tempat lain . Bukan saja-saja mahu memenatkan diri sempena Aidilfitri.


Peta Perjalanan



Keretapi malam bernama kitaguni

29 Ramadhan, aku dan batuterang bertolak dari Nagaoka dengan densha malam. Nama densha ni kitaguni. Matlamat kami ialah Kobe. Kami tiba di Osaka keesokan paginya. Tiba saja di eki, kami mengambil densha ke masjid kobe. Kali kedua aku ke masjid ini. Imam orang Arab, Mesir kalau tak silap. Dari pengamatan, majoriti muslim yang hadir bersolat Aidilfitri adalah warga Indonesia.


Masjid Kobe Revisited

Kami bergerak ke Suzuka keesokan harinya, untuk bertemu beberapa orang. Sempat solat subuh di Mie Masjid. Masjid ni baru dibuka tahun ini. Senpai aku pesan, nak bina masjid bukan masalah besar, tapi nak cari orang untuk datang masjid adalah cabaran berat zaman sekarang ni.


Masjid Mie

Di tempat aku Nagaoka juga, kami sedang berusaha untuk memilik masjid sendiri, supaya segala hal berkaitan komuniti Muslim dan da'wah Islam boleh ditumpukan di sini.

Silalah ziarah ke blog nagaoka masjid disini.

Tsuzuku...

nota sisi:
1) tsutzuku = to becontinued

Wednesday, September 9, 2009

Re-entry permit

Assalamu'alaikum,

Lama juga tidak menulis. Kali ni nak cerita tentang sainyu-koku, atau dalam bahasa orang putihnya re-entry permit. Sistem ni dilaksanakan kerajaan Jepun ke atas gaikokujin yang keluar dari Jepun dan akan kembali semula ke sana. Senang cerita untuk memudahkan track record. Aku tak pasti adakah terdapat negara lain selain Jepun yang melaksanakannya.


Untuk buat re-entry permit aku terpaksa ke Niigata Airport, dengan bayaran 6000 yen(sekitar 200 ringgit) untuk permit multiple entry. It was 6th of August, 9 days before going home.


Nice



It says "Niigata Airport"


Re-entery Permit

Kerajaan Jepun memang kibishii dalam hal imigrisen dan kastam. Dari segi geografi juga, Jepun ada kelebihan. Kedudukannya sebagai sebuah pulau di bahagian timur Asia menyukarkan penyeludupan bot-bot kecil. Pun begitu suatu masa dulu pernah terjadi kes rakyat Jepun diculik oleh korea utara. Panjang pula ceritanya kalau mahu diulas.

Dan jika kita tidak tahu nihongo, terlalulah susah untuk meneruskan kehidupan seorang diri di sini, kecuali jika ada teman yang boleh membantu. Tahu berbahasa Inggeris tidak banyak memberi makna.


Tsutzuku...

nota sisi:
1) gaikokujin = warga asing
2) sainyu-koku = re-entry permit
3) kibishii = tegas, strict
4) nihongo = bahasa Jepun